Pages

12/27/2022

The Hint

Tadi aku birak2 dengan my sis after masak lunch. tapi dari segi percakapan dia macam nak hidup terus disini, sebab termakan dengan pujuk rayu suami dia and dia dah rasa duduk kt Perak ni best. yela disini semua happy go lucky, x macam di Sabah, my sis kena tahan kt ICU and my dad pun kena tahan.

So dia rasa di Sabah tu macam tempat orang2 susah, and dia terang terangan xnak terlibat dengan family kt Sabah. and dia sendiri cakap, kt sabah x banyak rumah utk dikunjungi x macam di Perak. agak terkilan dengan maksud dia, tapi dah itu kemahuannya. berjauhan dengan keluarga.

tqpi memang tak dinafikan, family kami memang banyak masalah, kakak i sakit mental sampai masuk ICU, my dad sakit lepastu degil, ego tinggi.. so aku faham kenapa my sis nak "lari" situasi ni. padahal dulu masa dorg bercuti kat Perak dia mengira hari utk balik ke Sabah, hari2 tengok kalender. tapi tadi baru je dia cakap, dia dah x excited nak balik Sabah, dia kata hati rawan nak balik Sabah. 

aku just iya2 je lah. kg laki dia. tapi satu je i nak buat, kalau dia dah tinggal kt Perak, jangan harap aku nak contact lagi, and aku akan larang my mom contact dia, sebab dia nak sangatkan perpisahan, lepastu apa2 yg terjadi di Sabah tak usah bagitahu, sebab aku nampak perangai dia kt sini, asal aku sentuh perihal family kt Sabah wajahnya terus berubah dan ubah topik ttg kelebihan hidup kat Perak ni.

Dia ingat akan hidup sentiasa senang kot hingga akhir hayat, dia belum diuji, so jangan happy sgt, terutama sekali laki dia tu, yang xda pendirian asyik tahu berfoya2.. 

yup memang aku sakit hati, sebab bila aku meluah kt my sis dia macam malas dengar lepas tu buat muka. 😢 

and yang paling kesian is my mom, dia kalau boleh taknak berpisah dengan cucu2 nya, tapi apa boleh buat, cucu2 dia pun macam tak ambil kisah sangat pun ttg family kt Sabah, so i think its really wasting,  sebab my mom sorang je beria2 rindu kt dorang. even my mom belum tahu yg my sis nak pindah ke Perak 2024, my mom boleh syak dah..

tapi for me, bagus lah dari simpan orang2 x guna dalam hidup.. aku dah x kisah lagi ttg dorg, biarlah, walaupun keluarga kami nii x perfect macam disini, selalu bergaduh, selalu masuk wad, selalu susah, buruk2 keluarga sendiri, insha Allah, aku takkan tinggalkan mereka selagi my parents masih hidup. 

to my sis, kau belum diuji kot, sebab tu kau rasa nak lari sangat dr Sabah, sebab kt sini sng kau berfoya2 dengan laki kau tu.. itu aku tak kisah, tapi aku plg tak suka bila kau buat mama terkilan.. kau tak faham hati seorang ibu. tapi tak mengapalah, aku jarap Tuhan balas sebiji macam apa yg kau dah buat dengan mama selalu. 

12/25/2022

MELUAT

meluat to the max!

benci betul aku tinggal disini, memang orang2 sini suka bertandang2 ke? macam takda rumah sendiri.. ni lah kesukaan BIL aku, suka menumpang2 rumah orang. loser useless.. x beli kediaman sendiri, ops lupa pulak, orang x educated dan xda kerja tetap kan memang begitu. dia ikut kepala dia je.

kalau ikutkan hati, 17 dec lagi aku dah balik, tapi my mom pula x suruh, takut aku kena kidnap. ingat aku ni budak2 ke tak pandai jaga diri. meluat betul aku tinggal sini, xda privasi, rumah macam tin sardin. 

now my sis masuk icu. sorg2 la my mom layan diri, sapa suruh tahan aku balik 4 January.  lyn la dugaan tu sorg2. kalau x dah lama aku balik. aku sumpah ini pertama dan terakhir aku pergi sini. x kuasa aku nak berkenalan dengan dorg tu, tengok muka pun meluat. 

esok nak kena pergi Baling kedah pulak, dah la aku tiada pakaian. stress aku dibuatnya. lepas tu org disini kuat masak, aku nak masak megi pun x sempat. macam bodoh kuat makan melantak! and orang2 sini bercakap macam xda adab, lps tu my bil pula belagak macam dia org plg penting dlam rumah ni, pdhl menumpang ja. eii stressssssssssssss

12/20/2022

patut ke aku DM dia?

Ok.

lets forget about my worst moment in my life. lets talk about him. Him who?

Ez. My ex dulu. kalau korang baca entri aku dari dulu korang akan pernah terbaca la sekali dua ttg ez ni. 

yeah. aku dumped him like a trash thru DM. dalam hal ni aku mengaku, aku yang bersalah sebab out of nowhere aku putuskan hubungan dengan dia. sampai dia menangis merayu2 supaya aku tak putuskan our relationship yang nak dah masuk 2 tahun.

aku putus dengan dia diawal 2018 kot, now dah pengakhiran 2022.. i still remember that, lepas tu aku lowkey meroyan kt sini yang dia dapat replace aku kalau x silap awek siam kot, siap dah ambik pic 1 keluarga dengan family ez. i was like "wow, cepatnya dah ada pengganti". padan dengan muka aku🤣

tapi ended up, their relationship tak menjadi, dan sampai sekarang dia masih S I N G L E mengikut pemerhatian aku lah, tapi yang hairannya, dia banyak dikelilingi oleh awek2 cantik, tapi kenapa xda sorang yang sangkut eh? aku macam pelik disitu.. dia tu cukup syarat kot.. meh aku list kan

1. Dari family yg berada
2. Educated 
3. Berkerjaya
4. Sedap mata memandang
5. Husband material
6. Boleh dikatakan baik

tapi tulah, dia still single sampai sekarang.. macam aku gak, dia la last lelaki aku dated since 2018 lepastu aku dah xda BF. aku dok mencari gak, sampai aku kelihatan desperate, signup dating apps sana sini. ada yang berkenan tapi tak kekal. macam.. aku pelik disitu..

lama aku fikir2, mungkin Tuhan saja kot tak bagi kami berpasangan dengan orang lain, sebab kami ni are meant to each other? sana sini cari jodoh padahal kami ni dah tertulis akan berjodohan? tak gitteww?? 

