Pages

3/28/2016

EXO _ Chanyeol .

Chanyeol...
 
Born in 1992 , we are the same age...
tapi dia ni yang paling aku tak suka..
Lelaki hipokrit.. Talam dua muka. macam Baekhyun.

#diechanyeol  #diehenry

Nope, I aint crush on him, never. 

REady?

Saya tak tahu nak decide bagaimana..

Sebab saya betul-betul belum bersedia. Coz I love my current life.. tapi sampai bila? Kang nanti dah umur masuk 30-40 an baru terkapai-kapai cari jodoh. nDah lah all my friends ramai yang kahwin..

Awal lagi dah kahwin, ada anak. Bila diorang awal kt umuran 40-an, anak dah besar-besar. Arghhh, stressed bila fikir perkara ni sebab I betul2 x ready. I love being single .. Ya Allah, apa harus di lakuin??

tuan rumah dalam kebingungan! T_T

3/27/2016

Cerita Seram: Minum Air Kaki .


Mariati memandang wajah Liana dengan penuh rasa meluat. Liana kelihatan riang ria melayani peminatnya. Menurunkan tandatangan hasil tulisannya sambil sesekali ramah bertegur sapa dengan peminat yang mengeremuninya seperti semut menghurungi gula.

“Liana tu... memang muka rezeki sungguh...”

“ A’ah.. ke mana saja dia pergi orang mesti serbu.  Kena pula dia tak lokek senyuman, ramah dan baik hati...”

Menyampah sungguh Mariati apabila mendengar cakap-cakap kru penerbitan di belakangnya. Sekarang ini, ke mana sahaja dia pergi, mesti nama Liana muncul juga.

-  Dah takde nama lain ke dalam dunia buku ni?  Macamlah dia seorang saja yang menulis dalam Malaysia ni! – cemuh Mariati dilaman Facebook peribadinya.

  - Rasa macam kenal aje dengan orang tu. Kau tak puas hati dengan dia ke? – sampuk seorang rakannya.


  - Tau takpe. Kau diam sudah. Jangan nak kecoh sangat! –


-  Dah kalau tak nak kecoh, kau tulis kat facebook ni kenapa? Dah sah-sah semua orang baca weh!—


 -  Ini wall aku, suka hati akulah nak cakap apa. Kalau ada orang yang terasa, maknanya memang dia yang makan cili!--


-  Dah makin merepeklah kau ni.... daripada kau meroyan macam ni, baik kau duduk diam-diam tulis buku. Kualiti buku kau dah menurunlah weh!—


 -  Kurang ajar! Aku remove kau nanti!!


 -  Removelah.... baik pula orang itu... sedia terima kritikan. Tak macam kau, sikit-sikit nak melenting, lepas tu pula sakit hati dengan orang yang lebih bagus dari kau!—



Panas membara hati Mariati apabila membaca komen-komen itu. Nampaknya mereka tahu siapa yang Mariati maksudkan. Tanpa membuang masa, dia segera mengenyahkan rakan-rakan yang dirasakan tidak menyebelahi dirinya.  

Melampau sungguh diorang ni! Sebelum si Liana tu jadi penulis, aku yang paling hebat dalam dunia buku ni. Buku akulah yang paling laris. Diorang lupa ke? Kebencian Mariati kepada Liana menjadi dendam kesumat. Walau bagaimana pun, demi menjaga nama baiknya, Mariati terpaksa berpura-pura bagus dengan Liana. Bertegur sapa dilaman social seolah-olah mereka seperjuangan yang baik.


-  Eh? Kau baik dengan Liana? Bukan ke kau dengan dia perang dingin?—

-   Siapa pula cakap macam tu? Aku okeylah... dunia buku ni, kecik, buat apalah bermasam muka sesama sendiri. Tapi tak tahulah kalau dia sebenarnya yang berpura-pura baik dengan aku...—

Orang-orang yang mengikuti perkembangan mereka, mula keliru. Mariati betul-betul berjaya menutup rasa cemburunya dari dihidu orang ramai.

“Nampaknya aku tak boleh terang-terang tunjuk rasa menyampah pada Liana. Bahaya....” Mariati tertanya tanya sendiri. Sakit hatinya apabila melihat status terbaru Liana bakal muncul dengan buku baru lagi dengan cover yang mengancam.

“Tak boleh jadi ni... kalau dibiarkan, lambat laun dia mesti dapat rampas kedudukan aku. Agaknya ada tak cara lain untuk aku hapuskan dia dari dunia buku ni?” Mariati mula terfikir cara kotor.

“Ada... Kau santau dia!” tiba-tiba terdengar bisikan itu dalam kepalanya. Mata Mariati membulat dengan senyuman bercahaya.

“Yeee.... elok santau aje orang macam Lina tu. Suka potong jalan orang lain. Kalau aku santau dia, tentu orang lain takkan tahu... hahaha!” fikiran Mariati sudah dikuasai oleh kejahatan. Apa yang dia mahu, adalah menjatuhkan Liana yang dirasakan menggugat kedudukan dan mengecilkan margin keputusan buku-buku tulisannya.

