Pages

7/27/2019

kekal kat neraka

Hmmm....

now hati aku tengah bengkak😣

sebab asyik teringat2 ttg menjelangnya Sakaratul Maut nanti. Ya Allah, aku jadi kecut, bila dapat tahu, actually dah lama tahu tapi lately ni je aku baru nak ambil kesah..

Rupanya, saat sakaratul tu, peluang utk jadi kafir tu sangat tinggi😫😫 Ya Allah, aku bila tahu , and renung balik, aku rasa macam loser T_T . aku tak tahu bagaimana nasib diriku ini😭

samada Syurga or Neraka?

tak payah tunggu Dajjal datanglah... tunggu sakaratul maut je boleh kafir dah.. bagi iman yang tak kuat😔

Semoga Allah swt melindungi kita dari godaan syaitan dan iblis saat menghadapi sakaratul maut. Amiin!

😢😢😢😢😢

sometimes aku rasa lemah sangat.. dapatkah aku tempuhi segala ini?? aku selalu berdoa ( or maybe jarang2 ) semoga Allah swt pelihara iman ku dunia akhirat. Amiin❤

tapi yerlaa.. dah namanya manusia, iman turun naik. jangankan nak jadi solehah, hat Zikir yg plg senang pun rasa berat nak buat, kan tu syaitan punya kerja gak yang dok hasut... ni kan godaan hebat mereka pada kita saat sakaratul kelak?😭

aku rasa nak menangis, meraung, dan berguling2 kat lantai sebab ujian hidup ini buat aku rasa sesak dada... nak lari, tapi tak boleh, dah ujian. 😢

itu baru fikir diri aku je, ahli keluarga yang lain, yang masih lalai? ingat aku tak susah hati ke? sebab impian aku nak masuk syurga Allah dengan SELURUH FAMILY/SAUDARA AKU di akhirat kelak. tapi mcm impossible je😔

nak bagi nasihat lelebih aku pun x sempurna mana..

tapi Allah swt Maha Mengetahui apa yang aku risau... aku yakin 100%! cuma kena istiqomah berdoa padaNya❤❤

kalau talk ttg kekal dalam neraka ini, hmm... hanya Dia sahaja yang tahu, betapa takutnya kita, para hamba2 Nya.. kekal beb! once pintu neraka dah kena tutup, takkan boleh ada penghuni yang keluar dari tempat tu buat selama-lamanya. sebab itulah, aku sangat2 takut, diakhir hayatku, menjadi perkara yang sebaliknya. semoga Allah melindungi kita semua. Amiin ya Rabb❤

tapi janganlah risau, sebab itulah kita sentiasa kena minta perlindungan daripada Allah swt , dimatikan dalam khusnol khotimah Amiin! dipelihara iman kita dunia akhirat. Demi Allah, iman ni sangat2 penting. kena jaga betul2.

sebab kalau iman terbang. habislah kita...

memang habislah...

tiada harapan.

tiada maaf bagi mu.

kekal lah dalam api neraka.

selama-lamanya...

dalam gelap gelita dan dibelenggu.

scary kan?

semoga Allah wafatkan kita dalam keadaan beriman, walaupun iman itu sebesar zarrah.

Amiin, Ya RABB❤

7/25/2019

pentingnya iman!

kemarin aku ada dengar tentang "kekal di neraka", kuliah oleh Ustaz Mohd Lukmanul bin Hj Mokhtar.



kisah tu menceritakan ttg keadaan kita di padang Masyar nanti. Masa tu, Allah swt menzahirkan diriNya (mengikut kesesuaian) , dan masa tu Allah sangat murka pada kita, ya Allah, dengar tu kecut dan takut 😢 .


kemudian itu, Allah panggil para penyembah salib, berhala, matahari dan orang2 yang menduakan Allah Ta'ala. Allah sediakan "tuhan" yang mereka dok2 sembah masa kat dunia dulu, and suruh mereka minta pertolongan pada "tuhan2" mereka. masa tu Allah sgt murka. lepas tu yang tinggal hanya orang2 Muslim.


Hah.. yang muslim jangan dok tenang ja, yang Islam ni pun Allah swt cabar, suruh pergi ikut sembah matahari. Allah provoke kaw2😭😭. siapa yang lemah iman, memang akan ikut lah, sebab dok konfius kan yamg mana 1 Allah.
tapi yang iman nya tetap, mereka akan menjawap pada Allah swt...

"kami tidak akan menyembah Tuhan selain Allah swt"


lepas tu Allah swt pergi... "menghilangkan" diriNya . Ya Allah swt, rasa nak menangis, sebab kat situ kita tahu bahawa Allah swt sememangnya sangat marah.. dan bila part menghilangkan diri tu, rasa macam aku rasa ditinggalkan😢. Tak sanggup!


setelah sekian lama ditinggalkan... Allah swt memunculkan diriNya.. dan menzahirkan zatNya.. (tak pasti berapa kali) . dan kaum muslimin yang di provoke tadi itu ada yang ikut kepada golongan2 penyembah berhala etc... 😭 mereka itu yg tak tetap iman. Ya Allah, takut sangat2.. faham2 lah kalau dah ikut golongan musyrik. tiada maaf bagi mu.