Oh no! ye lah, macam yang I nyatakan kt atas tu, boleh dikatakan dia "perfect", tapi still single, mustahil xda awek2 cantik tak terpikat dengan dia kan? itu dari asas pengetahuan ku la, samada dia dah berpunya or belum. tapi mengikut kajian i dia macam masih single..🤣 

and still aku masih tak leh move on dengan dia, sebab dia antara lelaki yg plg baik aku pnh jumpa(online je) ahahaha..

sebab tu, tiba2 terlintas hati ni nak DM dia, xkanlah aku nak dm saja2, aku dm tanya khabar dan aku nak bayar hutang kt dia, sebab aku pernah pinjam duit kat dia, rm200, tapi dia bagi rm250.. aku janji akan bayar balik, tapi dia langsung x nak, no acc yang aku minta pun sampai skg dia tak pernah bagi, tapi aku memang niat nak bayar.

jadi sambil2 tu boleh aku jadikan bayar hutang tu sebagai pemula untuk bina hubungan kami semula.. tapi itu mengikut perspektif aku lah, sebab i hurt him so much.. kalau dia reply, aku happy, tapi kalau dia tak reply, aku redha , aku anggap je yang kami ni memang tak berjodoh.

cuma aku takkan berhenti kepada Allah, supaya aku dikurniakan pasangan yang baik untuk akhirat kami sekeluarga. Aamiin Ya Rabb❤..

Tapi bukan sekarang lah aku DM dia, next year or kalau dah balik Sabah. Insya-Allah aku akan kembali disini untuk cari kerja, dan tak mahu menumpang2 kat rumah orang. walau apa pun, aku serahkan segalanya kepada Allah swt. biar Allah sahaja yang tentukan❤ ..

like a thief

mann...

hati aku meronta ronta nak balik, sebab aku x expect sotuasi jadi macam ini. serius the worst moment in my life. aku tak biasa hidup menumpang ni, melainkan menyewa, i mean as stranger disini yg xda kena mengena melainkan related to your sis je, aku hidup disini macam parasit taw. 

tinggal free, guna air free, cuci pakaian sabun free, kerja rumah x pernah buat, masak lagila tak pernah melainkan masak megi sendiri. aku tinggal makan je, sebab owner disini masak awal giler, jam 7 am lagi dah masak lauk.. lagipun aku tak taw nak buat, aku macam kera sumbang kau taw.. jarang gila aku keluar dari bilik, balik2 hadap fon sampai aku dah naik bosan dah.. even PKP tak bosan macam ni.

nak pergi tandas pun aku macam pencuri dah, terjenguk2 takut terserampak dengan penguni asal kt sini. sebab aku memang x biasa, susah nak masuk😰.. humour x sama, bahasa pun x sama. so aku dengan dunia aku je, tapi pagi tadi aku cuba beranikan diri tolong2 kt dapur, siang ikan.. kesian budak tu asyik incharge kt dapur. begegar2 tangan aku siang tadi, sebab  A W K A R D !🤣

Aku baru tahu aku jenis introvert, aku x mudah mesra alam, kena ambil masa yang lama bertahun2 utk biasa, depends dengan personality orang lah.. kalau yg kenal jenis macam aku memang x lah kot..

and setiap malam aku menghitung hari utk nak sgt 4 Jan tu sampai, bila tghmlm aku rasa seronok bila dah masuk jam 12AM, sebab tarikh semakin kehadapan, ya Allah terasa hidup dalam penjara, dah lah xda teman bercerita or satu kepala kan?!

sorry lah kalau aku kedengaran seperti seorang yg demand, tapi thats how i am. cannot be other else. kena tunggu 14 hari lagi untuk balik ke Sabah. maybe sebab terasa lama sebab MENUMPANG kot, serious aku rasa terkongkong, memang lah aku tinggal makan je kt rumah ni tapi aku akan pastikan yg kt meja makan tu kosong.. kalau ada yg lain aku sanggup berlaparrrrr😭😭😭 penyegan tak ingat dunia🥴

sebab tu aku berbekalkan megi, atleast yang aku makan tu dari duit aku sendiri bukan dari hasil owner, segan woii hidup macam parasit. harap2 owner ni bertahanlah kot , sebab aku memang TAK SABARRRR sgt2 nak BLAHH dari sini, kesian gak dengan owner ni terpaksa tanggung aku yang dah macam parasit ni😭 (i feel guilty tbh)

and about my previous entry about my Sis and BIL, mungkin keterlaluan ayat aku, tapi aku betul2 sakit hati kena game.. dorang ada je beli lauk2 kt sini, tp i still dont feel right.. especially to BIL, yang nak ikut kepala dia je, kerja tak pernah tetap, dapat kerja lepastu berhenti, begitulah kitaran life dia dari bujang, x da pendirian.. lepas tu menumpang kt rumah kakak ipar dia (bini pertama abang kepada BIL).

tapi takpa, mungkin rezeki belum sampai, sebab my BIL ni xda la bad sangat, dia rajin tapi tu lah, dia ikut kepala dia je.. kalau kenang2 balik menyakitkan hati gak. dengan aku2 sekali ikut susah😓..

