Pages

12/29/2020

to you, ex

Actually, aku terpanggil untuk bercerita ttg my ex nie.. Entahlah aku rasa aku dah move on pun tapi asyik teringat2 je dengan dia.. Bila diingat, sakit pulak hati ini.. Ewahhh!

Ye lah, masa di moment puncak kami dah putus aku tengok dia gigih nak bagi aku jelos and sakit hati hahaha.. Tapi dia silap masa kami tgh friend kat fb aku dah unfollowed newsfeed fb dia cuma tak unfriend lagi.. Tapi dia tu mmg taste perempuan cantiklah, yela aku ni pun rupa pun boleh tahan gak dalam gambar kalau dah edit2🤣🤣 kahkahkah...

Tak silap gf dia yg latest tu macam orang thailand, lepas tu berani dia bawak jumpa family even belum ada ikatan pun?? Itu aku tak pasti, tapi ada jugalah aku stalked profile dia tp mcm tak jadi pun hubungan dorang.. Padan muka!🤣

Ye lah kalau btl2 jadi mestilah ada updates dr siblings or ipar dia hari wedding dorg kan, tapi takda pun.. Kahkahkah.. And yg aku perasan ttg my ex ni, dia ni taste nak yg perempuan cantiklah.. Yg wajah ala2 Arabic.. Dia sangkut kat aku pun sebab pic aku yang aku dah modified pun hahahaha🤣🤣🤣.. So rasanya bagus juga aku dumped him sebab dia tu btl2 tak guna.. 

And bila aku unfriend dia dengan muka tak malu pergi add aku balik.. So aku accept lah balik sebab tak sampai hati.. And yg paling tak sampai hati mak dia pun add aku sebelum kejadian.. Tapi aku takda lah kurang ajar sht nak p unfriend mak dia.. Cuma aku undurkan diri dengan deactivated my acc fb selamanya, btw aku dah agak perkara ni jadi, so sebelum kami being friends kt fb aku buat acc baru.

Lol aku punya tak jujur dengan dia pun satu macam.. In short, aku rasa aku pun bermasalah.. Hahahaha.. Padanlah sampai sekarang tak kawen lagi. Tapi aku tak curang pun. Just tak percaya diri yang buat aku jd tak berapa jujur pada dia.. 

Adakah patut aku bg tahu dia aku takda fon.. Pdhal masa tu aku dah beli fon baru oppo f1f , tapi ada sebab nya, kalau aku bgtahu dia yang aku dah ada fon baru, mesti dia mintak pic.. Aku plg benci bila orang mintak pic aku, termasuk ex aku.. Tak suka lah.. And tak silap dia pernah kata kt aku

"Kalau syg ada fon baru kena rajin2 send gambar taw" 

Seriau je aku... Aku ni bukannya kaki selfie.. Dulu aje lah skg tak dah.. Dah tua.. Oh btw kami ni ldr ( long distance relationship)
😏
So i don't trust him fully..

And aku pernah nampak dia liked and comment pic perempuan cantik kt Instagram, bergaduh manja dgn perempuan/janda pun pernah.. And the worst, dia lukis pic seorang pramugari kot , aku masa tu macam rasa jijik pula dgn dia no, nak attention dari wanita2 cantik, macam tak da harga diri.. So yeah.. I make a good decision to leave him..

yelah , not only arabic look, but taste dia jenis2 yg PRAMUGARI punya, aku ada bukti la weyh! first dia lukis potret pramugari, aku tahu sebab aku cari dari # hashtag, so hati2 ye korang yg kaki curang jgn nak guna hashtag, sebab perempuan ni kalau nak menyiasat , fbi pun kalah muahahahaha, and lagi, korang yang selalu follow ml studio, ada perasan tak speaker nama Nana yang baru kena henti kan khidmat dari jadi pramugari, aku "dapat tahu" yang dia( my ex) ada subscribe channel si Nana. perghh i was like " hahaha dah agak dah.."

tapi actually for me tu masalah dia lah nak p follow siapa pun, tapi cuba lah time kapel tu jangan gatayyy sgt nak p follow perempuan lain, dah lah self estem aku ni tahap air longkang, yang kau p balun follow perempuan cantik dah kenapa? lols hahaha btw i tak salahkan Nana pun sebab dia lawa apa.. cuma I hope nana tak terima lah my ex tu, eii geram pulak aku dengan sikap dia tu.. 

