Pages

12/31/2018

2019 already


dah masuk tahun baru dah... hmm tiada yang baru, cuma tahun ini aku nak lebih usaha dan nak bantu mama aku.

ini dah lama aku plan, cuma tak berjaya.. selalu tak berjaya.. poor me, entah kejahatan apa yang aku buat ini sampai my dreams tak become true t.t (seriously, wth is wrong me) ! *screaming dalam hati*

tapi tak apalah, aku nak buat semua kegagalan aku ini sebagai penguat semangat.. aku akan kurangkan menonton veriety show dari korea. hahah baru perasan yang aku selalu habis kan masa menonton runningman setiap minggu.

hmmm... korang pernah ada rasa perasaan tak yang korang hidup sia-sia dalam hidup korang? pernah tak?

since 2011 lagi aku selalu ada perasaan ini.. serius sangat sakit! aku selalu rasa aku tiada masa depan, tak guna, and my siblings still treat me like a trash, sedih! aku... idea, planning banyak gila, tapi satu pun tak pernah accomplish! itu yang buat aku sedih... aku selalu nak berussaha, tapi semuanya hangat2 tahi ayam.. aku tahu my parent rasa kecewa dengan aku.. mcm biasa, aku ni loser! sepatutnya dengan umur aku nak masuk 27 tahun ni, aku dah ada segalanya... but never! aku masih gagal..

sebab apa aku rasa gagal?

sebenarnya, cita-cita aku tinggi.. aku nak jadi orang kaya, aku nak ada rumah and kereta sendiri. tanpa bergantung pada orang lain.. especially my siblings.. tahu tak kt Instagram aku follow siapa? aku follow bukan orang semberangan taw!

orang nya adalah michelle phan, mark zuck, ponys makeup, bts, poyd treechada, neelofa, fazura, blackpink..

aku teringin nak hidup mcm mereka kt atas ini.. pandai, femes, kaya .. they look perfect to me! setiap hari aku selalu berfikir, bagaiaman mereka boleh berjaya?

korang kalau baca ini, jgn lah korang mempertikaikan aku punya kemahhuan, sebab taste aku lain.. aku suka kan kareer yang berkait rapat dengan industri hiburan yang boleh menarik minat golongan muda mudi, and then my income boleh cecah 50k or 100k sebulan.. cuma aku tak tahu dari mana nak mula!

and , aku selalu terfikir kan mama... dia sangat kesian, ya Allah, betul aku tak tipu, kalau aku kaya, aku akan suruh mama berhenti menjual, dan upah orang gaji untuk mama... seriously, mama dah tua, tapi still bangun pagi seawal 3 pagi untuk siap kan jualan.. aku kadang2 je tolong sebab aku ada komitmen sendiri.. kadang2 aku menangis, aku tak dapat bawa mama shopping, beli apa yang dia inginkan, bawa dia melancong.. aku rasa , saat ini lah aku rasa aku paling gagal dalam hidup..

ramai anak dah senangkan parents mereka, tapi aku masih lagi bergantung pada mama.. xlah bergantung sepenuhnya.. tapi aku selalu juga tergunakan duit mama.. maafkan aku ya mama t.t

tahun ini, aku nekad, untuk berusaha dan cari income setinggi2 gunung everest, demi untuk mama dan bapa.. aamin!

12/27/2018

new life!~

laaa... dekat-dekat hujung tahun nie baru pula i rajin update blog ... hehe

yala, tinggal kan sedikit untuk kenangan2 2018 kat sini.. ya allah, lagi berapa hari lagi umur aku akn melonjak naik... arghhhh!! aku tak mahu jadi tua t.t

huhu

oh yeah, aku tulis blog ni pun sebab nak bagitahu, bermula tahun depan 2019, aku dah jarang buka blog, sebab aku nak fokus vlogging pulak!! semalam aku dah sign up and linked kan channel aku pada Google adsense.. ahahaha!

