Pages

11/22/2019

life in heaven. dalam bahasa melayu ok

masa petang tadi aku dengar ceramah dari Ustaz wadi annuar

tajuk tema nya : Life In Heaven ( kehidupan di syurga ) ๐Ÿ’—



kebiasaan lah aku buat kerja dapur sambil dengar ceramah2 tazkirah dari ustaz2 yang aku minat kat youtube. menu aku hati ayam and kaki ayam..

ok sebelum itu aku bagi tips kt korang, kalau masak kaki ayam tu kena ada periuk khas! sebab kaki ayam ni kalau masak biasa2 je isi nya keras n kenyal, tak syok makan.

ok? 

ok... sedang aku buat kerja tu, dah sampai part akhir2 tu , ustaz wadi kata, kita ni umat Islam insyaallah masuk syurga,cuma tingkat syurga berbeza2 mengikut amalan masing2. apa yang buat aku sedih dan hilang mood petang tadi, ustaz wadi kata, golongan penghuni syurga tingkat bawa, akan kekal dalam itu, dan mereka ni tidak dapat menziarahi syurga yang ada ditingkat atas mereka... 


syurga tingkat atas hanya boleh dilihat seperti kita melihat kerlipan2 bintang di angkasa sana. macam tengok bintang dari bumi! maknanya ianya sangat jauh itu baru syurga pertama melihat syurga yang kedua, kalau syurga firdaus?๐Ÿ˜ญ sedih kan?๐Ÿ˜ข


cuba bayangkan, kita umat Nabi Muhammad saw, masuk syurga (insyaAllah), tapi syurga paling bawah... bukan tak bersyukur, ya Allah memang aku bersyukur sangat2... tapi, aku mesti rasa sedih dan menyesal sebab tak dapat nak berkumpul dengan Nabi Muhammad saw. sedih... ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

kita umat akhir zaman, kat dunia ni kita hanya mendengar nama Nabi saw, kita tahu Nabi Muhammad saw itu kekasih dan Pesuruh Allah swt, kita baca dan dengar bagaimana akhlak dan sifatnya, peribadinya, kita tahu betapa para sahabat menyayangi Nabi saw, mesti kita berangan2 nak bertemu dan melihat bagaimana Nabi Muhammad saw secara face to face kan?❤

biarpun hadis2 tentang di Mahsyar kelak itu masanya sangat lama yang teramat sangat, dengan izin Allah swt, lambat laun kita akan sampai ke masanya yang ditetapkan, ini mengikut perkiraan  akal pendek aku saja lah... kalau kita jumpa Nabi saw di Mahsyar or Telaga Kautsar, dan itulah first time kita jumpa Nabi saw, tapi tu pun tak rasa nikmatnya sangat sebab masing2 tengah gelisah dok risau sat lagi nak masuk tempat mana, syurga or neraka? uihhhh cerita mahsyar jangan main2x, aku boleh lah taip yang garis merah atas๐Ÿ™„ tu sebab belum pernah rasa lagikan~ huhuhu ~๐Ÿ˜š

bayangkan, jika kita ditakdirkan Allah swt , masuk syurga, tapi syurga tingkat plg bawah, aku rasa itu last kita tengok Nabi saw. melainkan Nabi menziarahi kita, barulah boleh berjumpa dengan Nabi saw. 

Ya Allah, sedih nya๐Ÿ˜ญ ! sebab itu ustaz wadi kata, kat syurga pun masih boleh menyesal sebab kat dunia dulu tak pulun beramal, beribadah, tak teringin nak menaikkan darjat di sisi Allah swt. menyesal kita ~ sedih sangat2 dan membuat aku menangis petang tadi sambil potong jari2 kaki ayam tu, selamat aku sorg ja kat dapur tadi, kalau tak malu aku.. cuma kucing2 ja yang menemani tadi.๐Ÿ˜…

tapi bagi aku, itulah keadilan Allah swt.. subhanallah~

tetapi penghuni syurga tingkat atas boleh melawat penghuni syurga bawah, aku rasa itu kelebihan yang ada mereka yang Allah swt berikan. bestkan... sebab itulah, kita tengok orang2 yang beriman, warak, dan soleh, dorang tak teringin pun dengan dunia nie sangat, maksud dunia itu bagi mereka, kekayaan dan, kesenangan, pujian, pangkat dan wanita.. alaa ko faham2 je laa bila sebut "dunia" , bukan bumi bulat nie hahaha.... sebab dorang kejar darjat yang tinggi di sisi Allah swt, yang itu kekal abadi.

and tujuan aku buat entri ini bukan nak kata, aku nak masuk kerana Nabi saw saja, ofcourse point utama nak masuk syurga untuk bertemu dengan Tuhan kita, ALLAH SWT .... 

insyaAllah , tapi aku nak habaq, seperti kita bertemu dengan Nabi Muhammad saw sekejap saja, kita dok dengar2 nama nya didunia bila jumpa kat mahsyar/telaga kautsar, kejap ja sebab nak masuk syurga terpisah mengikut level syurga masing2. dan yang paling sedih, syurga bawah bawah ni tak leh menziarahi yang diatas2 dah, melainkan yang diatas itu boleh menziarahi yang dibawah.

tapi para penghuni syurga boleh menziarahi penghuni neraka, tengok dajjal, yakjuj makjuj or orang2 kafir dalam tu.

itulah tazkirah Ustaz Wadi Annuar Ayob dalam link video ni...

life in heaven

korang dengarlah, semoga ceramah ustaz wadi ni meningkatkan iman kita lagi, InsyaAllah.

aku berdoa kepada Allah, semoga aku, keluargaku, keturunan ku dan saudara seimanan ku dapat memasuki syurga Firdaus milik Allah swt, tanpa hisab. Aamiin Ya Rabbilamin!~

peringatan: jika kita berdoa meminta syurga Allah, mintalah syurga yang paling tinggi, iaitu Jannatul Firdaus ( hadis sahih ) sebab itu pesan dari Nabi Muhammad saw sendiri.❤๐Ÿ’ž๐Ÿ–ค๐Ÿ’—

No comments:

Post a Comment