hahaha... i jaat lah sebab curhat pengalaman ini kat sini

12/06/2020

kisah vlog dan channel : yuressa yubaba dan blog joji

ASSALAMUALAIKUM


sebelum aku mulakan, meh follow my 2 channel ni hah...:


1. yuressa yubaba (

ini channel khas untuk aku buat cerita tentang my work, basically i post my work disini lah even ada karya orang lain disini, cuma aku akan claim awal2 bahawa x semua work disini hasil idea aku 100%.. cuma aku post sbg memori sebab karya2 hebat dari kak nora dan cerita seram yg pernah aku baca dulu dah hilang without a trace.. banyak weyh cerita best, tapi sayang nya source(majalah dan sites hilang) so aku guna memori je untuk taip balik so korang pun boleh baca sekali. and ada juga work aku yang 100% dari idea aku sendiri, especially cerita seram "Peristiwa di Instagram" .. so harap korang subscribe okay..nanti sambutan baik aku nak buat giveaway <3 ( ada page fb dan ig, korang search je name 'yuressa yubaba' , aku tak tukar pun namanya supaya korang senang cari ok .





ini channel I : yuressa yubaba

dalam ini i post genre cerita yang campur2 lah macam romance, seram, misteri, thriller dan unsur kryptic sikit. nanti ada idea lain i cuba olah.. jangan lupa subscribe yeeeee


2. blog joji 

ini channel random, especially untuk vlog, masakan, art, song cover dan banyak lagi.. so harap korang sudi subscribe nooh.. 

 

aku dah jarang jenguk2 blog ni sebab aku nak fokus kan pada channel youtube je.. tapi rasa rindu juga nak menaipkan.. so kali ni ai nak menaip pula.


actually aku tengah tunggu my order ni hahaha... baru2 ni aku ada beli banyak barang kt shopee, kebanyakkan berkaitan item utk vlogging.. geram je tengok rasa nak beli semua .. tapi kita ni jenis sedar kan so ukur baju dibadan sendiri ek!








baru2 ni pun aku cuba2 nak buat video mekap, masa shooting tu memang lama , and bukan senang , sebab banyak nak kena setup.. tapi bt masa skg ni aku takda tools lagi, so kena jadi kreatif lah guna apa yang ada.. 


and lepas dah siap shooting, kena edit lagi.. yang ini pun banyak proses ok.. kena kental weyh.. bila kau sorang2 buat kerja editing ni pun kena detail, or you will spoil everything! hah baru kau tahu betapa susahnya edit video nie...but for me lah , sebab aku ni basic knowledge je haha..takda la power sangat.. biasa2 je..lighting pun kelaut.. hahaha..tapi x mengapa lah kan aku baru nak belajar.. hehe. owh, sebelum lupa, software video editing pun main peranan yang besar juga.. setakat aku ni just guna apps telefon je...so kau jgn expect kualiti terbaik.. 


dan part yg ditunggu2... bila dah siap edit apa semua.. tengok hasilnya.. eiii... feeling dia lain amcam ok! hahaha.. bila tengok hasil kerja sendiri, even la tak power macam editing skill orang lain , tapi masih boleh dipuji.. rasa syok tengok sendiri hakhahak.. yalah, shooting je guna masa hampir 1 jam, lepas edit itu ini, durasi tinggal 15 minit or 10 minit dari 60 minit semasa shooting.. bestlah tengok dari muka takda apa2 transformed ke mekap yang kita buat tu.. macam magik gitu hahahah ( jakun level longkang)


actually aku nak upload hasil i buat video haritu, tapi im scared la.. haha .. and yg paling penting i shooting and free hair, so i tak berani nak expose macam tu lah, kan aku sekarang acah2 taubat dah.. so tunggu lah next video aku pakai tudung, baru aku berani upload.. 


and kepda guru yang kata nak mulakan vlogging kata kan tak perlu modal pun untuk mulakan vlogging ni.. kaurang ketuk kepala dia, first time aku cuba juga lah untuk guna kamera , dia kata dengan kamera phone je dah boleh start kan vlog/channel youtube.. 


ok lets be real ya... memang betul kau boleh mulakan vlog/channel youtube dengan menggunakan kamera phone je, tapi kau kena berhadapan masalah dengan footage yang shaking , low kualiti shoot, dan susah nak adjust.. misalnya kau nak buat video masak.. takkan tangan kanan potong bawang n tangan kiri pegang kamera.. aku dah cuba gaisss.. dan tips and advice dorang yg so called guru tu mmg tak membantu pun...


so my advice, kalau nak mulakan vlog/channel youtube pastikan lah sedia 3 benda ni..


