Pages

8/26/2019

Dakwah is cinta to si kafir

sorry for the tajuk hohoho


kafir ni ada 4 jenis: tapi aku ambil 2 je lah ye

1. Kafir Mu'ahad ( aku rasa ini plg sesuai )
2. Kafir Harbi

yg first tu, mereka kafir tetapi baik. menjalani kehidupan mcm biasa, bahkan Rasulullah pesan pada orang Islam sendiri, sesiapa menyakiti orang2 kafir zimmi, ia spt menyakiti diri Baginda itu sendiri. Subhannallah~ indahnya peribadi mu wahai Rasul utusan Allah❤💖.

and the second. kafir yang zalim. macam yahudi n amerika. nak contoh lebih dekat, tengok ja 2 puak dalam malaysia ni, yang beriya iya membangkang DR Zakir Naik dan menolak Khat. malas lah nak explen lebih2, korang mmg dah taw khenn😎

mereka inilah yang LAYAK untuk diperangi, sebab terang2an mereka menolak , menghina , membantah apa shj berkaitan dengan ISLAM. tak gunee betol !😤


tapi, aku taknak talk ttg kafir harbi ini sebab aku dah muak, n rasanya belum cukup ilmu aku untuk bahas ttg dorang. so the point is, aku nak talk ttg kafir muahad...

yup!

sebab apa... aku ada lah sorang dua kawan2 yang tak beragama Islam. mereka penganut agama lain.


aku rasa macam serba salah juga nak coretkan hal dorg disini, sbb aku ni manalah bagus sgt, sama pendosa mcm dorg, cuma keimanan je berbeza.


tapi, aku tetap sedih. sebab bila aku scrolling fb, nampak kawan2 non muslim aku ni kt newsfeed, happy je mereka. like nothing happen ~ tapi mereka tak tahu, happy, kaya, baik n macam mana pun mereka, pengakhiran mereka tetap ke neraka.

dan KEKAL.


ini bukan aku reka cerita ok. ini dari al Quran. dan SAHIH!


Minggu lalu, aku ada dengar kuliah ustaz Jaffri Mahmoodi, tajuk kuliah .... and ada dia sebut ttg orang kafir.

https://youtu.be/3Jip-KbZYeo

dia soal, pernah tak kita dakwah pada kawan2 kita yang bukan Islam utk masuk Islam? jgn kata masuklah... ajar mereka utk lebih mengenal Islam pun jadilah..


sebab if tak silap aku, ustaz Jaffri Mahmoodi kata, Allah swt akan tanya kita ( hisab ) pernah tak kita dakwah mereka? kenalkan mereka dengan Islam. sebab itu hak mereka, dan tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka, cuma pilihan or Petunjuk dari Allah swt yang menentukan nasib mereka. lepas tu kita dah lepas dah dari "task" tersebut. fhewww~

sebab kat akhirat kelak, seandainya kita bertemu dengan mereka ( rakan non muslim kita ) , mereka akan marah dan mengeji kita , or ok ke kalau aku guna ayat "membentak"?

mereka akan (sekiranya dipertemukan) membentak pada kita nanti, dengan dialog seperti di bawah:

ini aku ikut bulat2 dari ustaz Jaffri Mahmoodi taw! ( xlah 100% sama but lebih kurang )

kawan non muslim: kat dunia dulu kenapa kau tak ajar aku tentang islam? kau dah tahu aku kafir, mati akan masuk neraka dan kekal! tapi kenapa kau tak pernah nak ajak aku untuk masuk islam? tergamak kau buat aku macam ini. aku punyalah baik dengan kau tapi kau langsung tak tolong aku! sampai hati kau! aku mati kafir taw!!😭

( emoji tu aku tambah)

kau rasa2 nak menangis tak seandainya Allah swt takdirkan kita bertemu dgn mereka dalam keadaan mereka macam tu??

