Pages

12/31/2019

2020 yang menyedihkan




dah 2020. nothing special.

tapi aku rasa sedih. bila aku open fb, kawan2 semua pakat up pic masing2 yg show dorg hepi dan success. olg best yg dah ada family masing2. seronok tengok😄

tapi aku cuma mampu tumpang gembira. aku dah banyak doa pada Allah, but still no answer from Him😢. i cant deny my feeling , as a human being yg punya hati, i sedih. i minta nak ada banyak duit, tapi rasanya aku makin miskin😭. percaya tak kalau aku kata dalam dompet aku x sampai rm10 pun. dah tu syiling2 je. i is sedih😢

lepas tu ttg jodoh, aku pernah doa pada Allah, semoga aku dipertemukan jodoh secepat mungkin dari luar negara yang beriman, but still i tetap single. tiada siapa nak mulakan utk perkenalan pd i. 😢... Tuhan tahu aku sedih tapi Dia masih x kabulkan permintaan ku.😢😭 serius aku taip sentence ni dengan mata berkaca. im out of words... sebab Allah tahu selebihnya apa yg aku rasa😢

nak tahu, aku rasa aku makin jahat daripada yg dulu, malu nak luahkan sini. tapi i still berpegang pada landasan yg betul, tak mahu mati dlm suul khotimah.

but i just cant.. i hurt inside... bila tengok org lain seronok dpt melancong, i jeles dan rasa nak menangis lagi, y Allah xbagi apa yang aku minta (doa)?? 😢 adakah aku x dikehendaki??😢 Adakah Allah dah x sayang aku lagi?? 


now im crying😢 aku sedih kalau2 Allah dah tak sayang aku lagi, sebab aku tahu y my doa x Allah kabulkan, sebab aku jahat. rasa aku makin jauh dari Nya. tapi aku still nak Allah sayang pada aku dan aku masih berpegang pada tali Allah.❤

cuma aku rasa sedih. makin hari hidup ku makin susah. cuma mampu berserah pada Allah. 

im sad😢 hurt...~

12/10/2019

sore dream~

salam...

aku cuba nak move on n lupakan c hantu tu, tapi, korang taw tak, syaitan sdg nak kacau bilau kan hidup aku. halus betul permainan syaitan laknat nie.

tadi aku termimpi kan dia, n dalam mimpi tu dia dah ada anak 2, both boys! dalam dream tu aku konon merajuk n nak balas dendam sebab dia unfren aku kat medsos.. hahaha, padahal in reality aku dah move on pun. n aku pun unfren dia kt fb aq yg 1 lagi..

dlm dream tu dia keja mcdonald n aku acah lah nak beli 1 n i jd customer yang kuangajaqqqq🤣😂

aku cakap kasaq n aku masih ingat dia kata dgn nada marah tp still macho🤣

"a aah.. saya pnh layan byk customer ,awak sorg je yg plg biadab sy pnh jumpa!"

aku terkedu! kecil hati... hahaha mcm dlm novel pulaks~😂

then aku tulis surat.

"luke, ini fina, just terkilan y u unfren me on social tetiba without saying sorry, btw #doneblocked ! " aku konon block dia kt phone aku yg lama tu (samsung s3)

bila dia baca tu, dia terkejut, n aku dr jauh intai ekspresi wajah dia... haha. dia menyesal weh! next time selepas kejadian tu, dia datang tpt aku dan hadiahkan coklat cadbury besar sbg tanda minta maafffff , dia bawa bini dia sekali...

and u kno wat?! bini dia tetiba jadi seksi, pdhal elok ja bertudung labuh siap berniqab lagi😂

mimpi tu nampak indah yet, mendatangkan fitnah... sebab mimpi ni buatkan aku teringat2 kt si dia tu... nak garu2 hati aku utk skodeng dia tp itu tetap taknak! not ma level buat mcm tuh!

see???😒

halus je permainan syaitan kan? Alhamdulillah aku cepat sedar n istighfar~❤

biarpun ada sedikit terkesan… i kena stay strong!💕

actually, mimpi aku ni ada campur cannibal sikit, astaghfirullah! sbb tu aku tahu, mimpi ni dari syaitan😂... indah tapi disturbing.. mcm filem midsomar tu.

phewww~!😭

11/23/2019

Salam buat isteri tercinta

Assalamualaikum buat yang akan membaca entri ini😉

actually kan, aku dah banyak kali baca ttg kisah isteri tercinta Rasulullah saw nie, ya Allah, hanya Dia saja yang tahu betapa sedihnya pemergian Siti Khadijah ra. Banyak kali aku baca banyak kali juga aku menangis, besar pengorbanan Siti Khadijah kepada suaminya, Rasulullah saw❤.

and i called her Ibunda Khadijah ra sbb dia isteri Rasulullah saw, semua isteri2 Nabi saw aku panggil ibunda. hehe... then semalam aku scroll fb and terbaca post Dr Ahmad Sanusi, and i really loved it. sebab tu aku abadikan kt blog nie. lets reading~ 😊

Allah Kirim Salam Pada Khadijah
===========
1. Al-Imam al-Bukhari merekodkan satu dialog yang menarik di antara Jibril dan Rasulullah. Jibril dikatakan telah datang kepada Rasulullah dan berpesan bahawa Allah telah menyampaikan salam kepada Khadijah, satu penghormatan tertinggi kepada Ibu buat orang yang beriman ini (Ummu al-Mukminin). Kata Jibril:

يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ، أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنْ رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الجَنَّةِ

“Wahai Rasulullah, ini adalah Khadijah. Dia akan datang kepada engkau dengan bekas berisi makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, maka sampaikanlah salam daripada Tuhannya dan dariku. Dan beritahulah kepada dia berita gembira bahawa Allah menyediakan baginya istana di syurga." (HR a Bukhari)

2. Perhatikan hadith ini betul-betul. Sekiranya Allah menyayangi seseorang, Allah akan menyebut nama mereka, Allah menyampaikan salam buat mereka, bahkan Allah menjanjikan kepada mereka ganjaran yang tidak terhingga buat mereka yang dikasihi Allah.

3. Apa yang membuatkan Khadijah menerima keistimewaan ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana peranan beliau dalam mempertahankan Rasulullah dan agama Islam. Ini dinyatakan sendiri oleh Baginda Nabi yang menyebutkan:

قَدْ آمَنَتْ بِي إِذْ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتْنِي إِذْ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتْنِي بِمَالِهَا إِذْ حَرَمَنِي النَّاسُ

“Dia (Khadijah) adalah wanita yang beriman kepadaku disaat manusia kufur (engkar) kepadaku. Dia (Khadijah) membenarkanku disaat manusia mendustakan diriku, dan dia juga membantuku dengan hartanya disaat manusia menutup diri mereka dariku. (HR Ahmad)

4. Begitulah tingginya ganjaran buat mereka yang mempertahankan Rasulullah dan agama Islam. Hari ini, disaat Rasulullah dihina, setiap Muslim seharusnya tampil mempertahankan Rasulullah. Di saat agama Islam diperlekeh dan dipandang rendah, setiap Muslim seharusnya mengangkat dan memperjuangkan Islam.

Semoga Allah memelihara dan membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

11/22/2019

life in heaven. dalam bahasa melayu ok

masa petang tadi aku dengar ceramah dari Ustaz wadi annuar

tajuk tema nya : Life In Heaven ( kehidupan di syurga ) 💗



kebiasaan lah aku buat kerja dapur sambil dengar ceramah2 tazkirah dari ustaz2 yang aku minat kat youtube. menu aku hati ayam and kaki ayam..

ok sebelum itu aku bagi tips kt korang, kalau masak kaki ayam tu kena ada periuk khas! sebab kaki ayam ni kalau masak biasa2 je isi nya keras n kenyal, tak syok makan.

ok? 

ok... sedang aku buat kerja tu, dah sampai part akhir2 tu , ustaz wadi kata, kita ni umat Islam insyaallah masuk syurga,cuma tingkat syurga berbeza2 mengikut amalan masing2. apa yang buat aku sedih dan hilang mood petang tadi, ustaz wadi kata, golongan penghuni syurga tingkat bawa, akan kekal dalam itu, dan mereka ni tidak dapat menziarahi syurga yang ada ditingkat atas mereka... 


syurga tingkat atas hanya boleh dilihat seperti kita melihat kerlipan2 bintang di angkasa sana. macam tengok bintang dari bumi! maknanya ianya sangat jauh itu baru syurga pertama melihat syurga yang kedua, kalau syurga firdaus?😭 sedih kan?😢


cuba bayangkan, kita umat Nabi Muhammad saw, masuk syurga (insyaAllah), tapi syurga paling bawah... bukan tak bersyukur, ya Allah memang aku bersyukur sangat2... tapi, aku mesti rasa sedih dan menyesal sebab tak dapat nak berkumpul dengan Nabi Muhammad saw. sedih... 😢😢😢

kita umat akhir zaman, kat dunia ni kita hanya mendengar nama Nabi saw, kita tahu Nabi Muhammad saw itu kekasih dan Pesuruh Allah swt, kita baca dan dengar bagaimana akhlak dan sifatnya, peribadinya, kita tahu betapa para sahabat menyayangi Nabi saw, mesti kita berangan2 nak bertemu dan melihat bagaimana Nabi Muhammad saw secara face to face kan?❤

biarpun hadis2 tentang di Mahsyar kelak itu masanya sangat lama yang teramat sangat, dengan izin Allah swt, lambat laun kita akan sampai ke masanya yang ditetapkan, ini mengikut perkiraan  akal pendek aku saja lah... kalau kita jumpa Nabi saw di Mahsyar or Telaga Kautsar, dan itulah first time kita jumpa Nabi saw, tapi tu pun tak rasa nikmatnya sangat sebab masing2 tengah gelisah dok risau sat lagi nak masuk tempat mana, syurga or neraka? uihhhh cerita mahsyar jangan main2x, aku boleh lah taip yang garis merah atas🙄 tu sebab belum pernah rasa lagikan~ huhuhu ~😚

bayangkan, jika kita ditakdirkan Allah swt , masuk syurga, tapi syurga tingkat plg bawah, aku rasa itu last kita tengok Nabi saw. melainkan Nabi menziarahi kita, barulah boleh berjumpa dengan Nabi saw. 

