Pages

6/23/2015

Cerita: Bulan Puasa... Mana ada hantu!!


Pejam celik, pejam celik kejap je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik… kawan-kawan yang dah lama hilang khabar berita. 

Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa nanti mesti dia marah giler kat aku pasal tak reti-reti nak hantar surat kat dia.

Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar.. lupa kawan…!

Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil dia melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung yang menyesal kerana mengejek dia dahulu. 

Maklumlah dulu Raiz nerd! Selalu kena buli. Naim lah yang selalu jadi bodyguardnya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Naim dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Naim kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

“Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?” Raiz bersuara riang sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

“Aku tunggu kau balik lah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas tergambar di wajahnya. 

“Biasala… zaman beredar, manusia pun kena berubah..! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya itu. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

“Apa kena dengan kau ni? Apsal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

“Aku memang ada banyak masalah pun. Eh, kau ni terus nak balik rumah ke?” Naim mengubah topik.

“Cadangnya gitulah…”

“Ala, singgah la rumah aku dulu… aku dah lama tak borak ngan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang nak jumpa kau…” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

'Tak apalah, malam ni aku temankan Naim… pagi esok aku balik la…boleh terus siap untuk sembahyang raya…' kata Raiz dia dalam hati.

“Eh? Kau duduk satu orang je ke? Mana mak ayah kau?” Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! 

Naim menarik nafas panjang.

“Inilah… nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam benda jadi kat aku… Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la…” 

Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

“Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, tak de sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je…” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. 

Raiz tergamam. Tidak disangkanya nasib Naim sebegitu malang.

“Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik… pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh… aku cuma tunggu kau balik… salah ke? Kau kan kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke… sakit ke… matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan kemarahannya yang terpendam.

“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali…” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.

Naim cuma tersenyum.

“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar khabar berita. Tengok-tengok balik dah camni bergaya kau ye…eh! Minum lah… rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni jela…” Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim…

“Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni…” suara Raiz sayu dan pilu. Naim tersenyum tawar.

“Buat apa kau nak mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camna. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini… ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye…” 

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tidak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. 

Terus Raiz tertidur.

“Astaghfirullah..! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!” 

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. 

Terpisat-pisat Raiz bangun.

“Eh? Mak!” terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarga yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

“Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik??” jerkah ayahnya. 

Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh.. tiada biskut kering… hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! 

Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz gelabah. 

“Eh? Semalam saya pegi rumah Naim, mak.. ayah! Kenapa pulak ada kat sini?!” Raiz keliru.

“Rumah Naim? Kau biar betul! Kau tengok.. dekat kubur siapa kau tidur tu…” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. 

Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 – 27 Oktober 2003! 

Raiz terpelangah!

“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak…! Kalau dia dah takde, sapa yang saya jumpa malam tadi?? Bulan puasa pun ada hantu ke???”

“Budak ni.. bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada..” terang ibunya dengan suara pilu. 

Raiz tambah terkejut. 

Terfikirkan pengalaman malam tadi… ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu… apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya semalam?

Raiz tidak dapat menjawab… sehinggalah dia terduduk di sisi pusara Naim, lantas teringatkan kata-kata ‘arwah’ malam tadi… 

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini… ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye…”

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. 

“Terima kasih kerana mengingatkan aku… semoga kau tenang dan aman di sana….”

Oleh: NORA ( Majalah APO? #118 bumper Raya 2003).

6/20/2015

Cerita semalam dan kelmarin

Hi...

Hari ketiga puasa. Kelmarin I memang x cukup tidur coz mata langsung tak ingin lelap.

19 June tuh kan I pergi ke bank jam 3:30pm hendak buat account utk our Syarikat. Kecil-kecilan je, tapi the manager pula tiada. So okay lah. Sambung Isnin, maybe the manager has a business to do. Speaking lagikkk.

Dah petang around 4pm saya terlelap sekejap. Konon derr sekejap. Syokkk I bermimpi derrr. Padahal masa dalam bank krukkk...kruukkk...krukkkk perut I taw.

Bila I bukak mata, rumah dah sunyi, I tengok jam .. Allah!!!

dah pukul 1:06 AM 20 JUNE 2015.

Kelam kabut I bangun, berbuka tidak, mandi tidak, apaapa pun tidak. So, kakak I kebetulan ada kat dapur tengah buat susu untuk anak dia, saya tanya kenapa tak kejut kan kita. Dia cakap I tidur mati.

