Pages

5/28/2022

mana dia??😭🥺

ok, kes ni dalam minggu ni juga.


btw minggu lalu he sent me a message on the website where we berkenalan. tpi lama kelamaan, aku macam boring la chatting dengan dia, dia sent mesej hari khamis, aku balas hari isnin. so mungkin dia ingat aku dah macam x berminat kot. same goes for him. tqpi dia ada balas juga. tapi balas "ok" and "what you doing", tapi dia seen je. aku pun malas nak ambil port sangat jadi aku biarkan je.

bagi aku, macam aku was being hype je masa tu, entah2 dia tak serius pun. tapi, aku macam ada sindrom macam tak nak "cut" terus. selepas 2 hari tak online, aku check mesej, our messages hilang. aku macam sedih weyh. pelik pun ye. ada juga lah aku screenshot semua messages kami.

tapi lepas tu aku lega, why? sebab aku takyah fikir lagi kalau2 jodoh aku dari Switzerland. nak kena fikir ttg agama lagi. jadi biarlah.

tapi entah, aku macam tak leh move on jadi aku nak check balik kt apps online dating tu. resultnya profile dia pun hilang lah😭.. i was like😢😔.. memang dia x serius pun. kecewa jugala aku sikit2, ingatkan jodoh aku orang Swiss, ternyata bukan. 

dalam hati, sampai hati dia tinggalkan aku tanpa saying goodbye, yela kalau dia x mampu untuk ada ldr, at least ucaplah good bye.. sejuk sikit hati aku ni woi. tapi at the same time aku lega lah, sebab aku xda nak fikir sangat ttg relationships yang memerlukan banyak komitmen. huhu..

so i take that dia x serius pun. biarlah.. so beberapa hari berlalu. aku tergerak hati nak check account instagram aku yang hari selasa tu. sebab ig aku dia tahu. aku tengok ada 1 request friends,  i was like happy and nervous,  bila aku check.. 

hampeh! founder ntah mana yg nak follow aku tu.. yuck, aku sakit hati woi tanda keciwa , aku deleted terus rq tu🤣.. deep down punyalah berharap it was him🤣😭

then aku pun termenung. nampaknya memang dia dah taknak kot teruskan persahabatan dengan aku. i was , ok lah. aku redha.. tapii... aku baru teringat, aku belum check dm request.  bila aku tengok, hah, mmg ada 1 request mesej dr stranger, account pun masih baru.. 

hahaha ini pic dm aku:

(pic)

it was him😭😊


aku macam, betulke apa yang aku baca ni.. tapi aku tak approve terus, sebab aku masih diawang awangan kot wkwkwkwk🤣 

aku happy,  sebab dia masih nak in contact dengan aku yang x seberapa ni.. Ya Allah, kalau lah dia jodoh aku.. maka permudahkan lah Ya Allah ❤..

kemarin, dia nak minta sesuatu.. dia nak tengok pic aku, sebab dia just nampak pic aku 1 je, dah la dalam apps aku langsung xda photo. korang nak tahu, karau juga aku bila dia minta pic aku, sebab aku masih malu dan self esteem aku masih rendah.. aku WhatsApp mys sis nak bagi tengok kalau pic yg aku nak send tu okay ke tak , lps tu aku send my bff, tp dia jawab lewat.. so aku rasa, sampai bila nak macam ni kan? aku x yakin dengan diri aku.

tapi now ni, aku macam nak beranikan diri, aku nak jadi diri sendiri, so aku just sent 2 photo aku kat dia.. lepas tu aku request nak minta pic dia pula.. Alhamdulillah, everything was fine😚 . tapi i sent pic freehair, i sorang yang berhijab, and i still feel sinned😰.. 


(pic)
ini turn aku sent photos 

ini turn dia sent photos 🤣


but now, i nak jadi diri sendiri, dan aku tekad kalau dia suka, sukalah, kalau tidak, aku dah redha, yang penting aku jadi diri sendiri dan aku tak perlu lagi berpura2 jadi orang lain. sekarang aku serahkan sepenuhnya jodoh kepada Allah. aku akan berdoa kepada Allah semoga Dia mengurniakan jodoh yang baik2 kepada ku.

tapi, actually kami tak mention apa2 pun ttg our relay, skg kami dalam fasa mengenal antara 1 sama lain, manada kami claim jadi officially as BF and GF🤣 . mcm yg aku cakap, aku ni cepat overhype🤣🤣😅.. 