1. camera video ( phone pun boleh ) utk permulaan/sekadar suka2 je

2. tripod / monopod... bagi aku benda ni penting.. sbb kita blh jd multitasking ketika shoot dan footage stabilizer.. 

3. software.. penting weyh, tapi aku selalu guna apps telefon je sebab aku kan belum laptop, so buat masa ini aku guna apps je.. nanti aku listkan dibawah k..


sebab aku sebagai penonton pun mesti pilih video yang cantik, stabilizing footage yg ok, dan color grading yang lawa... kau jgn main2. viewer sekarang ni bukan cikai2.. hahaha... tapi aku sendri pun kelaut. sebab tu kena juga labur sikit2.. untuk yg permulaan or yg suka2 je kalau guna tripod dan apps pun dah memadai..


and sekali lagi, kalau ada mana2 advice yang kata "just guna camera phone je" jangan lupa jentik hidung dia.. senang je cakap macam tu, memang ada yang mula2 guna phone je tapi views dan subscribers mendadak naik, tapi tengok lah nasib macam mana, rezki yang Tuhan bagi, tak semua orang dapat macam tu, kena usaha dan tawakal juga..


apps yang i guna untuk phone:

1. kinemaster (untuk text for my work)

2. vllo ( sesuai untuk vlogging, senang guna dan tak rumit)


hehehe.. so thats it my bebel kali ini. sbb macam addicted lah buat video nie, hahaha...

11/19/2020

hei kau...sori lama tak update

 salam wahai penghuni blog...


nak kata aku bizi macam tak juga, tapi sekarang ini musim pkpb 2.0, sebab kes meningkt di sabahkan. so ikut my sis meniaga je lah ber-cod.. jual burger dan popiah . hua hua hua.. alhamdulillah laku gilerrrr 


dah lama aku nak tulis mencoret disini tapi , selalunya malas lah.. tapi tak semualah aku nak luahkan, even blog sendiri pun aku kena berpadah2 lah sebab aku mcm tak sanggup pula nak ingat balik. hmmm....


apa erk nak kata?? ha! baru ingat.... btw aku still dalam perancangan nak beli laptop, tapi entah lah, my heart says no..yet! sekarang ini masa susah even orang kaya pun duit bpn apatah lagi aku yang miskin ini... dah lah menjual belum dapat lagi. 


bukan apa, laptop ni untuk aku simpan segala projek2 aku ttg sebuah karya sendu ku yang akan aku upload di youtueb,, sorry aku tak mahu post kt wattpad.. walaupun buat video ini leceh. bagi korang yang tak tahu, aku sekarang ada karya nak buat berkaitan dengan kisah hikayat yang bertajuk spt 

"1001 malam bersama Sultan" ...


perghhh!! macam erotik je bunyinya kan,, jangan risau ini bukan kisah nak meromen2,, noooo... watak sultan kot ( walaupun tak semua sultan itu baik k..) alaaa pandai2 lah aku modified.. aku nak buat lain dari yang lain walaupun takda lah lain sgt hua hua hua hua...


korang yang nak baca sila subscribe my channel k : ''Yuressa Yubaba'' (selaku watak utama dalam cerita)


baru episode pertama, dah  masuk 3 bulan lebih tak update .. tapi korang jangan risau, aku ada psot certia seram juga dalam channel tu sebab aku nak pelbagaikan segmen dalam channel ai tu.. so sementara korang tunggu episode yang akan dtg, boleh buka2 cerita seram tu, bukan seram ja , dengan misteri, thriller, romance dan kriptik pun aku akan buat... tapi ada juga karya bukan dari idea aku, dont worry aku akan letak disclaming, alert dan warning...


cuma aku perlukan lebih banyak masa untuk lakukan ini, sebab aku ni one girl show... semua aku kena buat sendiri, dari menaipnya, dari mengeditnya, dari meng-uploadnya... pheww too much to do noohhh... penat juga taw..

and aku nak buat survey lah...


korang suka baca ke or suka dengar aku bercerita?? ke kedua2 nya sekali?? 


kalau korang ada pendapat sila komen k.. luv yall..

8/31/2020

Ayat 29:2 setepek kt muka

 Salam!❤


Aku rasa aku terpukul dengan ayat ayat Allah ini, benarlah Quran ini relevan sepanjang masa, merentasi masa samada dibelakang mahupun kehadapan..