Ya Allah, sedih nya😭 ! sebab itu ustaz wadi kata, kat syurga pun masih boleh menyesal sebab kat dunia dulu tak pulun beramal, beribadah, tak teringin nak menaikkan darjat di sisi Allah swt. menyesal kita ~ sedih sangat2 dan membuat aku menangis petang tadi sambil potong jari2 kaki ayam tu, selamat aku sorg ja kat dapur tadi, kalau tak malu aku.. cuma kucing2 ja yang menemani tadi.😅

tapi bagi aku, itulah keadilan Allah swt.. subhanallah~

tetapi penghuni syurga tingkat atas boleh melawat penghuni syurga bawah, aku rasa itu kelebihan yang ada mereka yang Allah swt berikan. bestkan... sebab itulah, kita tengok orang2 yang beriman, warak, dan soleh, dorang tak teringin pun dengan dunia nie sangat, maksud dunia itu bagi mereka, kekayaan dan, kesenangan, pujian, pangkat dan wanita.. alaa ko faham2 je laa bila sebut "dunia" , bukan bumi bulat nie hahaha.... sebab dorang kejar darjat yang tinggi di sisi Allah swt, yang itu kekal abadi.

and tujuan aku buat entri ini bukan nak kata, aku nak masuk kerana Nabi saw saja, ofcourse point utama nak masuk syurga untuk bertemu dengan Tuhan kita, ALLAH SWT .... 

insyaAllah , tapi aku nak habaq, seperti kita bertemu dengan Nabi Muhammad saw sekejap saja, kita dok dengar2 nama nya didunia bila jumpa kat mahsyar/telaga kautsar, kejap ja sebab nak masuk syurga terpisah mengikut level syurga masing2. dan yang paling sedih, syurga bawah bawah ni tak leh menziarahi yang diatas2 dah, melainkan yang diatas itu boleh menziarahi yang dibawah.

tapi para penghuni syurga boleh menziarahi penghuni neraka, tengok dajjal, yakjuj makjuj or orang2 kafir dalam tu.

itulah tazkirah Ustaz Wadi Annuar Ayob dalam link video ni...

life in heaven

korang dengarlah, semoga ceramah ustaz wadi ni meningkatkan iman kita lagi, InsyaAllah.

aku berdoa kepada Allah, semoga aku, keluargaku, keturunan ku dan saudara seimanan ku dapat memasuki syurga Firdaus milik Allah swt, tanpa hisab. Aamiin Ya Rabbilamin!~

peringatan: jika kita berdoa meminta syurga Allah, mintalah syurga yang paling tinggi, iaitu Jannatul Firdaus ( hadis sahih ) sebab itu pesan dari Nabi Muhammad saw sendiri.❤💞🖤💗

10/13/2019

sweet dream

salamm.


ini cerita semalam. and y la aku boleh lupa coret kat sini. btw.
balik ja dari jalan kemarin, lepas mandi apa semua tu, aku terus tido. perghh ngantok pula pasahal lama gak aq membuta sebelum itu.
hahaha... entahlah, mimpi aku masa tu lain macam. malu nak cerita pun ada.. tapi aku tetap nak juga cerita..🤣

rasanya, dalam mimpi tu aq seperti melihat syurga. ❤
lokasi tempat tu pula, gelanggang sekolah aku masa sekolah dulu, tapi suasana nya lain, langit pula cantik semacam, berwarna pink pastel yang indah. mesti korang tahukan?😄



tapi serius mmg cantik, dalam mimpi
tu konon nya aku dengan seorang wanita (bangsa mat saleh) , skip la malas nak dengar tazkirah dari orang alim. sebab aku ternampak "penyembah kubur" kat fb. terus takda mood nak dengar sebab tu aku blah! hahaha mesti korg tak faham kan, sebab mimpi ni selalunya no make sense.. tapi ia indah..


bila dah blah dr tpt tu , minah saleh tu start menari lah macam kami berdua jadi "nakal" nak happy2.. dia buat tarian ballet tu, cantik💗 .. dan langit berubah jadi pink pastel and aku terpegun dengan keindahan nya. then aku terjaga ,sebab aku rasa air lioqqq nak terkeluar dari mulot藍

2am gittew

bodoh haha!

tapi terdetik dalam hati, itu teaser sr syurga ke ? sebab cantik sgt.. wallahu'alam.. apa2 pun, aku bersyukur pada Allah swt

kemudian itu, aku masak megi sedaap soto sebab dr maghrib aku rasa lapar malas nak makan.

9/26/2019

baru perasan!

salam.

laa baru perasan, google plus dah xda wei !

patut la masa aq balik nak blogging , natang ni suh aku revert balik jadi blog semula. selalunya profile aku akan sentiasa dalam google+ walaupun i tak rela😁

tapi rasa sedih pulak, sebab google+ nie lah yang naik kan view entri aku bila post something, even isi x guna 😂 , but now , kim salam jerwwww haha

paling banyak view pun just 40 view lebih. pehww... and mungkin juga since i dah tukar url blog haritu , so automatik kot my follwers x notis my update entri.. haha but nvm.. malas nak bgtahu

i lost interest to find a new reader.. mana yg jumpa tu jumpa lerr.. yg x jumpa tu bukan rezki korang.

eh? tiberrrr🤣

9/23/2019

Nak main Forex

Salam...
Ha! i ketinggalan zaman yg amatttt... orang dah kumpul beratus dollar , thoussand dollar... yg i masih mereput baca basic forex.. phewww~

bukan senang taw. i tahu benda ni mmg susah.. kena faham basic je blh buat i pening n sakit hati.. sebab x masuk2 kat kepala otak i nie. geram jew lulz

and perasaan sekarang nie asyik nak rushh saja, rasa nak skip je basic2 nie then jump terus nak trading. padahal nak mula trading pun langsung x paham

i hentam je main , nasib demo, kalau real acc mmg bankrups i



masih bodoh2 nak main haha

Mama

salam...

finn sayang mama. maaflah anak mu ini x dapat nak bahagia kan mama since finn dah habis sekolah. finn tahu disebalik wajah mama, mesti mama pun teringin nak hidup selesa, nak ada laman cantik, rumah yang selesa. tapi maaf mama, finn blm mampu sampai ke tahap situ. tapi niat tu dari dulu dah ada, nak bagi mama rasa bahagia dan selesa.

selalu mama selalu nampak rumah orang lain yang cantik2, mama akan puji ikhlas dari hati😁. finn tahu mama mmg suka deko2 rumah, perhiasan, bag tangan, mama lagi pandai fesyen dari finn nie hahaha...

tapi just dapat cakap dari mulut je kan mama sebab kita bukan orang senang😢 mama, i pendam semua ini, mama sangat baik, pemurah, penyayang, rajin, penyabar, selalu bahagia kan kami, mama kelakar, tapi mama pandai simpan perasaan sedih.

sekali sekala terluah akibat tekanan perasaan. mama, selagi mama masih hidup, niat ini akan selalu ingin bahagiakan mama... nak bagi keperluan dan kehendak yang mama nak.

mama happy bila kita discuss n berangan2 nak ada life yang serba cukup, but in the end... mama just nak kami hidup jadi manusia, patuh perintah Allah swt.

maaf kan finn ya mama, selalu juga buat mama marah, finn jarang melawan tapi sikap x endah nie selalu buat mama kecil hati dan sedih. im sorry ya ma. same goes to bapa. im sorry too. finn dah banyak kecewa kan mama n bapa.

tapi hanya Allah swt sahaja tahu betapa anak kamu ini menyayangi mama n bapa.💖

ma, tak mengapa yea... kita just kumpul amal banyak2, bila kita dah kembali di sana, insyaAllah, kita akan hidup umpama raja. Allah akan beri ganjaran yang x ternilai..

insyaAllah, tak dapat kat dunia ini pun, di syurga Allah kelak, kita dapat ya... kita berkumpul disana ya.😊

InsyaAllah, ameen Ya Rabb~💖

9/14/2019

teringin sangat

salam...

ya Allah, teringin sangat...

disaat kaki kanan ku ini melangkah masuk ke dalam syurga Allah swt, i teringin nak kata pada penduduk2 syurga yg sedang menunggu ketibaan ku

"Assalamualaikum... this is me, from the Dunya"

and they smile for me😍

Ya Allah, teringin sangat...

insyaAllah, Amiin😍😄

x sabar~❤

9/07/2019

sembuh

Assalamualaikum~

aku baru sembuh dari demam.. alhamdulillah.. lama aku sakit kali ini, aku start sakit petang jumaat minggu lalu.. and till this time , baru lah semangat ada sikit.