Wallahi ! aku tak sanggup! Ya Allah, aku kesian dengan mereka😣.

aku terkenang dolu2, mendiang teacher aku, orangnya cergas dan baik. bangsa kadazan, teacher Vera namanya, ex guru bi aku masa kat darjah dulu, tapi dah meninggal akibat kekurangan darah putih, mungkin umurnya tak sampai 50 tahun pun, dalam 2012 or 2014 kot dia died.😞 awal dia pergi, dan aku sangat kesian dengan nya. tapi siapalah aku, aku hanya mampu menadah tangan untuk berdoa agar mereka mendapat Hidayah dari Allah swt. but its too late now😭

lagi, guru musik aku masa darjah 1. nama guru tu Encik Kubar. dia ni mmg friend sgt dengan arwah uncle aku, and kawan ayah aku juga, orangnya baik, bersopan santun dan jarang marah dengan murid2😅. tapi, dia juga meninggal dalam keadaan kafir.😢

sedihnya. kalau ingat2 balik , dulu cikgu ni selalu lepak kedai atok aku , minum nescafe pagi2 sementara menunggu jadual untuk mengajar kami. and masa dia ajar kelas kami, dan dia akan suruh kami nyanyi lagu tentang burung terbang😊, and ofcourse bila masuk jadual waktu mengajar dia , kami happy gila sebab cikgu Kubar ni sangat2 cool🤗.

but again, he died in kekafiran😢

aku taknaklah persoalkan kawan2 muslim mereka jika pernah berdakwah demgan mereka or tak, sebab aku pun ... macam... tak.. pernah ber... dakwah... dengan kawan2 non muslim i

eh wait!

pernah lah!☺ masa tu darjah 1 but cara aku mmg nak minta pelempang lah hahaha🤣

aku: Ester... jom lah masuk Islam


ester: tak mahu! aku ada agama sendiri bah!! ( hah ambik kena marah, n yeah she is kadazan chinese )


and dia ni sgt2 relijes ok! kemarin dulu dia ada up video nyanyi about their god.

and

aku ada dua orang kawan non muslim. fenisia and anne. 2 2 cantik kio😆 serius 

F ni aku dah lama x dengar khabar , tp religious gak mcm E, dia pernah bawa Bible cover hitam dalam kelas , and aku pernah pinjam konon nak baca, dalam bible tu ada kisah nabi musa yang tumbuk orang hingga mati, dan ttg pohon yang tumbuh tinggi di bumi sehingga setiap penduduk bumi boleh melihat pohon itu. and esok nya aku kembalikan bible itu pada F.

A pula, dah kahwin, mother of 2 gegirl. anak comel2 nawww... tp rasanya A ni kurang religious🤣 haha.. masa we all form 4 or 5  , dia pernah bersin and sebut Alhamdulillah hahaha🤣🤣. all around her was muslims. sebab tu dia biasa sebut. and my friend piah kata

"anne, masuklah kau Islam"

anne senyum ja, dia tak marah macam E🤣


tapi aku berdoa, semoga Allah swt memberi taufik dan hidayah Nya kepada kawan2 non Muslim ku. 

bila throwback memori pada masa itu rasa rawan ja hati ni, aku sayang dorang kot! dalam syurga nanti boleh jadi jiran, berjumpa balik and lepak2 mengenang memori masa kt dunia dulu. Ya Allah😭

tbh, jauh disudut hati, even sekecil zarah, aku sayang dorang😞... tapi Hidayah itu milik Allah swt.

tapi dengan kaedah ini, aku akan share setiap ayat Al Quran, Hadis2 Nabi saw, apa shj ttg Islam, aku share kat newsfeed fb, sbb aku friend dengan dorang. manalah tahu hati mereka terbuka, Allah swt bagi hidayah masa tu, insyaAllah , Aamin, semoga Allah swt kabulkan doa2 ku.

tapi aku tak add Anne lagi.


