Pages

1/03/2023

Tinggal sehari lagi

baru siap packing pakaian. sebab esok dah nak balik Sabah. Ya Allah lega betul esok dah nak balik, but at the same time, rawan juga hati ni. Ye la, walaupun aku meroyan dalam entri2 yang lalu, bottom of my heart, best juga stay kt sini.

Jumaat lalu kami tidur kat Bota, esoknya jalan2 pergi ke TLDM sebab ada pameran, lepas tu ada abang tldm manis je, alaa nak say hi malu pulak, kang matii ai kalau abang tu suami orang.. ahaks

siapa kenal? wahahahaha, dapat snap sekerat je sebab tak perasan abang tu hensem😝

tapi jalan kat area ni memang besar, dahlah parked jauh2, kaki aku sampai nak melecet , kan ada yang sampai nak mengelembung tu.. pedih woi! lepas tu singgah kt Teluk Batik, konon nak tengok laut, alih2 termandi laut pulaks ahahahaha

me and my nieces.

jujur ini pertama kali aku mandi laut. kejakunan tu jangan cakap lah, mula2 malu konon tapi bila tengok yang bertudung pun menyelam, aku apa lagi, terus gedebushh😂 malu2 kucings awww..

nak dekat 2 jam kot kami berenang2 , aku dah lah tak pandai berenang, ada hati nak pergi jauh2, tp scary woi ombak tu pandai hisap kau pergi tempat yang lagi dalam.. eh eh eh.. lepas tu kan, akukan rabun, then aku buka kacamata aku , then tetiba ombak datang habis glasses aku terjatuh dalam laut, memang impossible nak cari lah, laut tu😰.. aku dah panik and sedih, mood mandi laut tu terus turn off sebab dah imagined cmna la aku nak hadap life tanpa glasses..aku rabun teruk 🥲

tapi dengan kuasa Allah, berlaku MIRACLE, dalam 30 minit lebih aku pijak2 pasir dlm laut tu, rasa2 mana tau glasses aku kt situ gak, tp my niece Eca acah2 nak prank aku, sekali tengok dia betul2 jumpa weii, ALHAMDULILLAH! JUMPA BALIK MY GLASSES😭😭 MEMANG MIRACLE SUNGGUH (DARI ALLAH SWT FOR SURE!)

Lega sikit. kalau tak melayang duit wuahahaha..

lepas tu kami balik , tapi bila dah sampai kt rumah, orang rumah kt P. Buntaq tu datang pulaks.. alaahh macam nak kejar kami je , menyampah pulaks aku muahahaha.. tapi kak Mar tu rajin benor, serius aku kt sini memang tak pernah masak, sebab kak Mar ni, dia rajin masak , sampai yg aku ni takda peluang langsung nak masak lauk.. tapi best juga dorang ada sebab buat keramaian dalam rumah tu..

and yg paling bestnya, keesokkannya kami pergi ke air terjun sebab request dari my niece, Yin. best gilerr wei mandi air sungai, sejuk.. lagi best dari mandi laut

tapi nak turun tu memang azab la, jalan curam gila seperti dalam pic atas.. tapi berbaloi, tapi kt sini aku x tangkap pic sangat sebab aku dah kena rasuk untuk mandi sungai awal2, tggl abg ipar aku je yg rajin snap.. ada la sekeping 2 aku snap

yg tengah meniarap tu my sis lah, yg ai selalu umpat kt entri2 dulu.. hahahaha.. lepas je ambik pic ni, aku terus terjun wei , menggoda sungguh 🤣 .. memori plg best, insha Allah aku akan datang kembali sini ketika cuti sekolah.. ini memori paling indah, kat sini nak dekat 5 jam woi aku berenang.. ingatkan nak lagi keesokkannya (Isnin), tapimy sis kata, ptg isnin nak balik ke P. Buntar sebab nak packing pakaian, baju pun ada yg tak cuci lagi.. so yeah.. sekarang hari Selasa 3 January 2023, jadi, esok adalah our flight balik ke Sabah 4 January 2023 pd jam 4:05 pm..

so itu je memori yang ada setakat ini.. yes, aku akan kembali disini, tapi macam inilah , cuti sekali sekala.. semoga ada rezki Allah bagi, nak bawa my mom pulak. Ya Allah, terima kasih atas semuanya. semoga Engkau beri yang lebih baik dikemudian hari. alhamdulillah ❤