ini first and last aku ikut my sis, lepas ni memang taklah, kalau aku pergi pun, aku sendiri2 je, takdalah aku menumpang2 rumah orang, lainlah kalau menyewa.. 

aaahh Ya Allah, cepatkanlah masa ni berlalu.. x sabarrrr nak balikkk😭😭😭😭

pssstt: nanti aku boleh baca entri ni balik kalau aku dah balik Sabah, betapa meronta nya aku kt tempat orang🥴🥴🥴

(kau yang dimasa hadapan tengah baca ni kt rumah buruk kau, AMACAM? Mau lagi pergi bercuti di Perak??🤣🤣🤣)

12/19/2022

Boring nak mampuss

Eh, aku ada ke beritahu disini yang aku sekarang sedang berada di Semanjung? ya I'm here for real!

tapi ikut kakak aku balik kampung laki dia laa.. i was her since 7 hrbln till 4 jan.. sumpah boring gila!🤬 actually aku taknak ikut, tp oleh sebab kebodohan abang ipar aku yg takda otak ni, dia suruh bini dia pergi Perak sorang2, lepas tu boleh dia update kt status watsap seolah2 kakak aku ni terhegeh2 kejar dia kt perak sebab rindu? tapi pdn muka akak aku lah sbb bodoh dua2..

aku ikut sebab temankan saja, lagipn, si bodoh(abang ipar aku) tu cakap, kalau kt sini, kami tinggal dirumah yg berasingan, tapi sebenarnya aku KENA TIPU SIAL! korg nak tahu, BIL(brother in law) aku ni macam parasit, hidup menumpang sana sini kt rumah sedara dia, xda rumah sendiri, rupanya kami tetap stay kt rumah kakak ipar dia.. tambah tanggungan kakak ipar dia, dahlah abang kepada BIL aku tu ada 3 bini.. buat malu je!

dengan aku2 sekali jadi parasit! yela aku ingat nak cari kerja terus tapi aku x bawa documents, cuma slip je. so nampaknya aku tiada persediaan so aku decided bukan sekarang. cuma yang aku sakit hati sekarang ni both of these mf tricked me..
BIL aku ingat aku kemaruk sgt nak tengok kampung dia yang 4/10 dr kampung aku yg 8/10..  my sis pun sama bodoh mcm laki dia, dah taw aku ni jenis introvert aku selalu jd ekor dia kt rumah ni, rimas pulak, pdhl beria2 nak aku ikut.. x pasal2 aku buang masa hidup kt sini selama sebulan. 

buruk2 tempat sendiri ada gak privasi.. and my mom pun rindukn cucunya, tp cucu2 yg dirindui ni pun mcm x layak disayangi je, bila kena calls semua malas nak angkat, pakat2 passing fon to each other pdhl nenek calls sebab nak dgr suara dorg, rindu. their mom pun sama(my sis)..


dan aku tiap2 malam asyik tengok calender, nak sangat masa berlalu cepat agar aku dpt berambus dari sini, secepat mungkin. orang rumah kt sini okay cuma aku tak biasa tinggal dengan strangers, awkward nak mampus, lepas tu tinggal lama pulak, aku tak tahu nak buat apa kt sini, aku asyik terperam je la dalam bilik, adalah 3 kali keluar, tu pun p mydin, macam aku heran sangat, tempat aku pun ada mydin woii🤣..

ingatkan aku kt sini dapat jalan2, tp takpun, sebab tinggal kt sini pun pedalaman tpt perkampungan, dekat dgn bendang sawah.. my BIL expect nak suruh aku tgk org menuai padi hujung tahun ni, i was like " who the f cares?" kan.. dah la tipu aku tinggal rumah berasingan konon..😒 

kalau aku tahu dari mula, xdanya aku nak ikut p sni, baik aku stay kt rumah aku sendiri, ada privasi, boleh main game hidden object kt laptop, kt sini sumpah boring.. lepas tu hr Jumaat ni ada pulak majlis nikah, huh jangan harap aku nk turun padang , tolong sikit2 je.. x pasal2 aku terlibat.

btw lagi 2 minggu aku kat sini(which is rasa spt 2 bulan pula), lepas ni aku taknak ikut dah, peduli dengan my sis and her childrens.. btw BIL aku kerja kt semenanjung dr bln 6, jd dia suruh wife dia balik perak cuti sekolah, lps tu blk sama2 kt sabah, which is stupid, wife dgn anak2 je jalan, kalau ada apa2? tu yg aku terpaksa ikut gak walaupn x kena tricked oleh malaun dua ekor ni..

x pasal2 aku jd kera sumbang kt sni😒

11/09/2022

kenyataan

akhirnya benda yang aku sembunyikan terbongkar oleh seseorang.. actually Allah dah bagi signs tapi aku buat dek je.. 

so padan dengan muka ku. terus bad mood, nak masak tapi xda mood habis semua kacau habis. cuma dia je kot yang tahu tapi aku still rasa nak marah sebab kacau area aku 😒

entahlah, dia akan ingat ke tidak, harap² Allah bantu aku dengan melupakan dia ttg ku. serius malu, marah dan terancam😔

11/02/2022

aib dalam mimpi

Semalam aku mimpi, aib aku terbuka, nampak macam real, dalam mimpi tu aku bermonolog, 

"Ya Allah, benda yang aku simpan² selama ini akhirnya terbongkar oleh kerana seorang budak kecil. Aku harap ini semua mimpi semata²."