Dan masa tu Allah provoke lagi mcm kt atas. yang tinggal hanya orang2 yang benar iman nya. faham x apa yang aku cuba sampaikan?😩


so kalau yang tak kuat iman dan bingung ketika itu, mereka ikutlah penyembah2 selain Allah swt. hanya yang betul2 beriman shj yang tinggal dan taat pada Allah swt walaupun Allah provoke, cabar dan marah ketika itu. (hope u understand, kalau x, tengok je versi full version kat youtube😅)


ustaz tu kata ,hati2! Penentuan nya, di Padang Mahsyar kelak! Allah! termenung aku masa tu bila ust kata mcm tu.. mengikut kefahaman aku, even kita mati dalam keIslaman pun, belum tentu lagi iman kita terjaga, kat padang Masyar pun , peratus jadi Kafir itu masih ada. Ya Allah, takut sgt2😢😭

bagi aku, ini mengikut ilmu yang aku tahu lah, korang jgn ikut bulat2 pulak, ini just my opinion...

untuk jadi kafir tu ada 4 cara..


1. Murtad dgn rela hati
2. Fitnah Dajjal
3. Sakaratul Maut
4. Padang Masyar


actually ada banyak cara, tapi aku hightligted yang 4 ni jer..
readers, scary tak? 😔


semua 4 cara tu sangat menggerunkan, bagi yang x faham no.3 tu, banyak sudah cerita or artikel yang aku baca , apabila seorang muslim itu menghadapi sakaratul maut, maka iblis/syaitan akan menyamar dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan kita, dia akan memujuk rayu, paling femes modus operandi laknat dia tu dgn membawa air, utk diberi minum pada si nazak, sebab masa tu jantung kita rasa nak terbakar akibat dahaga yang dahsyat😫.

Bahaya kan? 😭


readers, sebab itulah pentingnya iman. sangat2 berharga, lebih mahal dari seisi dunia ini. aku katalah, tapi memang benar. perkara yang paling aku takut dalam dunia ini, adalah menjadi kafir. Ya Allah , tak sanggup aku! serius tak sanggup, hidup dan matiku hanya untuk Allah, dunia akhiratku hanya untuk Allah. 😭


sebab itu, kena hati2... jangan ingat kita dah beriman, kita dah rasa diri kita konfem ahli syurga, menganggap diri kita lebih baik dari orang lain.. sebab Allah, Dzatt yang membolak balik kan hati hamba2 Nya boleh berkehendaki siapa sahaja yang Dia nak beri petunjuk, dan sesiapa sahaja boleh Dia sesatkan dgn sekelip mata, meskipun kita nie so called Ahli Ibadah tegar.
sebab itu jaga, hati. jaga iman.


ada doa untuk jaga iman ni, tapi aku still x hafal lagi😅.. sat g la nnt aku update k.

7/21/2019

Rasullullah saw

Salam

sekadar hiasan
tetapi nasab beliau sampai kpd Rasulullah saw


teringat lah zaman i dolu2 . aku selalu kagum dengam keturunan2 Diraja Eropah ni, sebab bagi budak hingusan yang x taw apa2 pada ketika itu, pernah juga terlintas bestnya kalau aku dapat berkahwin dengan anak Raja .

2003 , aku teringin nak dapat jodoh mcm Putera William.. dah lah kaya, berjiwa rakyat, malah pewaris takhta pulak tu. korang tak tahu betapa aku memandang tinggi dengan keturunan Diraja England ni.

Hampir separuh hidup aku "kagum" dengan dorg... start 2003-2019.. now aku dah 27 tahun.

16 years beb!😂

tapi segalanya terbatal serta merta.. (ALHAMDULILLAH❤)

Setelah aku mendekati Islam , dan sedikit sebanyak aku mengikuti kisah dan sejarah Nabi Muhammad SAW , barulah aku sedar... bahawa Nabi saw kita jauh lebih hebat dari Diraja England.

Subhanallah❤

Betapa indahnya Nabi kita, manusia teragung yang Allah swt muliakan. Sumpah demi Allah, aku jatuh cinta dengan Nabi saw, maksud jatuh cinta ini bukan cinta kapel2.. tapi, tanda kesyukuran pada Allah kerana, hina2 aku , aku adalah tergolong didalam Umat Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah💖

bersyukur sangat2... 😭

Aku sayang Rasulullah saw.

