Pages

12/31/2018

2019 already


dah masuk tahun baru dah... hmm tiada yang baru, cuma tahun ini aku nak lebih usaha dan nak bantu mama aku.

ini dah lama aku plan, cuma tak berjaya.. selalu tak berjaya.. poor me, entah kejahatan apa yang aku buat ini sampai my dreams tak become true t.t (seriously, wth is wrong me) ! *screaming dalam hati*

tapi tak apalah, aku nak buat semua kegagalan aku ini sebagai penguat semangat.. aku akan kurangkan menonton veriety show dari korea. hahah baru perasan yang aku selalu habis kan masa menonton runningman setiap minggu.

hmmm... korang pernah ada rasa perasaan tak yang korang hidup sia-sia dalam hidup korang? pernah tak?

since 2011 lagi aku selalu ada perasaan ini.. serius sangat sakit! aku selalu rasa aku tiada masa depan, tak guna, and my siblings still treat me like a trash, sedih! aku... idea, planning banyak gila, tapi satu pun tak pernah accomplish! itu yang buat aku sedih... aku selalu nak berussaha, tapi semuanya hangat2 tahi ayam.. aku tahu my parent rasa kecewa dengan aku.. mcm biasa, aku ni loser! sepatutnya dengan umur aku nak masuk 27 tahun ni, aku dah ada segalanya... but never! aku masih gagal..

sebab apa aku rasa gagal?

sebenarnya, cita-cita aku tinggi.. aku nak jadi orang kaya, aku nak ada rumah and kereta sendiri. tanpa bergantung pada orang lain.. especially my siblings.. tahu tak kt Instagram aku follow siapa? aku follow bukan orang semberangan taw!

orang nya adalah michelle phan, mark zuck, ponys makeup, bts, poyd treechada, neelofa, fazura, blackpink..

aku teringin nak hidup mcm mereka kt atas ini.. pandai, femes, kaya .. they look perfect to me! setiap hari aku selalu berfikir, bagaiaman mereka boleh berjaya?

korang kalau baca ini, jgn lah korang mempertikaikan aku punya kemahhuan, sebab taste aku lain.. aku suka kan kareer yang berkait rapat dengan industri hiburan yang boleh menarik minat golongan muda mudi, and then my income boleh cecah 50k or 100k sebulan.. cuma aku tak tahu dari mana nak mula!

and , aku selalu terfikir kan mama... dia sangat kesian, ya Allah, betul aku tak tipu, kalau aku kaya, aku akan suruh mama berhenti menjual, dan upah orang gaji untuk mama... seriously, mama dah tua, tapi still bangun pagi seawal 3 pagi untuk siap kan jualan.. aku kadang2 je tolong sebab aku ada komitmen sendiri.. kadang2 aku menangis, aku tak dapat bawa mama shopping, beli apa yang dia inginkan, bawa dia melancong.. aku rasa , saat ini lah aku rasa aku paling gagal dalam hidup..

ramai anak dah senangkan parents mereka, tapi aku masih lagi bergantung pada mama.. xlah bergantung sepenuhnya.. tapi aku selalu juga tergunakan duit mama.. maafkan aku ya mama t.t

tahun ini, aku nekad, untuk berusaha dan cari income setinggi2 gunung everest, demi untuk mama dan bapa.. aamin!

12/27/2018

new life!~

laaa... dekat-dekat hujung tahun nie baru pula i rajin update blog ... hehe

yala, tinggal kan sedikit untuk kenangan2 2018 kat sini.. ya allah, lagi berapa hari lagi umur aku akn melonjak naik... arghhhh!! aku tak mahu jadi tua t.t

huhu

oh yeah, aku tulis blog ni pun sebab nak bagitahu, bermula tahun depan 2019, aku dah jarang buka blog, sebab aku nak fokus vlogging pulak!! semalam aku dah sign up and linked kan channel aku pada Google adsense.. ahahaha!

so, kalau ada mood gitu baru lah masuk sini pula.. sebab aku dah malas nak menaip. vlog senang, haha

even if its just in my dreams

sometimes,

terfikir juga aku nak femes macam taylor swift. haha, sebab dia cantik, world femes celebrity, tall, can sing and cool. lagu dia pun best2.. dulu 2010 if x silap dia pernah digelar sebagai ' quenn of a brokenhearted' ek elehh...

and aku ada baca jugalah kt tumblr about her background story, lahh... sendu macam aku gak, tapi korang, orang yang sendu and jenis girl next door ni, biasa nya imaginasi diorang memang tinggi, mereka boleh mereka suatu cerita or situasi yang lain dari pada yang lain berbanding orang lain. cara mereka berfikir dan pandangan jauh yg luar biasa. contoh mcm aku dengan taylor swift lah, hahahahaha.... bezanya, dia berjaya, aku pula masih di takuk yang sama t.t

since dia ada talent menulis lirik lagu, and main gitar plus can sing, segala her imaginasi and experience dia curah sikit2 dlm lagu dia.. sebab itu lah lirik dia lain dari lirik yg dah selalu kita dengar.. and she was too young masa itu, so her lyrics sangat2 dekat dgn jiwa remaja spt aku masa dulu. dia selalu tulis lirik about crush, girl next door, sendu, and ramai je remaja berada dlm situasi yang sama d alam persekolahan, sebab itu jiwa remaja kami tersentuh.. and plus her voice pun smooth husky, sounds interesting untuk d dengari.. thats what i like about her...

lagi pakej kes kanye west dulu hahahaha bertambah2 femes lah taylor swift.. tapi kau tak dapat sangkal, yang dia adalah female musician yang plg berjaya dalam dunia.. selena gomez? ariana? miley?? owh... mereka boleh mencium punggung taylor swift!! hahaha i hate them !




12/26/2018

bff

kenapa lah aku bodoh sangat nak hargai orang lebih2 ni kan... aku je beria ia appreciated orang lain, padahal org yang tu xdalah nak apreciate aku pun. tu lah aku kata, bodoh! dah la kt fb aku je yg beria ia tag her name, mention her name.. but she, tak tak pernah pun. adalah sekali.. and aku rasa terkilan, kalau orang lain dia boleh mentioned, kenapa aku tidak?

why??

kali ini aku emotional sangat, dah lah aku sedih tak dapat projek, duit melayang beratus ringgit, 1 habuk pun tak dapat.. di tambah lagi dengan kes ni. yes! im talking about my BFF!! susah sangat kah nak hargai aku, wahai SUZY????

kau kahwin pun tak inform aku, and now, kau bersalin pun langsung tak bagitahu aku... aku ni apa pada kau?? kat WA pun kalau bukan aku yg tegur jangan harap lah nak mesej, balas pun pendek2. serius aku terkilan sangat.

kalau dah kata tak mahu kawan, inform awal2, takdalah aku nampak desprate sangat contact kau! aku sedih dapat kawan macam kau!! emo kan emo kan hahaha~

since 2005 kot kita kenal dari form 1 takkan lah kau nak lupa senang2... teringin juga aku mahu dapat mesej dari kau, tapi haram 1 pun kau x pernah send... why suz?

but tak mengapa suz, ko dah kawen, ada anak, kau dah ada life ko sendiri, bagus lah, cuma aku harap jgn pernah lupa memori kita semasa kita masih di usia remaja. you dont know how much i miss u..

thx for everything!

siot lah, entri macam confession kat iium pula kahkahkahkah!!