Alhamdulillah Allah masih sayang pada aku😭


10/31/2022

mentaliti pekerja kilang

aku menyampah taw tak! (tiberrrr)

aku saja lah nak buat research ttg kerja kilang ni, dah puas cari kt Google,  aku dok cari kt tiktok, tapi infonya sangat sedikit, ada je budak² kilang buat content.. tapi tu lerr..

aku cari info kerja kilang kt tiktok content yg keluar kalau bukan selfie, video gelek², takda ilmu langsung.. video syok sendiri. orang ramai nak tahu pengalaman, pros and cons kerja kilang bagaimana, bukan nak tgk kau begelek syok sendiri, perasan cantik🤣 adoilaaa

tak pasal² aku susah hati nak fikir kalau aku kerja kilang nanti aku kena bergaul dengan orang2 mentaliti rendah macam yg aku nyatakan kt atas.. 

aku bukan nak demand, tapi mentaliti budak² kilang ni sepesen je, x lari lagu dangdut, editing teruk, begelek lps tu selfie , padahal kontent #kerjakilang.. serius aku takleh go dgn dorg ni. orang nak cari ilmu kot, bukan tgk selfie ko memanjang dlm video tu, ikhlas ke buat content tu?🤣 buang masa la tgk muka kaurang tu.. menyampah nyee tengok😑

tolong ubah ye mentaliti, biar kita miskin tapi ada class😪

10/03/2022

what happen to our relationship?

Aku malas nak update tentang ni, tapi macam dah lama aku tak update.. so lemme tell yall about my story. (tak penting pun)

actually dah lama aku dgn dia tak mesej antara satu sama lain. mula² je la kami liked pic² sesama sendiri, tapi aku bukan jenis online IG 24h. lepas tu, aku macam x da apa nak borak, aku dah bosan dengan topic yg sama bertanya khabar itu ini, reply pun lambat sebab time zon berbeza😑.

Jadi aku biarkan saja... tapi xdalah aku planning untuk ignore dia selamanya. kalau aku rasa nak borak aku chat, kalau tak biar begitu saja. dah kami tak clare apa² relationship kan, so its up to me la nak buat apa pun. bukan ada komitmen kan?!

and mungkin dia fikir yang aku ni dah x berminat dengan dia so ini updated terkini lah..


haritu kami followed each other kan, tapi skg ni dia removed aku dari list follower nya. sebab dia ingat aku x ambil peduli dengan dia kot.. i was like, baguslah ahahaha.. x ada aku sibuk² nak like postnya. tapi dia still la follow aku, idk whats his motive. tapi apa yang aku updated or posted, dia pretend untuk tak peduli🤣.

aku macam, eh biarlah.. its your life. i ain't bothered tapi saja nak buat stock entry 🤣. 

aaaahhh.. sikit lagi lupa. haritu aku story dia dah deleted/switch off acc dia kt web tu, sekarang dah aktif balik, mungkin dia nak cari calon baru oleh kerna dia ingat aku ni mcam main² or dia x minat aku kot, so mungkin tu la motif dia. i mean, idec~.

aku x sedih pun sebab bunga bukan sekuntum, plus aku x suka partner yang same energy macam aku. ahahahaha... yup! same energy 😌 

apa yang aku dapat sense dia tu 

1. tukar pic kalau dua² setuju
2. x pandai ambil hati 
3. stern and x funny 
4. ego

itu je yang aku dapat sense and aku ada ciri² diatas 🤣.. sebab tu aku macam acuh tak acuh, nanti relationship xda seri so better angkat kaki awal..

ok tu je nak cerita.. ada story nanti aku up kt sini lagi ok☺

8/06/2022

kerja kilang 3.0

kormag nak tahu x setiap hari aku tengah berfikir and cuba buat keputusan samada aku nak kerja kilang, or stay dsini sahaja..

sometimes aku tak faham dgn diri aku ni, sekejap nak kerja sekejap tak nak... btw kalini aku kena putuskan betul² sama ada pergi or tal, sebab hujung tahun ni aku akan berlepas ke Semenanjung. insyaAllah. tapi takkan lah aku pergi sana saja² kan? 

aku takda pilihan lain selain cari kerja and mulakan life baru disana.. sebab aku stay sini aku x dpt improve diri sendiri memandangkan aku ni seorang yg useless. sometimes I hate myself sm. fckg hated it, tp nak buat macam mana dah aku mcm begini..

tapi satu hal lagi, aku nak tinggal kan my family disini, dahlah skrg tgh darurat, i mean, my mom x biasa aku kalau aku takda kt rumah, dia rasa sunyi, and my dad pula x sihat, selalu sakit, and my other sis pulak sakit, 2 siblings lelaki aku x leh harap sgt, so my mom and me yg kena handle, but mostly my mom la.. sbb aku kdg² boleh mental breakdown layan karenah my sis..

so skg aku tengah berbelah bagi, samada untuk stay atau maju ke hadapan untuk my future. serius tengah buntuh! my mom mesti tak suka aku kerja jauh2, lagi2 kt Semenanjung 😑

same to me, aku mana nak berjauhan dgn family, tp tu je pilihan yang ada.. sebab kt Sabah ni peluang pekerjaan sgt terhad dan langsung x da kekosongan, kt area aku la, kalau ada pun memerlukan qualification yang tinggi sikit. aku ni takat spm je, stpm pun half je aku ambil.

and lagi, kerja kilang ni 12 jam, dah tu kena bangun 4am even start 7am, sbb nak elak traffic jam, and yang paling nightmare kat aku, aku terlajak tidur, dah lah aku ni selalu bangun lewat🤣.. memang awal² kena tendang..

ek eleh tu aku sembang je mana la tau masa iv pun tak lepas🤣 buang duit tiket je.. tapi serius aku nak cari kerja and timba pengalaman.. i wasted my 20s by doin nothing 🥲.. bodoh kan??!

aku nak ada rumah sendiri, kereta, and dapat beli apa yang aku nak..(and berjauhan dgn family) ngl😏

entahlah.. makin stress pula aku kalau fikirkan.. aku ni aku fikir my mom je, lantakla dgn yang lain².. tp susah nak bawa mak, sebab terikat dgn suami dan anak sakit.. so aku sendiri² la.