syukur agt pd Allah, sepanjang aku sakit, i was in my period, kalau x mmg mampus aku nak qadha haha.. terima kasih pada Allah swt😍

kerja aku asyik baring... tido... tido... baring... boring jugak sbnrnya..

now mcm dah ok2 sikit , aku tak tido sehingga subuh nie, ia berbalas kot, sbb aku banyak tido dlm seminggu ni, my dad dah bising pun

"ko bila nak sembuh nih!" 🤣

dia stress kot tgk aku baring memanjang je hahaha...

nak buat cmna, kan aku sakit uerkkk

hehe...

but Alhamdulillah again, still breathing💖

😚

8/26/2019

Dakwah is cinta to si kafir

sorry for the tajuk hohoho


kafir ni ada 4 jenis: tapi aku ambil 2 je lah ye

1. Kafir Mu'ahad ( aku rasa ini plg sesuai )
2. Kafir Harbi

yg first tu, mereka kafir tetapi baik. menjalani kehidupan mcm biasa, bahkan Rasulullah pesan pada orang Islam sendiri, sesiapa menyakiti orang2 kafir zimmi, ia spt menyakiti diri Baginda itu sendiri. Subhannallah~ indahnya peribadi mu wahai Rasul utusan Allah❤💖.

and the second. kafir yang zalim. macam yahudi n amerika. nak contoh lebih dekat, tengok ja 2 puak dalam malaysia ni, yang beriya iya membangkang DR Zakir Naik dan menolak Khat. malas lah nak explen lebih2, korang mmg dah taw khenn😎

mereka inilah yang LAYAK untuk diperangi, sebab terang2an mereka menolak , menghina , membantah apa shj berkaitan dengan ISLAM. tak gunee betol !😤


tapi, aku taknak talk ttg kafir harbi ini sebab aku dah muak, n rasanya belum cukup ilmu aku untuk bahas ttg dorang. so the point is, aku nak talk ttg kafir muahad...

yup!

sebab apa... aku ada lah sorang dua kawan2 yang tak beragama Islam. mereka penganut agama lain.


aku rasa macam serba salah juga nak coretkan hal dorg disini, sbb aku ni manalah bagus sgt, sama pendosa mcm dorg, cuma keimanan je berbeza.


tapi, aku tetap sedih. sebab bila aku scrolling fb, nampak kawan2 non muslim aku ni kt newsfeed, happy je mereka. like nothing happen ~ tapi mereka tak tahu, happy, kaya, baik n macam mana pun mereka, pengakhiran mereka tetap ke neraka.

dan KEKAL.


ini bukan aku reka cerita ok. ini dari al Quran. dan SAHIH!


Minggu lalu, aku ada dengar kuliah ustaz Jaffri Mahmoodi, tajuk kuliah .... and ada dia sebut ttg orang kafir.

https://youtu.be/3Jip-KbZYeo

dia soal, pernah tak kita dakwah pada kawan2 kita yang bukan Islam utk masuk Islam? jgn kata masuklah... ajar mereka utk lebih mengenal Islam pun jadilah..


sebab if tak silap aku, ustaz Jaffri Mahmoodi kata, Allah swt akan tanya kita ( hisab ) pernah tak kita dakwah mereka? kenalkan mereka dengan Islam. sebab itu hak mereka, dan tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka, cuma pilihan or Petunjuk dari Allah swt yang menentukan nasib mereka. lepas tu kita dah lepas dah dari "task" tersebut. fhewww~

sebab kat akhirat kelak, seandainya kita bertemu dengan mereka ( rakan non muslim kita ) , mereka akan marah dan mengeji kita , or ok ke kalau aku guna ayat "membentak"?

mereka akan (sekiranya dipertemukan) membentak pada kita nanti, dengan dialog seperti di bawah:

ini aku ikut bulat2 dari ustaz Jaffri Mahmoodi taw! ( xlah 100% sama but lebih kurang )

kawan non muslim: kat dunia dulu kenapa kau tak ajar aku tentang islam? kau dah tahu aku kafir, mati akan masuk neraka dan kekal! tapi kenapa kau tak pernah nak ajak aku untuk masuk islam? tergamak kau buat aku macam ini. aku punyalah baik dengan kau tapi kau langsung tak tolong aku! sampai hati kau! aku mati kafir taw!!😭

( emoji tu aku tambah)

kau rasa2 nak menangis tak seandainya Allah swt takdirkan kita bertemu dgn mereka dalam keadaan mereka macam tu??

Wallahi ! aku tak sanggup! Ya Allah, aku kesian dengan mereka😣.

aku terkenang dolu2, mendiang teacher aku, orangnya cergas dan baik. bangsa kadazan, teacher Vera namanya, ex guru bi aku masa kat darjah dulu, tapi dah meninggal akibat kekurangan darah putih, mungkin umurnya tak sampai 50 tahun pun, dalam 2012 or 2014 kot dia died.😞 awal dia pergi, dan aku sangat kesian dengan nya. tapi siapalah aku, aku hanya mampu menadah tangan untuk berdoa agar mereka mendapat Hidayah dari Allah swt. but its too late now😭

lagi, guru musik aku masa darjah 1. nama guru tu Encik Kubar. dia ni mmg friend sgt dengan arwah uncle aku, and kawan ayah aku juga, orangnya baik, bersopan santun dan jarang marah dengan murid2😅. tapi, dia juga meninggal dalam keadaan kafir.😢

sedihnya. kalau ingat2 balik , dulu cikgu ni selalu lepak kedai atok aku , minum nescafe pagi2 sementara menunggu jadual untuk mengajar kami. and masa dia ajar kelas kami, dan dia akan suruh kami nyanyi lagu tentang burung terbang😊, and ofcourse bila masuk jadual waktu mengajar dia , kami happy gila sebab cikgu Kubar ni sangat2 cool🤗.

but again, he died in kekafiran😢

aku taknaklah persoalkan kawan2 muslim mereka jika pernah berdakwah demgan mereka or tak, sebab aku pun ... macam... tak.. pernah ber... dakwah... dengan kawan2 non muslim i

eh wait!

pernah lah!☺ masa tu darjah 1 but cara aku mmg nak minta pelempang lah hahaha🤣

aku: Ester... jom lah masuk Islam


ester: tak mahu! aku ada agama sendiri bah!! ( hah ambik kena marah, n yeah she is kadazan chinese )


and dia ni sgt2 relijes ok! kemarin dulu dia ada up video nyanyi about their god.

and

aku ada dua orang kawan non muslim. fenisia and anne. 2 2 cantik kio😆 serius 

F ni aku dah lama x dengar khabar , tp religious gak mcm E, dia pernah bawa Bible cover hitam dalam kelas , and aku pernah pinjam konon nak baca, dalam bible tu ada kisah nabi musa yang tumbuk orang hingga mati, dan ttg pohon yang tumbuh tinggi di bumi sehingga setiap penduduk bumi boleh melihat pohon itu. and esok nya aku kembalikan bible itu pada F.

A pula, dah kahwin, mother of 2 gegirl. anak comel2 nawww... tp rasanya A ni kurang religious🤣 haha.. masa we all form 4 or 5  , dia pernah bersin and sebut Alhamdulillah hahaha🤣🤣. all around her was muslims. sebab tu dia biasa sebut. and my friend piah kata

"anne, masuklah kau Islam"

anne senyum ja, dia tak marah macam E🤣


tapi aku berdoa, semoga Allah swt memberi taufik dan hidayah Nya kepada kawan2 non Muslim ku. 

bila throwback memori pada masa itu rasa rawan ja hati ni, aku sayang dorang kot! dalam syurga nanti boleh jadi jiran, berjumpa balik and lepak2 mengenang memori masa kt dunia dulu. Ya Allah😭

tbh, jauh disudut hati, even sekecil zarah, aku sayang dorang😞... tapi Hidayah itu milik Allah swt.

tapi dengan kaedah ini, aku akan share setiap ayat Al Quran, Hadis2 Nabi saw, apa shj ttg Islam, aku share kat newsfeed fb, sbb aku friend dengan dorang. manalah tahu hati mereka terbuka, Allah swt bagi hidayah masa tu, insyaAllah , Aamin, semoga Allah swt kabulkan doa2 ku.

tapi aku tak add Anne lagi.


                                      🙄


Law Kana Bainana

Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi


Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib


Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib


Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan 
kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, 
yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu,
masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang 
dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda, 
sebelum hilangnya,rasa yang meronta-ronta 
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


8/24/2019

Allah swt sangat baik terhadapku

salam.


minta halal pic nie taw💖




btw, sesiapa yang nak buku ni boleh cari kt instagram.
guna hashtag je.


حَدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِي، صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِي وَاللَّهِ لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بِالْفَلاَةِ وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَىَّ يَمْشِي أَقْبَلْتُ إِلَيْهِ أُهَرْوِلُ ‏”‏

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat(HR. Bukhari dan Muslim)

( copypaste dr  tzkrh.com )

kemaih

salam.

Entri ini akan membuka sedikit rahsia ku apabila dalam kelapangan...
yes... aku suka baca tajuk ni, haha sbb bagi aku ini topik luar biasa!