                                      🙄


Law Kana Bainana

Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi


Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib


Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib


Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan 
kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, 
yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu,
masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang 
dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda, 
sebelum hilangnya,rasa yang meronta-ronta 
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


8/24/2019

Allah swt sangat baik terhadapku

salam.


minta halal pic nie taw💖




btw, sesiapa yang nak buku ni boleh cari kt instagram.
guna hashtag je.


حَدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِي، صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِي وَاللَّهِ لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بِالْفَلاَةِ وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَىَّ يَمْشِي أَقْبَلْتُ إِلَيْهِ أُهَرْوِلُ ‏”‏

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat(HR. Bukhari dan Muslim)

( copypaste dr  tzkrh.com )

kemaih

salam.

Entri ini akan membuka sedikit rahsia ku apabila dalam kelapangan...
yes... aku suka baca tajuk ni, haha sbb bagi aku ini topik luar biasa!

Bidadari.. siapa x suka baca? lebih2 lagi lelaki.. Alhamdulillah.. setakat nie ( haha ) masih belum jealos pada makhluk tercantik Allah swt. watpa nak jeles, i punyalah panasaran nak bertemu dengan bidadari ni. sungguh!
sebab, dari apa yang aku baca, bidadari nie bukan calang2, kecantikan yang mereka miliki tidak akan pernah mampu ditandingi oleh mana2 perempuan dunia. ( wallahua'alam )

sabda dari Nabi saw, ( jikalau Allah swt mengizinkan )

1. jika sehelai suteranya jatuh di bumi, nescaya bumi ini akan berbau wangi dan indah.

2. jika bidadari menjengukkan wajahnya di dunia ini, nescaya tenggelam cahaya menteri kerana sinaran wajahnya yang begitu indah.

3. jika bidadari meludah ke laut dunia ini, nescaya akan tawar 7 lautan di bumi ini.

subhannallah!

girls!! masih ada rasa cemburu dengan bidadari ke? level dorang ni sampai aku rasa jeles pun tak sempat aihhh!~

hebat ciptaan Allah swt.

jangan katakan lelaki, aku yang perempuan ni pun curious n teringin nak bertemu dengan bidadari...

tapi, walaubgmn pun, dari hadis Nabi saw, wanita dunia lebih cantik dan indah daripada bidadari, apabila dia ( wanita dunia ) masuk ke dalam syurga Allah. ini bukan aku reka reka pulak, Nabi saw yang kata.

subhannallah~

tapi aku ada terbaca komen ni kat youtube haha🤣
bukan Feo tu.. tapi reply bawah ni hah!😂


"kemaih" je dia kan... haha , ( maksud sembang )


8/16/2019

27 tahun

Alhamdulillah...

genap umur 27 tahun. yup, 1708.92 is my birthday🎂

kalau dulu sebelum masuk 17th pada bulan 8, aku kalut nak ambil diari dan coret dengan ayat ni ;

"diary, beberapa minit lagi aku akan berumur sekian sekian...." hahaha~

ya ,sebab bagi aku setiap momen umur aku adalah penting sbb aku jenis person yg suka throwback masa2 lalu.

tapi tahun2 kebelakangan ini macam malas dah fikir soal2 umur ini, buat stress my life ja☹ , and kena ajar diri ni utk terima realiti hidup, semakin hari aku beransur tua, coz i always perasan yg aku masih 17 tahun lol😂

so, sejak selalu mengingati kematian ni aku harus move on dari my age dan terima kebenaran walaupun pahit..

bagi kenangan2 yg lepas aku buat itu, segala pictures yg bakal aku padam dalam hidup ini akan aku padam selamanya, demi akhirat ku. tak apalah. demi Allah swt, aku padam!😊

sebab kat Syurga Firdaus milik Allah swt, aku boleh minta balik pada Nya, kenangan masa kat dunia dulu. InsyaAllah, Aamiin😄💖

so, takyah risau, sebab apa yang aku miliki didunia ini takkan kekal melainkan 3 perkara:

1. amal soleh
2. sedekah/amal jariah
3.doa anak2 yang soleh dan solehah

but....