6/08/2022

kerja kilang 2.0

shalom!

aku masih ada impian untuk kerja dikilang, jika ada rezki, aku nak pergi hujung tahun ni. sama2 dengan my sis. tapi my sis tak lama kat sana, dekat2 hujung tahun baru balik. 

for me, tak tahulah nak stay terus or tak.. i still dibelengu oleh my parent's shadow. kalau boleh i nak stay beside them thru easy and hardly. eh betul ke English aku? wkwkwkwk

but seriously! aku berbelah bagi. aku takut kalau aku kat sana something happens to my parents 😢.. tapi lama aku stay disini, aku rasa macam nak gila, i wanna achieve some of my dreams

1. nak ada rumah
2. nak ada ipad
3. nak ada aset sendiri
4. duit simpanan dihari tua

i don't wanna miss a moment.. with my parent. aku tahu habit aku macam celaka kadang2 tapi bab parent aku always ambil tahu. tapi sepanjang aku berada disini, everything's fine. so i think i miss my opportunity in life. sampai bilakan? oo aku pun dah boring dengan kes ni..

kalau kt sana nanti, bolehka aku bertahan? 12 jam kerja taw, tp ada la juga shift pagi or malam.. and i need friends 😕. aku asyik terperuk dalam rumah je, keluar rumah pun kalau nak beli barang2 or menjual. 

boleh dibilang dengan jari je berapa kali kami pergi berlibur. susah! tbh , selagi my dad masih hidup kami x kan dapat bersenang lenang, korang mungkin terkejut kenapa aku cakap macam ni, tapi begitulah hakikatnya. my dad seorang yang x suka berlibur2, lebih suka berduka daripada happy2.. even my mom terkilan dengan sikap my dad. kalau untuk dia seorang takpe juga, ni siap komplain menantu just suka berfoya2(merujuk kpd my brother in law).. eh takkan nak ikut mcm you dad? mestilah dia nak happy2 gembirakan anak bini😑..


ok done ngumpat my 👨.. maaf dad tapi tu lah perangai nya.

so, dah 30 tahun aku hidup d zon selesa, kalini tiba masanya aku nak hidup sendiri2, sambil mencapai cita2 aku nak jadi vlogger. kenapa aku x buat vlog kt tempat aku?? no! helllll noooo!

sekali lagi salah my dad. . or my brothers.. malas nak ulas. so better i live alone. yang penting ada rumah yang sempurna dan bersih.

aku yakin aku boleh hidup sendiri. cuma restu dari my mom je yang halang aku selama ni untuk berhijrah. aku benci tengok dia menangis. sebab sayang lah.. aku tahu aku ngumpat my own parent, tapi percaya lah, hanya Allah swt apa yang ada dalam isi hati aku. kalau boleh, aku nak bawa my mom stay kt aku kt semenanjung, tapi ada 2 probs yg jadi penghalang, my dad and my sis.

kalau misalnya my dad dah tiada, ada senang sikt, to my sis, ko pandai2 la jaga diri sendiri. dah puas ko hidup memerintah orang2 dalam rumah ni. aku akan "culik" my mom stay dengan aku. sorry bukan aku nak doakan my dad pergi awal, memang pun semua manusia akan mati, entah2 aku yang pergi awal. (Ya Allah, panjangkanlah usia ibu dan bapaku) ..

ya, begitulah alkisahnya.. aku masih berbelah bagi untuk my future.. cuma 1 je lagi aku tak buat..

isytikarah!

petunjuk dari Allah swt. dari awal tahun sampai la ni aku tak buat lagi. patutlah runsing.. insyaAllah aku akan buat. semoga dengan keputusan aku ini dapat mengubah takdir aku lebih baik lagi.

Aamiin.

5/28/2022

mana dia??😭🥺

ok, kes ni dalam minggu ni juga.


btw minggu lalu he sent me a message on the website where we berkenalan. tpi lama kelamaan, aku macam boring la chatting dengan dia, dia sent mesej hari khamis, aku balas hari isnin. so mungkin dia ingat aku dah macam x berminat kot. same goes for him. tqpi dia ada balas juga. tapi balas "ok" and "what you doing", tapi dia seen je. aku pun malas nak ambil port sangat jadi aku biarkan je.

bagi aku, macam aku was being hype je masa tu, entah2 dia tak serius pun. tapi, aku macam ada sindrom macam tak nak "cut" terus. selepas 2 hari tak online, aku check mesej, our messages hilang. aku macam sedih weyh. pelik pun ye. ada juga lah aku screenshot semua messages kami.

tapi lepas tu aku lega, why? sebab aku takyah fikir lagi kalau2 jodoh aku dari Switzerland. nak kena fikir ttg agama lagi. jadi biarlah.

tapi entah, aku macam tak leh move on jadi aku nak check balik kt apps online dating tu. resultnya profile dia pun hilang lah😭.. i was like😢😔.. memang dia x serius pun. kecewa jugala aku sikit2, ingatkan jodoh aku orang Swiss, ternyata bukan. 

dalam hati, sampai hati dia tinggalkan aku tanpa saying goodbye, yela kalau dia x mampu untuk ada ldr, at least ucaplah good bye.. sejuk sikit hati aku ni woi. tapi at the same time aku lega lah, sebab aku xda nak fikir sangat ttg relationships yang memerlukan banyak komitmen. huhu..

so i take that dia x serius pun. biarlah.. so beberapa hari berlalu. aku tergerak hati nak check account instagram aku yang hari selasa tu. sebab ig aku dia tahu. aku tengok ada 1 request friends,  i was like happy and nervous,  bila aku check.. 

hampeh! founder ntah mana yg nak follow aku tu.. yuck, aku sakit hati woi tanda keciwa , aku deleted terus rq tu🤣.. deep down punyalah berharap it was him🤣😭

then aku pun termenung. nampaknya memang dia dah taknak kot teruskan persahabatan dengan aku. i was , ok lah. aku redha.. tapii... aku baru teringat, aku belum check dm request.  bila aku tengok, hah, mmg ada 1 request mesej dr stranger, account pun masih baru.. 