Bahkan ia mencapai ke syurga dan neraka.. Subhannallah! 


Baru2 ini panas ttg Daud Kim YouTuber korean yang tertuduh pernah melakukan gangguan seksual pada seorang perempuan. Tapi itu sebelum dia masuk Islam pun, dan kes itu dah settled. Tapi skg mungkin mangsa tu sakit hati or tak puas hatikan dgn achievement DaudKim sejak2 dia masuk Islam, so video tu tersebar kt twitter dan kes ni sangat panas di korea. Sampai masuk netizen buzz kau taw. Kalau korang baca komen2 netizen korean ni kaurang tahulah betapa cetek dan bodohnya segelintir dorang ini tentang agama Islam. 


Dalam hal ini, aku tak dapat salahkan pihak perempuan 100% sbb aku x berada di tempatnya, tapi aku juga tak nak blame kan si DK nie habis2an, tapi sekarang ini sudah tiba saatnya dia di uji b,dasarkan kesilapannya yg lalu. Wallahualam.


Ok. Disini baru aku teringat potongan ayat dari Allah dalam Quran:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?".


Allah! Betul2 kena kat batang hidung aku ni hah! Aku selalu kata yang aku ni beriman, tapi dtg ujian sikit aku merungut, kadang2 menyumpah seranah. Ya Allah, now aku baru faham dengan ayat Allah 😭 . Termalu sendiri dan rasa menyesal tak sudah, ujian kecil aku tak pass, inikan pula ujian besar yang bakal m,datang.. Tak tahu bagaimana level kesabaranku.😢


Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, aamiin.. Rasa meremang pun ada, betul2 setepek kena kt muka...😭 

7/06/2020

kisah 1001 malam kat youtube

hai guys...

sekian lama menghilang...kini aku kembali lagi...


tapi...

wajah baru... korang... aku dah buat keputusan, aku akan nak jadi youtuber setiap masa aka bergantung pada mood lah huahuahua...


btw dari dulu aku ada bagitahu, yang aku nak jadi penuliskan? tapi takdalah pro sangat, aku menulis time ilham masuk saja, xda ilham tak menulis lah aku. 


dulu aku selalu post penulisan ku kat wattpad, tapi entahlah aku rasa macam tak berkenan dengan surface wattpad. not my style . plus aku tak berkembang pun disitu hahahaha... well, tbh, aku nak target banyak orang utk baca i punya cerita tapi macam takda sambutan.


so kali ini aku beralih kepada Youtube, aku still menulis tapi aku akan buat satu video penceritaan tapi upload kat youtube, dengan per-episode lah. takkan lah satu video 1 novel kan?? adoiii mampus aku aku nanti nak meng-edit ...


eh.... eh.... mengaku2 pulaks aii niee.... ahahahhaha 


tapi peduliks lahhh... aku memang nak viewers pun.. korang kalau baca bloggss aii ni.. please laa subscribeee okay, sebab kalau aku nampak subscriber aku bertambah macam idea tu terus datang bertubi2 kau tauuuu tak???

so kalau nak cepat habissss cerita ni korang kena subscribe taw... jangan bagi aiii keciwaaa naaaa~~~

( ehh dah terbalik pula sepatutnya kau yang kena puaskan hati pembaca finaaaaa oooiiii ~ )

me inside: eiiii pedulikkssss ~

okay guys, ini kisah yang aku nak buat nanti kat youtube... cerita ini mengisahkan seorang sultan yang selalu kahwin cerai kahwin cerai, lepas tu dia ( aduhhh aku malas nak mengulas lah pulakkkk... arghhh nak tahu lebih lanjut korang subscribe naaaa hahahahahahaha)


updated: ini semua penangan dari game Sultan lah... alaa yang selalu ads kat fb, youtube.. akuu tengok macam best pulaks , tambahan lagi aku ada baca kisah asal usul 1001 malam kat fb john mohamed..

jadi teruslah datang ilham aku ni hah~ kikiikiki nanti watak2 aku update kat sini lah sebab simpan kat draf microsoft rasa tak selamat pula, yela laptop pinjam nie,, bila2 masa je owner dia nak ambil kan.. kang nanti dia baca .. malu aii ~ ok see u laterrrrrrrrrrr




5/24/2020

SOLAWAT THOHA AL YAMANIY

SHOLAWAT THOHA

AL YAMANIY

 

SHOLATULLOH ‘ALA THOHAL YAMANI

 