Bidadari.. siapa x suka baca? lebih2 lagi lelaki.. Alhamdulillah.. setakat nie ( haha ) masih belum jealos pada makhluk tercantik Allah swt. watpa nak jeles, i punyalah panasaran nak bertemu dengan bidadari ni. sungguh!
sebab, dari apa yang aku baca, bidadari nie bukan calang2, kecantikan yang mereka miliki tidak akan pernah mampu ditandingi oleh mana2 perempuan dunia. ( wallahua'alam )

sabda dari Nabi saw, ( jikalau Allah swt mengizinkan )

1. jika sehelai suteranya jatuh di bumi, nescaya bumi ini akan berbau wangi dan indah.

2. jika bidadari menjengukkan wajahnya di dunia ini, nescaya tenggelam cahaya menteri kerana sinaran wajahnya yang begitu indah.

3. jika bidadari meludah ke laut dunia ini, nescaya akan tawar 7 lautan di bumi ini.

subhannallah!

girls!! masih ada rasa cemburu dengan bidadari ke? level dorang ni sampai aku rasa jeles pun tak sempat aihhh!~

hebat ciptaan Allah swt.

jangan katakan lelaki, aku yang perempuan ni pun curious n teringin nak bertemu dengan bidadari...

tapi, walaubgmn pun, dari hadis Nabi saw, wanita dunia lebih cantik dan indah daripada bidadari, apabila dia ( wanita dunia ) masuk ke dalam syurga Allah. ini bukan aku reka reka pulak, Nabi saw yang kata.

subhannallah~

tapi aku ada terbaca komen ni kat youtube haha🤣
bukan Feo tu.. tapi reply bawah ni hah!😂


"kemaih" je dia kan... haha , ( maksud sembang )


8/16/2019

27 tahun

Alhamdulillah...

genap umur 27 tahun. yup, 1708.92 is my birthday🎂

kalau dulu sebelum masuk 17th pada bulan 8, aku kalut nak ambil diari dan coret dengan ayat ni ;

"diary, beberapa minit lagi aku akan berumur sekian sekian...." hahaha~

ya ,sebab bagi aku setiap momen umur aku adalah penting sbb aku jenis person yg suka throwback masa2 lalu.

tapi tahun2 kebelakangan ini macam malas dah fikir soal2 umur ini, buat stress my life ja☹ , and kena ajar diri ni utk terima realiti hidup, semakin hari aku beransur tua, coz i always perasan yg aku masih 17 tahun lol😂

so, sejak selalu mengingati kematian ni aku harus move on dari my age dan terima kebenaran walaupun pahit..

bagi kenangan2 yg lepas aku buat itu, segala pictures yg bakal aku padam dalam hidup ini akan aku padam selamanya, demi akhirat ku. tak apalah. demi Allah swt, aku padam!😊

sebab kat Syurga Firdaus milik Allah swt, aku boleh minta balik pada Nya, kenangan masa kat dunia dulu. InsyaAllah, Aamiin😄💖

so, takyah risau, sebab apa yang aku miliki didunia ini takkan kekal melainkan 3 perkara:

1. amal soleh
2. sedekah/amal jariah
3.doa anak2 yang soleh dan solehah

but....

cant deny my feeling, masih ada "cinta keduniaan" sikit, tapi aku akan terus berdoa kepada Allah, semoga Dia membuang perasaan ini , dan menanam kan cinta pada Akhirat yang kekal abadi.

i love this kind of feeling, bila kita bersyukur pada Allah swt , apa yang Allah bagi semua cukup. Subhannallah😍

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

8/15/2019

KISAH NABI MUSA AS DENGAN NABI KHIDIR AS


keterangan ayat 60 - 82

Menurut riwayatnya, bahawa ketika Nabi Musa as telah menjadi khalifah di muka bumi, sesudah mendapat kemenangan di Mesir, maka Allah swt menyuruh mengingatkan kepada kaumnya akan nikmat Allah swt itu.

Lalu Nabi Musa as berdiri berpidato kpd mereka: Allah swt telah menganugerahi kita nikmat yang maha besar, oleh itu marilah kita bersyukur kepadaNya. Allah swt telah memilih Nabi kamu (Nabi Musa as) utk bercakap2 denganNya.

Sahut mereka: Kami telah tahu ttg ini, sekarang kami bertanya, siapakah manusia yang paling alim?

*Jawab Nabi Musa as*: Saya.

Lalu Allah swt menempelaknya (menegur), kerana baginda tidak mengatakan: Allahu 'alam (Allah lebih mengetahui).

Kemudian *Allah swt mewahyukan kepadanya Nabi Musa as:* Ada seorang hambaKu yang lebih alim daripada kamu, iaitu Nabi Khidir as, kamu boleh berjumpa dengannya di pertemuan dua laut, iaitu laut Rom dan laut Parsi, di tepi pantainya dekat batu besar.

*Berkata Nabi Musa as:* Ya Rabbi! Bagaimanakah jalannya supaya aku dapat berjumpa dengannya?

*Firman Allah swt:* Hendaklah kamu ambil seekor ikan dan masukkan ke dalam gantang, apabila ikan itu telah hilang, maka di sanalah tempatnya Nabi Khidir as.

Kemudian pergilah Nabi Musa as bersama pengikutnya(pemuda) menuju ke tempat itu. Setelah sampai di sana, Nabi Musa as tidur, lalu ikan itu bergerak sehingga jatuh ke dalam laut. Kemudian keduanya meneruskan perjalanan. Setelah esok harinya, ketika makan tengahari, Nabi Musa as memeriksa ikan itu, tetapi tidak ditemui lagi, lalu ditanyakan kepada pengikutnya.

Sahutnya: Ikan itu telah jatuh ke dalam laut.

Mendengar demikian, keduanya kembali menuju batu besar itu. Di sana Nabi Musa as bertemu dengan Nabi Khidir as, iaitu seorang hamba Allah Taala yang mendapat rahmat dan ilmu dari sisi Allah swt.

*Berkata Nabi Musa as kepada Nabi Khidir as:* Bolehkah aku mengikut kamu, supaya kamu ajarkan ilmu / petunjuk kepadaku?

*Nabi Khidir:* Kamu tidak sanggup bersabar bersamaku.

*Nabi Musa as:* Kamu akan mendapatiku sabar, InsyaAllah dan aku tidak akan menderhakai perintahmu.

*Nabi Khidir as:* Jika kamu mengikutiku, jangan kamu tanyakan sesuatu apapun, nanti akan kuterangkan kepadamu sebab-sebabnya.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga keduanya menaiki sebuah perahu, lalu Nabi Khidir mengorek lantai perahu itu.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu korek lantai perahu ini, nanti tenggelam penumpangnya. Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Maafkan aku dan jangan kamu seksa aku kerana kelupaanku. 

Setelah turun dari perahu itu, keduanya berjalan sehingga keduanya bertemu dengan seorang kanak-kanak, lalu Nabi Khidir as membunuhnya.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu bunuh seorang kanak-kanak yang suci jiwanya , tanpa ada kesalahan? Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Jika aku bertanya juga sesuatu selepas ini, maka janganlah kamu menemaniku. Sesungguhnya kamu cukup memberi uzur kepadaku.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga sampai ke satu negeri. Lalu keduanya meminta makanan kepada penduduk negeri itu, tetapi tiada seorang pun yang mahu menjamu (memberi makan).

Kemudian keduanya mendapati sebuah rumah yang hampir roboh dindingnya. Lalu Nabi Khidir as membetulkannya.

*Nabi Musa as:* Jika kamu mahu, baik kamu ambil upahnya.

*Nabi Khidir as:* Sekarang adalah perpisahan antara kamu dan aku. Nanti kuterangkan kepada kamu sebab2 yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya:

1. Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang2 miskin yang berusaha di laut. Aku rosakkan perahunya, supaya tidak dirampas oleh raja yang merampas setiap perahu yang masih elok. Jika telah rosak, tidak akan dirampas. Dengan demikian, terpelihara perahu mereka.

2. Adapun kanak-kanak itu, adalah ibubapanya orang mukmin. Kami khuatir jika dia dewasa, nanti dia akan memaksa ibu bapanya menjadi derhaka dan kafir. Sebab itu kami kehendaki, supaya Allah swt menggantikan dengan anak yg lebih baik daripadanya.

3. Adapun rumah itu adalah kepunyaan 2 orang anak yatim dalam kota. Di bawah rumah itu ada tersimpan harta benda peninggalan bapa mereka, sedang bapa mereka seorang yang saleh. Allah swt menghendaki, ketika keduanya telah dewasa, mereka mengeluarkan harta benda itu sbg rahmat dari Allah swt. 

*Nabi Khidir as:* Semua yang aku buat bukanlah mengikut kemahuanku, tetapi ilham dari Allah swt. Itulah sebab musabab apa yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya.

8/04/2019

rindu!

Salam...

actually agak malu juga untuk i coret disini.

berkenaan dengan rindu.

hmm.. sometimes aku rindu nak mati cepat, tapi aku sedar amalan ku belum cukup, and aku tahu dengan keadaan aku yang bergelumang dengan dosa nie, mesti Allah tak suka sambut aku😥

cuma aku akan sentiasa berdoa pada Allah swt❤, semoga Dia menjemput aku dalam keadaan yang Dia redhai💖💖 aku mengimpi kan kematian yang dirindui dan dicemburui oleh orang2 soleh..

mati Husnal Khotimah.

x dapat HK, mati dalam beriman pun jadilah. Amiin Ya Rabb❤

utk mendapatkan kematian yg dirindui itu aku kena usaha keras utk meraih keredhaan Allah swt❤, aku teringin mendapat balas kasihan dari Allah Azza Wa Jalla❤❤.

i know it wasnt easy. kena ada istiqomah yang kuat dalam diri. sebab itu kena minta pada Allah. kalau boleh semua kena minta pada Allah. Tuhan yang Esa, yang Maha Tunggal❤

Ya Allah, beruntungnya manusia2 yg dicintai oleh Mu❤. sgt2 beruntung.

guys, bayangkan diri kita dicintai oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Subhanallah!

