Pages

2/28/2016

Lain dipanggil, Yang Lain Pula Muncul.

(wtf je kan title dia... lol) ok....



Malam tu, aku pelik. Kucing putih kesayanganku tiada muncul, biasanya selepas dinner je, dia mesti ikut aku santai-santai diruang tamu sambil menonton TV.


Baru berapa jam tak nampak Chot dah rasa rindu, rindu nak belai bulu dia yang halus dan tebal tu. Aku tak senang hati, aku mula mencari disekitar bilik tidur, sambil aku memanggil-manggil namanya, Chot tidak juga kelihatan.

Tetiba hatiku tidak berasa sedap. Curiga bercampur sedih, tak mungkin lah Chot keluar, sebab pintu luar utama aku sentiasa tertutup. Memang takut dia menyelinap keluar ke. Payah nak cari.

Aku ke dapur. Lalu ku hidupkan suis lampu. Aku mengiau sambil memanggil nama Chot. Tiada kelibat, makanan Chot juga tidak berusik. Padahal 5 minit selepas aku isi mangkuk makanannya pasti dah tinggal setengah ataupun habis.

Oh Chot! Di manakah kau?

Lalu aku keluar rumah, memeriksa dihalaman, manalah tahu Chot berjaya menyelinap, mungkin teringin juga Chot ‘membuang hajat’ ke tanah besar. He he he!

Aku mengiau. Dan terus mengiau. Aku on kan apps torchlight yang ada dalam smartphoneku,  ku halakan cahaya ke sekitar belakang rumah. Aku mendekati stor lama yang terletak diluar rumah.

Aku mengiau lagi. “miaw...miaw....miaw.....miaw...miaw..”

Tiba-tiba.....


“Krakkkkkkk....” pintu stor lama itu terbuka sendiri. Aku terperenjat. Perasaan ku mulai tidak senang, tapi demi untuk mencari Chot, aku seperti disuruh-suruh menyuluh kedalam stor lama tu.


Dengan perasaan takut, aku masih juga memanggil nama Chot, mengiau, tanpa sedar kedua belah kaki ku perlahan-lahan maju kehadapan, menuju masuk ke dalam stor lama yang gelap itu.


Kini aku sudah betul-betul berada di garisan pintu stor itu, harus ku tahan kaki ini dari maju kehadapan kerana khuatir benda yang tidak diingini berlaku nanti. Aku mencuba nasib untuk mencari Chot.

“Chot?? Miaw...? Miaw???” berkali kali aku memanggil.

Ngeeeeee.....” suara garau yang kedengaran dari disudut penjuru stor lama itu membuatkan aku terkejut.

Aku konfius, takkan lah suara kucing aku bertukar jadi garau? Seolah olah seperti suara manusia. Dan yang pelik suara ‘ngek’ itu diantara suara perempuan dan lelaki. Aku harus menyiasat!

Aku menyuluh kearah suara tersebut...

Alangkah terkejutnya apabila aku tersuluh sekujur badan dalam posisi merangkak sambil membaham sesuatu dimulutnya. Tidak jelas kelihatan apa yang dibaham, kerana rambut gerbang panjang berjuntai menutupi wajah lembaga tersebut.

Akibat terkejut dan ketakutan, suara ku tidak melepasi kerongkong. Aku hanya tergamam disitu.

Dengan perlahan lembaga itu menoleh kearahku, caranya tidak ubah seperti binatang, cuma dia dalam ‘bentuk’ manusia yang sedang merangkak dengan rambut yang panjang. Aku tidak tahu berbuat apa-apa. 

Kalau aku lari, takut pula lembaga itu mengejarku dengan laju, maka ku kuatkan hati untuk berundur perlahan.

Sebelum itu, sempat aku terlihat matanya yang berwarna merah seperti menunggu darah keluar dari mata putihnya. Sungguh gerun jika ku ingat kembali biarpun dalam sekilas mata terlihat.

Niat untuk mencari Chot aku batalkan dengan serta merta, apa yang penting aku harus pergi dari situ dan masuk ke dalam rumah. 

Akhirnya berjaya juga aku menutup pintu stor lama itu, baru sahaja aku mengorak langkah untuk lari ke dalam rumah, terdengar seperti ada ‘benda’ besar jatuh di atas atap zink stor lama itu.

Aku dengan tidak mempedulikannya terus berlari tak ingat dunia, saat aku berlari itulah sayup-sayup telinga ku juga  mendengar bunyi ‘sesuatu’ sedang mengejar dari belakang. Bunyi pengejar itu seperti mempunyai empat kaki, mungkin lembaga tersebut mengejarku dalam keadaan merangkak. Meremang bulu roma aku.