Demi melunaskan hajatnya, Mariati sanggup menjejakkan kaki ke kuil bagi mendapatkan santau bagi untuk mengenakan Liana. Gambar Liana dijampi oleh sami. Diperasapkan pada kemenyan sebelum diserahkan kepada Mariati.

“Kau simpan gambar dia ni! Setiap kali kau rasa marah pada dia, kau renung gambar ni dan seru nama dia. Lepas tu kau cucuk dengan jarum. Pasti dia sakit dan tak boleh menulis lagi. Silap hari bulan dia akan jadi gila!” pesanan sami itu membuatkan Mariati merasakan masa depannya semakin cerah. Sudah tidak sabar rasanya mahiu mengenakan Liana.

Beberapa hari kemudian, Mariati melonjakkan kegirangan apabila status Facebook Liana mengatakan yang dirinya tidak sihat. Manuskrip sepatutnya dihantar kepada editor, terpaksa ditangguhkan. Nampaknya Liana sudah mulai sakit.

Oleh kerana Liana tidak mampu lagi memenuhi permintaan editor dan sering melanggar deadline, maka penerbit terpaksa meminta Mariati memenuhi kekosongan slot penerbitan yang ada. Pucuk dita, ulam mendatang, bagai orang mmengantuk disorongkan bantal,  yang tamak, menyanggupi semunaya.

Sementara itu, Liana mula merasakan keanehan pada dirinya. Badannya selalu rasa sakit dan ngilu sendiri. Setiap kali menghadap komputer, fikirannya terasa kosong, selalu sakit kepala dan mengantuk. Bahkan Liana kini sering dimarahi oleh editor kerana kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Bukan itu sahaja, setiap kali turun mempromosikan buku, pembaca-pembaca tidak lagi menyerbunya. Mukanya kelihatan semakin suram dan tidak berseri seperti biasa.

“Ada yang tak kenan dengan awak ni, pergilah berubat...” tegur seorang ustaz yang juga merupakan penulis buku-buku agama. “Dah... saya dah ke hospital...tapi doctor kata cakap tak ada apa-apa. Cuma letih aje....” Ustaz itu menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

“Ada sakit lain yang awak tak nampak tu.... kalau awak tak mahu berubat cara ruqyah, takut nanti akan memudaratkan diri sendiri....”

Liana tercengang mendengarnya.

 “Ruqyah ? Apa tu?”  Tanya Liana agak naïf.

“Merawat diri dengan ayat-ayat al-Quran. Sama ada mintak orang yang lebih pandai atau kita usaha dengan tenaga sendiri. Cuba, awak buat bacaan Yassin tujuh ‘mubin’, berhenti dan berdoa, mintak pulangkan sihir pada orang yang hantar. Ulang baca sampai jumpa ‘mubin’ yang ketujuh. Biar Tuhan bagi pengajaran kepadanya. Insya ALLAH, Tuhan akan bantu orang-orang yang teraniaya...”

Sejak diterhur oleh ustaz itu, bukan seorang dua yang lain turut menegur kelainan pada diri Liana yang muka dan tubuhnya kelihatan membengkak. Barulah Liana mahu mempercayai yang dirinya telah terkena sihir.

“Rasanya orang tu tak jauh. Dekat aje... berdoalah... kalau rasa syak sesiapaia, jauhkan diri darinya. Bukan mahu bermusuh tetapi orang-orang begini elok dielakkan dari bertembung.”

Tetapi, oleh kerana tidak mahu menemui pakar alternative, Liana nekad untuk mlakukan Yassin tujuh mubin tiga malam berturut-turut selepas melakukan solat taubat. Pada mulanya memang terasa berat untuk melaksankannya. Tetapi apabila Liana mula merasakan kesakitan yang dialami semakin berkurangan, dia terus bersungguh-sungguh memohon doa meminta Tuhan memulangkan sihir yang dikenakan ke atas dirinya. Bagi memastikan dia tidak tersalah orang Liana berusaha menemui ustaz yang pandai dalam ilmu perubatan berkait sihir.

Sumpah, Liana terkejut apabila mengetahui bayangan yang diberikan. Nampaknya dia memag ada musuh dalam selimut. Dalam pada itu, Mariati mula gelisah apabila membaca satatus Facebook Liaa yang kelihatan ceria. Kalau beritahu demama pun cuma demam biasa. Sebaliknya Mariati yang demam teruk. Bingung dan tidak dapat menaip.



_ sudah tiga hari demam dan batukteruk. Doakan saya cepat sembuh ya. –

Liana tersenyum panjang sambil menggeleng kepala membaca status Mariati. Dalam hatinya berdoa, biarlah ALLAH sahaja yang membalas perbuatan Mariati dan terus melakukan Yassin tujuh Mubin selagi ada daya. Lama-kelamaan, keadaan Mariati semakin teruk. Mariati mula cemas apabila merasakan seperti Liana mengetahui siapa yang menyihirnya.

