Pages

5/27/2015

Short Hair

Rasa menyesal pun ada.

Tapi kalau nak salah kan tukang gunting rambut tuh I rasa tak adil, sebab I sendiri jadi saksi that 'kakak' memang dah potong cantik2 rambut customer yang lain dan I maself rasa excited dengan kerja dia.

Tapi bila giliran ni pula kenapa ya I rasa macam hair cut I x cantik? thats was my question!! Panggil dia kakak sebab penampilan dia memang serupa perampuan biarpun jantina berlainan dan if you know what I mean. Kakak itu tanya "nak potong style camna?" , then tunjuk lah style spt gambar diatas nih.

Alert: bukan gambar saya.

So kakak itu cakap ok!! I tambah lagi supaya dia clear, rambut I pendekkan melepasi bahu, maknanya jangan terlalu pendek dari paras bahu.

Sekali dia potong lepas bahu dah. I punya lah menyesal gila. And the worst part, I suruh dia cut my front hair (bangs) untuk nampak comel, but I think it didnt work. ��

Now my hair was totally short. The shortest. Tadi masa pergi office (urusan peribadi) I rasa awkard sebab my hair memang pendek gilaaah!! Saya pilih tempat duduk yang paling belakang supaya orang tak perasan my weird short hair. Heu Heu.

From the bottom of my heart, rasa menyesal yang teramat sebab kalau tunggu nak panjang balik memang lama. Huhuhu. Since terngiang ngiang hasutan kakak I supaya jgn potong rambut nih tapi I pergi potong juga tambah lah rasa menyesal yg tidak terkira.

Serius!��

Benci. Benci. Benci.

Begitulah alkisahnya.


5/22/2015

Cerita: Tugu Kasih Selamanya

WARNING:
CERITA INI TELAH DITAIP SEMULA OLEH FINA, DAN SEGALA WATAK DAN PLOT TWIST DALAM CERITA INI ADALAH HAK MILIK APO!MAGAZINES. ALL CREDIT TO KAK NORA.


"Kalau betul you sayangkan I, apa buktinya?" Natasha bertanya sambil melentokkan kepalanya ke bahu Andy. "Bukti? Bukti apalagi?Bila kita couple ni, tanda I sayang you lah.... I pilih you berbanding perempuan lain". Andy menjawab santai. "Tapi I tak suka tengok you bercakap-cakap dengan perempuan lain..."

Mendengarnya, Andy mula berkeluh. Kepala Natasha dibahunya, mulai tersa beban berkilo. Bila Andy tak bereaksi, Natasha pantas mengangkat kepala. "Kenapa you diam? Sebenarnya you sukakan dorang rapat-rapat dengan you!" tuduh Natasha. "Hey, takkan you tak faham lagi kerja I macam mana? I ni Creative Director. Hari-hari I jumpa model... dekat ofis, dekat tempat shooting. Takkan itupun salah?" Andy mulai tak senang hati.

"Ah! Boleh je you tak jumpa. Assistant you si Mirul tu kan ada?" Natasha melipat tangan ke dada dengan muka cemburut. "Tasha, tolonglah... I tak suka you buat perangai cemburu buta macam ni!" getus Andy makin bengang. "Eh, I ada hak untuk cemburu tau! You tu boyfriend I! I aje ada hak untuk sentuh you. Diorang tu jangan nak menggatal! You pun jangan nak menggatal biarkan mereka sentuh you sesuka hati!" bebel Natasha, memberikan amaran keras.

"Huh! Bosanlah hari-hari dengar ingatan yang sama dari you! Susah sangat ke you nak percayakan I? Kalau payah sangat kita putus ajelah!" Andy merengus lalu menolak tubuh Natasha menjauhinya. Dia bingkas bangun. "Eh, you nak ke mana?" tanya Natasha mula kalut. Dia cuba meraih tangan Andy tapi lelaki itu menepisnya. "Nak balik ofis. Petang nanti I ada shoot studio."

Tanpa menghiraukan panggilan Natasha, Andy terus berlalu bersama sakit hati yang bukan sedikit. Sementara Natasha memandangan pemergian Andy dengan perasaan geram bukan kepalang. Sejak akhir-akhir ini susah betul dia nak mengawal Andy. Kekasihnya itu mudah naik angin dan langsung tak lut lagi dengan pujuk rayu Natasha.

"Mesti dia ada perempuan lain! Kalau tak, takkan dia berubah macam tuh sekali!" Hati Natasha mula berprasangka yang tidak-tidak. " Nampak gayanya aku kena intip pergerakkan dia!' Natasha memustuskan tindakan yang harus diambilnya.

Maka, diam-diam Natasha mula memantau kegiatan Andy. Dia curi-curi mengekori dan mengintip Andy dari jauh. Andy memang tak pernah berfoya-foya ke tempat lain. Hala tujunya tak pernah menyimpang dari pejabat dan lokasi shooting. Namun apa yang berlaku di lokasi sangat menyakitkan hati Natasha. Andy sentiasa dikelilingi oleh perempuan-perempuan cantik. Gaya mereka sangat manja dan mengada-ngada bagi pandangan Natasha. Memanglah Andy kelihatan biasa-biasa sahaja, dan tak begitu melayani karenah mereka.