cant deny my feeling, masih ada "cinta keduniaan" sikit, tapi aku akan terus berdoa kepada Allah, semoga Dia membuang perasaan ini , dan menanam kan cinta pada Akhirat yang kekal abadi.

i love this kind of feeling, bila kita bersyukur pada Allah swt , apa yang Allah bagi semua cukup. Subhannallah😍

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

8/15/2019

KISAH NABI MUSA AS DENGAN NABI KHIDIR AS


keterangan ayat 60 - 82

Menurut riwayatnya, bahawa ketika Nabi Musa as telah menjadi khalifah di muka bumi, sesudah mendapat kemenangan di Mesir, maka Allah swt menyuruh mengingatkan kepada kaumnya akan nikmat Allah swt itu.

Lalu Nabi Musa as berdiri berpidato kpd mereka: Allah swt telah menganugerahi kita nikmat yang maha besar, oleh itu marilah kita bersyukur kepadaNya. Allah swt telah memilih Nabi kamu (Nabi Musa as) utk bercakap2 denganNya.

Sahut mereka: Kami telah tahu ttg ini, sekarang kami bertanya, siapakah manusia yang paling alim?

*Jawab Nabi Musa as*: Saya.

Lalu Allah swt menempelaknya (menegur), kerana baginda tidak mengatakan: Allahu 'alam (Allah lebih mengetahui).

Kemudian *Allah swt mewahyukan kepadanya Nabi Musa as:* Ada seorang hambaKu yang lebih alim daripada kamu, iaitu Nabi Khidir as, kamu boleh berjumpa dengannya di pertemuan dua laut, iaitu laut Rom dan laut Parsi, di tepi pantainya dekat batu besar.

*Berkata Nabi Musa as:* Ya Rabbi! Bagaimanakah jalannya supaya aku dapat berjumpa dengannya?

*Firman Allah swt:* Hendaklah kamu ambil seekor ikan dan masukkan ke dalam gantang, apabila ikan itu telah hilang, maka di sanalah tempatnya Nabi Khidir as.

Kemudian pergilah Nabi Musa as bersama pengikutnya(pemuda) menuju ke tempat itu. Setelah sampai di sana, Nabi Musa as tidur, lalu ikan itu bergerak sehingga jatuh ke dalam laut. Kemudian keduanya meneruskan perjalanan. Setelah esok harinya, ketika makan tengahari, Nabi Musa as memeriksa ikan itu, tetapi tidak ditemui lagi, lalu ditanyakan kepada pengikutnya.

Sahutnya: Ikan itu telah jatuh ke dalam laut.

Mendengar demikian, keduanya kembali menuju batu besar itu. Di sana Nabi Musa as bertemu dengan Nabi Khidir as, iaitu seorang hamba Allah Taala yang mendapat rahmat dan ilmu dari sisi Allah swt.

*Berkata Nabi Musa as kepada Nabi Khidir as:* Bolehkah aku mengikut kamu, supaya kamu ajarkan ilmu / petunjuk kepadaku?

*Nabi Khidir:* Kamu tidak sanggup bersabar bersamaku.

*Nabi Musa as:* Kamu akan mendapatiku sabar, InsyaAllah dan aku tidak akan menderhakai perintahmu.

*Nabi Khidir as:* Jika kamu mengikutiku, jangan kamu tanyakan sesuatu apapun, nanti akan kuterangkan kepadamu sebab-sebabnya.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga keduanya menaiki sebuah perahu, lalu Nabi Khidir mengorek lantai perahu itu.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu korek lantai perahu ini, nanti tenggelam penumpangnya. Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Maafkan aku dan jangan kamu seksa aku kerana kelupaanku. 