Maka, Mariati pun mula membuat status mmengatakan dirinya sedang sakit teruk akibat perbuatan dengki sesetengah pihak terhadap dirinya, dalam masa yang sama, Mariati meminta doa dari para pembacanya supaya di berjaya menyiapkan manuskrip.

Semakin hari Mariati mula rasa panas membahang. Dia tidak betah duduk dalam rumah sendiri. Kerjanya banyak yang teregendala. Badannya pula yang terasa sakit seperti dicucuk jarum. Tidak tahan dengan keadaan itu, Mariati kembali menemui sami tersebut. Malang sekali,bukannya mahu membantu, sami itu bahkan mengejek Mariati dengan mengatakan semua sihir yang dihantar kepada Liana telah dikembalikan.

“Sepatutnya, tok yang kena balij sebab tik yang hanar sihir itu!” marah Mariati sambil menggaru-garu tangannya yang terasa gatl. Terkekeh-kekeh sami itu tertawa.

“Kau salah.aku tukang hantar aje. Tapi kau suruh. Orang yang suruhlah kena balik. Kalau kau nak baik, senang aje.  Kau pergi jumpa dia, minum air kaki dia. Sembuhlah kau!”

Saat mendengar penjelasan sami itu, Mariati terkedu. Minum air kaki Liana? Arghhhhh! Mati hidup balik pun, aku tak sanggup! Jatuhlah maruah aku! kalau macam tu, pecahlah tembekang aku! Mariati enggan mengalah. Dasar manusia degil dan angkuh, sangguplah dia menahan segala kesakitan akibat sihir yang dihantar kepada Liana kembali kepadanya. Daripada minum air kaki Liana, Mariati terpaksa terus berpura-pura dan mengaburi mata orang lain.


p/s: all credit to MAJALAH APO? dan Kak Nora.

3/24/2016

Cerita Seram: Sihir Voodoo .



Suasana bilik itu agak kelam dilimpahi cahaya dari beberapa batang lilin yang membentuk bulatan. Di tengah tengah bulatan itu pula, kelihatan seseorang sedang duduk bersila. Rambutnya yang panjang mengurai, menutupi sebahagian muka. 

Dari mulutnya, terdengar butir butir jampi serapah dari bahasa yang tidak difahami. Di hadapannya, kelihatan satu mangkuk air, bekas kemenyan, gumpalan jerami, beberapa biji limau nipis dan beberapa batang jarum.

Gumpalan jerami diambil. Dan dia mula memintal dengan penuh hati hati. Sambil memintal, mulutnya masih tidak henti berjampi serapah. Tangannya begitu lincah memintal, melilit jerami itu seperti membentuk anak patung. Dia tergelak gelak apabila membelek anak patung jerami yang sudah siap dipintal pintalnya.

Sebiji limau dibelah dua dan diperah ke dalam mangkuk berisi air. Kemudian, anak patung jerami itu diperasapkan dengan kemenyan. Matanya yang liar silih berganti merenung anak patung jerami dan air di dalam mangkuk. Sekilas kelihatan bayangan seseorang di dalam mangkuk. Ditangan kirinya, tergenggam anak patung jerami. Manakala, tangan kanannya memegang sebatang jarum dan tersengih penuh erti. Dia menusukkan jarum tersebut ke kepala anak patung itu sekuat hati.



**********************************************************************************

“MAKKKK!”

Jeritan kuat itu mengejutkan seisi rumah. Hajah Fatimah orang yang pertama  meluru masuk ke dalam bilik hujung ruang tamu.

“Ya ALLAH! Kenapa ni Syad??” Hajah Fatimah tersentap melihat  anak bujangnya, Irsyad yang berusia 26 tahun terguling guling diatas katil sambil memegang kepalanya.

“Tolong mak! kepala Syad terasa sakit sangat ini!” Irsyad menjerit kuat, menelingkupkan tubuh dengan tangan tidak lepas memegang kepala. 

Hajah Fatimah panik. Belum sempat dia memanggil, Haji Rauf muncul bersama anak-anak mereka yang lain. Seperti Hajah Fatimah,mereka terkejut melihat Irsyad terguling guling menahan kesakitan.

“Aduh!!!!!!” kali ini dia memegang dadanya. Kesakitan itu tidak terperi lagi. Terasa ada sesuatu yang halus dan tajam menusuk kedalam dadanya. Mukanya sudah merah padam sehingga timbul urat-urat hijau tandanya dia sedang berlawan dengan kesakitan yang bukan kepalang.

Haji Rauf segera mendapatkan anak bongsunya itu. dia memegang kepala Irsyad. Terasa panas berapi. Perlahan-lahan dia beristighfar. Ayatul Kursi dibaca berulang kali. Tubuh Irsyad mengejang. Matanya terbeliak sebelum tertutup perlahan-lahan. Sekejap kemudian dia terkulai keletihan.

“Kenapa dengan Irsyad, Bang Aji?” Tanya Hajah Fatimah apabila melihat wajah suaminya itu keruh semacam merenung Irsyad yang sedang tertidur.

