Pages

12/31/2023

goodbye 2023

6 minit left before 2024.

last day i berumur 31 tahun, lps ni ai dah berusia 32 tahun dah. anyway 1 step ahead to the bright future,  may Allah ease my journey. aamiin.

selamat tinggal 2023✨️😊🎊

9/15/2023

My akak

I just lost my sister today.

semoga Allah mengampuni dosanya dan dia digolongkan di orang² yang beriman.

Al Fatihah utk arwah kakak ku. semoga kita bertemu kembali di Syurga Nya♥️

5/26/2023

definisi kejayaan

minggu ni aku amat² stress dan desperate. aku asyik memikirkan masa depanku, siapa saja yang tak risau, kau dah cecah 31 tapi still berada di takuk yang sama.

aku soal diri ini, apa yang menghalang aku daripada keluar dari takuk lama? sampai aku meronta² menangis dalam diam, hanya aku dan Allah saja yang tahu. 

jujur, aku malah menyalahkan Tuhan sebab tentukan nasibku macam ni. aku salahkan Tuhan sebab tak bagi aku duit sedangkan Dia Maha Kaya. Aku salahkan Tuhan kenapa tak bagi kesenangan pada aku padahal aku seorang hamba yang beriman. yang kafir² diluar sana senang lenang diulit kekayaan. kenapa? 

begitulah aku salahkan Tuhan. tapi lepastu aku rasa bersalah sebab salahkan Tuhan. aku betul² berada dikemuncak patah hati. apa yang aku buat semua macam tak direstui.. orang tak suka, orang tak minat. aku makin tua. apa yang aku suka buat dahulu, sekarang mulai pudar. aku makin kekurangan skills. ya lagi aku salahkan Tuhan sebab tak bagi aku talent pandai melukis. pendek kata diri aku serba tak kena..

lepas tu aku cuba pujuk hati sendiri, sebab takut Tuhan akan bertindak mengikut sangkaanku.. aku cuba cari lagi point² dimana yang perlu aku syukuri. mulut kata ya tapi masih tak ikhlas. aku masih tak rasa bersyukur. aku sedih. aku rasa nak marah je.

sebab apa yang aku nak semua tak tercapai. aku tahu life aku okay je sebenarnya tapi yelahkan, aku manusia tak guna selalu rasa tak cukup.. aku nak ada rumah sendiri, kereta sendiri, sumber duit sendiri, yang takkan putus² sampai aku mati, pergi melancong sana sini.. ya pendek kata definisi kejayaan bagi aku itu hasil seorang influencer/content creator.

dalam perhatian ku, zaman sekarang ini kena jual muka kat public baru ada penghasilan. kena ada kontroversi, viral dan famous baru boleh berjaya. benda nilah aku nak buat sejak haritu, tapi selalu aku tangguh² sebab aku takut pada Tuhan. kalau ikutkan hati, hmmm.. dah lama aku buat.

sekarang pun tengah aku taip² ni aku sedang menangis saking kecewanya aku dengan life aku sekarang. aku sakit hati dengan Tuhan. ngl. idk.. adakah aku sedang diuji? aku cuba istifar mungkin syaitan sedang meniup bara kemarahan dalam hati.

its not easy for me. nak mati awal tapi amal masih kosong. kang sia² je kena bantai dalam kubur. lepas tu Tuhan pun benci dengan aku. Ya Allah, sedihnya kehidupan hamba Mu ini😢


5/21/2023

Hampir

aku tak tahu dari mana nak mulakan stori ni tapi aku hentam je lah.. 

tadi petangkan, aku hampir2 DM my ex tadi kt ig.. tapi aku terus lupakan niat, yela aku xleh terima nanti kalau2 dia rejek aku. our relationship dah tamat hampir 5 tahun lepas kot pulak tetiber dm. yak tak kah itu memalukan?

tapi seriuslah aku nak sangat dm dia.. yes aku nak getback😭 tapi still xda kekuatan.. and yazzz... korang nak tahu tak, Sabtu lepas aku ada ternampak profile dia kat 1 dating apps ni, aku punyalah terkejut beruk.. sebab aku pun tengah cari jodoh dalam apps tu🤣🤣🤣 

aku punyalah gelabah sampai aku tertekan X , kalau tak dah lama aku screenshot.. bio dia pun aku tak sempat nak baca.. lagipun kebangangan apps tu dia allow kita tengok siapa viewers profile kita, time tu juga aku deactivated kan account 🤣

malu bhaiii ~.~

hahahahaahha...

tapi terjawab sudahlah keadaan status dia macam mana.. He's still single🤣 macam aku gak, he was my first and last boyfriend, lepastu aku langsung xjumpa batang hidung jodoh ku.. kami dua2 single.. tapi aku ada 1 feeling ni, mungkin dia jodoh aku kot tapi aku still berkeras taknak dm dia tapi takut pulak aku tersyok sendiri kan.. aku admit yang aku still tak move on lagi, padahal aku yang dumped dia..