Tapi hati kecil Natasha kuat mengatakan, lambat laun Andy akan jatuh jua ke tangan perempuan-perempuan itu. Hari-hari digoda, lama-lama mesti tergoda, bukan. "Tak boleh jadi! Aku kena buat sesuatu untuk pastikan Andy jadi milik aku selamanya!" Natasha bertekad.

Suatu hari, ketika mereka keluar bersama, Natasha menyuarakan kebimbangannya kepada Andy. "You nak risau apa? I kan dah janji nak kahwin dengan you..." Andy berkeluh. "Memanglah... tapi boleh ke you bagi jaminan pada I lepas kahwin nanti you takkan tergoda pada model-model tu semua?" tanya Natasha. Andy menepuk dahi. "Come on, Tasha! You nak ke I jerit kat telinga you? You nak I buat apa lagi? Belah dada? Tunjuk ada apa dalam hati I? Kalau kita dah kahwin nanti pun, you masih nak cemburu buta, I sendiri dah tak tahu macam mana lagi nak yakinkan you!"

"Maknanya you memang tak bersungguh cintakan I!" sela Natasha tak mahu mengalah. "Ah! Lantak youlah! Pergi mampus dengan cemburu you tu! I dah tak tahan lagi!" bentak Andy akhirnya tak mampu bersabar lagi. Terus dia pergi meninggalkan Natasha yang terjerit-jerit memanggilnya. Natasha memandang dengan penuh dendam. Amarah dan rasa cinta serta perasaan takut kehilangan saling bertingkah dalam hatinya.


Suatu malam, Natasha nekad melakukan kerja gila. Dia betul terdesak mahu memastikan Andy menjadi miliknya selamanya. Natasha sengaja menjemput Andy makan malam di rumahnya dengan alasan mahu meminta maaf. Andy yang baik hati, masih lagi mahu memberikan peluang kedua kepada kekasih hati, sekadar menurut. Selepas selesai shooting, Andy terus memandu ke rumah Natasha.

Sampai disitu, Andy terkejut melihat suasana romantik yang diciptakan oleh Natasha. Beratus batang lilin menyala menerangi ruang makan. Atas meja terhidang makanan enak. Nampaknya Natasha benar-benar mahu mengambil semula hatinya. Masakan yang tehidang benar-benar menggugah selera Andy. Dia makan dengan lahap dek rasa lapar. Natasha tersenyum memandang tanpa menyentuh sedikit pun, dengan alasan diet.

"Wah! Sedap betul you masak malam ni! Habis licin I bedal... sampai rasa mengantuk ni..." Andy menepuk-nepuk perutnya, "Untung I dapat bakal isteri cantik dan pandai masak macam you..." Natasha hanya tersenyum memandang Andy menguap beberapa kali. "You mengantuk sangat ke?" tanya Natasha. "Hmm... dapat makan sedap dengan perempuan cantik... mengantuk dan kenyang rasanya..." mata Andy semakin layu. "Tak apalah... you rehatlah dulu kat sini..." . "Hmmm.... I memang nak tidur sekejap ni.." Tak sempat bangun, kepala Andy sudah terlentuk mencium meja.

Tahu-tahu Andy tersedar dari tidur bila terasa tangannya lenguh. Sambil menahan rasa pening, Andy membuka mata. Suasana keliling masih samar dengan cahaya lilin. Andy menoleh ke sisi. Alangkah terkejutnya Andy apabila mendapati kedua-dua belah tangannya terentang, terikat dengan tali. Rupanya dia tertidur dalam keadaan berdiri tanpa pakaian dan terikat???

Andy cuba bergerak tetapi kedua-dua belah kakinya terasa berat bukan kepalang. Andy menunduk dan dia terperangah melihat Natasha sedang menyimen kakinya! Andy cuba berteriak tapi baru tersedar yang mulutnya berplaster. Terbeliak-beliak mata Andy, berteriak dengan suara tak lepas keluar dari mulut. Dia meronta-ronta tapi kakinya keras.

"Syhhh,,, jangan bergerak sayang... nanti kaki you patah..." Natasha berkata tanpa mendongak padanya dan terus melepaskan simen pada kaki Andy. Sudah sampai ke paras paha dan simen kebanyakkannya sudah mengeras dengan cepat kerana Natasha menghalakan kipas angin. Walaupun sedar suaranya takkan, Andy tetap berteriak meminta simpati pada Natasha. Meleleh leleh airmatanya, Natasha berdiri. Bukannya kasihan sebaliknya mencium Andy sebelum ketawa mengilai-ngilai.

"Macam ni je cara paling sempurna untuk pastikan yang you jadi milik I selamanya Andy! Takkan ada orang yang boleh jumpa dengan you lagi, melainkan I sorang aje!" Mata Andy terbuntang mendengarnya. Sambil menyanyi, Natasha meneruskan kerjanya menyimen Andy sampailah ke bahagian kepala. Mulut, hidung dan mata, dibiarkan terbuka.