Ya Allah, pilih lah aku utk menjadi org yang Engkau cintai seterusnya😢.

aku sedar aku jarang dekat kepada Mu, tapi aku tetap tidak akan berputus asa keatas Rahmat Mu Ya Allah swt.

Ya Allah, i really love You. tapi aku memohon keampunan kepada Mu, kerana setiap kali ada yang menghina Mu, adakalanya aku tak dapat mempertahankan Keagungan Mu, asbab kebatasan ilmu aku selalu terdiam diri. and kadang2 aku balas balik tp mungkin dgn cara yang tidak Engkau suka. so aku pilih untuk diam.

wahai Tuhan ku Yang Maha Esa❤

Ampuni lah dosa2 kami😢... sungguh kami dalam kelalaian.

7/27/2019

kekal kat neraka

Hmmm....

now hati aku tengah bengkak😣

sebab asyik teringat2 ttg menjelangnya Sakaratul Maut nanti. Ya Allah, aku jadi kecut, bila dapat tahu, actually dah lama tahu tapi lately ni je aku baru nak ambil kesah..

Rupanya, saat sakaratul tu, peluang utk jadi kafir tu sangat tinggi😫😫 Ya Allah, aku bila tahu , and renung balik, aku rasa macam loser T_T . aku tak tahu bagaimana nasib diriku ini😭

samada Syurga or Neraka?

tak payah tunggu Dajjal datanglah... tunggu sakaratul maut je boleh kafir dah.. bagi iman yang tak kuat😔

Semoga Allah swt melindungi kita dari godaan syaitan dan iblis saat menghadapi sakaratul maut. Amiin!

😢😢😢😢😢

sometimes aku rasa lemah sangat.. dapatkah aku tempuhi segala ini?? aku selalu berdoa ( or maybe jarang2 ) semoga Allah swt pelihara iman ku dunia akhirat. Amiin❤

tapi yerlaa.. dah namanya manusia, iman turun naik. jangankan nak jadi solehah, hat Zikir yg plg senang pun rasa berat nak buat, kan tu syaitan punya kerja gak yang dok hasut... ni kan godaan hebat mereka pada kita saat sakaratul kelak?😭

aku rasa nak menangis, meraung, dan berguling2 kat lantai sebab ujian hidup ini buat aku rasa sesak dada... nak lari, tapi tak boleh, dah ujian. 😢

itu baru fikir diri aku je, ahli keluarga yang lain, yang masih lalai? ingat aku tak susah hati ke? sebab impian aku nak masuk syurga Allah dengan SELURUH FAMILY/SAUDARA AKU di akhirat kelak. tapi mcm impossible je😔

nak bagi nasihat lelebih aku pun x sempurna mana..

tapi Allah swt Maha Mengetahui apa yang aku risau... aku yakin 100%! cuma kena istiqomah berdoa padaNya❤❤

kalau talk ttg kekal dalam neraka ini, hmm... hanya Dia sahaja yang tahu, betapa takutnya kita, para hamba2 Nya.. kekal beb! once pintu neraka dah kena tutup, takkan boleh ada penghuni yang keluar dari tempat tu buat selama-lamanya. sebab itulah, aku sangat2 takut, diakhir hayatku, menjadi perkara yang sebaliknya. semoga Allah melindungi kita semua. Amiin ya Rabb❤

tapi janganlah risau, sebab itulah kita sentiasa kena minta perlindungan daripada Allah swt , dimatikan dalam khusnol khotimah Amiin! dipelihara iman kita dunia akhirat. Demi Allah, iman ni sangat2 penting. kena jaga betul2.

sebab kalau iman terbang. habislah kita...

memang habislah...

tiada harapan.

tiada maaf bagi mu.

kekal lah dalam api neraka.

selama-lamanya...

dalam gelap gelita dan dibelenggu.

scary kan?

semoga Allah wafatkan kita dalam keadaan beriman, walaupun iman itu sebesar zarrah.

Amiin, Ya RABB❤

7/25/2019

pentingnya iman!

kemarin aku ada dengar tentang "kekal di neraka", kuliah oleh Ustaz Mohd Lukmanul bin Hj Mokhtar.



kisah tu menceritakan ttg keadaan kita di padang Masyar nanti. Masa tu, Allah swt menzahirkan diriNya (mengikut kesesuaian) , dan masa tu Allah sangat murka pada kita, ya Allah, dengar tu kecut dan takut 😢 .


kemudian itu, Allah panggil para penyembah salib, berhala, matahari dan orang2 yang menduakan Allah Ta'ala. Allah sediakan "tuhan" yang mereka dok2 sembah masa kat dunia dulu, and suruh mereka minta pertolongan pada "tuhan2" mereka. masa tu Allah sgt murka. lepas tu yang tinggal hanya orang2 Muslim.


Hah.. yang muslim jangan dok tenang ja, yang Islam ni pun Allah swt cabar, suruh pergi ikut sembah matahari. Allah provoke kaw2😭😭. siapa yang lemah iman, memang akan ikut lah, sebab dok konfius kan yamg mana 1 Allah.
tapi yang iman nya tetap, mereka akan menjawap pada Allah swt...

"kami tidak akan menyembah Tuhan selain Allah swt"


lepas tu Allah swt pergi... "menghilangkan" diriNya . Ya Allah swt, rasa nak menangis, sebab kat situ kita tahu bahawa Allah swt sememangnya sangat marah.. dan bila part menghilangkan diri tu, rasa macam aku rasa ditinggalkan😢. Tak sanggup!


setelah sekian lama ditinggalkan... Allah swt memunculkan diriNya.. dan menzahirkan zatNya.. (tak pasti berapa kali) . dan kaum muslimin yang di provoke tadi itu ada yang ikut kepada golongan2 penyembah berhala etc... 😭 mereka itu yg tak tetap iman. Ya Allah, takut sangat2.. faham2 lah kalau dah ikut golongan musyrik. tiada maaf bagi mu.


Dan masa tu Allah provoke lagi mcm kt atas. yang tinggal hanya orang2 yang benar iman nya. faham x apa yang aku cuba sampaikan?😩


so kalau yang tak kuat iman dan bingung ketika itu, mereka ikutlah penyembah2 selain Allah swt. hanya yang betul2 beriman shj yang tinggal dan taat pada Allah swt walaupun Allah provoke, cabar dan marah ketika itu. (hope u understand, kalau x, tengok je versi full version kat youtube😅)


ustaz tu kata ,hati2! Penentuan nya, di Padang Mahsyar kelak! Allah! termenung aku masa tu bila ust kata mcm tu.. mengikut kefahaman aku, even kita mati dalam keIslaman pun, belum tentu lagi iman kita terjaga, kat padang Masyar pun , peratus jadi Kafir itu masih ada. Ya Allah, takut sgt2😢😭

bagi aku, ini mengikut ilmu yang aku tahu lah, korang jgn ikut bulat2 pulak, ini just my opinion...

untuk jadi kafir tu ada 4 cara..


1. Murtad dgn rela hati
2. Fitnah Dajjal
3. Sakaratul Maut
4. Padang Masyar


actually ada banyak cara, tapi aku hightligted yang 4 ni jer..
readers, scary tak? 😔


semua 4 cara tu sangat menggerunkan, bagi yang x faham no.3 tu, banyak sudah cerita or artikel yang aku baca , apabila seorang muslim itu menghadapi sakaratul maut, maka iblis/syaitan akan menyamar dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan kita, dia akan memujuk rayu, paling femes modus operandi laknat dia tu dgn membawa air, utk diberi minum pada si nazak, sebab masa tu jantung kita rasa nak terbakar akibat dahaga yang dahsyat😫.

Bahaya kan? 😭


readers, sebab itulah pentingnya iman. sangat2 berharga, lebih mahal dari seisi dunia ini. aku katalah, tapi memang benar. perkara yang paling aku takut dalam dunia ini, adalah menjadi kafir. Ya Allah , tak sanggup aku! serius tak sanggup, hidup dan matiku hanya untuk Allah, dunia akhiratku hanya untuk Allah. 😭


sebab itu, kena hati2... jangan ingat kita dah beriman, kita dah rasa diri kita konfem ahli syurga, menganggap diri kita lebih baik dari orang lain.. sebab Allah, Dzatt yang membolak balik kan hati hamba2 Nya boleh berkehendaki siapa sahaja yang Dia nak beri petunjuk, dan sesiapa sahaja boleh Dia sesatkan dgn sekelip mata, meskipun kita nie so called Ahli Ibadah tegar.
sebab itu jaga, hati. jaga iman.


ada doa untuk jaga iman ni, tapi aku still x hafal lagi😅.. sat g la nnt aku update k.

7/21/2019

Rasullullah saw

Salam

sekadar hiasan
tetapi nasab beliau sampai kpd Rasulullah saw


teringat lah zaman i dolu2 . aku selalu kagum dengam keturunan2 Diraja Eropah ni, sebab bagi budak hingusan yang x taw apa2 pada ketika itu, pernah juga terlintas bestnya kalau aku dapat berkahwin dengan anak Raja .