Duhhh.. Sakit hati I taw! Tak pasal-pasal sehari suntuk I terpuasa. kehkehkeh.

Bila tengok meja makan, dah kosong sebab our family masak ala kadar je nanti membazir. Ermmm.. terpaksa la I makan maggi goreng jenama Sedaap tu. Atleast still my favourite T_T.

adakah puasa saya sah atau tak? hehe

Apa2 pun. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)

6/18/2015

b.log aktiviti #1

Hi..

Kalau I dah online blog, saya jarang lah nak post entri baru.

Selalunya say buat dalam dunia blog ni, saya akan blogwalking. Nampak bloglist disebelah?

I akan belek balik blog yang saya tick tuh. Misal katanya blog PerangFilem ada entri menarik untuk dibaca, saya buka. Lepas dah habis baca entri tuh, satu blog tuh nanti I bongkar, baca entri2 lama dia.

Kekadang I tinggalkan komen, ada entri tu I x komen. Sebab x terasa nak komen pun. Jangan paksa diri untuk komen semata-mata nak tinggalkan jejak. Tak best doe!

So, thats it! Setiap kali online at Blogger itulah rutin I. Sampai lupa nak update blog sendiri. Hehehehe..

Best ahh blog. Harap2 dapat jumpa kawan ramai lagy kat sini. Tak mo musuh2 ya. 

Peace to yol ^o^ ..

6/10/2015

Memula kenal RunningMan~

Sebenarny, I mula tengok RunningMan akhir tahun 2013 dalam bulan December, masa tuh ada berapa episode ja dalam laptop, first episode I tengok yang ada Jackie Chan dan SiWon tuh.. tengok2 macam best pulak(misi diorang yg agk funny), tapi masa tuh masih blur2 lagi, masih ta faham dengan relationship antara JiHyo&Gary ( The Monday Couple), gelaran2 like Tiger Sparta, Ace JiHyo, GrassHoper, Haroro, and Race Starter ha ha ha.. Tapi SiKaki Panjang/Traitor Giraffe I kenal sebab pernah baca status salah satu peserta Imam Muda di FB.. dia pun minat RM. LOL!


Balik ja Kitty dari Labuan I minta balik All RM episode dalam folder dia and dari situ laa I terus terminat RunningMan nih. Serius minat, masa bercuti di KK haritu pun I asyik teringat2 kan RunningMan, belum habis lagikan semua episode I tengok, dekat 6-7 bulan juga lah I habiskan 180 episode tuh (1-180 all episode dari folder Kitty) selebihnya I download sendiri. Never missed k. 

6/05/2015

Should I delete my RUNNINGMAN FOLDER???

Should I delete my RunningMan folder kerna my lappy dah sarat dengan data diorang even nak download anime pun I tangguh sebab nak jimat memori laptop untuk Episode RunningMan yang akan datang??





so...

Should I delete?
Dengan RunningMan I boleh rasa gembira come on, I follow diorang dari tahun 2013 sekarang dah masuk 2015, so RM ni lah satu2nya variety show dari Korea yang boleh buat I ketagih.

Should I delete?
kekadang tengah malam kalau mata x boleh tidur saya buka video lelama RM ni then nampak Kwangsoo dan HaHa buat hal bodoh I rasa terhibur dan bersemangat untuk teruskan hidup ke hari esoknya.

Should I delete?
Or I'm gonna miss JongKook, Jaesuk, HaHa, KwangSoo, Gary, SukJin dan especially my favourite one JiHyo <3 ??
<3

Guys, I juz dont know what to do??
kalau I padam folder RunningMan ni x boleh la I ulang tayang everytime I want kan?!

Huarghhhh. Eottoke?? Bibir kata "padam" tapi hati kata "jangan".

Tapi, I tengok kat Kshowonline ada banyak Variety Show yang terbaharu dan best2. Sayang kalau x tengok.

PS: I might sound too obses, tapi inilah cara saya berhibur. kehkeh

6/04/2015

There are TWO types

Oh, tidak terfikir pula dalam dunia ni ada dua jenis personaliti manusia yg paling umum. Watever, layan saja sebagai hiburan ^,^

Android. 
Lol kalau dah malas type Haha, but selalunya guna Haha sebab mesti teringatkan HaHa RunningMan. hehe
KANAN. tapi jangan salah faham pula, inbox Gmail saya hanya penuh dengan notify bagai FB, TWITTER, BLOGGER. kehkeh
saya bukan peminat minuman ringan tapi i had no choice so I pilih kiri.
KIRI&KANAN
CASH :)


Which 1 are you?