Natasha masih membiarkan Andy bernafas dalam keadaan keras bersimen. Dia masih menyuap makan walaupun Andy meludah ke mukanya. Airmata Andy meleleh tanpa henti. Bayangkan, dia masih hidup dalam simen! Seksanya hanya dia saja yang tahu. Perutnya terasa hendak pecah apabila perkumuhan tak mampu dilepaskan. Sehingga akhirnya terkeluar dari mulut, Natasha bertindak menyimen Andy sepenuhnya.

Andy masih hidup beberapa jam selepas disimen sepenuhnya... Namun selepas itu, dia kekal menjadi tugu buat tatapan Natasha seorang......

5/17/2015

Can't even english

Ini bukanlah suatu yang baru. Dah lama pun. Bila saya taip sesuatu in English, saya x pasti samada ayat saya betul or tidak. Dalam hati I juz kata "ughh lantak la". Terus post!

So kalau orang yang perasan my english is poor, mereka replied my post@comment kata "ha ha english can't even."  Sebenarnya saya x kisah pun kalau orang nak kutuk my english, sebab semasa saya taip ayat English, hanya separuh level konfiden yang ada dalam diri saya. Correct or wrong, berserah sajalah, janji orang boleh fahami. Heu heu heu.



Kenapa saya "english can't even"?  Hmm.. melihat surrounding saya sendiri, tidak semua orang boleh bertutur dalam bahasa English, iaitu bahasa Penjajah. Bukanlah saya nak kata people surrounding me bukan orang yang berpelajaran, tapi rata-ratanya tak tahu English. Penekanan pada bahasa BI sangat kurang. Macam kalau saya start bercakap dalam BI pun orang disekeliling dah mula buat bibir sinis, cakap saya gedik , show off dan mengada-ngada. Cakap yang saya mengagungkan bahasa penjajah. *rolling eyes*

So, dalam dunia maya ni, ramai saya jumpa rakan2 yang pandai cakap/taip english dengan betul. Serious suka sangat baca. Kekadang I jealous kenapa terror sangat cakap Bi nih. Kagum betul. That's why lah I teringin juga bercakap dalam bahasa BI. Biasa-biasakan diri. Kalian tahu jugakan, tiada masalah untuk kita berkomunikasi pada strangers jika kita pandai BI. Berkomunikasilah tanpa batasan. ughh bestnya!!!!

Apa yang saya dapati, my english bukanlah teruk sangat, xdalah sampai x boleh difahami langsung. Level dia kira boleh cari makan(praised myself). Dan yang paling penting, jika hendak menegur, tegurlah dengan berhemah, kata pandai BI so ertinya tahulah bagaimana menegur dengan betulkan?!

P/S: Kekadang orang yang bukan bangsa Inggeris nih yang briya-iya kondem BI saya. Berbeza dengan yang pure Caucasian, mereka bagi tunjuk ajar kalau BI saya sudah mula kelaut. Tapi it's still my fault sebab saya memang seorang yang lambat tangkap sesuatu perkara T_T

Apa-apa pun, I'm still and always learning BI bcoz I'm not english (ha ha ha)

5/15/2015

Malaysia bersih x?

Sekadar luahan dan juga sedikit imho. No butthurt dan feeling offensive. Chill aahh baru life pun senang. Heu heu heu.

Kadang-kadang I sakit hati. Sakit hati dengan sikap orang kita yang x pentingkan kebersihan alam sekitar. I sakit hati bila ternampak some people yang lepas makan keropok, campak ja semberangan. Lepas minum minuman tin, pijak tin kasi lenyek lepas tuh tendang tin like a pro padahal cm pondan ke semak samun.

Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun ada yang buang sampah merata-rata, xda kesedaran padahal ramai mata memerhati. Tapi, bukan orang tempatan sahaja. Pendatang asing pun ada. Maka mereka la 'raja' bab kotor mengotor. Pernah dengar bandar BDC di Sandakan?? Keluarga belah Da(bapa) saya pernah tinggal disitu, kawasannya berada dipinggir laut.

Perumahan khas di tepi laut. Tiada tanah rata, sebab bawah kolong rumah ada air. Tapi sayang, kawasan-kawasan disitu sangat kotor, segala sampah berapungan dipermukaan air, paling teruk ada imej 'poop' yang macam hell. Dan yang paling menyakiti saya, penduduk2 disitu majoriti terdiri daripada pendatang asing. BUKAN BANGSA TEMPATAN. I bagi you clue,

Penduduk tempatan = 5%
Pendatang asing = 95%

Begitulah situasinya. Mereka layan alam sekitar disitu sangat teruk. Y'know, istilah "tandas layang"? No flush k! Ada certain rumah saja yang pasang flush tapi installment memang mahal. It's ok xda lah orang lain boleh poopie terapung2 nanti.

So saya tanya, Malaysia bersih or tidak? Saya tahu, banyak tempat bersih di Malaysia nih, tapi saya x maksudkan dari segi alam sekitar sahaja, what about "race"? Saya maksudkan juga

Bumiputera = 50%
PTI = 50%


Seri!