2003 , aku teringin nak dapat jodoh mcm Putera William.. dah lah kaya, berjiwa rakyat, malah pewaris takhta pulak tu. korang tak tahu betapa aku memandang tinggi dengan keturunan Diraja England ni.

Hampir separuh hidup aku "kagum" dengan dorg... start 2003-2019.. now aku dah 27 tahun.

16 years beb!😂

tapi segalanya terbatal serta merta.. (ALHAMDULILLAH❤)

Setelah aku mendekati Islam , dan sedikit sebanyak aku mengikuti kisah dan sejarah Nabi Muhammad SAW , barulah aku sedar... bahawa Nabi saw kita jauh lebih hebat dari Diraja England.

Subhanallah❤

Betapa indahnya Nabi kita, manusia teragung yang Allah swt muliakan. Sumpah demi Allah, aku jatuh cinta dengan Nabi saw, maksud jatuh cinta ini bukan cinta kapel2.. tapi, tanda kesyukuran pada Allah kerana, hina2 aku , aku adalah tergolong didalam Umat Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah💖

bersyukur sangat2... 😭

Aku sayang Rasulullah saw.

InsyaAllah, ada anak nanti and dapat baby boy, aku nak namakan my baby "Ahmad". 🖤🖤 Amiin ya Rabb!💕

7/10/2019

lelaki tak guneee

hah! ni lah akibatnya bila dah takde modal sangat nak buat entri hehe

rasa lama tak tulis blog, last masa ramadhan... ye laa nak kata busy pun x jugo, relek je kt rumah nie pelihara badan. nak jaga anak pun i tak kawen lagi hahaha

hah cerita ttg kawen nie, ok x dinafikan i risau juga lah jodoh tak sampai2, doa2 pada Allah swt , masih belum makbul... aku kira2 dosa apa yang aku buat ni yg jd benteng doa aku daripat a makbul. sedihnyeeee t.t

ok forget about dat.

i pun macam gelabah lah, sebab i dok diam2 tunggu orang laki meminang zaman skg ni mmg x la kan, so i kena gak bertindak, coz dlm fikiran i dah set 'kalau x usaha mana nak datang hasil tu' lebih kurg cmtu lah hahaha...

so ini mungkin ada dalam 3 minggu aku installed apps ni dalam fon aku, biasa ler cari2 local nie still x sangkut, so aku cuba org jauh pulak, lagipun aku doa semoga aku dpt jodoh org jauh.. why? biarlah hanya Allah swt yang tahu..

so, aku try negara Turkey hahaha.. lelaki ini aku kenal online minggu ni juga, isnin lalu.. pdhl aku macam dh giveup pun, and baru nak delete profile n apps tu, aku terima 1 inbox, then aku check la.. oh my! ada orang nak berkenalan, oleh dah lama sgt aku tak cari jodoh mcm teruja juga lah bila dapat kenalan .. lagi2 dapat yg mcm tu, boleh lah...

mula2 mcm sweet talker lah... dia minx no i tp aku tak bagi, then dia bagi no dia.. aku tak save.. sebab aku nama wasap ni mmg aku dah x nak bg dah pd lelaki, sebab aku mcm dah dpt agak mmg x kekal punya, so jenuh nak block, nak delete and tukar no... aku tak suka bila aku ada problems dgn lelaki, and dia masih simpan no aku n still boleh tgk2 aku kt wasap, mmg aku benci sgt. klu boleh biar terus hilang.. privasi ler kata kan ahaksss..

so aku cakap text guna ig je lah..hahaha.. ig aku tak serius mana pun, dorg follo aku tak accept just chatting there je. then dia bg username n suh aku mesej n follow dia kt ig, dan aku buat..happy juga lah sbb kalau2 lah kami jodoh kan..kan..kan... hahahaha...

tapi jangkaan aku meleset teruk.. haha, masa solat maghrib aku doa pada Allah swt, jika jodoh ku sudah dekat maka permudahkanlah.. dan jika bukan, lindungi lah aku dari lelaki itu. amiin!

you know what? sekejap jer Allah dah tunjuk... hahaha... memang, dalam website tu susah nak jumpa yang baik, tapi yang ni buat aku menyirap habis doh.. bukan aku marah, tapi cara dia tu memang biadab dan tak guna. dah lah DUDA ... meh aku belanja gambar kt bawah naaa~





 ok lah, nama dia ercan.. duda anak dua




 tengok tu, x sampai 30 minit je dah minta photo. aku benci bila lelaki mintak foto aku.
lepas tu x sabar pulak. euwww mmg tak lah nohhhh xD





ini sebab aku panggil dia tak guna beberapa kali.
"THROW YOUR PICTURES" ... beb, throw tu ayat kasaq naaa... even for my pictures dia nak aku campak kt dia.. well, dia lupa dia ada anak perempuan, good luck untuk anak perempuan kau ye ercan. 



hahaha padan muka. dia ingat aku merayu2 lah mcm org indonesia merayu2 xnak dorg pergi. you're not boss here. 



well itu lah kisahnya... 

sorry lah i ss sebab nak buat stok entri.... hahahaha... tapi still sakit hati lah bila kenang balik, biadab tak ingat dunia.. adakerr patut suh aku campak gambar aku kt situ. meminta macam iblis... ni minta lah baik2, baru manis sikit... tapi aku still tak bagi lerr. hahahahaaa...

and this is my last join2 chatting online, aku tak kata aku give up, tapi aku berserah pada Allah swt, jika ada jodoh.. Alhamdulillah.. dan andainya tidak di takdirkan aku tiada jodoh untuk menamatkan zaman bujang di dalam dunia ini, aku pasrah :)

bukan kes merenyam pulok yahhh..... ini normal untuk org bujang rasa macam nie, aku pun masa dulu macam tak kisah kalau kawen lewat, tapi bila dah meningkat2 umur i ni, memang tak nafi rasa sunyi.. lelebih lagi bila around me semua dah kawen. sedih weyh, bukan nak terikut-ikut tapi jalan2 seorang, takda yg teman , dan dalam islam pun digalakkan perkahwinan tp entahlah... entahlah.. susah nak explain, sebab tu i dah kata awal2, biarlah Allah swt shj yang tahu. 



dan aku perasan... perkara ni berbalik pada diri aku, dulu aku kutuk perempuan2 malaysia nie dengan ayat berbunyi begini...





"girls kt malaysia nie memang tak leh hidup tanpa lelaki ke?
wajib eh berboyfriend2... "


dan ia berlaku pada aku hahhaa... tapi aku tak mahu bf.. nak jadi husband terus. hahahahah...

4/25/2019

kasih sayang

Assalamualaikum...

laa aku baru perasan setiap kali aku taip entri aku sangat2 jarang memberi salam, even pun blog ni tiada pembaca.. perghhh rude !

haha... so jgn hairan taw kalau tetiba aku bagi salam ni hehe

hmm.. kali ini terasa bahagia, perasaan yang sangat idah , Allah yang beri taw! :) syukran Ya ALLAH <3

oklah, permulaan dari yang aku kecewa tu, hahaha... kecewa lah sangat, aah... as human, mmg kecewa bila crush tu dah kahwin. masa tu mmg down gila ler, yer lah punya la bodoh kan mengharap cinta manusia.. xD

well aku menagaku, aku kembali pada Allah swt semata2 nak mendapat jodoh yang baik2, biadab nya aku !!!!!!! tapi lama kelamaan, aku pujuk diri dan berdoa pada ALLAH , bahawanya orang yang aku tangisi itu adalah makhluk ALLAH juga, aku makhluk Allah juga, kita semua makhluk ALLAH AZZA WAJALA, dah kenapa aku menangis untuk manusia, tetapi bukan ALLAH? ruginya aku...

maksud aku disini, bukan tak boleh menangis utk manusia, boleh, tapi aku menangis sia-sia pada suatu yang tidak mendatangkan keuntungan, dah dia bukan utk ku , y me bother kan ( tiru tagline azwan ali) tapi Allah itu sangat2 penyayang.. Dia tahu aku sedang mensia2 kan airmata ku, lalu dia terbitkan kesedaran dalam hati ku... so titik mulanya cerita kasih sayang Allah swt kepada hambanya (aku) T_T

dalam mengubat hati yang lara, aku search lah ttg bagaimana mendapat jodoh yang baik2, dikalangan lelaki2 yang soleh. banyak weyh kt youtube, the aku terjumpa pulak video2 Ustaz Auni Mohamed xD .. tajuk dia memang menarik, sesuai dengan taste aku haha... padahal niat nak cari video2 zikir penenang hati, sebab serius my heart was kacau bilau time tu ( ampun kan aku ya Allah kerana aku berpaling pada Mu disaat aku sukar saja ) ... lepas itu aku ternampak video2 Ust Kasi Elyas.. aku download ! oh lupa, youtube apps android available offline k.. tp dalam apps tu aje lah xleh transfer ke laptop.. ok! dulu aku macam tak suka ust kasim ni, yalah dgr rumour mcm panas baran or over-over.. tapi bila aku menonton video2 nya, aku suka pula, ceramah nya selalu on point and kelakar.. suka tagline nya ' yang faham tu faham x faham sudah" and yang paling kelakar " ni pakcik2 depan ni ada yang x pakai spender" haha budak2 tahfiz pun kena bahan sekali xD

lepas itu aku terjumpa lagi video tazkirah/ceramah dari Ust Don Daniyal.. popular ust ni dulu, suka dengar ceramah dia.. hah yang ini pun aku pernah buruk sangka . Astaghfirullah alazim.. maafkan aku ya Ust Don.. memang suka dengan semua video2 nya.. mendengar nasihat2 mereka aku macam tersedar sedikit demi sedikit.