SYAFI’IL KHOLQI FI YAUMIL QIYAMAH

 

DA’UNI FALLADZI AHWA DA’ANI

 

WA ABDALI MINAL BUSYRO ‘ALAMAH

 

WA ADH-HAR LI GHOMIDOTIL MA’ANI

 

YAQINAN ‘INDA MA KASYAFALLITSAMAH

 

 

SAQONIL KAA SA UFDI MAN SAQONI

 

ALA LILLAHI MIN TILKAL MUDAMAH

 

WA AUDLOHA FIL HAWA QOHSDI WA SYANI

 

'ALA WARO'IN WA JANNABIL MALAAMAH

 

WA HASBI INNANI BIL BAABI HANI

 

'ALAL A'TABI ILA YAUMIL QIYAMAH

 

'ASA MA'AHUM ILA DARIL JINANI

 

WAS SAQINAN-NABI AHLIZ-ZA'AMAH

  

SHOLATULLOH ‘ALA THOHAL YAMANI

 

SYAFI’IL KHOLQI FI YAUMIL QIYAMAH


4/29/2020

shopee lesson

Sekiranya korang ada beli barang melalui shopee ,

Korang boleh buat report macam ES buat ok . So ini respondNya .

Seller cakap barang ready stock MALAYSIA , tapi hakikatnya item PRE ORDER , ES tahu ramai y kena .

Tunggu punya tunggu , lepas seminggu ke seminggu x sampai sampai sudahnya hampir sebulan .

Chat seller susah nak reply , mintak refund seller reject . Korang siap chat suruh seller refund , seller taknak .

So jangan tunggu lagi , korang terus buat report , jangan chat dengan customer service tak membantu sangat 😅 .

Direct email  ! then korang attach apa y patut , senang . If seller x ship out barang dalam masa 5 hari . Shopee akan auto refund duit korang .

Kredit : Eirsha Shahira (ES)

2/26/2020

Your maut

salam...


korang... perasan tak lately ni ramai insan2 yg kita kenal telah mati secara tiba2? seriau bila kenang balik... tahun lalu 2 orang menemui ajal, tahun ni ada 3 or 4...

kalau tahun lalu, salah 1 selebriti terkenal Korea. Choi Sulli (fx). jujur aku katakan, memang agak t,kesan juga kematian sadis Sulli pada diri kami, bukan apa, dulu masa remaja Sulli ni kira femes dikalangan anak2 muda macam kami, lagi2 bila tengok RunningMan ,dia selalu jadi guest kat tv show tu.




tapi bila ditahun2 mendatang nie banyak kontroversi yang x sedap kita dengar tentang Sulli, mula2 dia keluar dari Group dorg, fx, lepas tu kapel dengan lelaki tua ( choiza ) , lepas tu dia selalu post benda2 pelik kat ig dia. so memang kaw2 dia kena bantai oleh knitizen yang bawang dorg ni memang level luar biasa!


tak kira apa dia buat, dia kat red karpet ke memang ada je yang tak suka Sulli nie. tapi banyak juga yang suka. tapi serius Sulli ni memang cantik dan innosen gila.. sampai ada yang kata kecantikkan dia tu "rare" dan aku bersetuju. lagi2 bila dia senyum or ketawa nampak gigi n gummy dia, mcm freshh2 gittew.. tapi sayang lah, sebab stress+depresi yang melampau, Sulli tewas dan akhirnya ambil keputusan untuk menamatkan ajalnya sendiri. pehhh memang sadis aku rasa, sbb selepas kematian dia pun, family dia ada krisis dengan harta milik Sulli nie. kesian.. itu kes Sulli..



ini pic debuted Sulli masa memula jadi aktress kanak2... Ya Allah, x dapat bayangkan betapa hancurnya hati ibu dia bila nampak pic masa Sulli masih kecil.. aku yang takda kaitan pun turut merasa sedih :(



tak lama kemudian, nitizen dikejutkan pula dengan kematian Goo Hara. semua mesti kenal siapa goohara ni, dia visual untuk girl group KARA.. suatu grup yang cukup lama dalam industri kpop, zaman sekolah aku dorg ni dah ada, goohara kira lejen gak sebab dia punya imej ulzzang tu sangat femes di negara2 asia dahulu, especially Jepun / China .