“Saya pun tak tahu, tapi naluri ni macam kata, ada orang mulakan sihir pada anak ni.”  Kata Haji Rauf sambil memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan Irsyad.

“Astaghfirullahalazim...!!” Hajah Fatimah menekup mulutnya. Airmatanya bergenang. Takut dan cemas mendengar telahan suaminya. Entah siapa pula yang menyihir anaknya itu. Tidak sampai setengah jam kemudian, Irsyad menjerit-jerit lagi. 

Seluruh tubuhnya terasa sakit bagai ditusuk dengan berpuluh jarum. Bisa mencucuk-cucuk. Haji Rauf berusaha menenangkan anaknya itu mengikut kepandaian yang dia tahu. Tetapi jelas, usaha Haji Rauf tidak membuahkan hasil. Sebaliknya keadaan Irsyad semakin teruk. Muncul bintik-bintik merah berdarah diseluruh tubuh Irsyad. Kesannya seperti ditusuk jarum.

“Irfan!” Haji Rauf memanggil anak lelakinya yang sulung. Irfan lantas mendekati Haji Rauf.
“Ayah mahu kamu pergi ke Mentakab, jemput Ustaz Jamal ke sini. Cepat!” Haji Rauf mengarahkan. Tanpa bertangguh lagi, Irfan segera ke Mentakab menjemput sahabat baik ayahnya itu.


***********************************************************************


Patung jerami itu sudah dipenuhi dengan berpuluh jarum. Dia ketawa terkekeh-kekeh apabila melihat bayangan seoang pemuda sedang menanggung kesakitan akibat sihirnya ala “voodoo”nya itu. Jarum-jarum yang berceracak pada patung jerami itu, tiba-tiba sahaja tenggelam perlahan-lahan ke dalam patung. Bagaimana ia tenggelam, begitulah ia menusuk masuk ke dalam tubuh mangsa.

Jarum itu akan berjalan mengikut aliran darah, menzahirkan kesakitan yang tidak terperi lagi. Sampai masanya ia akan menusuk organ-organ utama dan mengakibatkan kematian! Jampi serapah berterusan keluar dari mulutnya. Dia tidak akan berhenti menyeksa dari jauh selagi mangsanya bernafas!



****************************************************************************

Irsyad tidak mampu menjerit lagi. Hanya mengerang berpanjangan. Bintik-bintik merah berdarah semakin memenuhi badannya. Dia tidak mampu bergerak kerana merasakan ada sesuatu yang tajam sedang beredar dalam tubuhnya. Ustaz Jamal duduk bersila di hujung kepala Irsyad, kedua-dua belah tangannya dilekapkan di ubun-ubun Irsyad sambil mulutnya tidak henti membaca potongan ayat Al-Quran. 

Dia tahu, sakit yang dialami oleh Irsyad adalah akibat perbuatan sihir. Ada seseorang yang cemburukan anak bongsu teman baiknya itu. Mungkin juga Irsyad tanpa sedar telah menyinggung perasaan seseorang sehingga mengakibatkan timbulnya dendam.

Muka Irsyad berpeluh-peluh. Dia mengerang seperti meneran sesuatu. Giginya diketap kuat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terseksanya dia mengalami kesakitan berbisa itu. Ustaz Jamal terus mengusapkan ubun-ubun Irsyad.

Dengan kuasa ALLAH, tidak semena-mena berlaku kejadian aneh. Dari hujung jari tangan dan kaki Irsyad, tiba-tiba sahaja keluar berpuluh-puluh jarum peniti! Haji Rauf beristighfar panjang apabila melihat kejadian itu. Ustaz Jamal terus mengusap ubun-ubun Irsyad turun ke muka lalu diurut hingga ke kaki. Semakin banyak jarum peniti yang keluar melalui hujung kaki Irsyad. Seolah-olah ia berjalan dari dalam tubuh Irsyad mengikut urutan yang dilakukan oleh Ustaz Jamal.

Irsyad juga sudah tidak mengerang lagi. Itu tandanya kesemua jarum sihir yang dihantar ke dalam tubuh Irsyad sudah keluar semuanya. Ustaz Jamal menadah tangan membaca doa dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi. Ustaz Jamal berpaling kearah Haji Rauf.

“Anak teruna anta bernasib baik, ya Tuan Haji. Jarum sihir itu belum sempat masuk ke dalam hati dan jantungnya.”

“Syukurlah! Tadi ana tidak sedap hati bila melihat anak ana sakit tiba-tiba. Kerana tu ana mintak Irfan memanggil anta membantu ana di sini.” Haji Rauf memeluk Ustaz Jamal.

“Tidak apa-apa. Mudah-mudahan Irsyad dijauhi dari gangguan sihir, biar ALLAH sahaja yang memberi balasan kepada pemuja voodoo itu.”

Haji Rauf terangguk-angguk mendengar kata-kata Ustaz Jamal. Dia sendiri tidak ingin tahu siapakah manusia yang bertanggung jawab menyihir anaknya. Lambat-laun balasan Tuhan pasti tiba kepada si pemuja.