so, kalau ada mood gitu baru lah masuk sini pula.. sebab aku dah malas nak menaip. vlog senang, haha

even if its just in my dreams

sometimes,

terfikir juga aku nak femes macam taylor swift. haha, sebab dia cantik, world femes celebrity, tall, can sing and cool. lagu dia pun best2.. dulu 2010 if x silap dia pernah digelar sebagai ' quenn of a brokenhearted' ek elehh...

and aku ada baca jugalah kt tumblr about her background story, lahh... sendu macam aku gak, tapi korang, orang yang sendu and jenis girl next door ni, biasa nya imaginasi diorang memang tinggi, mereka boleh mereka suatu cerita or situasi yang lain dari pada yang lain berbanding orang lain. cara mereka berfikir dan pandangan jauh yg luar biasa. contoh mcm aku dengan taylor swift lah, hahahahaha.... bezanya, dia berjaya, aku pula masih di takuk yang sama t.t

since dia ada talent menulis lirik lagu, and main gitar plus can sing, segala her imaginasi and experience dia curah sikit2 dlm lagu dia.. sebab itu lah lirik dia lain dari lirik yg dah selalu kita dengar.. and she was too young masa itu, so her lyrics sangat2 dekat dgn jiwa remaja spt aku masa dulu. dia selalu tulis lirik about crush, girl next door, sendu, and ramai je remaja berada dlm situasi yang sama d alam persekolahan, sebab itu jiwa remaja kami tersentuh.. and plus her voice pun smooth husky, sounds interesting untuk d dengari.. thats what i like about her...

lagi pakej kes kanye west dulu hahahaha bertambah2 femes lah taylor swift.. tapi kau tak dapat sangkal, yang dia adalah female musician yang plg berjaya dalam dunia.. selena gomez? ariana? miley?? owh... mereka boleh mencium punggung taylor swift!! hahaha i hate them !




12/26/2018

bff

kenapa lah aku bodoh sangat nak hargai orang lebih2 ni kan... aku je beria ia appreciated orang lain, padahal org yang tu xdalah nak apreciate aku pun. tu lah aku kata, bodoh! dah la kt fb aku je yg beria ia tag her name, mention her name.. but she, tak tak pernah pun. adalah sekali.. and aku rasa terkilan, kalau orang lain dia boleh mentioned, kenapa aku tidak?

why??

kali ini aku emotional sangat, dah lah aku sedih tak dapat projek, duit melayang beratus ringgit, 1 habuk pun tak dapat.. di tambah lagi dengan kes ni. yes! im talking about my BFF!! susah sangat kah nak hargai aku, wahai SUZY????

kau kahwin pun tak inform aku, and now, kau bersalin pun langsung tak bagitahu aku... aku ni apa pada kau?? kat WA pun kalau bukan aku yg tegur jangan harap lah nak mesej, balas pun pendek2. serius aku terkilan sangat.

kalau dah kata tak mahu kawan, inform awal2, takdalah aku nampak desprate sangat contact kau! aku sedih dapat kawan macam kau!! emo kan emo kan hahaha~

since 2005 kot kita kenal dari form 1 takkan lah kau nak lupa senang2... teringin juga aku mahu dapat mesej dari kau, tapi haram 1 pun kau x pernah send... why suz?

but tak mengapa suz, ko dah kawen, ada anak, kau dah ada life ko sendiri, bagus lah, cuma aku harap jgn pernah lupa memori kita semasa kita masih di usia remaja. you dont know how much i miss u..

thx for everything!

siot lah, entri macam confession kat iium pula kahkahkahkah!!

