Pages

3/24/2019

dah kenapa fi~

nak tahu tak.. sekarang ni aku dalam mode yang desperate nak ada boyfriend aka future husband.. ya Allah, betul2 kena kat batang hidung aku yang x berapa mancung ni.. dulu aku look down pada girls out there yg selalu update ttg boys..boys.. boys.. i siap kata yang dornag nie desperate gila nak kawen, tak boleh hidup tanpa lelaki.. pathetic!

guess what?

it happened to myself dowh! aku nyesal sangat2.. Allah balas balik apa yang aku cakap. tahu tak yang aku memang desperate gila sekarang ni, ye lah, aku frsut sbb luke dah kahwin kemarin dulu. mesti dia dah tak teruna kan? hahaha lol skip this part xD

tahu tak tahap desperate aku , aku sanggup pakai pic sebenar, plus edit sikitlah hahaha, dan berharap ada lelaki yang akan add aku kat facebook... and mestilah dengan muka tak semenggah aku ni berharap agar lelaki high2 class akan pm aku, tapi haram takda! hahaha... ya Allah, sampai begitu sekali tahap desperate aku.. akhirnya word pathetic tu berbalik pada diri ini.

bukan itu sahaja, kat ig pun aku guna pic sebenar semata2 nak draw attention ex boyfriend aku balik, and aku berharap yang dia akan dm aku semula, lagi sekali HARAM takda... aku nak dm dia malu pulaks, ye laa.. mana lah taw dia tu dah jadi suami orang kan? tak pasal2 aku kena viral kt social media.. fyi, selama ni aku block dia kt ig..haha.. now dah unblock .. entahlah, mungkin dia tak perasan kan aku kot, tapi aku still berdoa, andai dia adalah jodoh ku yang tertulis di luh mahfuz, maka pertemukanlah kami ya Allah..

ok, berbalik pada kes desperate... aku rasa hina sangat, ye la, kat fb , aku join kelab cari jodoh.. ya Allah, aku tak sangka yang aku desperate sampai ke tahap ini.. sesungguh nya aku malu T,T .. ptg tadi, ada seorang mamat yang aku berkenan, aku just sent sticker "hi" kat dia... tanda nya aku nak dia pm aku, sebab aku segan dowh... tapi krik..krikk.. dia just like my komen.. haha, sekali lagi aku terpukul.. dulu aku selalu jual mahal dengan lelaki (tapi yg ini harus lorh) , sekarang aku seperti terkejar2 kan diorang ni.. yelaa, lelaki yg pernah syok kt aku, semua dah kahwin.. jd aku rasa sunyi, bila semua orang dah kawin..

bukan sunyi maksud jahat, i mean... seriously,1 pun tkda menyangkut sbg jodoh? bila dah jadi macam ini, baru aku terngadah! seperti, ada yang mengejar aku... and pertanyaan kenapa tak kahwin lagi? aku sedih taw.. kadang2, aku rindu pada ex bf aku, serius talk, dia sangat2 baik... lembut, dan beragama.. owh yah!

sebut pasal beragama ini, yaa... faktor ni pun buat aku sedih... ex bf aku ni baik orangnya, latar belakang pun ok, berkerjaya, rupa pun boleh tahan.. tapi i dump him! aku masih ingat lagi text dia

"dah 2 tahun syg, x kan tamatkan shj"

"kita kahwin syg" <-- ya Allah, bila aku baca balik text ni , aku rasa nak meraung taw!

actually dia plan nak datang merisik bila kewangan dah stabil, sebab dia nak kumpul duit kawen masa itu..


....................................................................................................................

ok after dots atas tu aku berhenti jap, sebab aku nak screenshot dm aku dgn my ex, ya Allah, aku terkedu balik baca dm2 kami yang dulu.. Ya Allah, aku baru sedar... ok, aku tamat kan entri ni disini dulu.. aku rasa macam nak datang migrain pula kerana perasaan serba salah yang menebal dalam diri ini. hatiku kembali sedah T_T

2 comments:

  1. I feel you .. but keep doa pada allah sbb hati mnusia nie allah yg pgang okayy .. so how ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat publish ur komen, baru perasan komen u😫... thx u, i doa, cuma jarang2.. oh ya, saya masih single, lepas kes ni saya hanya serahkan kepada Allah swt, x mahu jd wanita desperate dah😂.

      Delete