*******************************************************************************



Dia mengerang kesakitan. Berpuluh-puluh jarum peniti muncul pada tubuhnya. Malah ada yang sudah terbenam ke dalam urat sarafnya. Mengalir bersama darah. Sihirnya sudah tidak ampuh lagi. Jampi serapahnya sudah tidak lagi menjadi. Dia sedar nyawanya di hujung tanduk. Sepertimana lilin-lilin yang mengelilingi hampir padam, begitulah nyawanya....



p/s: all credit to Magazine APO?

3/15/2016

Sketching lagi .

Hi....

Hentam je lah title, sketching ke melukis sama ja hasilnya. Ha ha ha! (x reti nak beza kan )

Kali ni saya sketching wajah Wuyifan ala2 dari zaman Dinasti.

ala-ala Elf gittewww 

Wahh.. agak mencabar juga melakar muka dia ni, ekspresi wajah tuh susah nak ikut, bagi I ekspresi tu b'gantung pada kening kot, terkial2 gk I nak ikut line nya. Lukis padam lukis padam tak kesudah...

Tapi itu ok lagi, part bibir tu lah.. Perghhhh. Rasa nak nangis je takut tak menjadi, I cuba punya cuba memang x menjadi. Hingga buat I termenung seketika...



"apa punya susah lah bibir Kris ni nak sketch!!!" *sambil tersumpah seranah* maafin dong!!


3-4 hari kendian, hati I mula terpanggil semula untuk menamatkan sketching ini akhirnya I dapat juga siapkan... eh eh! pepandai je ..hehe. sebenarnya tak tahu lah sketch ni dah siap or belum, coz I tengok macam xda sudah yg perlu dibaiki.. so, Siap dah!



*sebab itu lah amatur mcm saya perlukan komen/kritik dari yang expert ♥*

Ok kalau dah siap tu apa lagi kan ?! Capture lerr pastu I dgn perasaan teruja mengupload nya ke Instagram *hobi derr* .. tapi angles kena cantekks guys, nanti jadi camni .

sebijik macam muka Maharaja Gatal dalam anime The Tale Of Princess Kaguya


p/s: x sama pun seperti yang original. Saya tahu itu -,-



3/11/2016

Cerita Seram: Anak Isteri Diganggu syaitan.

Arina sudah hamil 5 bulan. Dan sepanjang kehamilan itu, dia merasakan hidupnya terlalu bahagia. Apatah lagi dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti Hatta. Sejak disahkan hamil, Hatta meminta Arina berhenti kerja dan duduk sahaja di rumah. Arina dilayan macam puteri raja.

Semua pantang larang ketika hamil, diikuti oleh Arina sebaik mungkin. Pisau pun Hatta tidak benarkan dia pegang. Semuanya berjalan dengan baik, sehinggalah suatu malam, Arina terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi ketukan pintu dari tingkat bawah.

Tanpa mengejutkan Hatta, Arina bangun. Bunyi ketukan itu lembut dan perlahan tetapi bertalu-talu. Pelik juga Arina memikirkan siapa yang datang ke rumah waktu malam begini. Namun apabila Arina mengintai ke luar rumah, tidak pula terlihat sesiapa.

Tidak puas hati, Arina bertindak membuka pintu. Angin menerpa ke mukanya tetapi pokok-pokok di sekitar tidak bergoyang. Cepat-cepat Arina menutup pintu. Ketika berpaling mahu menaiki tangga, dia terdengar bunyi sesuatu menggaru-garu lantai dari arah dapur.

Bunyinya macam kucing sedang mengasah kuku. Arina menyangka ada kucing liar sudah berjaya masuk ke dalam rumah. Tangan Arina menyalakan lampu dapur. Namun dia terperanjat melihat apa yang menyebakan bunyi itu. lembaga seorang wanita sedang membongkok mengais-ngais lantai. Separuh rambutnya menutupi muka namun masih dapat dilihat bola matanya bergerak-gerak liar.

Arina terkaku, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya apabila lembaga wanita itu menyeringai menampakkan gigi tajam, barulah Arina terjerit ketakutan sebelum rebah ke lantai. Hatta tersentak dari tidur. Apabila melihat Arina tiada di atas katil, Hatta bergegas turun ke dapur dan mendapati Arina sudah terbaring tidak sedarkan diri di dapur.

Dengan perasaan cemas, Hatta mengambil sedikit air lalu direnjiskan ke muka Arina. Mendadak Arina tersedak dan apbila melihat Hatta di depan mata, Arina segera memeluk erat sambil menangis ketakutan.

“Ada hantu bang... saya nampak hantu kat sini tadi...”
Berkerut dahi Hatta mendengar aduan Arina. “Isskkk... mana ada hantu, yang.  Abang adalah ni....” Hatta cuba bergurau.

“ Betul... memang ada hantu.... saya takut bang...” Arina terus merengek-rengek. Puas juga Hatta memujuk dan menenangkannya. Hatta menganggap Arina berhalusinasi sahaja.