Setelah turun dari perahu itu, keduanya berjalan sehingga keduanya bertemu dengan seorang kanak-kanak, lalu Nabi Khidir as membunuhnya.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu bunuh seorang kanak-kanak yang suci jiwanya , tanpa ada kesalahan? Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Jika aku bertanya juga sesuatu selepas ini, maka janganlah kamu menemaniku. Sesungguhnya kamu cukup memberi uzur kepadaku.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga sampai ke satu negeri. Lalu keduanya meminta makanan kepada penduduk negeri itu, tetapi tiada seorang pun yang mahu menjamu (memberi makan).

Kemudian keduanya mendapati sebuah rumah yang hampir roboh dindingnya. Lalu Nabi Khidir as membetulkannya.

*Nabi Musa as:* Jika kamu mahu, baik kamu ambil upahnya.

*Nabi Khidir as:* Sekarang adalah perpisahan antara kamu dan aku. Nanti kuterangkan kepada kamu sebab2 yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya:

1. Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang2 miskin yang berusaha di laut. Aku rosakkan perahunya, supaya tidak dirampas oleh raja yang merampas setiap perahu yang masih elok. Jika telah rosak, tidak akan dirampas. Dengan demikian, terpelihara perahu mereka.

2. Adapun kanak-kanak itu, adalah ibubapanya orang mukmin. Kami khuatir jika dia dewasa, nanti dia akan memaksa ibu bapanya menjadi derhaka dan kafir. Sebab itu kami kehendaki, supaya Allah swt menggantikan dengan anak yg lebih baik daripadanya.

3. Adapun rumah itu adalah kepunyaan 2 orang anak yatim dalam kota. Di bawah rumah itu ada tersimpan harta benda peninggalan bapa mereka, sedang bapa mereka seorang yang saleh. Allah swt menghendaki, ketika keduanya telah dewasa, mereka mengeluarkan harta benda itu sbg rahmat dari Allah swt. 

*Nabi Khidir as:* Semua yang aku buat bukanlah mengikut kemahuanku, tetapi ilham dari Allah swt. Itulah sebab musabab apa yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya.

8/04/2019

rindu!

Salam...

actually agak malu juga untuk i coret disini.

berkenaan dengan rindu.

hmm.. sometimes aku rindu nak mati cepat, tapi aku sedar amalan ku belum cukup, and aku tahu dengan keadaan aku yang bergelumang dengan dosa nie, mesti Allah tak suka sambut aku😥

cuma aku akan sentiasa berdoa pada Allah swt❤, semoga Dia menjemput aku dalam keadaan yang Dia redhai💖💖 aku mengimpi kan kematian yang dirindui dan dicemburui oleh orang2 soleh..

mati Husnal Khotimah.

x dapat HK, mati dalam beriman pun jadilah. Amiin Ya Rabb❤

utk mendapatkan kematian yg dirindui itu aku kena usaha keras utk meraih keredhaan Allah swt❤, aku teringin mendapat balas kasihan dari Allah Azza Wa Jalla❤❤.

i know it wasnt easy. kena ada istiqomah yang kuat dalam diri. sebab itu kena minta pada Allah. kalau boleh semua kena minta pada Allah. Tuhan yang Esa, yang Maha Tunggal❤

Ya Allah, beruntungnya manusia2 yg dicintai oleh Mu❤. sgt2 beruntung.

guys, bayangkan diri kita dicintai oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Subhanallah!

Ya Allah, pilih lah aku utk menjadi org yang Engkau cintai seterusnya😢.

aku sedar aku jarang dekat kepada Mu, tapi aku tetap tidak akan berputus asa keatas Rahmat Mu Ya Allah swt.

Ya Allah, i really love You. tapi aku memohon keampunan kepada Mu, kerana setiap kali ada yang menghina Mu, adakalanya aku tak dapat mempertahankan Keagungan Mu, asbab kebatasan ilmu aku selalu terdiam diri. and kadang2 aku balas balik tp mungkin dgn cara yang tidak Engkau suka. so aku pilih untuk diam.

wahai Tuhan ku Yang Maha Esa❤

Ampuni lah dosa2 kami😢... sungguh kami dalam kelalaian.