Pages

Showing posts with label imho. Show all posts
Showing posts with label imho. Show all posts

5/09/2017

Plagiat Produk orang lain

Sekarang kecoh lah kat facebook tentang produk tudung #donutscarves nie curi artwork dari kartunis dari Jepun. dahlah nama tudung tu serupa dengan #duckscarves by Vivy Yusoff tu,, eh memang hampir nak sama.



sorrylah I wont censored this part! seriously?? even packaging pun team donut nak tiru??! kesian owner donut nie, feeling2 nak jadi macam vivy tapi tak kesampaian, konon bio iG dia fashion.. kehkeheh.. fesyen apanya kalau sibuk nak curi idea orang lain then sedap2 claim semua hasil dari titik peluh sendiri. ha ha ha

serius memalukan!

yang paling memalukan kartunis tu sendiri ada komen kat IG DONUTSCAREVES beritahu untuk berhenti gunakan karya dia tanpa kebenaran. 

oh yea.. pengasas +donutscarves nie ig dia @schazareth kalau x silap... siap ada team #teamdonUT  euwwh :'D berdekah geli I gelak. Sorry I sangat2 anti dengan plagiarism! 

Kalau I nak buat 1 produk nanti, Insyaallah I akan pastikan yang I x mahu ciplak produk orang lain, kalau boleh biarlah I upah designer sendiri untuk bagi rekaan lain drpd yang lain... memang tak bestlah ciplak2 orang punya produk. So I harap owner @schazareth ni akan sedar kesilapan dia.. serius malu weyh!

1/14/2016

I deal Type sangat.

Hi...



entri kali ini sangat2 berkaitan dengan Kpop. Paling tepat, Kpop Idol. He he he! Yes, I am a Kpop fans since 2010. 5 tahun sudah berlalu, kalau dedulu, my mp3 list ni penuh dengan lagu-lagu English, but start terminat Korean Pop kini MP3 list sudah di monopoli oleh lagu Kpop, dan dari situ jugalah muncul hobi baru, mungkin bukan pada I sorang je, majoriti Kpop fans macam ni kot. Nak tahu apa?

Baca biodata Kpop Idol. Ha ha ha. Tak penting pun, tap teringin juga I nak tahu personal detail derang ni, and the best part bila kpop Idol ini bagi bonus dengan ideal type sekali derang bagi. Sounds childish pun ada xD . Biasalah, mostly kpop2 Idol (Men only) ni masih muda-mudi lagi. Se usia I nih hah! ha ha ha

Tapi rasa scary pun ada, sebab mostly derang punya ideal type ni memang sukar untuk dijangkau oleh orang-orang biasa seperti I dan kamu (kpop fans) [drag kamu sekali muahahaha].

Mungkin semua orang punya ideal type tersendiri? termasuklah dengan I-I sekali.. Dulu, I punya ideal type nak yang macam Mike Shinoda, handsome, mixed, rappers, genius and bla..bla..bla.. and yang paling penting H.A.N.D.S.O.M.E. Sedangkan I tak sure pun kalau dia lah my ideal type yang sebenar.

Tapi hari demi hari, ideal type yang pernah I ada, kian lama makin hilang, dan sampailah suatu hari, I baru sedar, ideal type berasaskan fizikal semata-mata bukanlah segala-galanya. Nak I bagi contoh? examplenya...

Katakanlah Park Jimin dari group BTS tu. TO BE HONEST, dia tak handsome dan tak menarik dari segi rupa, itu pun ditolong-tolong oleh mekap dan fashion je dari pandangan I. Sampailah suatu hari aku pergi godek video-video derang kat Youtube, seperti mana aku yang pernah I buat pada EXO masa minat derang.

Dalam 5-10 video derang yang I layan, Jimin slowly grow up inside me. Serius. padahal dia lah yang aku 'anti' dalam BTS, persoalkan kenapa dia boleh sangkut jadi Idol ni! He is actually kinda sweet and loveable person. I don't know the real is, but dia selalu senyum, even his laughing made my day. Dia seorang yang periang. Now I find him comel dan attractive, tapi tak lah masuk level handsome, tapi I suka Jimin seadanya. Sedangkan dia langsung tak pass dalam my ideal type.