tapi setiap apa yg berlaku dlm hidup aku, aku mesti coret disini.. kalau korang baca dari awal aku punya entri, nak bagi penampar pun ye sbb aku punya habit ni😅🤣..

oklah, nanti aku continue balik, nak menjual dulu.😙

(taip hari khamis, post entri hari Sabtu🙄)

5/17/2022

pulak dah!

ok, semalam dia ada replied.  tapi macam yang aku beritahu sebelum ni, dia ni mmg dry texter dan jarang sangat online,  jadi chat ni ambil masa yang 2 3 hari sebab perbezaan masa.

tapi dia boleh tanya soalan ni woi

then aku jawab la macam tu, sebab tu je yang ada kt otak aku. cuma entahlah, kalau dia serius or tak, kalau x pun aku tak kisah sangat sebab aku macam x sampai hati tinggalkan Malaysia. cantik buruk negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.

plus masalah kepercayaan , kalau dia betul2 serius, dia wajib convert , kalau dia tak nak, khalas! aku boleh cari yang lain.. tqpi aku doa semoga Allah buka hidayah untuk nya terima Islam.

sebab dari segi interracial marriage ni, beliefs sangat penting bagi aku, kau xda benda ni, jangan harap nak kahwin dengan aku. jahil2 aku begini, aku akan sentiasa letak agama no 1. . 

kadang2 aku terfikir, kalau lelaki local ni x memilih , tak yah sangat aku fikir ttg beliefs ni, tapi kalau dia adalah jodoh aku, aku kena hadapi dan prepare utk patah hati buat kali kedua..

because ive already liked him.. dia sekali imbas macam muka actor crush aku


hint muka dia macam nie 🤭🙂 . tapi ofc la si David Kross ni hensem lebih😝

5/15/2022

wife la sangat...

sebenarnya, aku agak excited nie.. yela, beraoa hari aku off chat dengan si Marc ni, rasa macam rindu, dia takdalah hensem oun, badan pun ketoi tu je, tapi entahlah, mungkin jodoh aku kot.. hahaha aamiin!

sebab aku joined apps ni, aku tak pakai pic profile pun, aku just taip la description aku panjang2, plus apps tu macam nak tak nak je apruv pic aku kt situ.. tapi entah bagaimana, si Marc tetiba mesej aku.. ok kat bawah ni first dia tegur aku, walaupun aku tak pakai pic profile. 

(pic)



jadi aku just layan la, mula2 malas aku nak layan sebab aku tengok dahi dia botak , so not my taste la, kataku x sedar diri😌 

tapi bila dia sentuh tentang agama, aku rasa sensitivity dia agak ok kot, ertinya dia read dan tengok teliti profile aku. so dia tahu aku menganut agama Islam.. aku jawab, aku ni x religious,  solat on off, puasa on off, banyak aku hutang dengan Allah swt, semua tak setel lagi, tapi bab akidah, iman, no doubt okay, its always nombor 1..





dia pun macam.. ok.. lepas tu i tanyalah, kau pulak? dia jawab, agama x penting pun, yang penting family dan friends.  then aku balas balik, for me every aspect of life is everything to me.. ha ha ha ha pandai2 la dia nak faham, harap dia catch up maksud aku, maklum lerr English aku ni tunggang langgang🤣


so banyak lagi kami bual.. dan our conversation agak dry dan lembab..tapi tadi aku sangat gembira, walaupun pada mulanya aku agak terasa hati, dia macam malas nak layan chat aku, tapi sekali dia text ayat ni.. 

(pic)








aku rasa macam nak menari2 diawangan🤭

seriously, ni baru first time orang mat saleh buat kt aku begini, dah la aku tengah desperate 🤣 .. sebab tu aku tertanya2, siapalah jodoh aku ni, adakah dia or orang lain?? aku rasa macam nak lemas pulak.. love is awfully painful🥲..

dia memang nak cari bini pun, dan dia jenis suka wanita yang macam buat peranan mak mak , jaga anak, masak , maksud nya bila suami pergi kerja , ibu jadi ketua kt rumah.. aku tahu, majoriti mat saleh ada yellow fever, asian fetishism or submissive woman.. dah dah, aku dah khatam bab tu, dari umur aku 21 tahun lagi aku dah alert pasal ni.. 🤭🤣




aku rasa aku boleh buat, dah memang itu aku buat sepanjang hidup aku, cuma aku takda suami or anak nak uruskan.. tapi dalam masa yang sama, aku memang planning nak ubah future life aku, samada aku berhijrah ke Switzerland atau dia relocate disini, semuanya ku serahkan pada Allah swt.. 