hahaha ini pic dm aku:

(pic)

it was him😭😊


aku macam, betulke apa yang aku baca ni.. tapi aku tak approve terus, sebab aku masih diawang awangan kot wkwkwkwk🤣 

aku happy,  sebab dia masih nak in contact dengan aku yang x seberapa ni.. Ya Allah, kalau lah dia jodoh aku.. maka permudahkan lah Ya Allah ❤..

kemarin, dia nak minta sesuatu.. dia nak tengok pic aku, sebab dia just nampak pic aku 1 je, dah la dalam apps aku langsung xda photo. korang nak tahu, karau juga aku bila dia minta pic aku, sebab aku masih malu dan self esteem aku masih rendah.. aku WhatsApp mys sis nak bagi tengok kalau pic yg aku nak send tu okay ke tak , lps tu aku send my bff, tp dia jawab lewat.. so aku rasa, sampai bila nak macam ni kan? aku x yakin dengan diri aku.

tapi now ni, aku macam nak beranikan diri, aku nak jadi diri sendiri, so aku just sent 2 photo aku kat dia.. lepas tu aku request nak minta pic dia pula.. Alhamdulillah, everything was fine😚 . tapi i sent pic freehair, i sorang yang berhijab, and i still feel sinned😰.. 


(pic)
ini turn aku sent photos 

ini turn dia sent photos 🤣


but now, i nak jadi diri sendiri, dan aku tekad kalau dia suka, sukalah, kalau tidak, aku dah redha, yang penting aku jadi diri sendiri dan aku tak perlu lagi berpura2 jadi orang lain. sekarang aku serahkan sepenuhnya jodoh kepada Allah. aku akan berdoa kepada Allah semoga Dia mengurniakan jodoh yang baik2 kepada ku.

tapi, actually kami tak mention apa2 pun ttg our relay, skg kami dalam fasa mengenal antara 1 sama lain, manada kami claim jadi officially as BF and GF🤣 . mcm yg aku cakap, aku ni cepat overhype🤣🤣😅.. 

tapi setiap apa yg berlaku dlm hidup aku, aku mesti coret disini.. kalau korang baca dari awal aku punya entri, nak bagi penampar pun ye sbb aku punya habit ni😅🤣..

oklah, nanti aku continue balik, nak menjual dulu.😙

(taip hari khamis, post entri hari Sabtu🙄)

5/17/2022

pulak dah!

ok, semalam dia ada replied.  tapi macam yang aku beritahu sebelum ni, dia ni mmg dry texter dan jarang sangat online,  jadi chat ni ambil masa yang 2 3 hari sebab perbezaan masa.

tapi dia boleh tanya soalan ni woi

then aku jawab la macam tu, sebab tu je yang ada kt otak aku. cuma entahlah, kalau dia serius or tak, kalau x pun aku tak kisah sangat sebab aku macam x sampai hati tinggalkan Malaysia. cantik buruk negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.

plus masalah kepercayaan , kalau dia betul2 serius, dia wajib convert , kalau dia tak nak, khalas! aku boleh cari yang lain.. tqpi aku doa semoga Allah buka hidayah untuk nya terima Islam.

sebab dari segi interracial marriage ni, beliefs sangat penting bagi aku, kau xda benda ni, jangan harap nak kahwin dengan aku. jahil2 aku begini, aku akan sentiasa letak agama no 1. . 

kadang2 aku terfikir, kalau lelaki local ni x memilih , tak yah sangat aku fikir ttg beliefs ni, tapi kalau dia adalah jodoh aku, aku kena hadapi dan prepare utk patah hati buat kali kedua..

because ive already liked him.. dia sekali imbas macam muka actor crush aku


hint muka dia macam nie 🤭🙂 . tapi ofc la si David Kross ni hensem lebih😝

5/15/2022

wife la sangat...

sebenarnya, aku agak excited nie.. yela, beraoa hari aku off chat dengan si Marc ni, rasa macam rindu, dia takdalah hensem oun, badan pun ketoi tu je, tapi entahlah, mungkin jodoh aku kot.. hahaha aamiin!

sebab aku joined apps ni, aku tak pakai pic profile pun, aku just taip la description aku panjang2, plus apps tu macam nak tak nak je apruv pic aku kt situ.. tapi entah bagaimana, si Marc tetiba mesej aku.. ok kat bawah ni first dia tegur aku, walaupun aku tak pakai pic profile. 

(pic)



jadi aku just layan la, mula2 malas aku nak layan sebab aku tengok dahi dia botak , so not my taste la, kataku x sedar diri😌 

tapi bila dia sentuh tentang agama, aku rasa sensitivity dia agak ok kot, ertinya dia read dan tengok teliti profile aku. so dia tahu aku menganut agama Islam.. aku jawab, aku ni x religious,  solat on off, puasa on off, banyak aku hutang dengan Allah swt, semua tak setel lagi, tapi bab akidah, iman, no doubt okay, its always nombor 1..





dia pun macam.. ok.. lepas tu i tanyalah, kau pulak? dia jawab, agama x penting pun, yang penting family dan friends.  then aku balas balik, for me every aspect of life is everything to me.. ha ha ha ha pandai2 la dia nak faham, harap dia catch up maksud aku, maklum lerr English aku ni tunggang langgang🤣


so banyak lagi kami bual.. dan our conversation agak dry dan lembab..tapi tadi aku sangat gembira, walaupun pada mulanya aku agak terasa hati, dia macam malas nak layan chat aku, tapi sekali dia text ayat ni.. 