8/05/2018

bye. new url. new name blog

ok lah takmahu touching2, actually aku rindu blogging nie, tapi memandangkan blogging dah tak macam dulu, semuanya jarang update dan b.w , aku pun malas2 lah juga online kat sini, dan tadi baru terfikir mahu tukar url blog ni, sebab aku dah macam kurang minat runningman. so aku putuskan utk tukar je.


why i left.

tadi baru lepas menonton video Michelle Phan yg bertajuk "why i left".. lepas je tgk video tu aku rasa macam terkesan dengan mesej dia sampaikan (even in the last minute dia ada selit ads utk kosmetik dia).


duit tak boleh beli kebahagian, tapi kita perlu duit!

sekarang dah masuk bulan 8, tinggal berapa minggu lagi aku akan genap berusia 26 tahun. rasa macam mimpi yang semalam aku baru je tulis blog pada usia 18 tahun. yess... aku pandai tulis blog pada tahun 2010, 18 tahun masa tu.

dan sehingga sekarang, aku masih belum ada capai apa2 lagi. adalah tahun 2012 tu, aku penah pegang duit 9k dalam acc, tapi tahu apa aku buat, aku enjoy joli-joli x ingat dunia. bila aku ingat balik, dengan duit tu , kalau lah aku buat bisnes, mungkin pulangan yang aku dapat lebih dari itu. tapi , semuanya tinggal kenangan. maka tinggal lah aku dengan perasaan menyesal.

aku selalu luah disini juga yang aku nie 'loser', tak punya apa2 dan pada saat ini juga aku masih sama. bukan tak pernah berusaha, aku hangat2 je, memula semangat, lepas tu down! dan tinggal lah aku dengan perasaan yang kecewa.

dari dulu lagi aku ada pasang angan2 , yang aku ingin melancong, tapi bukan suka2, ttpi aku mahu meluaskan pengetahuan dan pemadangan sempit yang membelengu aku selama ini, coz I nak jadi penulis.(konon)

tapi semuanya masih tida terlaksana, aku omong kosong. macam tin kosong.

dalam hidup ni, aku banyak pilihan, tapi aku tak pandai manage, sebab bila aku buat sesuatu, maka akan muncul idea yang lain , membuatkan aku buat perkara yang banyak dalam 1 masa, ianya mustahil! dan aku akan dapat stress maka aku sekian lagi nya giveup!

jadi, untuk malam ini, selepas menonton video michelle phan tadi, satu semangat datang dalam diri ini, walau bgmn losernya aku, aku tidak akan giveup, biarpun aku harus berulang kali untuk bangun dari zone selesa yang selama ini aku diami.

6/19/2018

tamat.

hai!

raya tahun nie macam raya 2016. raya sangat stress! sebab aku dah putus dengan bf aku. tak sangka cepat ja ada pengganti kan, sedangkan yg aku disini berhempas pulas menaikkan taraf diri, bukan semata2 untuk aku pun, tp utk dia juga. tapi memang aku menyesal sangat sebab aku dah kehilangan orang yang aku cintai T_T .bodohnya aku sebab putus kan hubungan dengan dia dan tinggalkan dia terkebil-kebil.. tapi sekarang dia dah ada gf or mungkin juga fiancee atau wife. x tahu kalau dia dah kahwin or tak sebab dia tak cakap pun. bila aku mesej dia haritu, sebelum raya aku perasan dia dah mcm acuh x acuh, padahal aku nak berbaik dengan dia dan start all over.. and now, its all over t_t

aku sangat2 tertekan sekarang ini. aku rasa masa depan ku benar2 gelap. like terumbang ambing, orang tengok aku ketawa, bergurau dan sembang all the time tapi mereka x tahu dalam hati aku merintih! i'm hurt badly RN t_t . memang sudah terlambat utk aku kembali padanya. yalah mmg salah aku sbb aku x jujur dgn dia, aku selalu tipu dia yg aku xda fon, pdha aku tipu , dari 2016 lagi dah beli fon baru. dia setia tunggu aku. lepas tu aku menghilang lagi.. mgkn dalam sebulan begitu aku muncul balik saja mahu bertanya khabar , kau tahu, betapa excited nya dia dapat mesej dari aku? Ya Allah! kalau aku igt balik dia sgt2 baik, penyabar dan sopan pada aku.