Sangka Hatta, selepas kejadian itu, Arina akan baik-baik sahaja. Tetapi lain pula jadinya. Arina dilihat banyak termenung, tidak lalu makan dan wajahnya semakin pucat. Kalau dipanggil, Arina seperti tidak dengar. Kalau disentuh pula dia tersentak-sentak dan kemudian menangis ketakutan. Hal itu membuatkan Hatta runsing. Bimbang kesihatan Arina dan bayi dalam kandungan akan terjejas.

Hatta mula mengambil langkah berjaga-jaga. Setiap malam, dia akan memastikan Arina tidur senyenyaknya sebelum dia sendiri tidur. Arina sendiri nampak selesa setiap kali Hatta menemaninya. Tangan Hatta dipegangnya sepanjang tidur.

Suatu malam, Hatta tiba-tiba terdengar suara perempuan menyanyi. Hatta memandang Arina, tetapi isterinya itu tidur tanpa berkutik walau sedikit pun. Hatta mengamati dan mendapati suara nyanyian itu datangnya dari laman rumah. Perlahan-lahan, Hatta bangun mendekati tingkap. Dia menyingkap langsir dan melihat ke bawah.

Alangkah terkejutnya Hatta apabila mendapati lembaga seorang wanita sedang berdiri tegak di tengah laman, mendongak dan sedang merenung tajam ke arahnya. Matanya kelihatan bercahaya.

Sepantas kilat Hatta melepaskan langsir samba beristigfar panjang. Tangannya mengurut-urut dada bagi meredakan debaran kencang. Htatta berusahah menenangkan diri dan menganggap dia tersalah lihat. Setelah merasa sedikit reda, Hatta mengintai sedikit dari balik langsir. Tiada sesiapa di laman. Namun saat itu juga, Hatta mendengar bunyi kuku diasah di lantai. Mula-mula bunyinya sayup-sayup sahaja tetapi lama-kelamaan semakin jelas di telinga.

Kerana menyangka ada kucing yang mencuri masuk, Hatta berlari turun ke tingkat bawah. Dia menyalakan lampu ruang tamu. Kemudian berlari menyalakan lampu di dapur. Namun tiada apa-apa yang aneh di situ. Sekejap kemudian, Hatta terkejut spsbils mendengar bunyi itu kembali kedengaran. Hatta tercari-cari arah datangnya. Tiba-tiba dia tertegak apabila menyedari bunyi itu datang dari tingka atas!

Dengan langkah terjengket-jengket, Hatta memijak anak tangga. Bunyi cakaran itu semakin perlahan. Diganti dengan suara wanita menggumam lagu. Dara Hatta berderau kerana dia teringatkan bayangan lembaga  wanita yang dilihatnya di laman sebnetar tadi. Semakin mendekati bilik tidurnya, jantung Hatta semakin berdegup kencang kerana suara nyayian itu semakin jelas.  Hatta menekapkan telinga ke daun pintu. Sah! Suara itu datang dari dalam bilik di mana Arina sedang tidur! Bimbang akan kehadiran penceroboh, Hatta dengan pantas membuka pintu. Hatta terplenagah melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Nun di atas katil, kelihatan seorang wanita dengan rambut mengurai menutupi mata sedangmengusap perlahan perut Arina.

Hatta berasa cemas apabila melihat kukunya yang meruncing. Lembaga itu kemudian itu berpaling, memandang Hatta. Jelas terlihat matanya bersinar kemerahan dan ia menyeringai marah terhadap Hatta. Walaupun berada dalam ketakutan, tetapi Hatta menguatkan semangat membaca ayat Kursi sekuat hati. Lembaga itu cuba bangun menerkam namun ia hilang begitu sahaja saat Hatta berteriak melaungkan nama Allah.

Hatta menerpa kearah Arina. Mujurlah isterinya itu berada dalam keadaan baik-baik saja. Barulah Hatta menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Arina sebelumnya. Lantaran itu, Hatta mengambil keputusan untuk menyelamatkan keadaan sebelum gangguan itu semakin memudaratkan Arina dan bayi dalam kandungannya.

Atas seorang bantuan rakan, Hatta berjaya menemui seorang lelaki yang pandai berurusan dalam perkara ghaib. Setelah mendengar cerita Hatta,dia membuat kesimpulan, lembaga itu menyukai Arina dan bayi yang dikandung oleh Arina. Hal itu terjadi setelah Arina dikatakan mungkin terlangkah buluh yang tumbang dari pokok. Akibat perbuatan itu, memungkinkan Arina menarik minat penghuni pokok buluh itu.

Barulah Hatta teringat yang dia ada menebang pokok bukuh di belakang rumahnya. Atas nasihat lelaki itu, Hatta diminta membaca Yaassin setiap malam, dan membiarkan bacaan ayat Al-Quran berkumandang agar makhluk itu tidak lagi kembali mengganggu. Kerana, jika tidak dihalang, lembaga itu mampu membahayakan bayi dalam kandungan, yang mana boleh menyebabkan keguguran dan janin itu akan menjadi makanannya.