Hara ni aku x follow sgt sbb banyak kata dia nie ada rude sikit, tp biasa lah lain org lain personaliti, kau x leh expect semua artis ni kena behave spt mana yg kau mahu! itu lah masalah knitizen!! dorg ingat manusia yg jd artis ni kena behave mcm malaikat... amboiiih!


hara ni lah yg selalu jd guest kt Runningman masa mula2 dulu, first episode dia lah guest pertama perempuan dlm runningman, lebih awal dari Lizzy dan Jihyo.. sebab tu, aku t,kesan bila dengar news dia dah mati sebab bunuh diri tahun lalu. dah lah bff dengan Sulli. yang aku tahu, dia mula stress bila bf dia ugut nak sebar video lucah dorg kt media sosial ,dan dia ni jadi mangsa keganasan bf dia sampai lebam2 tangan n badan dia. tu pun masih ada yang bantai Hara, tak tahulah, dlm kes ni perempuan selalu jadi mangsa, tak kira side mana pun.




dan yang paling sedih ttg Hara nie, masa dia guest kt Runningman, Nation MC of Korea, Yoo Jae Suk pnh tanya Hara umur berapa dia nak tamatkan zaman bujang, Hara jawab "umur 30" . (if tak silap laa, alaaa kaurang google la sendiri k ,aku just cerita balik ni ).




lepas tu, sekian lama dan bertahun2 lama dia x jd guest kt RunningMan, tahun 2018 dia dtg semula jd guest, kt situ lah Lee Da Hee ada juga.. itu lah episode dia datang, masa introducing time tu , Yoo Jae Suk ada sentuh balik ttg kahwin, tapi jawapan Hara agak menyedihkan... ini kira dialog dorg kt RM




yoojaesuk : Hara pernah kata dia nak tamatkan zaman bujang apabila m,cecah 30 tahun, bagaimana dgn impian itu?

Goo hara : (28 tahun masa tu) saya dah x ada rasa nak berkahwin sampai bila2 (dengan wajah yg pokerface tapi entah aku sgt mengerti dgn emosi nya)


then masa tu juga Kwangsoo menyampuk


kwangsoo: tak guna bastard yang melukakan hati goo hara (tapi kena sensored laa sbb shooting kn)

this is y we love kwangsoo!


kes Hara ni went viral tapi tak tahulah video tu t,sebar ke tak, tapi recomendations selalu dpt "goo hara videos" , itu pun dah cukup buat seseorang itu sgt stress, sebelum kes Sulli pun , Hara mmg dah pernah attempt suicide tapi berjaya diselamatkan sebab manager dia jumpa dia awal2, tp yg kedua gagal... kesian wehh!  itulah kisah sulli dan hara.



so masuk tahun ni ada 4 kematian yang bagi aku sgt2 mengejutkan... DAN!! kalau korang art lover, dan suka pada lukisan2 di instagram, mesri korang kenal Qinni kan? dia ni ratu devianart. aku mula follow dia of x silap 2013 kot, masa tu aku artwork dia yg sgt2 cantik dan magical touch❤😍... ig dia skg dah 2 milion lebih, dia agak femes dikalangan artis2 instagram, devianart dan youtuber. pendek kata, she must to be followed kalau korang art lover!☺







tapi yang x best nya, dia ni ada masalah jantung dan kanser, banyak kali buat surgery dan shes survived pun banyak kali! tapi ditahun 2020 memang ajal dia dah sampai, padahal baru beberapa hari je dia berbalas komen dgn peminat dia kt youtube dan ig, taw tak kematian dia bila?


tarikh mati dia sama dengan arwah Abam bocey. cuma tak tahu siapa mati dahulu. kecoh juga timeline facebook aku masa tu, tapi aku lebih t,kesan dengan kematian Qinni b,banding Abam Bocey. ( aku cerita later k ) Sebab aku dah follow qinni ni lebih lama sebelum arwah abam lagi, aku sedih sebab qinni nie kafir si aku lebih kesian dengan nasib dia selepas itu, tapi itu dah pilihan dia so, aku x mahu lah cakap apa2.. aku pun x tahu bgmn nasib aku.


cuma aku nak kata, after that, baru lah kes abam bocey ni aku follow up sebab kematian dia tu, ramai orang terkesan , kematian dia sgt2 baik, semasa jenazah dia dikebumikan banyak para agamawan yang hadir utk ambil peluang akhir menyolatkan jenazah abam. sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada orang ramai, jika kita baik, pemergian kita pun baik, ALLAH swt jemput dalam keadaan yang diredhai.. dan ingat, ajal itu datang bila2 masa saja, x tggu sesaat or awal sesaat.. ianya ON TIME!