I heard you have fallen on me? 


So, situasi ini sedikit sebanyak bagi saya pengajaran. Kalau hati dah suka, kamu akan tetap suka pada si dia, biarpun dia bukanlah insan yang kamu idamkan. Jangan nak ideal type sangat! ( saying this to myself )

1/08/2016

Tenggelam nya Titanic kerna...

Hi...

pic paling lejen sepanjang jaman!


Tadi I ada tonton balik film Titanic, dari tahun lalu download baru sekarang tertengok balik. Coz tetiba lagu 'My heart Will Go On' berdendang di minda. Sedih and scary bila tengok Titanic patah dua pastu semua penumpang berebut2 nak naik bot keselamatan. Part Rose dan Jack lari ke basement tuh lagi sesak nafas nak tengok. Silap-silap boleh mati lemas!

Memang sweet lah tengok derang bersama, ada chemistry antara satu sama lain, dan Rose tetiba bertukar dari seorang yang 'modest' kepada gadis jenis punya strong personality. Ok, tak mahu spoil lebih jauh tapi sedih sangat sebab ending film ni sangat menyentuh hati.

Tapi, semua ni takkan berlaku kalau Jack dan Rose tidak melakukan maksiat!!

Once again. semua ini tidak akan berlaku kalau Jack dan Rose tidak BERCUMBUAN di dock? pada malam 14 April 1912!! (lol)


lalai biarpun hanya beberapa saat.


 Kalau mereka tidak bercumbuan pada malam bersejarah itu, 2 orang anak kapal yang sedang berkawal itu tidak lalai mengintai derang dari atas pilar, dan meneruskan tugas mereka mengawasi Iceberg yang sudah pun beberapa kmeter dihadapan kapal Titanic.

(oh ya, Kapten kapal tu pun lalai -_- ) 

But still, filem ni ada unsur2 murni yang boleh kita ambil, macam ambil yang jernih buang yang keruh. Apa-apa pun, belum ada filem romantik yang boleh menandingi filem Titanic ini. Pendapat I lah. Hahaha.. Seriously daebak! (daebak stands for 'amazing' in Korea) nugu!

(T/N) : maksiat is malapetaka!

12/14/2015

Kisah Kota Kumbahan...

Hi.. 
(Just say biarpun tada orang kat sini. hihi)

Ini kisah semalam, sedang I menelaah facebook.. I ada terbaca sejarah tentang Kota London, panjang lebar dia share tapi sangat menarik untuk dibaca. I don't know lah kalau kisah ni real atau tidak sebab I was born in 1992 not 1400-1500 . aha~~ Saya nak sangat share post ni kat sini, so siapa2 yang singgah silakan baca and komen!



FAKTA MENGGELIKAN MENGENAI TAMADUN BARAT YANG KITA WAJIB TAHU!!!

Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama( Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yg dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu... kasut bertumit tinggi dan sebagainya. lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London...

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam Tamadun Melayu. Gambaran anda tentang Tamadun Melayu hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yg becak serta berlopak...serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yg berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yg hampir sama bagi semua org yakni earth tone, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong! Minda anda telah terprogram dgn filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan London pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yangg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun... pepatah inggeris ada menyebut 'from breast to the beer bottle' yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum. Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu... keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa 'Paris was the foulest and smelliest cities in Europe'. Jadi, anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata... mungkin kedengaran silly bukan... tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dgn pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nak tutup bau taik yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yg lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa... istana ini memang penuh dgn perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai 'kubang tahi' atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yg bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa 'melepaskan pelaburan mereka' di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nakk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil' di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar'.

Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette shj yg mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebb banyk makan gula dan tak gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan...keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?

Sistem peparitan konon...sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa 'eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun'.

-ASJ-

Nah?! Amacam? Hahaha... Seriau baca.. 

sumber: Sini^^

11/20/2015

International breaking news!

Hi...