(pic)








aku rasa macam nak menari2 diawangan🤭

seriously, ni baru first time orang mat saleh buat kt aku begini, dah la aku tengah desperate 🤣 .. sebab tu aku tertanya2, siapalah jodoh aku ni, adakah dia or orang lain?? aku rasa macam nak lemas pulak.. love is awfully painful🥲..

dia memang nak cari bini pun, dan dia jenis suka wanita yang macam buat peranan mak mak , jaga anak, masak , maksud nya bila suami pergi kerja , ibu jadi ketua kt rumah.. aku tahu, majoriti mat saleh ada yellow fever, asian fetishism or submissive woman.. dah dah, aku dah khatam bab tu, dari umur aku 21 tahun lagi aku dah alert pasal ni.. 🤭🤣




aku rasa aku boleh buat, dah memang itu aku buat sepanjang hidup aku, cuma aku takda suami or anak nak uruskan.. tapi dalam masa yang sama, aku memang planning nak ubah future life aku, samada aku berhijrah ke Switzerland atau dia relocate disini, semuanya ku serahkan pada Allah swt.. 

kalau misalnya aku jadikan dia, aku nak jadi youtuber seperti mana yang aku impikan dulu, tapi itupun kalau jodoh kami ada, tapi kalau x jadi pun, aku tetap nak jadi youtuber.. hahaha dasar betul aku nie.. tapi ya, itu je dahulu jalan aku untuk majukan kehidupan aku yg serba dhaif ni.. (xdala dhaif sangat)

memang aku x aim tinggi2, tapi untuk future aku dah planning dari A to K .. Z x sampai lagi.. masih merancang🤣..

korang yang baca blog aku, tolong doakan jodoh aku dengan Marc ye.. semoga Allah swt buka hatinya untuk terima Islam dan terima aku seadanya.. trust me Marc, i can be pretty later, only for you😍 <--- *ayat orang dilamun cinta*🤣




5/10/2022

siapa la jodoh aku ek

korang.. now ni kan, aku tengah dalam fasa mencari teman hidup. yela lepas hampir 3 tahun aku single, tak da teman/kawan lelaki.. aku kembali mencari partner. sekarang ni aku tengah joined 1site ni, ada kat google playstore.

adalah seorang ni aku jumpa, tapi dia sent mesej kat aku dulu, and aku pun replied macam biasa, kami bual2 biasa je, untuk beberapa haritu, tapi dia replied lambat sangat sebab dia jarang online. so aku online macam biasa, tapi bukan untuk mencari2, just scrolling, tengok profil orang, baca description dorang, banyak kelakar wei🤣

so, lelaki yg aku kenal ni, let's call him Marc la.. dari Switzerland. actually dari observation yang aku dapat selama chatting dengan dia ni, aku rasa dia ok kot, tapi macam dry texter pun ye, sebab dia macam serius, xda gurauan.. lepas tu straight to the point. and dia kalau boleh, polite sikit lah, for me dia macam ada vibes orang German gitu.

dia kata nak datang Malaysia, nak jumpa aku, aku rasa nervous pulak, ye la, dia baru nampak pic aku 1 je, tu pun pic proful kt ig, dah la kecil, dia kata aku cute hahahaha.. terima je la dah orang puji🤣 lepas tu aku kata boleh, tapi kau kena tunggu lama sikit la sebab aku takda duit nak jumpa kau, dia selalu tanya wei aku ni ada masalah kewangan, hahaha malu pun ye, tapi aku dah nekad , siapa je relationships aku kali ni, aku nak jujur, aku dah taknak berselindung..

tapi ofkos la aku mcm hesitated nak jawab sebab aku malu, lepas tu dia macam dpt agak , so dia tanya balik,

masalah duit atau masalah percaya kt dia?

then aku jawab mungkin dua2.. ye la, kami kan masih stranger, jadi dia planning nak visit Malaysia next year. then aku say yes je la, nak kawen punya pasal kan🤣 

lepas tu dia tanya la apa forbidden dalam Malaysia ni, aku kata plg forbidden sgt adalah intimacy things.. lps tu dia mcm shocked lq, 

him: hugs, kissing, touching?
me: including sx

dia mcm kecewa sikit.. i was like?! kau jangan nak macam2 , desperate aku bgni pun x tergamak aku nak gadai marah 😌

yela ,lps tu aku explains 1 by 1.. dia mcm, okay.. lepas tu dia kata, y don't u visit me here? kt Switzerland la mksud dia tu wkwkwkwk.. kalau aq visit kau kt sana pun ingat boleh buat suka hati je ke? dia x aware ke , Asian ni mmg konservatif.. ngok tul..

and banyak lagi la kami bual kan, tapi entahlah, adakah dia tu jodoh aku, aku harap la yea kan, aku dah bosan jadi single ni, aku nak mulakan chapter baru.. kahwin dengan orang oversea, mmg impian aku dari dulu, lebih2 mat saleh.. 

tapi aku selalu je jumpa mat saleh yg gred c or d.. tp si marc ni aku boleh klasifikasi kan sbg gred b la, dia xdala perfect sgt tp boleh lah, aku x aim tinggi sangat.. as long he loves me, i gotta love him back.

entahlah, nanti aku update disini kalau ada chat lagi, kemarin subuh last kami chat sebab mungkin ada sesuatu yang dia kecewa kan.. so let it be and just follow the flows.. kalau dia blaah aku boleh cari lain😌

ok sekian utk update harini~~~ 😝

4/25/2022

life update sebelum entering 30s officially!

ok.. lama aku tak mencoret disini.. btw aku bz buat bisnes, selepas covid ni, alhamdulillah i boleh berniaga spt biasa, kdgkala tu income lebih baik dari sebelum covid.


dalam masa 2 tahun ni, banyak betul yg i lalui, nak jd youtuber la, nak jd penyanyi la.. apala yg aku buat ni, semuanya hangat2 taik ayam🤣.