dan yang latest... Asyraf Sinclair! duhh... siapa tak kenal A.S ni, hensem kot! hahaha... dia hero gol&gincu dan suami kepada Bunga Cinta Lestari. yang ini pun beri banyak keinsafan pada kita semua, sebab yang mati2 nie orang2 yang masih muda usianya. so korang tahu kan apa pengajarannya?





sampai kan pereka fashion yg femes, Dato' Rizalman dah bersara sebab kes2 kematian yg terbaru nie mcm satu "teguran" kepada kita yang masih hidup ini untuk melakukan amal soleh yang banyak supaya ada bekalan utk di Hari Kemudian.. ( hope u understand that )


ok. itulah yang aku nak cerita disini sejak tahun lalu lagi, tapi baru hari ni ada rezki untuk buat entri. harap2 lah entri nie ada faedahnya... dan... ini sebagai... pesanan..


kalau blog ni dah terbiar bertahun2 dan tidak di update selama 2 or 3 tahun.. harap readers yang mendatang sedia maklum bahawa owner blog ini dah ke alam barzakh.. dan saya memohon agar kalian mendoakan saya jika kalian m,baca blog ini. ( Ya Allah seriau pula aku buat perenggan ini, tapi ye larh.. beringat2 kan, sbb x kira bgmn pun...)




"yang hidup, PASTI merasai mati!"
sekian~…❤ Fina.

2/22/2020

PicsArt bukan calang calang

aku ada hobi baru dan aku rasa ianya sangat hebat! ( tiru dialog Olaf hikhik  )


ini hasilnya bila i cuba2 nak buat something different, for me is

not bad lah hahaha~


sedap kat mata aku, dan pic original dari fotografer japanese, lupa nama ig dia tapi aku ada bagi kredit kat channel youtube i... nanti i update okay nama jurugambar itu :D



Before:










after:



*EDITED by me , gambar asal bukan milik saya.. 




2/03/2020

LIRIK BADRUD DAYAJI - ADAM ALI FEAT. NISSA SABYAN (RUMI)





Lirik Badrud Dayaji Sabyan ft Adam Ali
nashid/syair terbaru dari dua best figure Nissa Sabyan dan Adam Ali😊

(nissa)
rosulallahi rifqoo . ana tholagtiroobii.
waqolbii bilhawaa walhaan. 

wahaqqon anta arqoo . liqurbin waqtiroobi . wa antal hibbu 'ali syaan

famataa, famataa luqoya, habiibina fanarooh, bihanaa, bihanaa wasofaa, fakulunaa nahwaa .


(chorus)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji.
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji

(adamali)
wa anta habiibu tabqoo . lisyawqi wantihaabii , bakata 'aini minal ahzaan

wawasluka hiina alqoo . yakuunu bihi 'ilajii, fakaffuka yuna'syu dhohaan

famataa, famataa luqoya , Habiibina fanarooh

bihanaa, bihanaa wasofaa ,  fakulunaa nahwaa haa

(chorus)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji .
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji

(bridge-nissa)
ana uhibbu rosulallah , mataa arooh mataa arooh
qolbii dhaab fii hawaah . mataa liqooh mataa liqooh

(bridge-adam)
ana uhibbu rosulallah .  mataa arooh mataa arooh .
qolbii dhaab fii hawaah . mataa liqooh mataa liqooh


(chorus 2x)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji . bada badrud dayaji . ashroqotil malaji , wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji


~dengan maksud~

rosulallahi rifqoo . ana tholagtiroobii
(Ya rasul Allah, sayangilah diriku, yang telah terasing sekian lama)
waqolbii bilhawaa walhaan (Dan hatiku telah tertawan oleh cinta)
wahaqqon anta arqoo . liqurbin waqtiroobi (Martabatmu yang tinggi, kuingin dekat denganmu) wa antal hibbu 'ali syaan (Kaulah yang terkasih dengan derajat yang tinggi)
famataa, famataa luqoya (Dan kapankah aku bisa bertemu dengan kekasihku) habiibina fanarooh (Dan kita pun bisa berjumpa) bihanaa, bihanaa washofaa (Dengan kebahagiaan dan kesucian) fakulunaa nahwaa (Kami sangat mencintainya)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik) bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik)
wa anta habiibu tabqoo . lisyawqi wantihaabii (Aku merindukanmu kekasihku sehingga menangis) bakata 'aini minal ahzaan (Mataku menangis karena luka)
wawasluka hiina alqoo . yakuunu bihi 'ilajii (Dan dengan bertemu denganmu menjadi penyembuhku) fakaffuka yuna'syu dhohaan (Menghilangkan dahagaku)
famataa, famataa luqoya (Dan kapankah aku bisa bertemu dengan kekasihku) Habiibina fanarooh (Dan kita pun bisa berjumpa)
bihanaa, bihanaa washofaa (Dengan kebahagiaan dan kesucian) fakulunaa nahwaa haa (Kami sangat mencintainya)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik) bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik)
ana uhibbu rosulallah (Aku mencintai utusan Allah) mataa arooh mataa arooh (Kapankah aku bisa bertemu dengannya)
qolbii dhaab fii hawaah (Hatiku meleleh karena cinta) mataa liqooh mataa liqooh (Kapankah aku bisa berjumpa dengannya)
ana uhibbu rosulallah (Aku mencintai utusan Allah) mataa arooh mataa arooh (Kapankah aku bisa bertemu dengannya) qolbii dhaab fii hawaah (Hatiku meleleh karena cinta) mataa liqooh mataa liqooh (Kapankah aku bisa berjumpa dengannya)
bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik) bada badrud dayaji . ashroqotil malaji (Bulan purnama yang menerangi kegelapan telah tiba, persinggahan pun muncul) wa thoba bihi jiharun . kama thobat tanaji (Menyebutnya adalah berkah, dengan keras atau sekedar berbisik)

1/11/2020

jual aset kat shopee

salam😍

sob2 customer ke 2 i yoll😭❤
alhamdulillah, Allah dgr doa dan rintihan ku. terima kasih wahai Tuhan ku❤, angkanya mungkin kecil, tapi besar pada ku. Alhamdulillah❤



dah completed! happy bila customer dapat apa yang dorg beli😊, malam dia purchased, awal pg dah pos, nak bagi yang terbaik !



sori banyak hitam2.. tapi seronok weyh ada customer! 


Masih ingat tak dengan entri lalu? alaa yang aku taip sedih2 tu?😂 

time aku type tu aku sgt2 down, ye laa orang miskin mcm aku nie je yg tahu perasaan nie. masa tu aku ada doa semoga Allah swt beri aku rezeki, walaupun masa tu aku hampir "merajuk" dengan Allah swt. tapi itu tak elok~😭


actually, aku dah start dari tahun lalu, berjinak2 dengan menjual online. first time gile2! with zero knowledge about jadi seller kt shopee.. aku tawakal je, nak post barang pun tak tahu, selalu aku dapat barang jerw😂 ... first item yang aku dapat jual was my Novel! 

Alpha Male by Anjell. tak sangka dowh ada yg sudi beli weyh! alhamdulillah... now, aku macam ketagih pulak nak jual lagi, tapi semua nya barang2 PRELOVED ler.. nak jual barang brand new ni kirim salam je la.. i tak da modal nak mula so, utk permulaan i mula kan dgn prelove je.

now yang ada kat shop aku cuma barang mekap, spt:

mekap palet nyx
foundation wet n wild
blusher
premier
highlighter
eyelashes
dan byk lagi ( nanti i bagi link shop i )

dan komik terpakai😊 .

nak tahu tak, aku tak pernah terfikir suatu hari nanti aku akan jual koleksi komik2 aku kat org lain, especially Arena Komik!😭 tapi aku dah takda pilihan lain, sebab aku nak guna duit tu untuk kembangkan bisnes aku, insyaAllah, so aku jual dgn harga yang berpatutan, tapi aku rasa agak mahal jugalah, sbb komik2 ni kebanyakan nya last generasi... kilang dorg dah tutup, lagi2 arena komik ni, x taw lah tahun berapa dah close, tapi dah lama lah.. so, komik2 yang aku jual is:

Detektif Conan
Doraemon ( cerita panjang/pendek )
Arena Komik
Majalah Gempak
Utopia
Klik
Kreko
Komik dari Gempak

tapi aku jual cara bundle ler.. sbb kalau jual satu2 jenuh juga nak pos. tapi, kejap lagi aku nak update cara jual, mana tahu ada buyer yang nak pilih2. so kena ubah cara tu, sebab macam kurang yang berminat.

so, korang yang terjumpa blog nie sebab nak beli komik, meh2x... boleh jenguk my shop ni, sambil2 boleh kenalan ecececeh hahaha~
dun forget to purchase okay😊