Sejak Hatta melakukan perkara-perkara yang dianjurkan oleh lelaki itu, lembaga tersebut tidak lagi menampakkan diri. Akhirnya anak yang dikandung Arina selamat dilahirkan oleh Arina.


Ps: hai, dah habis baca? Seram tak? He he.. sebenarnya cerita ni saya taip semula dari Majalah APO? , coz nak kongsi dengan you all. Tak syok lah I seram sendiri-sendiri. Hah! So, cerita ni I credit kan pada Majalah AAPO? Dan kak Nora kerna dia yang buat cerita ni. I just re-type jer.. selamat ketakutan J

3/09/2016

Wuyifan Ugly !


Wassupppp!!

Tadi gigih membongkar blog Kpop Fans tu dan sampai lah satu entri, I ada terbaca pengkomen Korean Netizen kata Kris Wuyifan tuh ugly!! Kalau Tao dia kata ugly, aku setuju (coz I dun find him attractive.. rezki kot dapat jadi idol)

I rasa orang buta je yang cakap Kris Wuyifan ugly.. Atau dia jeles dengan kehensaman yang ada Wuyifan. I 'terlekat' pada EXO ni pun sebab Kris lorh, biarpun dalam group tu dia macam 'useless' and cold, dia sangat handsome. Tinggi. Even SuHo yang lawa+jambu rasa tercabar dengan ketampanan si Kris tuh. 

Kau dapat beza dan teka siapa Kris masa dalam group EXO. So, K-netizen harus lihat pada cermin dulu sebelum kata orang ugly. 


Dan boleh tak enuff dengan memanggil mereka (KrisXLuhan) sebagai traitors? Cinabenggg sangat korean fans ni. Macam lah idol-K derang tak pernah jadi traitor. Kris dan Luhan tinggalkan EXO pun sebab derang rasa mereka tersisih, kurang promotion, berat sebelah, bayaran tak setimpal dan jadual yang sangat ketat hingga menjejaskan kesihatan idol. Gila punya SM !! 

Dan K-fans jangan nak bangga sangat dengan Baekhyun Chanyeol korang tu, ingat EXO cipta Exo-M sebab nak buat promosi di China, coz industri hiburan di sana sangat besar jika dibandingkan dengan Korea. (aku rasa lerr , kalau salah, sila betul kan.. he he)


Dulu I minat gila EXO. K&M I suka, lagu dan suara derang memang hebat, tapi bila dah masuk tahun 2014, Kris tinggalkan EXO, rasa dunia I macam dah punah sebab dah tak boleh tengok dia dah. Lepas tu Luhan. Sekarang yang tinggal ( I sentuh ttg Chinese member je) cuma LAY. Tapi, kat mana dia sekarang?? Lama weyh tak nampak!! Sebab SM juga,. those korean skanks bias terlampau pada Korean member. mana trademark yang selalu dilaungkan oleh Suho"We are One" ?? we are one my ass !! huh. *marah ni*


makin lama makin melampau. Padahal LAY memang talented habis kalau pasal dancing ni, terus terang I kata kan, Lay menari lagi bagus dari Kai. Serius! Tapi memandangkan si Kai tu visual dan maybe juga korean, maka SM ketepikan LAY, takut LAY chinese curi spotlight Kai korean . (tapi ni cuma pandangan je la)


Perkara ni buat saya tawar hati untuk meminati EXO dah.. video2 variety mereka pun saya dah padam. Makan space laptop aku je. Last song dari derang yang I dengar pun Call Me Baby, catchy gila tapi I dah tak mahu ikut perkembangan derang, sebab takut teringat-ingat memori lama. Nanti I bersedih pula. sob sob sob ~ 

*kecuali MV What Is Love by EXO-M sebab saya memang suka lagu dan videoclip nya :)*

So, kepada kOREAN fans yang anti sangat dengan KRIS WUYIFAN, dan sengaja panggil dia UGLY, fikir dulu, cermin wajah y'all elok2, bukak mata luas-luas, kalau takdapat gak, sila kepit dengan alat pembuka mata.. 

kalau perempuan yang cakap dia ni ugly, meh aku letak dia depan 'kau',
entah2 kau yang terkam dia dulu. 




Terkilan .



Alkisahnya...


Oleh kerna I tahan lapar dari senja tadi, gigih I x mau makan apa-apa, biarpun banyak kali terbayang-bayangkan Maggie Sedaap Goreng yang sudah sedia terbeli pagi tadi bersama omlette (telur dadar+susu masak separuh masak). Tersenyum senyum aku masa fikirkan benda 'ummppph' itu. Plan nak makan time malam lepas download cerita anime dari Studio Ghibli : Princess Kaguya.