kemudian, hah... yang ini paling favorite! aku jumpa video2 Ustaz Wadi Annuar Hassan.. hat ceramah dia ni lah paling terkesan di hati. Subahannallah! lama juga aku stuck dengan tazkirah ust ni, sangat2 bermanfaat, dia selalu cerita ttg akhirat dan rasullullah.. kita sedia maklum bahawa dunia ini memang sementara, tapi ramai yang masih tak sanggup tinggal kan duniawi ni, tapi ust ni, dia bersungguh2 huraikan maksud tinggalkan duniawi ini, prepare amalan utk masa akhirat.. hah kat sini dah hati aku macam, lain ! aku rasa hati dan perasaan aku yang sempit, perlahan2 jadi luas.. hati ini macam terbuka untuk berubah menjadi yang lebih baik..  ( yang ni aku turut terjumpa video2 nya Habib Ali Zainal )

jadi, ada beberapa tazkirah mereka ini yang aku tengok, aku catat dalam buku latihan ( nanti aku beli buku baru khas utk nota islam <3 )doa2 yang lain, kisah nabi2, surah mengelak azab kubur, dan banyak lagi.. subahannallah, banyak pahala2 mereka ini.. sampai menangis2 juga lah aku tengok dan dengar ceramah dorg ( sorry naa sekejap tazkirah n ceramah, sama ke ? xD ) serius ! walaupun aku tengok dari youtube ja, feel tu sangat2 dalam.. hebat kan Allah ! Allahuakbar !! dan seiring itu juga, aku berdoa pada Allah semoga Dia memberi aku Hidayah, sesungguhnya aku memang mahu bertaubat, dan kembali taat kepada Nya. cukuplah selama ini aku ingkar.. solat tak jaga, Quran? jangan cakap lah.. aku mana da pandai baca Quran.. sebab itu aku menangis, berbelas2 tahun rugi.. sungguh sangat rugi, aku malu pada Allah ... dan kali ini aku tekad, untuk berubah.. cukup lah selama ini aku lalai.. cukup lah dengan duniawi.. now, walaupun sekecil zarah aku akan mengejar redha Allah.. Insya Allah.. andai sesiapa dari kamu terbaca entri ini, aku minta budi baik kalian, agar aku istiqomah dalam hijrah ku ya? semoga Allah swt dapat membalas budi kalian.. Amin ~














4/21/2019

gaduh

tadi baru ja selesai bergaduh dengan my sis... well, my sis ni ada sakit, ia berkaitan dengan masalah psikiatri, dia tak gila cuma keadaan mental dia yang kadangkala tak stabil.. yes aku mengaku ada salah, dia marah aku sebab tak cuci pinggan lepas guna, bukan aku tak cuci, tapi aku nak masak nasi masa tu baru lah cuci pinggan tersebut..

aku jawab sikit je kot "janganlah cuci" , lol terus dia maki hamun aku haha, aku pun apa lagi, membalas kaw2... ya Allah, menggeletar aku beb tahan marah tadi, terbayang2 dah aku smackdown dia tadi, tapi aku istghfar cepat2.. ya Allah, aku tahu aku salah and tak sepatutnya aku balas makian dia tadi, cuma aku takleh tahan dengan makian+tuduhan tak berasas yang dilempar pada aku..

aku ni dalam proses nak berubah, mengejar redha Allah.. tapi aku kesal, dengan kes macam tadi tu pun , kecil je, aku tak dapat lawan amarah aku.. nipis gila iman aku.. dia tu kakak aku kot, tak wajar gila aku maki dia balik dengan ayat2 lucah ( semoga Allah mengampun dosa2 ku )

T_T

3/27/2019

fashion black






















study

insyaallah, jika tiada aral melintang, sekarang ini ada intake dip.pendidikan awal kanak2, aku akan masuk.

biarpun ada rasa gerun sikit dengan study ni, aku rasa aku patut ambil kot, sebab susah.. aku dah lah x dapat sambung belajar, apply kerja lvl spm pun tak lepas2.. still tiada panggilan, jadi sementara menunggu, baik aku sambung belajar..

sebab aku tiada berbuat apa2 pun.. rasa menyesal pun ada, memang menyesal pun haha.. tapi aku anggap ini sbg lesson untuk menjadi someone better. insyaAllah... tahun ini, aku banyak ujian dari tahun2 sebelumnya. serius !

first. aku nak tinggalkan maksiat.. selama ini aku lalai, bukanlah maksiat zina geli2.. tapi, maksiat ini sangat2 luas, tengok kpop seksi tu pun dah kira maksiat.. belum lagi terkinja2.. aku serius.... jauh terpesong. aku jauh dari Allah..

2. aku nak jaga ibadah aku kepada Allah. ya Allah, aku hidup dengan perkara yang sia2 selama ini, dan aku tahu kenapa aku tidak mencapai kejayaan . sebab aku ingkar, tidak mengingati Allah.. aku bermunasabah, tapi aku tiada usaha.. kan itu tidak betul. ampunkan aku Ya Allah..

3. aku nak jadi anak yang solehah. aku seorang yang free hair, my dad dah tak tahu nak kata apa dah, aku buat derk ja.. my bro selalu tegur aku untuk tutup aurat, but aku wat dono je.

4. aku nak workhard. serius, aku selalu leka, mengeluh kenapa tak ada saving yg mencukupi.. btw aku malas, aku selalu complain dalam entri2 yang dulu, actually aku yang takda usaha pun.. sikit2 mengeluh, putus asa...

dan ke 5. aku nak patuh pada Allah.

doa kan aku ya.. sesungguhnya aku memang sangat nak berubah, tapi nikmat dunia ni mmg sangat2 mencabar.. semoga Allah pelihara kita dari fitnah dunia. aamin ya rab !

ig

well dia dah unfollowed aku di ig yg satu.. btw, semalam aku berdoa, supaya dia unfollow aku, and petang tadi bila aku check, dia dah unfollow

mustajab pula doa aku semalam haha... and x dinafikan aku ada terkilan sikit case ni, tapi yela.. dia status dah lain, bukan bujang lagi, plus dapat pula isteri yang solehah kan?

tapi aku dah okay, alhamdulillah... cepat Allah ubatkan hati aku... benarlah kata orang, cinta pada manusia yang melebih2 selalunya merosakkan kita.. cinta kepada Allah adalah sebaik2 cinta sejati..

dan aku merasa bodoh kenapa aku masih tak boleh moveon... padahal, bukannya kami pernah bercinta pun.. memang bodoh sangat.

aku berdoa pada Allah, semoga Dia kikiskan perasaan aku pada dia.. dia suami orang dah kot.. gila pula tergila2 kan dia.. berdosa fi !

3/24/2019

dah kenapa fi~

nak tahu tak.. sekarang ni aku dalam mode yang desperate nak ada boyfriend aka future husband.. ya Allah, betul2 kena kat batang hidung aku yang x berapa mancung ni.. dulu aku look down pada girls out there yg selalu update ttg boys..boys.. boys.. i siap kata yang dornag nie desperate gila nak kawen, tak boleh hidup tanpa lelaki.. pathetic!

guess what?

it happened to myself dowh! aku nyesal sangat2.. Allah balas balik apa yang aku cakap. tahu tak yang aku memang desperate gila sekarang ni, ye lah, aku frsut sbb luke dah kahwin kemarin dulu. mesti dia dah tak teruna kan? hahaha lol skip this part xD

tahu tak tahap desperate aku , aku sanggup pakai pic sebenar, plus edit sikitlah hahaha, dan berharap ada lelaki yang akan add aku kat facebook... and mestilah dengan muka tak semenggah aku ni berharap agar lelaki high2 class akan pm aku, tapi haram takda! hahaha... ya Allah, sampai begitu sekali tahap desperate aku.. akhirnya word pathetic tu berbalik pada diri ini.

bukan itu sahaja, kat ig pun aku guna pic sebenar semata2 nak draw attention ex boyfriend aku balik, and aku berharap yang dia akan dm aku semula, lagi sekali HARAM takda... aku nak dm dia malu pulaks, ye laa.. mana lah taw dia tu dah jadi suami orang kan? tak pasal2 aku kena viral kt social media.. fyi, selama ni aku block dia kt ig..haha.. now dah unblock .. entahlah, mungkin dia tak perasan kan aku kot, tapi aku still berdoa, andai dia adalah jodoh ku yang tertulis di luh mahfuz, maka pertemukanlah kami ya Allah..

ok, berbalik pada kes desperate... aku rasa hina sangat, ye la, kat fb , aku join kelab cari jodoh.. ya Allah, aku tak sangka yang aku desperate sampai ke tahap ini.. sesungguh nya aku malu T,T .. ptg tadi, ada seorang mamat yang aku berkenan, aku just sent sticker "hi" kat dia... tanda nya aku nak dia pm aku, sebab aku segan dowh... tapi krik..krikk.. dia just like my komen.. haha, sekali lagi aku terpukul.. dulu aku selalu jual mahal dengan lelaki (tapi yg ini harus lorh) , sekarang aku seperti terkejar2 kan diorang ni.. yelaa, lelaki yg pernah syok kt aku, semua dah kahwin.. jd aku rasa sunyi, bila semua orang dah kawin..

bukan sunyi maksud jahat, i mean... seriously,1 pun tkda menyangkut sbg jodoh? bila dah jadi macam ini, baru aku terngadah! seperti, ada yang mengejar aku... and pertanyaan kenapa tak kahwin lagi? aku sedih taw.. kadang2, aku rindu pada ex bf aku, serius talk, dia sangat2 baik... lembut, dan beragama.. owh yah!

sebut pasal beragama ini, yaa... faktor ni pun buat aku sedih... ex bf aku ni baik orangnya, latar belakang pun ok, berkerjaya, rupa pun boleh tahan.. tapi i dump him! aku masih ingat lagi text dia

"dah 2 tahun syg, x kan tamatkan shj"

"kita kahwin syg" <-- ya Allah, bila aku baca balik text ni , aku rasa nak meraung taw!

actually dia plan nak datang merisik bila kewangan dah stabil, sebab dia nak kumpul duit kawen masa itu..