Tak tahulah ini rumour ke real tapi rasa bimbang sangat dengan negara kita. Basic dah our country ni di banjiri oleh PTI yg x berdaftar dari negara spt Africa, Indonesia, Filipina dan Bangladesh. ( aku ada story ttg awang hitam ni, update later)

Nampaknya 1.5 juta rakyat Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia tak lama lagi (lupa tahun berapa). Scary gilakan?!!

Taktaw lah apa yang sedang bermain difikiran pemimpin negara sekaran ni, memula GST, diusuli kenaikan harga minyak RON95.. tapi I rasa kes tu I can endure la juga, sbb we used to it kan. kes minyak naik tu mungkin setiap tahun dah. mcm  dah lali.

So kalau benarlah perkara ni akan berlaku, say goodbye to our exotic look, our traditional food, our peace of mind, kebersihan setempat, our culture *konon* .. lps tu berkumandang lah lagu2 dari Bangladesh, jangan hairan jika kadar jenayah dalam negara kita meningkat naik, and yang paling penting, I Love Malaysia.

oh jgn lupa, negara kita bakal diketuai oleh orang Bangladesh hahaha.. 


Bila PRU akan datang nanti, think it wisely. Setakat kenaikan BRIM RM1500++ next year jangan putih mata. Ingat, nak kesenangan berpanjangan atau kesenangan sementara? Cukup2 lah. Baca pic diatas ni, mungkin berbaur sarkastik tapi tak mustahil. Huhuhu..

note: pekerja Bangla setia? Hah! U gotta be kidding me.

b.log pilihan?

Hi...

as usually kita semua ada taste in everything even dalam dunia blogging, ada certain blog kita suka, ada certain blog yang kita 'pangkah'. For me, saya mudah tertarik pada blog yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

1. Kemas
Blog x semak dengan widget2 berat dan bersepah dalam blog. Serius, I secara peribadi amat menitik beratkan kekemasan pada blog, thats okay kalau semak sikit, tapi kalau semak banyak widget dan entri bercampur aduk, boleh mengganggu ketenteraman blog. Serius!

2. Ringan
Since my lappy nih selalu hang dan berat, almaklum lappy murrrahhh. Blog yang ringan adalah terbaik so far and foreberrr untuk saya layari. Smooth jerrr he he he


pic out of topic ihihihi

3. Otaku[anime&manga review]
Saya suka dengan anime review, dan manga juga, tapi now nih saya lebih suka menonton anime instead of reading. So siapa2 rasa diri dia Otaku, jom follow I. Tapi I jarang post tentang anime sebab x pandai buat review. T.T

5. Informasi
Entri yang memaparkan info-info menarik. 

7. Penulisan blog
I knew it, setiap orang punya gaya penulisan tersendiri, tapi saya pun tengok orang juga, IDC kalian guna bahasa marang krapuh or watever, please guna lah punction word spt koma, noktah, tanda seru. Jangan straight dan tiada perenggan hingga ke akhir cerita. I yang baca nih pun semput-sempt jadinya, macam orang ikut marathon. LoL. hamboihh2 macam guru BM pula daku ini. keh!

8. Selalu update
Secara personally, saya suka blog yang sentiasa update, xkesah lah kalian update apapun, kalau free saya tetap akan buka dan baca sampai habis(online guna hp mmg senang). Cuma ada yang sempat komen dan tidak. Masa terhad -_-

9. Blog yang terjaga
no haters, anonymous. Bahasa carut mencarut dalam ruang komen, siap sambung lagi "orang bawah anak *****" . Ruang komen too public, thats why I faham kenapa ramai skg blogger memasang komen moderation. Bukan takut kena bash tapi some people suka sangat membuat onar dalam blog orang lain. So blog yang terjaga ni, baru orang berani nak komen, sebab ruang komen terjaga dari ayat2 kejam dan kotor. Tak gittew?!! Heu heu heu

So, itu saja. Kamu pula ?hehehe

ps: teringin blog ni cantik2 tapi malas nak edit

11/13/2015

Elak movie ini.

Hi..