InsyaAllah, ada anak nanti and dapat baby boy, aku nak namakan my baby "Ahmad". 🖤🖤 Amiin ya Rabb!💕

7/10/2019

lelaki tak guneee

hah! ni lah akibatnya bila dah takde modal sangat nak buat entri hehe

rasa lama tak tulis blog, last masa ramadhan... ye laa nak kata busy pun x jugo, relek je kt rumah nie pelihara badan. nak jaga anak pun i tak kawen lagi hahaha

hah cerita ttg kawen nie, ok x dinafikan i risau juga lah jodoh tak sampai2, doa2 pada Allah swt , masih belum makbul... aku kira2 dosa apa yang aku buat ni yg jd benteng doa aku daripat a makbul. sedihnyeeee t.t

ok forget about dat.

i pun macam gelabah lah, sebab i dok diam2 tunggu orang laki meminang zaman skg ni mmg x la kan, so i kena gak bertindak, coz dlm fikiran i dah set 'kalau x usaha mana nak datang hasil tu' lebih kurg cmtu lah hahaha...

so ini mungkin ada dalam 3 minggu aku installed apps ni dalam fon aku, biasa ler cari2 local nie still x sangkut, so aku cuba org jauh pulak, lagipun aku doa semoga aku dpt jodoh org jauh.. why? biarlah hanya Allah swt yang tahu..

so, aku try negara Turkey hahaha.. lelaki ini aku kenal online minggu ni juga, isnin lalu.. pdhl aku macam dh giveup pun, and baru nak delete profile n apps tu, aku terima 1 inbox, then aku check la.. oh my! ada orang nak berkenalan, oleh dah lama sgt aku tak cari jodoh mcm teruja juga lah bila dapat kenalan .. lagi2 dapat yg mcm tu, boleh lah...

mula2 mcm sweet talker lah... dia minx no i tp aku tak bagi, then dia bagi no dia.. aku tak save.. sebab aku nama wasap ni mmg aku dah x nak bg dah pd lelaki, sebab aku mcm dah dpt agak mmg x kekal punya, so jenuh nak block, nak delete and tukar no... aku tak suka bila aku ada problems dgn lelaki, and dia masih simpan no aku n still boleh tgk2 aku kt wasap, mmg aku benci sgt. klu boleh biar terus hilang.. privasi ler kata kan ahaksss..

so aku cakap text guna ig je lah..hahaha.. ig aku tak serius mana pun, dorg follo aku tak accept just chatting there je. then dia bg username n suh aku mesej n follow dia kt ig, dan aku buat..happy juga lah sbb kalau2 lah kami jodoh kan..kan..kan... hahahaha...

tapi jangkaan aku meleset teruk.. haha, masa solat maghrib aku doa pada Allah swt, jika jodoh ku sudah dekat maka permudahkanlah.. dan jika bukan, lindungi lah aku dari lelaki itu. amiin!

you know what? sekejap jer Allah dah tunjuk... hahaha... memang, dalam website tu susah nak jumpa yang baik, tapi yang ni buat aku menyirap habis doh.. bukan aku marah, tapi cara dia tu memang biadab dan tak guna. dah lah DUDA ... meh aku belanja gambar kt bawah naaa~





 ok lah, nama dia ercan.. duda anak dua




 tengok tu, x sampai 30 minit je dah minta photo. aku benci bila lelaki mintak foto aku.
lepas tu x sabar pulak. euwww mmg tak lah nohhhh xD





ini sebab aku panggil dia tak guna beberapa kali.
"THROW YOUR PICTURES" ... beb, throw tu ayat kasaq naaa... even for my pictures dia nak aku campak kt dia.. well, dia lupa dia ada anak perempuan, good luck untuk anak perempuan kau ye ercan. 



hahaha padan muka. dia ingat aku merayu2 lah mcm org indonesia merayu2 xnak dorg pergi. you're not boss here. 



well itu lah kisahnya... 

sorry lah i ss sebab nak buat stok entri.... hahahaha... tapi still sakit hati lah bila kenang balik, biadab tak ingat dunia.. adakerr patut suh aku campak gambar aku kt situ. meminta macam iblis... ni minta lah baik2, baru manis sikit... tapi aku still tak bagi lerr. hahahahaaa...

and this is my last join2 chatting online, aku tak kata aku give up, tapi aku berserah pada Allah swt, jika ada jodoh.. Alhamdulillah.. dan andainya tidak di takdirkan aku tiada jodoh untuk menamatkan zaman bujang di dalam dunia ini, aku pasrah :)

bukan kes merenyam pulok yahhh..... ini normal untuk org bujang rasa macam nie, aku pun masa dulu macam tak kisah kalau kawen lewat, tapi bila dah meningkat2 umur i ni, memang tak nafi rasa sunyi.. lelebih lagi bila around me semua dah kawen. sedih weyh, bukan nak terikut-ikut tapi jalan2 seorang, takda yg teman , dan dalam islam pun digalakkan perkahwinan tp entahlah... entahlah.. susah nak explain, sebab tu i dah kata awal2, biarlah Allah swt shj yang tahu. 



dan aku perasan... perkara ni berbalik pada diri aku, dulu aku kutuk perempuan2 malaysia nie dengan ayat berbunyi begini...





"girls kt malaysia nie memang tak leh hidup tanpa lelaki ke?
wajib eh berboyfriend2... "


dan ia berlaku pada aku hahhaa... tapi aku tak mahu bf.. nak jadi husband terus. hahahahah...