Pages

8/31/2020

Ayat 29:2 setepek kt muka

 Salam!❤


Aku rasa aku terpukul dengan ayat ayat Allah ini, benarlah Quran ini relevan sepanjang masa, merentasi masa samada dibelakang mahupun kehadapan..


Bahkan ia mencapai ke syurga dan neraka.. Subhannallah! 


Baru2 ini panas ttg Daud Kim YouTuber korean yang tertuduh pernah melakukan gangguan seksual pada seorang perempuan. Tapi itu sebelum dia masuk Islam pun, dan kes itu dah settled. Tapi skg mungkin mangsa tu sakit hati or tak puas hatikan dgn achievement DaudKim sejak2 dia masuk Islam, so video tu tersebar kt twitter dan kes ni sangat panas di korea. Sampai masuk netizen buzz kau taw. Kalau korang baca komen2 netizen korean ni kaurang tahulah betapa cetek dan bodohnya segelintir dorang ini tentang agama Islam. 


Dalam hal ini, aku tak dapat salahkan pihak perempuan 100% sbb aku x berada di tempatnya, tapi aku juga tak nak blame kan si DK nie habis2an, tapi sekarang ini sudah tiba saatnya dia di uji b,dasarkan kesilapannya yg lalu. Wallahualam.


Ok. Disini baru aku teringat potongan ayat dari Allah dalam Quran:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?".


Allah! Betul2 kena kat batang hidung aku ni hah! Aku selalu kata yang aku ni beriman, tapi dtg ujian sikit aku merungut, kadang2 menyumpah seranah. Ya Allah, now aku baru faham dengan ayat Allah 😭 . Termalu sendiri dan rasa menyesal tak sudah, ujian kecil aku tak pass, inikan pula ujian besar yang bakal m,datang.. Tak tahu bagaimana level kesabaranku.😢


Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, aamiin.. Rasa meremang pun ada, betul2 setepek kena kt muka...😭