Bila dah malam, siap download anime tersebut, sedia play sementara masak.. sorry, my bad habit makan sambil tengok TV/laptop.. susah nak hakis. Pastu maggie dah masak, dah siap ulam dengan perisa, wah kecur sehhh air liur.. terbayang-bayang minah jepun tuh makan omelette kat Youtube tadi.. Ha ha ha! Then I tuang telur tu atas frypan.

tetiba, ada bunyi kereta masuk, bising gila bunyi dia.. I pun curious juga kan siapa yang datang malam2 buta ni, coz we all memang tak terima guest kalau dah malam.. takut kes pukau ke! Simpang-simpang doh.. Sekali I intai, lah... abang I rupanya yang sampai. Keh keh keh! Bunyi kereta abang sendiri pun tak kenal.. sibuk I memerhati dia dah turun dari kereta..

Lalu tercium bau hangit dari dapur... barulah I terngadah dari lamunan.. bergegas ke dapur, asap menebal dah frypan tuh. Bila I terbalikkan omelette tu, habis rentung !!! Punya lah I sakit hati...

dan terkilan ! Sebab dah terbayang bayangkan! Hujung cerita I buang je omelette tu, sebab nak tinggal2 siapa yang nak makan?? Dah membazir larh awak.. rasa nak nangis je tadi. terkilan yang amat sangat!! hu hu hu...

Terpaksa lah makan maggie tu dengan rasa tidak specialnya.. Alhamdulillah. Kenyang juga perot I.

;')

3/08/2016

Minah eater ! bukan Maneater!

Two words... So abnormal!!

Siapa kenal minah Jepun ni? hah, kalau ada yang belum kenal, meh I perkenal kan. Minah ni nama dia Kinoshita Yuka, merupakan seorang Youtuber dalam program makan-makan.

Kenapa I cakap abnormal?

Well, misalnya I lah kan, kalau dihidangkan 3-5 kg makanan (yang penting halal), y'all rasa, dapat tak I habis kan makanan tu dalam satu masa?

Jelas2 lah tidak... bagi kita yang normal . bukan I je. But minah ni. wahhhhh... memang hebat lah, dia boleh makan bertingkat2 burger, berkotak kotak pizza, berkilo2 nasi, daging, ramyeon, etc... banyak dia dah try.. perisa pedas or tak, semua dia balun.

Dan dia dah ada 1 juta lebih Subscriber okay. Dah pernah dijemput oleh station2 penyiaran pun gara-gara fenomena "perut beladar" dia ni. Femes lettuw!



review dulu sebelum mamammm.......~



Pizza Domino ni pun dia dapat habiskan.. tanpa sebarang
sisa.



Roti keping. Agak2 dapat tak korang habiskan semua tu? I keping
ke-4 dah rasa full...


3 KG Instant Noodles. Perggghhhh!


Inilah dia... makan beribu ribu kalori pun, body tetap maintain. Comel pulak tuh!!(ayat tak puehh hatti!)

boleh subs channel dia ----> Yukaeater


Sekarang korang dah kenal kan siapa dia? he he.. seronok juga tonton video2 dia, kelakar.. kekadang tengok dia makan ni rasa kenyang pun ada.. tengok dia lahap makanan2 tu. wahhh..


3/07/2016

pig nye Korean !

huh...

cukup! I dah fed up ngan K-netizen nih. membara-bara jiwa I baca derang punya tuduhan melulu pada ex- member EXO.

Y'know.. Kris dan LuHan. Tao tak termasuk dalam bias. I tak suka dia~  ok.. sebenarnya aku dah cukup panas bila baca komen2 dari K-Netizen yang tak habis-habis panggil Kris dan Luhan sebagai 'traitors'. Kat mana-mana artikel yang mentioned nama EXO ni mesti ada je Korean babi's yang p involved kan nama Kris dan LuHan, padahal perkara tu dah lama berlalu..

Terutamanya Kris arh derang p kutuk-kutuk, pengkhianat tegar dalam dunia Kpop ni. Babi tol arhh derang. Babi3x!!! (tapi still juga listen to Kpop ngehhh3x)

Cukup la woyh... nasib baik lah I ni tak betah bertutur dalam bahasa Korea, kalau tak, dah lama I sound derang bagi kaw-kaw punya.. pepandai je label Kris dan Luhan traitor. Gila!! Memang lah memula rasa macam sedih, marah, rasa na maki pun ada, tapi itukan life derang, dan I perasan lah derang punya company tuh macam berat sebelah terhadap Chinese member. (contohnya Lay, rasa sekarang ni Lay tu dah macam bukan ahli EXO-M dah).

Memang padanlah EXO tu kena tinggal oleh Kris dan Luhan. bila si Baekhyun tu buat hal (that mamat memang penuh kontroversi) Knetizen banyak yang backup pula.. cam $hjtht! Babi tol Korean ni. Pastu Chanyeol pun ada incident 'kurangajar' derang tak p ajar pun mamat tu. (mamat hipokrit).  tapi bila bab Kris dan Luhan, these korean babi berpusu-pusu maki dan label mereka traitor.

yang paling tak boleh blah ada sesetengah pengkomen korean babi ni p panggil Kris tu UGLY !

Muahahahahahaha.... kegilaaan apa yang derang fikir tu??? buta ke apa? ke jelessss???

jap eh I nak up photo Kris yang hodoh tuh kat sini...