kalau misalnya aku jadikan dia, aku nak jadi youtuber seperti mana yang aku impikan dulu, tapi itupun kalau jodoh kami ada, tapi kalau x jadi pun, aku tetap nak jadi youtuber.. hahaha dasar betul aku nie.. tapi ya, itu je dahulu jalan aku untuk majukan kehidupan aku yg serba dhaif ni.. (xdala dhaif sangat)

memang aku x aim tinggi2, tapi untuk future aku dah planning dari A to K .. Z x sampai lagi.. masih merancang🤣..

korang yang baca blog aku, tolong doakan jodoh aku dengan Marc ye.. semoga Allah swt buka hatinya untuk terima Islam dan terima aku seadanya.. trust me Marc, i can be pretty later, only for you😍 <--- *ayat orang dilamun cinta*🤣




5/10/2022

siapa la jodoh aku ek

korang.. now ni kan, aku tengah dalam fasa mencari teman hidup. yela lepas hampir 3 tahun aku single, tak da teman/kawan lelaki.. aku kembali mencari partner. sekarang ni aku tengah joined 1site ni, ada kat google playstore.

adalah seorang ni aku jumpa, tapi dia sent mesej kat aku dulu, and aku pun replied macam biasa, kami bual2 biasa je, untuk beberapa haritu, tapi dia replied lambat sangat sebab dia jarang online. so aku online macam biasa, tapi bukan untuk mencari2, just scrolling, tengok profil orang, baca description dorang, banyak kelakar wei🤣

so, lelaki yg aku kenal ni, let's call him Marc la.. dari Switzerland. actually dari observation yang aku dapat selama chatting dengan dia ni, aku rasa dia ok kot, tapi macam dry texter pun ye, sebab dia macam serius, xda gurauan.. lepas tu straight to the point. and dia kalau boleh, polite sikit lah, for me dia macam ada vibes orang German gitu.

dia kata nak datang Malaysia, nak jumpa aku, aku rasa nervous pulak, ye la, dia baru nampak pic aku 1 je, tu pun pic proful kt ig, dah la kecil, dia kata aku cute hahahaha.. terima je la dah orang puji🤣 lepas tu aku kata boleh, tapi kau kena tunggu lama sikit la sebab aku takda duit nak jumpa kau, dia selalu tanya wei aku ni ada masalah kewangan, hahaha malu pun ye, tapi aku dah nekad , siapa je relationships aku kali ni, aku nak jujur, aku dah taknak berselindung..

tapi ofkos la aku mcm hesitated nak jawab sebab aku malu, lepas tu dia macam dpt agak , so dia tanya balik,

masalah duit atau masalah percaya kt dia?

then aku jawab mungkin dua2.. ye la, kami kan masih stranger, jadi dia planning nak visit Malaysia next year. then aku say yes je la, nak kawen punya pasal kan🤣 

lepas tu dia tanya la apa forbidden dalam Malaysia ni, aku kata plg forbidden sgt adalah intimacy things.. lps tu dia mcm shocked lq, 

him: hugs, kissing, touching?
me: including sx

dia mcm kecewa sikit.. i was like?! kau jangan nak macam2 , desperate aku bgni pun x tergamak aku nak gadai marah 😌

yela ,lps tu aku explains 1 by 1.. dia mcm, okay.. lepas tu dia kata, y don't u visit me here? kt Switzerland la mksud dia tu wkwkwkwk.. kalau aq visit kau kt sana pun ingat boleh buat suka hati je ke? dia x aware ke , Asian ni mmg konservatif.. ngok tul..

and banyak lagi la kami bual kan, tapi entahlah, adakah dia tu jodoh aku, aku harap la yea kan, aku dah bosan jadi single ni, aku nak mulakan chapter baru.. kahwin dengan orang oversea, mmg impian aku dari dulu, lebih2 mat saleh.. 

tapi aku selalu je jumpa mat saleh yg gred c or d.. tp si marc ni aku boleh klasifikasi kan sbg gred b la, dia xdala perfect sgt tp boleh lah, aku x aim tinggi sangat.. as long he loves me, i gotta love him back.

entahlah, nanti aku update disini kalau ada chat lagi, kemarin subuh last kami chat sebab mungkin ada sesuatu yang dia kecewa kan.. so let it be and just follow the flows.. kalau dia blaah aku boleh cari lain😌

ok sekian utk update harini~~~ 😝