Pages

8/05/2018

bye. new url. new name blog

ok lah takmahu touching2, actually aku rindu blogging nie, tapi memandangkan blogging dah tak macam dulu, semuanya jarang update dan b.w , aku pun malas2 lah juga online kat sini, dan tadi baru terfikir mahu tukar url blog ni, sebab aku dah macam kurang minat runningman. so aku putuskan utk tukar je.


why i left.

tadi baru lepas menonton video Michelle Phan yg bertajuk "why i left".. lepas je tgk video tu aku rasa macam terkesan dengan mesej dia sampaikan (even in the last minute dia ada selit ads utk kosmetik dia).


duit tak boleh beli kebahagian, tapi kita perlu duit!

sekarang dah masuk bulan 8, tinggal berapa minggu lagi aku akan genap berusia 26 tahun. rasa macam mimpi yang semalam aku baru je tulis blog pada usia 18 tahun. yess... aku pandai tulis blog pada tahun 2010, 18 tahun masa tu.

dan sehingga sekarang, aku masih belum ada capai apa2 lagi. adalah tahun 2012 tu, aku penah pegang duit 9k dalam acc, tapi tahu apa aku buat, aku enjoy joli-joli x ingat dunia. bila aku ingat balik, dengan duit tu , kalau lah aku buat bisnes, mungkin pulangan yang aku dapat lebih dari itu. tapi , semuanya tinggal kenangan. maka tinggal lah aku dengan perasaan menyesal.

aku selalu luah disini juga yang aku nie 'loser', tak punya apa2 dan pada saat ini juga aku masih sama. bukan tak pernah berusaha, aku hangat2 je, memula semangat, lepas tu down! dan tinggal lah aku dengan perasaan yang kecewa.

dari dulu lagi aku ada pasang angan2 , yang aku ingin melancong, tapi bukan suka2, ttpi aku mahu meluaskan pengetahuan dan pemadangan sempit yang membelengu aku selama ini, coz I nak jadi penulis.(konon)

tapi semuanya masih tida terlaksana, aku omong kosong. macam tin kosong.

dalam hidup ni, aku banyak pilihan, tapi aku tak pandai manage, sebab bila aku buat sesuatu, maka akan muncul idea yang lain , membuatkan aku buat perkara yang banyak dalam 1 masa, ianya mustahil! dan aku akan dapat stress maka aku sekian lagi nya giveup!

jadi, untuk malam ini, selepas menonton video michelle phan tadi, satu semangat datang dalam diri ini, walau bgmn losernya aku, aku tidak akan giveup, biarpun aku harus berulang kali untuk bangun dari zone selesa yang selama ini aku diami.