macam bangang kan perangai aku.. huhuhu

and yeah sekarang aku tengah fasa nak kuruskan badan, pehh makin mencanak2 berat badan aku naik tak ingat dunia.. and yang paling menakutkan, aku tak datang haid, inilah berat plg berat aku pernah dapat.. 5x kali ganda dari bmi normal.. risau weyh.. dahlah aku skg 3✨️1 years old. 

yup 31 tahun.. scary kan.. aku dah masuk fasa 30series😭

harap tahun ni tercapailah impian aku nak kurus , jadi takdalah rendah diri sangat.. penat lah jadi orang insecure ni🥲 

k la cau dulu🏃‍♀️🏃‍♀️👟

1/03/2023

Tinggal sehari lagi

baru siap packing pakaian. sebab esok dah nak balik Sabah. Ya Allah lega betul esok dah nak balik, but at the same time, rawan juga hati ni. Ye la, walaupun aku meroyan dalam entri2 yang lalu, bottom of my heart, best juga stay kt sini.

Jumaat lalu kami tidur kat Bota, esoknya jalan2 pergi ke TLDM sebab ada pameran, lepas tu ada abang tldm manis je, alaa nak say hi malu pulak, kang matii ai kalau abang tu suami orang.. ahaks

siapa kenal? wahahahaha, dapat snap sekerat je sebab tak perasan abang tu hensem😝

tapi jalan kat area ni memang besar, dahlah parked jauh2, kaki aku sampai nak melecet , kan ada yang sampai nak mengelembung tu.. pedih woi! lepas tu singgah kt Teluk Batik, konon nak tengok laut, alih2 termandi laut pulaks ahahahaha

me and my nieces.

jujur ini pertama kali aku mandi laut. kejakunan tu jangan cakap lah, mula2 malu konon tapi bila tengok yang bertudung pun menyelam, aku apa lagi, terus gedebushh😂 malu2 kucings awww..

nak dekat 2 jam kot kami berenang2 , aku dah lah tak pandai berenang, ada hati nak pergi jauh2, tp scary woi ombak tu pandai hisap kau pergi tempat yang lagi dalam.. eh eh eh.. lepas tu kan, akukan rabun, then aku buka kacamata aku , then tetiba ombak datang habis glasses aku terjatuh dalam laut, memang impossible nak cari lah, laut tu😰.. aku dah panik and sedih, mood mandi laut tu terus turn off sebab dah imagined cmna la aku nak hadap life tanpa glasses..aku rabun teruk 🥲

tapi dengan kuasa Allah, berlaku MIRACLE, dalam 30 minit lebih aku pijak2 pasir dlm laut tu, rasa2 mana tau glasses aku kt situ gak, tp my niece Eca acah2 nak prank aku, sekali tengok dia betul2 jumpa weii, ALHAMDULILLAH! JUMPA BALIK MY GLASSES😭😭 MEMANG MIRACLE SUNGGUH (DARI ALLAH SWT FOR SURE!)

Lega sikit. kalau tak melayang duit wuahahaha..

lepas tu kami balik , tapi bila dah sampai kt rumah, orang rumah kt P. Buntaq tu datang pulaks.. alaahh macam nak kejar kami je , menyampah pulaks aku muahahaha.. tapi kak Mar tu rajin benor, serius aku kt sini memang tak pernah masak, sebab kak Mar ni, dia rajin masak , sampai yg aku ni takda peluang langsung nak masak lauk.. tapi best juga dorang ada sebab buat keramaian dalam rumah tu..

and yg paling bestnya, keesokkannya kami pergi ke air terjun sebab request dari my niece, Yin. best gilerr wei mandi air sungai, sejuk.. lagi best dari mandi laut

tapi nak turun tu memang azab la, jalan curam gila seperti dalam pic atas.. tapi berbaloi, tapi kt sini aku x tangkap pic sangat sebab aku dah kena rasuk untuk mandi sungai awal2, tggl abg ipar aku je yg rajin snap.. ada la sekeping 2 aku snap

yg tengah meniarap tu my sis lah, yg ai selalu umpat kt entri2 dulu.. hahahaha.. lepas je ambik pic ni, aku terus terjun wei , menggoda sungguh 🤣 .. memori plg best, insha Allah aku akan datang kembali sini ketika cuti sekolah.. ini memori paling indah, kat sini nak dekat 5 jam woi aku berenang.. ingatkan nak lagi keesokkannya (Isnin), tapimy sis kata, ptg isnin nak balik ke P. Buntar sebab nak packing pakaian, baju pun ada yg tak cuci lagi.. so yeah.. sekarang hari Selasa 3 January 2023, jadi, esok adalah our flight balik ke Sabah 4 January 2023 pd jam 4:05 pm..

so itu je memori yang ada setakat ini.. yes, aku akan kembali disini, tapi macam inilah , cuti sekali sekala.. semoga ada rezki Allah bagi, nak bawa my mom pulak. Ya Allah, terima kasih atas semuanya. semoga Engkau beri yang lebih baik dikemudian hari. alhamdulillah ❤