Okay la, today aku nk bagi tips dan advice serta cerita kat korang dalam entri ni, sebelum tuh.. Google dulu sinopsis filem yang hendak ditonton dan tengok trailer at Youtube. Jadi bila dah siap download takdalah nanti kecewa habis-habisan.

Coz  my cara dulukan, I just randomly memuat turun movie dari internet tanpa mengkaji dari mana asal usul movie tuh. Bila sudah play, sekali bahasa movie sound Swedish daah. Rupanya movie tersebut dari negara lain. Taste I movie dari Hollywood ja.

One time, I accidently termuat turun cerita paling gila yang boleh buat saya trauma. Memang gila!!! So sejak dari kejadian tu, I need to be careful sebab bukan sahaja membuang masa, malah membunuh "jiwa".  Serious ni!!

Kalau ramai yang komplain tentang drama2 tempatan teruk dan xda faedah, now I'm telling you, cerita yang I download lagi gila, its beyond our imagination.

Tapi, I tak suruh korang tengok kay, demi keselamatan mental dan psikologi, I juz bagi klue. tak mahu bagi tajuk bulat-bulat nanti ada yang gatal pergi cari these creeepy movie :/

1. Manusia sambung-sambung
PerangFilem ada buat review tentang filem ni, terkejut juga admin blog tuh boleh tonton sampai habis, coz kalau I memang x lalu ahh, baca sinopsis pun saya dah rasa jijik, inikan pula menonton. Bayangkan survive dengan kaedah "mouth to anus"?? Kimsalam je kay!! nasib baik lah filem ni underrated. tapi pengarah dia x pernah putus asa sebab filem ni ada trilogi, bila dah ada trilogi makin panjang pula "manusia sambung2". Gila doe!!

2. Daging Kisar manusia.
Ok, ini dari Thailand. Dan I kenal dengan main character ni, wanita tuh pernah pegang watak Epring dalam drama Thai yang dulu2. Tapi I rasa filem nih mungkin ramai dah tengok kot, saya admit dah tonton movie ini hinggalah habis, and I regretted! Sebab, filem yang bergenre gore, blood ni memang x berapa tahan mental I nak nengok. Especially lelaki yang kena tangkap wanita psiko ni, pastu dia paku jari jemari that guy. Scari gila yang amat!! 

3. Serbs dot dot..
Ini lagilah psiko habisan!!! Saya tak pernah tengok lagi, sebab ramai yang syor jangan tengok filem nih. So, I pun ragu2 lah kan, kalau orang nasihat jangan tengok, I pun takut seh. Tapi, biasalah manusia, curiosity tuh memang tak lari, kalau orang letak "JANGAN", perkara itu juga yang kita mahu. So demi, mengubati "rasa ingin tahu", saya baca sinopsis kt Wiki, well.. I baca memang pelik, jijik, dan taboo gila plotnya.
luckily, Malaysia dah banned awal2.. Gila apa nak tayang filem ni kat sini. kehkeh!

So, saya list 3 movie saja, coz ini yang paling "rare" I rasa. Mungkin ada banyak tapi belum berani nak usha. ngeh3x...

ps: doncha think I'm weird?? ngehngeh

5/15/2015

Malaysia bersih x?

Sekadar luahan dan juga sedikit imho. No butthurt dan feeling offensive. Chill aahh baru life pun senang. Heu heu heu.

Kadang-kadang I sakit hati. Sakit hati dengan sikap orang kita yang x pentingkan kebersihan alam sekitar. I sakit hati bila ternampak some people yang lepas makan keropok, campak ja semberangan. Lepas minum minuman tin, pijak tin kasi lenyek lepas tuh tendang tin like a pro padahal cm pondan ke semak samun.

Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun ada yang buang sampah merata-rata, xda kesedaran padahal ramai mata memerhati. Tapi, bukan orang tempatan sahaja. Pendatang asing pun ada. Maka mereka la 'raja' bab kotor mengotor. Pernah dengar bandar BDC di Sandakan?? Keluarga belah Da(bapa) saya pernah tinggal disitu, kawasannya berada dipinggir laut.