Dengan bantuan Allah, akhirnya aku dapat juga memasuki rumah dan terus mengunci pintu rumah. "Benda" itu mencakar-cakar dinding rumah sambil membunyikan ‘ngeeeeeeekkk’ yang amat panjang sekali. Aku membaca surah suci yang sempat aku ingati, hinggakan tercampur aduk ayatnya kerana takut yang teramat sangat.

Dalam ketakutan, akhirnya aku terlelap hingga ke pagi. Aku terjaga. Perasaan takut itu masih ada. Aku menjenguk keluar. Kedengaran jiran-jiran sedang bercerita diluar rumah masing-masing, aku lega. Keadaan kembali seperti normal.



“Miaw...”

Chot lari kearah ku. Tidak tahu dari mana dia datang, aku terus mendukungnya dan bersyukur dia kembali padaku. Aku usap bulunya, seperti ada benda keras yang terlekat pada bulunya, aku memeriksa, rupanya benda keras itu adalah tompokan darah yang sudah kering.

Aku tergamam dan berasa bodoh. Aku tidak tahu ke mana Chot menghilang, balik-balik saja ada tompok darah pada bulunya.

Sejak peristiwa itu, kelakuannya tidak seperti selalu. Chot asyik memerhatikan aku saja, cara Chot memandang pun lain macam, nak terkam pun ada. Bila aku membelainya, dia akan menggigit gigit tanganku, bukan setakat tu je, kadang-kadang bila aku tengah tidur, dengan tiba-tiba dia mencakar kaki dan betisku.

Aku semakin curiga, Chot sekarang bukan lagi macam Chot yang dulu, dan aku sudah tekad, esok pagi, aku akan ‘buang’ Chot. Memang sedih weyh, tapi nak buat macam mana, dia kucing tapi kelakuan tak macam kucing. Aku takut lah, jadi sebelum apa-apa terjadi pada aku, baik aku bertindak.





Kepada Chot, aku minta maaf sangat-sangat, kau tahu betapa aku sayangkan kau, tapi entahlah, sejak malam itu, kau berubah. Tak nak dibelai, pandangan kau pun lain macam, jadi aku sebagai manusia yang masih normal, ada hati dan perasaan, aku rasa takut. Jadi, selepas noktah diakhir perenggan ini, aku officially bukan Tuan kau lagi. Bagi aku, Chot yang dulu sudah mati, kau hanya ‘pengganti’. Selamat tinggal Chot. Aku sayang kau buat selamanya <3.


THE END.

Sketching siap.

Heee..~

Ok, ini my another rambling.. 

hari tu saja updated sal Sketching ni ( pehhhh macam x layak je)...

Tak sempat insert gambar, sebab nak jimat kuota. he he...

so, today nak share lah , Simple je my sketch.. tapi dah edit3 lah sebab nak kejar lighting. ngeh3



Dari komik .....



ini I lukis sendiri, I belajar cara draw hair bun pastu cara color warna-warni, tp x menjadi..
bangga la juge I sebelum I tunjukkan pada Mama I, coz mama kata first sight macam sabut kelapa. lahhhh~ T_T


Shayne Ward..

macam hebat je kan ? Tapi sebenarnya tak hebat pun I, coz I guna trick lukis tekap kat Skrin. hehee... tapi dengan kaedah ini, I improved my skill , lighting. cara buat rambut tu nampak lebih realistik (pehh ayattt kemain ) .

Thats It. Buang-buang boring. tapi melayang lah juga duit puluhan ringgit sebab beli tools melukis/melakar ni sedangkan I tahu memang I jarang guna punn ;'(

Tapi, tak mengapa! Yang penting happiness ^_^

2/20/2016

Sketching.

Ahahaha!

Sketching la sangat. but yeah.. lately ni aku isikan masa lapang dengan sketching dan Instagram. Serius, I suka sangat!

Ini penangan instagram lerr I tetiba je melakar ni. Hahaha... Sebab I followed users yang selalu upload gambar lukisan, sketch, doodles .. sangat2 kreatif dan comel.

Tapi I bukan lah yang suka terikut ikut, memang dari dulu I ni minat melukis, cuma I xda bakat, so I lupakan ajelah my hobby tu, but now tengok derang upload karya agung derang kt IG rasa bersemangat pula nak melukis. (ekceli sketching sbb I lebih kepada sketches je).

mungkin dalam seminggu dua ni I melakar aje so, I think I improved laah. Serius, dulu langsung tak boleh, sekarang.. rasa cam x percaya lah awak. Mungkin diantara karya saya yang dah leh sampai level "Masterpiece" pun ada.

Cehhh.. Nampak tue.. nampak tue temberang I. Ahahahaha.. Tapi, tapi... macam malu pulak nak mengaku. Ahah!

Sebenarnya, saya masih takleh melukis secara 'manual', sebab memang x kan menjadi punya. Serius lah😒..