....................................................................................................................

ok after dots atas tu aku berhenti jap, sebab aku nak screenshot dm aku dgn my ex, ya Allah, aku terkedu balik baca dm2 kami yang dulu.. Ya Allah, aku baru sedar... ok, aku tamat kan entri ni disini dulu.. aku rasa macam nak datang migrain pula kerana perasaan serba salah yang menebal dalam diri ini. hatiku kembali sedah T_T

3/22/2019

luke

selamat pengantin baru untuk si dia.. walaupun dia belum lagi bernikah haha
cuma malam ini adalah malam terakhir di bergelar bujang, esok sudah bergelar suami... gosh, aku nak move on cepat2 lah.. malas nak memikirkan tentang al ini. serius sakit dowh!

semalam aku whatsapp dia, tanya perkembangan majlis dia, and disamping itu aku nak calls dia , but he was busy lah.. siap ngadu lagi dia dia bt accident kecil. but nvm, and he screenshot his conversation with his brother yg lawa tu haha.. nak tahu tak semalam aku macam orang gila sebab sedih yang dia bukan jodoh aku..

sampai termimpi2 pula yg adik dia nak berkenalan dengan aku.. tp malangnya hanya dalam mimpi dowh~

its hurt for me, dah lah tahun lalu aku brokeup dengan my ex, then hati aku ok sikit... lepas ni aku kena lalui fasa ini sekali lagi.. ya Allah, its hurt for me. but i trust Allah swt.. dalam soal jodoh ini, aku tak minta yang demand.. yang penting agama terjaga, yang boleh bimbing keluarga ke jalan Allah..

sebab sejak aku kenal Luke ni, aku macam terinspirasi juga untuk berubah, nak mendekatkan diri pada Allah, tapi bukan berubah sebab Luke..

andai jodoh dia adalah wanita itu, maka aku doakan perkahwinan mereka hingga ke Jannah...

selamat pengantin baru, Luke. you will be my friend, forever <3

ps: bertuahnya kau wahai perempuan... T_T

3/15/2019

lelaki

haha seram sejuk pula aku malam ini..

sangat2 tak disangka... boys, bagi aku kamu makhluk yang menakutkan, tapi, kamu juga makhluk yg menjadi rebutan kaum hawa...

anggaplah, sebaik mana pun dia.. dah namanya lelaki, jangan sesekali kau jolok sarang tebuan... kang meletus. scary weiii ! hahaha~

tapi aku takleh salah kan dia 100% , mungkin dia tersalah faham padahal aku hanya mengusik cara sweet tapi fikiran nya melencong habis ke lautan nafsu.. nasib aku seorang wanita yang baik beriman malah cantik ( amiin ya rabbi , insyaallah suatu hari nanti ) haha , aku cuba tolak cara baik, suh dia tidor awal2 n say gudnite too him... dah lah seminggu lagi getting married, sabar doh! lol

9 tahun kenal, 1st time dia nak noty2, kimsalam jer lah,.. kalau nak noty2, pinang terus aku ni, we shud get married, but he ignored me..

alhamdulillah, aku berjaya elak. semua nya demi Allah swt, aku juga nak jodoh yang baik2 dari Allah, jadi aku kena jaga diri, batas supaya tidak terjebak dengan maksiat.. Ya Allah, terima kasih ya Allah, Engkau selamat kan aku dari dosa2 kecil dan besar, semoga esok, atau bila2 nanti, Kau beri kanlah aku kekuatan untuk berubah, dan mencintai Mu ya Allah, tiada siapa lagi yang aku boleh percaya dalam dunia ini melainkan Engkau, Ya Allah.. aku mahu kan hidayah Mu ya Allah..

moga bila2 nanti, Kau beri aku peluang untuk memperbaiki diri ini. Aamin yarabbi ~

to the girls yang tgh kapel tu, jaga la diri, mmg sweet bercinta ni, tapi jangan keluar dari landasan Islam. jauhi maksiat, jangan sekali2 beri peluang pada Boyfriend/tunang anda nak ber noty2 dengan kau orang... walau siapa pun lelaki itu, alim ke,warak ke, pegawai ke, suami orang ke, miskin kaya ke, jangan pernah bg peluang, sebab lelaki is lelaki.. nafsu dorg cepat naik.. percaya lah..

jaga diri girsl out there!

semoga Allah jaga kita, mahupun lelaki or perempuan..

3/02/2019

planning.

dalam tengah menaip ni, hati aku rawan semacam. yelah, bila dah tahu yang my crush akan berkahwin pada 23 hrbln 3 nie.. sedih sangat pula, bila dah kawen nanti, tak boleh dah mesej2 macam selalu.. sekarang ni, tinggal dia seorang yang rajin layan aku, almaklum lah, boleh dikatakan hampir semua kawan2 aku dah kawen.

aku seorang je lagi yang membujang. sedihnya... bukan aku desperate nak kawen, tapi entahlah, macam aku tetiba sedih... mungkin sebab diatas kot. huhu... but nvm lah...

ok, planning aku tahun ini... just planning lahh.. doa2 kan Allah swt permudahkan ya..

kalau dapat kerja, aku plan akan kerja dahulu untuk setahun lebih, then ambil pjj, kalau tak, aku akan meniaga kuih, dan still belajar.. skg susah, semua nak ijazah... nyesal juga sebab tak ambil p.a.k2 .. yang ni, hanya satu2 nya saja untuk aku menaik taraf kan diri.

so, aku memohon pada Allah, supaya Engkau kabulkan segala doa2 ku. Aamin ya rabb.

2/23/2019

empty.

Tengah bersedih sekarang.

masih memikirkan tentangnya. lately selalu nak attention dari dia. then i posted my selfie on ig lol. sbb dia akan komen haha

serius lah.. bulan depan dia akan kahwin, untung sangat bakal isteri. i disini macam gelisah, but i have to move on. tapi x semudah abc tahu!😭

bila i fikir balik, my life kat dunia memang selalu tak bernasib baik, disebabkan cara i berfikir.. masa dia single, boleh je i confess nak dengan dia, tapi i punya ego tinggi melangit. bila ada orang 'sunting' dia (act tunang dia yg risik) , dia terima.. then aku terfikir kemudian, kalau lah aku lebih awal bertindak ,mesti dia terima.. dan skg aku yang berputih mata😥

tapi, aku selalu berdoa pada Allah, agar diberi peluang kedua.. aku juga berdoa agar dijodohkan kepada lelaki yg baik2, terutama dari segi agamanya.. Aamin

2/06/2019

i was busy thinkin' bout boys


cerita semalam!

lol tak sangkalah, bertahun2 tak calls semalam dia call aku. actually aku masih still simpan perasaan dengan dia. serious! tapi yang malang nya dia dah bertunang. untung tunan dia, dapat si dia. kalau lah aku tak ego, and confess dengan dia sebelum masa terlambat, mesti dia terima. tapi tu lah, memang kami berdua , memang tiada jodoh.. actually, dia pun pernah mengaku, yang dia pernah jatuh hati kat aku, tapi dia pendam. sebab dia takut aku reject dia, and aku putuskan persahabatan kami yang dah lama terjalin. dah lama wuiii, tahun ni dah masuk 9 tahun..

dia kata, antara kenalan perempuan, aku lah yang paling lama kawan dengan dia, dan bertahan hingga sekarang, my heart was melting.. thanks luke, sebab still sudi berkawan dengan fi.. 

and yeah, semalam dia ajak video call, tapi tpt aku xda 4g.. jujur, dah line tak best, but nasib lepas tu line ok, lama juga kami berbual, 1jam 33 minit... ho ho ho.. banyak lah topik,, haha

aku sayang dia, tapi, Allah tak bagi dia pada aku, Allah tak jodoh kan kami berdua,.. mungkin sebab aku tak layak kot.. yela, tbh, aku manusia jahat... tapi yang sentiasa untuk berubah.. aku zalim pada diri dan tak patuh perintah Allah... and aku kurang berdoa.. Ya Allah, sesungguh nya aku meminta keampunan dariMu ya Allah. 

tak boleh dinafikan, aku memang nak kahwin, even not this time, tapi aku mohon pada Allah, supaya aku dipertemukan dengan lelaki yang baik..beragama.. yg meletak hormat tinggi kepada kaum wanita, responsible and kind.. tapi tu lah, kita kena ubah diri kita kalau nak jodoh yang baik2.. 

ps: semalam, sempat dia lecturing aku dalam phone, dia nak aku berhijab haha, insyaAllah :)