skg alhamdulillah,  ALLAH buka 1 jalan utk aku cari rezki, dan hasilnya sdg aku tuai. tp ia bergantung dgn kerajinan la, kalau kau rajin banyak kau tuai, kalau malas.. haaa.. sendiri mo ingat. aku dah gibap ttg apply kerja gov nie, aku x rasa aku ada rezki d situ, lgpn limited dgn usia aku ni yg dah cecah 30.. baik aku buat palatao sendiri.


tapi aku ada bad habit baru.. or lama.. aku boros, mentang2 banyak duit. pehh, shopping x ingat dunia.. mostly duit yg aku ada aku x pernah pgg pun tapi aku shopping online..which is bahaya!😑


mcm mana la nak kaya kan??


pdhal aku nak, sebelum usia 35 aku nak beli rumah sendiri.. xda la bsr or mewah, yg boleh aku buat sesuka hati pun dah memadai.. tapi ntahlah, bila nak tercapai, dgn boros aku ni yg x leh bawa bincang😭


kemudian tu baru menyesal.. hah padan muka ai sape suruh boros..


huhuhuhi..


btw bisnes yg aku kata tu adalah bisnes biskut makmur.. tp yg ni jenis makmur modern, xda kacang n cair kt mulut, aku jual sebalang rm25.. mahal nooohhh sbb aku guna bahan2 yg berkualiti tinggi, xda nya bahan cikai.. minyak ghee tu se tin kecil berbelas belas ringgit,  tin tinggi dah nak rm30.. hah lu pikir la sendiri..


btw aku nak luaskn pasaran ke sluruh msia, tp masalah yg aku ada ni, aku cuma xda kotak,  tu je.. nak beli kt shopee ukuran ntah tepat ke tak.. tp nanti aku cuba2 jela.. tp shipping mahal kot😭


dah la modal aku ciput je.. tp aku takkan putus asa.. aku nak save duit banyak2 nak melancong ke Turki, nak cari jodoh dari sana.. hah, taste aku bukan calang2 ye .. lelaki local yg jual mahal kt aku ni dorg x tahu taste aku lg high standard dari dorg.. 


eh eh eh aku ni dah lari topik dah kenapa wkwkwkwkw..


ok la, saja je nak panjang kan sentences hahaha ok bai, nnt nak update lagi, tp lepas raya lah.. skg puasa ni aku bz nk buat tempahan org, ya.. bai

my produk, makmur milky way.. w hight ingredients,  aduh td aku taip pjg2 guna apps blogger nie, bila post x dpt.. hati2 noks kalau guna apps ni, korg copy balik before korang post, sbb app lags.. (nanti edit balik about my product)

see ya

2/13/2022

my dad kena Covid

My dad kena covid. Kemarin.
Aku beli tepon baru Samsung Galaxy.. kami x dapat berniaga dlm masa 2 minggu ni sebab kiarantin sendiri walaupun kami Negatif covid. Cuma langkah berjaga-jaga

1/12/2022

Kerja Kilang 2022

aku buntu sebenarnya.. spt yang korang tahu, aku stay disabah, dari kecil sampai lani aku belum pernah jejak kan kaki di tanah Semenanjung..

masuk tahun 2022 ni ada apply kerja kilang, cuma aku dalam dilema sekarang.. aku susah nak dapat restu my mom!

kalau boleh, my mom nak aku stay sabah sampai kami mati.. hahaha.. alasan tak nak berpisah2.. ini satu habit my mom, anak tak boleh pergi ajuh, nanti drama air mata akan bermula. aku faham perasaan my mom.. tapi aku macam dah tak boleh stay sini, aku kena keluar dari kepompong dan zon selesa, kalau boleh aku nak cabar diri untuk naik kan taraf diri dan keluarga.. serius, kalau bergantung harap dengan berjual2 di kedai, rasanya takleh tampung dengan keinginan aku..

cukup 10 tahun aku buang masa sejak habis spm haritu, tu pun aku tak sambung belajar sebab my mom tak nak, drama air mata menjadi senjata utama xD ko rasa?? aku jahat2 begini tak sanggup buat mom menangis, dan aku sendiri tak leh imejin hidup tanpa orang tua disisi.. i couldnt stand on my own..

tapi sampai bila??

aku serius tiada aset.. 

nak mengharapkan Youtube?? hampir 5 tahun aku berusaha tapi hasilnya sia2.. hampir2 juga aku berjaya tapi youtbe delete channel aku sebab isu reused content.. gaming channel. sial punya youtube!

so berbalik pada kerja kilang, gaji permulaan RM1.5K termasuk lah segala elaun epf, bersih rm1100, makan ditanggung, ada transport sendiri.. suasana kerja pun ok, aku baca review, gaji dan suasana tempat kerja x toksik.. harap2 lah.. cuma yang agak mencabar, kerja 12 jam sehari/5days .. on off sabtu ahad, OT/overtime boleh dapat RM3K ..

ko rasa aku dapat tak handle semua tu? gaji ok, cuma penat lah.. tapi kalau fikir2, kerja mana yang tak memenatkan?? bisikan hati mengatakan aku harus ambil peluang , kalau tak menyesal, tempat tinggal aku tak perlu risau..

tapi sampai bilakan?? 
aku nak ada rumah sendiri, kerja sendiri, nak ada bisnes sendiri, tapi kalau aku bertahan stay di zon selesa, sampai bila2 takkan pernah tercapai.. tapi x selama2nya aku nak kerja kilang, mungkin setahun 2 mungkin cukuplah..

cuma aku rasa rugi juga, sebab aku baru start fikir nak melangkah keluar diusia 30 tahun.. bukan aku tak fikir selama tu, cuma aku belum pasti dan tiada keberanian untuk mulakan langkah.. aku harap aku boleh mulakan hidup baru ditempat orang.

Ya Allah, permudahkan segalanya untuk ku..