nak tahu kenapa aku cakap aku menyesal sbb kehilangan dia? sebab aku berfikir yang aku tdk mgkn lagi bertemu dengan lelaki sebaik dia. yg x pemarah, berbudi bahasa, baik, ya Allah! dia sgt2 baik... aku tak kata dia baik 100% , tapi dia mmg sempurna bagi pd aku. dan aku rasa bersalah sebab aku selalu umpat dan kutuk dia, even dlm hati or dlm ini blog xD . sekarang, barulah aku merasa kehilangan nya. sebab perkara kehilangan ini lah aku jadi stress dan mula alami simtom depresi.

semua ini berpunca kerana low self-esteem ku!! segala nya gara2 ini... sebab aku merasa rendah diri dan rasa x layak utk dia.. dia anak orang berada, manakala aku hanya anak orang miskin t_t . aku tahu dia dapat terima aku, tapi aku x boleh lawan perasaan ini. jadi aku decided utk tinggalkan dia... bodohnya aku! tapi masa tu masih belum terlambat lagi aku utk membaikkan keadaan, tapi start bulan 4 hari tu, segalanya sudah terlambat, mungkin dia cuba utk mengubati hati yg terluka so dia decided utk tidak tunggu aku lagi t.t

tapi, aku yakin, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. kami tiada jodoh. mana mungkin Allah jodoh kan aku dengan lelaki yang baik spt dia, 5 waktu, can read Quran.. Allah, even jauh disudut hati aku mahu kan lelaki yg mampu membimbing aku sampai ke syurga t.t, sebab itu aku menyesal!

aku sedar yang aku ni bukan manusia yg baik, tergolong dikalangan kekasih Allah, tetapi aku tidak akan berputus asa, aku akan sentiasa berdoa agar Allah mengampuni aku, jujur dan tanpa berdalih.. aku mahu masuk ke syurga Mu t.t ,, Aamin ya rabb!

kini, aku belajar untuk melupai dirinya, dia dah kahwin pun.. and aku dah delete fb acc aku yang ada fren dgn dia..and im not even looking back anymore..

5/20/2018

wehh!

ok, memandangkan aku pun dah lama tak menaip dalam blog ini, harini aku nak bebel panjang2 sampai korang/aku muak nak baca sampai habis! ha ha ha

ok today is ramadhan, beb nak masuk seminggu dah ramadhan, selalunya time ramdhan lah aku suka update blog ni, mungkin kerana faktor internet dan laptop buruk , maka aku pun macam malas wehh update blog. cuma kekadang lah bila aku rasa rindu nak baca penulisan premature aku nie aku buka balik tu pun ta sampai 3 minit aku blahh lol!

tapi sekaran ini aku banyak menaip, research sebab kalau boleh, aku nak jadi freelance writer. kalau jadi freelance model tak dapat kot sebab faktor saiz badan yang besar, so jadi f.writer je lah. ho ho ho! bukan itu saja weh, aku sekarang ni pun jinak2 belajar melukis, biarlah tak sehebat sifu2 kat ig tu tapi, bolehhlaahh... hehe! isi2 masa lapang.. eh, jangan lupa taw follow aku kat wattpad, tapi i cant tell you my username lah kalau you terror sangat you cari sendiri..

keyword: kalau cerita best dan NO tipikal, aku lah tuee xD (ho ho ho)

gedik tak??! hahahaha..

cuma i jarang update lah, sebab entah, semua bergantung pada mood, sebb kalau aku menaip dalam ketiadaan mood, my cerita tak menjadi kot. dan tak best! suka tak baca cerita boring? tak khennn...! huhuhu plus lately ini aku busy dengan mencari kerja kontrak.. harap2 lah dapat.. penat woii kesana kemari.. duit beratus melayang dan tak miss juga makan kat restoran T_T, sekali duduk terbang RM50-100 ..

ok lah, kata panjang berjela, ekceli aku acahh je.. aha haha.. sampai sini dulu lah, kang next time update lagi, sebab data aku nak expirred dah , 19 minutes left doeh!

ok bai!

xoxo