Perumahan khas di tepi laut. Tiada tanah rata, sebab bawah kolong rumah ada air. Tapi sayang, kawasan-kawasan disitu sangat kotor, segala sampah berapungan dipermukaan air, paling teruk ada imej 'poop' yang macam hell. Dan yang paling menyakiti saya, penduduk2 disitu majoriti terdiri daripada pendatang asing. BUKAN BANGSA TEMPATAN. I bagi you clue,

Penduduk tempatan = 5%
Pendatang asing = 95%

Begitulah situasinya. Mereka layan alam sekitar disitu sangat teruk. Y'know, istilah "tandas layang"? No flush k! Ada certain rumah saja yang pasang flush tapi installment memang mahal. It's ok xda lah orang lain boleh poopie terapung2 nanti.

So saya tanya, Malaysia bersih or tidak? Saya tahu, banyak tempat bersih di Malaysia nih, tapi saya x maksudkan dari segi alam sekitar sahaja, what about "race"? Saya maksudkan juga

Bumiputera = 50%
PTI = 50%


Seri!

1/23/2015

Perempuan dengan makeup

Hi...

Terimbas kembali peristiwa lama. Ada seorang lelaki pernah komen my gambar [exclassmate I laa masa form 5, kami add difacebook acc lama] komen dia berbunyik begini:

"Cantik aah kau haha tapi itu pun dibantu dengan make up kot."

"Kot" akhir ayat nya. Simple dia komen tapi I baca memang I tersinggung habis. Rasa mahu bunuh diri pun ada. Tetiba my level konfident jatuh merundum serta merta pada ketika itu. Jumpa sama dia terus I buang muka nyaahh [jauhi sikap begini] wkwkwkwk.



So, dah dewasa nih I cuba fikir balik. Mengikut perspektif saya, wanita dengan mekap, memang x leh dipisahkan. X kira laa kalian(perempuan) cantik/tidak, natural atau tidak, kita perempuan tetap perlukan mekap. Serius I cakap.

Even Giselle Budchanen yang kecantikannya diiktiraf oleh dunia pun perlukan mekap,

 Megan Fox yang hotdrop dead gojez itu pun perlukan mekap.


 Wanita tanpa mekap, ibarat nasik tanpa lauk gamaknya. 

Kazen saya, even nak pergi kedai pun, dia tetap calit bibir dengan gincu, sikit pun jadilah. Padahal dia cantik natural. Serious. Then I saja tanya pada dia,

            I : kau cantik natural, knpa masih pakai gincu?
Cousin: xdala rasa muka nih macam kosong sangat.


I setuju. Sebab bagi I, wajah bare-face tampak pucat dan kusam. I noticed sebab selalu cermin wajah bare-face setiap kali lepas mandi. Dan teliti every inch of my face. Sangat2 pucat, macam orang lepas kena kejar ngan rimau.

For me, mekap tidak patut dipersoalkan sebab mekap adalah keperluan bukan kehendak wanita. Saya try avoid untuk tidak memakai mekap resultnya ramai yang komplen "eh knpa nampak cam orang sakit nih?". See?

So, mekap is penyeri wajah. X payah lah pakai mekap tebal-tebal macam orang nak berkahwin, for me again, cukup la setakat gincu dengan eyeliner. Sudah cukup! Tapi jarang guna eyeliner, juz gincu saja. Kalau pergi tempat2 jauh atau take a picture baru guna yang both.

contoh natural mekap


Kekadang, I rasa jealous, lelaki tanpa mekap nampak lawa, x perlu susah2 pakai gincu dan bedak untuk nampak lebih berkeyakinan, kaum Adam memang natural lawa. I'm being serious.

So here is my formula:

lelaki tanpa mekap= natural
wanita tanpa mekap= pucat


lelaki dengan mekap= badut
wanita dengan mekap= Megan Fox 'pewitt'


Ha ha ha ha. So lelaki, sila lah jangan kondem orang perempuan yang suka pakai mekap, sebab itu dah jadi naluri kami. Lawa x lawa kami tetap pakai, kang kalian juga yang bising2 "bini dah x lawa aah" , "saya cari lain sbb bini da mcm KakLimah."

