Pages

8/06/2022

kerja kilang 3.0

kormag nak tahu x setiap hari aku tengah berfikir and cuba buat keputusan samada aku nak kerja kilang, or stay dsini sahaja..

sometimes aku tak faham dgn diri aku ni, sekejap nak kerja sekejap tak nak... btw kalini aku kena putuskan betul² sama ada pergi or tal, sebab hujung tahun ni aku akan berlepas ke Semenanjung. insyaAllah. tapi takkan lah aku pergi sana saja² kan? 

aku takda pilihan lain selain cari kerja and mulakan life baru disana.. sebab aku stay sini aku x dpt improve diri sendiri memandangkan aku ni seorang yg useless. sometimes I hate myself sm. fckg hated it, tp nak buat macam mana dah aku mcm begini..

tapi satu hal lagi, aku nak tinggal kan my family disini, dahlah skrg tgh darurat, i mean, my mom x biasa aku kalau aku takda kt rumah, dia rasa sunyi, and my dad pula x sihat, selalu sakit, and my other sis pulak sakit, 2 siblings lelaki aku x leh harap sgt, so my mom and me yg kena handle, but mostly my mom la.. sbb aku kdg² boleh mental breakdown layan karenah my sis..

so skg aku tengah berbelah bagi, samada untuk stay atau maju ke hadapan untuk my future. serius tengah buntuh! my mom mesti tak suka aku kerja jauh2, lagi2 kt Semenanjung 😑

same to me, aku mana nak berjauhan dgn family, tp tu je pilihan yang ada.. sebab kt Sabah ni peluang pekerjaan sgt terhad dan langsung x da kekosongan, kt area aku la, kalau ada pun memerlukan qualification yang tinggi sikit. aku ni takat spm je, stpm pun half je aku ambil.

and lagi, kerja kilang ni 12 jam, dah tu kena bangun 4am even start 7am, sbb nak elak traffic jam, and yang paling nightmare kat aku, aku terlajak tidur, dah lah aku ni selalu bangun lewat🤣.. memang awal² kena tendang..

ek eleh tu aku sembang je mana la tau masa iv pun tak lepas🤣 buang duit tiket je.. tapi serius aku nak cari kerja and timba pengalaman.. i wasted my 20s by doin nothing 🥲.. bodoh kan??!

aku nak ada rumah sendiri, kereta, and dapat beli apa yang aku nak..(and berjauhan dgn family) ngl😏

entahlah.. makin stress pula aku kalau fikirkan.. aku ni aku fikir my mom je, lantakla dgn yang lain².. tp susah nak bawa mak, sebab terikat dgn suami dan anak sakit.. so aku sendiri² la.