Pages

4/24/2016

Instasketch dan coloring

Hi...tak boleh dinafikan kalau level2 macam saya ni , sketching itu tersangatlah susah. Perghh! Lukis padam lukis padam je kerjanya. Tapi itu tidak membuatkan saya berputus asa. alalalala

Part yang paling susah adalah NOSE!! shading dan line kena betul2 tepat kalau tak akan jadi pelik. Erkk!! Sakit je hati ni kalau nose tak kena pada tempatnya.. huhuhuh.. keras betul tangan.. So, I kena stalk jugalah profil sifu2 yang mahir melukis di IG tu, memang hebat. Smooth jer derang lukis nose tu.

Jeles aihhh!!

Tapi x mengapa, sekarang saya dah jumpa trick baru lagi. Trick dan style yang xda dalam Photoshop. Hahahaha.. saya xda PS ye sbb spec laptop saya x support dan, kalau support pun laptop saya ni sudah uzur. Hahahaha.. nak beli baru tapi nantilah. Kena utamakan handphone baru dulu, plan nak beli Galaxy Note 3 sebab boleh lukis2.. aihhh berangan betul. HIhihihihi..

Oh ye, actually i baru hendak berjinak2 menggunakan DIGITAL COLOR. Memandang kan saya x pandai melukis di Laptop (plus wacom pun xda) , saya hanya sketch di SketchBook jer, Buatlah cantik2 kan so nampak real, lepas tu tangkap pic, kena jelas dan nice lighting. baru lah ok.. tapi handpone saya dah rosak, so ambil pic guna video camera je, tapi lighting tu kena pepandai la set kan supaya nampak terang sikit..




contoh nya ini.. ambil pic guna handycam.. xda handphone.
sketch lu cecantikkk... ahaks.. finn0817 tu seseja ler letak. haahak



selepas di colored kan. bagi sentuhan 'love' sikit.  olohholohh.. cantikkk tol hasil karya I nih. hekhekhek


ini some random sketch, aghhh.. nyesal x sketch kat sketchboook.. so salah satu mata2 diatas ini, ada juga i colored (digital-coloring)


mata no.1


mata no.2

Tapi I rasa, x se-best PS lah sebab function terhad, so ini je yang mampu I buat..

4/23/2016

Throwback 2007 : KAYANGAN MOVIE




I memang dah jatuh cinta dengan movie ni. Last tengok 9 tahun yang lalu, masa I berperang dengan PMR. Kakai I ni memang hardfans miss Fazura, dia minat sejak tengok Gol&Gincu. Woahhh, memang menjadi impian para gadis lah nak berkasih dengan Tengku Amir tu. Handsome, tegas, smart dan ... baik . hahahaha..

Kalau I tengok movie ni teringat pula zaman persekolahan, dimana wayang2 tempatan masih ada kualiti dan plot yang menarik. So, Gol&Gincu dan Kayangan ni la yang kena dengan citarasa I. I siap download balik cerita ni semata2 nak tengok balik, entah tetiba pula I teringat dengan movie ni, padahal in 9 years tuh xda pula nak tengok ke, download ke. 

Nasib baik jumpa kat web Veoh, youtube xda ye. Then lepas je habis nonton, I google2 then terjumpa pic derang (mungkin behind the scene).. pastu terjumpa blog Julia Ziegler. Tak sangka dia ada blog juga. Hahaa,, well, Hello Julia! hehehe... So, nanti saya nak beli balik DVD ni . 

Lepas tu, ada part Fazura terima hadiah dari Abang B , hadiah handphone youuuuuuu!! Nokia 6030 macam handphone pertama I. Hahahahah... cuma I full-black , fazura punya black-white... hahahaha. Macam dirancang2 pula kan?! (alahai perasannya)


PS: Teuku Zacky dah kahwin pun.. dah beranak-pinak pun, alamat ku berpaling balik pada kpop idol nih!! *ahahahahahahahahahaha* lawa benor bini dia.....