Tapi, agak2 lah jugak kn, jangan sampai masuk tidur pun kalian siap mahu tempek segala foundation blusher mascara or fake lashes apa semua. Itu cari nahas namanya. Ha ha ha. 


[G-Dragon lelaki pertama yang berani pakai gincu untuk cover senaskha majalah. Pehhh cantik siotttt]

1/10/2015

Hubungan songsang

warning, ini isu sensitif, baik abaikan kalau ada yg x senang membaca. Juz imho(in my humble opinion), correct me if I wrong. ^_^


-"hoii ko tengok apa tuh" jerkah my abang -

cepat cepat I tutup tab chrome dan buat2 nyanyi lagu Good Day - IU. Cover malu. Damnn!

Situasi sebenar:

Saya ada buka blog someone dan tertarik dengan satu artikelnya, yang bertajuk 
"Saya GAY dan Saya Okay". Dan ada sekeping gambar yang menunjukkan pasangan-pasangan Gay sedang berpelukan tanpa baju [xpasti samada pakai seluar kerna yang ditayang x sampai ke kaki plus saya pun xnak tengok sangat] . Kemudian abang saya pun muncul dibelakang dan jerkah apa yang saya buat. Perasan saya sedang buat tidak tahu tanda malu dia berlalu pergi. Saya buka balik artikel tuh dan baca sampai habis.

Ok, back to point, dulu kalau tidak silap tahun 2011-2012 pernah kecoh dalam Msia nih kerna golongon GAY bertindak berani secara terbuka untuk menyokong hubungan/perkahwinan sejenis. Dari segi undang-undang Malaysia, negara kita mengharamkan hubungan/perkahwinan sejenis. Nasib baik tindakan mereka itu ditentang oleh  masyarakat yang masih berfikir secara waras, dan tidak tinggal juga para Ulama-ulama di Msia ini. Thanks to them.

Penerimaan Malaysia terhadap hubungan songsang bukan macam di luar negara, kalau di oversea siap boleh kawen2 lagy, ada club Gay sbgnya, rata-rata masyarakatnya menyokong hubungan sonsang tersebut. Tapi bukan di Msia k. 

Sometimes I wonder, bagaimana mereka menjalinkan hubungan sejenis, berpegang tangan dikhalayak ramai, bercumbu dan berhubungan nature (seks). Yes, saya tertanya2 itu. Adakah dengan berkahwin lelaki sesama lelaki boleh mendatangkan zuriat kepada mereka? Tapi lelaki kan xleyh preknen. 

Then I googled, gay nih secara automatiknya melakukan seks diluar tabii. Yalah, lelaki kan tiada organ faraj. Hanya kaum hawa sahaja ada. Then I googled lagi apa maksud "luar tabii", dan I jumpa ini. 

" Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.
Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif 'anal' memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau 'Fissure En Ano' (kerosakan daya tahanan lubang najis)."

Secara jujur, saya fikir Gay ini adalah pelik. Bukan pelik in a weirdo way, tapi pelik yang macam "nafsu diluar kebiasaan" manusia. Sebab setahu saya, Allah dah cipta manusia secara berpasangan, Adam dan Hawa, bukan Adam dengan Adam. Same goes to Hawa. 

But at the same time, I think the GAYS juga "special". Sebab mereka golongan terpilih untuk menghadapi ujian nafsu yang sangat berat ini. Jika difikirkan balik, ingat senangkah lawan nafsu-nafsu nih? Even me yang straight ini selalu tewas dengan nafsu (in many ways ok) . The Gays juga manusia so, I rasa kita tak patut terus hukum mereka, keji dan hina mereka. Please, bimbing mereka. Islam is beatiful, kalau tak mampu bimbing secara face to face pun, please doa kan mereka, kan doa adalah senjata utama umat Islam.

So, saya sokong hubungan sejenis? Sudah pasti tidak. Mana mungkin saya menyokong hubungan yang tidak sihat itu :)