Pages

3/27/2019

fashion black






















study

insyaallah, jika tiada aral melintang, sekarang ini ada intake dip.pendidikan awal kanak2, aku akan masuk.

biarpun ada rasa gerun sikit dengan study ni, aku rasa aku patut ambil kot, sebab susah.. aku dah lah x dapat sambung belajar, apply kerja lvl spm pun tak lepas2.. still tiada panggilan, jadi sementara menunggu, baik aku sambung belajar..

sebab aku tiada berbuat apa2 pun.. rasa menyesal pun ada, memang menyesal pun haha.. tapi aku anggap ini sbg lesson untuk menjadi someone better. insyaAllah... tahun ini, aku banyak ujian dari tahun2 sebelumnya. serius !

first. aku nak tinggalkan maksiat.. selama ini aku lalai, bukanlah maksiat zina geli2.. tapi, maksiat ini sangat2 luas, tengok kpop seksi tu pun dah kira maksiat.. belum lagi terkinja2.. aku serius.... jauh terpesong. aku jauh dari Allah..

2. aku nak jaga ibadah aku kepada Allah. ya Allah, aku hidup dengan perkara yang sia2 selama ini, dan aku tahu kenapa aku tidak mencapai kejayaan . sebab aku ingkar, tidak mengingati Allah.. aku bermunasabah, tapi aku tiada usaha.. kan itu tidak betul. ampunkan aku Ya Allah..

3. aku nak jadi anak yang solehah. aku seorang yang free hair, my dad dah tak tahu nak kata apa dah, aku buat derk ja.. my bro selalu tegur aku untuk tutup aurat, but aku wat dono je.

4. aku nak workhard. serius, aku selalu leka, mengeluh kenapa tak ada saving yg mencukupi.. btw aku malas, aku selalu complain dalam entri2 yang dulu, actually aku yang takda usaha pun.. sikit2 mengeluh, putus asa...

dan ke 5. aku nak patuh pada Allah.

doa kan aku ya.. sesungguhnya aku memang sangat nak berubah, tapi nikmat dunia ni mmg sangat2 mencabar.. semoga Allah pelihara kita dari fitnah dunia. aamin ya rab !

ig

well dia dah unfollowed aku di ig yg satu.. btw, semalam aku berdoa, supaya dia unfollow aku, and petang tadi bila aku check, dia dah unfollow

mustajab pula doa aku semalam haha... and x dinafikan aku ada terkilan sikit case ni, tapi yela.. dia status dah lain, bukan bujang lagi, plus dapat pula isteri yang solehah kan?

tapi aku dah okay, alhamdulillah... cepat Allah ubatkan hati aku... benarlah kata orang, cinta pada manusia yang melebih2 selalunya merosakkan kita.. cinta kepada Allah adalah sebaik2 cinta sejati..

dan aku merasa bodoh kenapa aku masih tak boleh moveon... padahal, bukannya kami pernah bercinta pun.. memang bodoh sangat.

aku berdoa pada Allah, semoga Dia kikiskan perasaan aku pada dia.. dia suami orang dah kot.. gila pula tergila2 kan dia.. berdosa fi !

3/24/2019

dah kenapa fi~

nak tahu tak.. sekarang ni aku dalam mode yang desperate nak ada boyfriend aka future husband.. ya Allah, betul2 kena kat batang hidung aku yang x berapa mancung ni.. dulu aku look down pada girls out there yg selalu update ttg boys..boys.. boys.. i siap kata yang dornag nie desperate gila nak kawen, tak boleh hidup tanpa lelaki.. pathetic!

guess what?

it happened to myself dowh! aku nyesal sangat2.. Allah balas balik apa yang aku cakap. tahu tak yang aku memang desperate gila sekarang ni, ye lah, aku frsut sbb luke dah kahwin kemarin dulu. mesti dia dah tak teruna kan? hahaha lol skip this part xD

tahu tak tahap desperate aku , aku sanggup pakai pic sebenar, plus edit sikitlah hahaha, dan berharap ada lelaki yang akan add aku kat facebook... and mestilah dengan muka tak semenggah aku ni berharap agar lelaki high2 class akan pm aku, tapi haram takda! hahaha... ya Allah, sampai begitu sekali tahap desperate aku.. akhirnya word pathetic tu berbalik pada diri ini.

bukan itu sahaja, kat ig pun aku guna pic sebenar semata2 nak draw attention ex boyfriend aku balik, and aku berharap yang dia akan dm aku semula, lagi sekali HARAM takda... aku nak dm dia malu pulaks, ye laa.. mana lah taw dia tu dah jadi suami orang kan? tak pasal2 aku kena viral kt social media.. fyi, selama ni aku block dia kt ig..haha.. now dah unblock .. entahlah, mungkin dia tak perasan kan aku kot, tapi aku still berdoa, andai dia adalah jodoh ku yang tertulis di luh mahfuz, maka pertemukanlah kami ya Allah..

ok, berbalik pada kes desperate... aku rasa hina sangat, ye la, kat fb , aku join kelab cari jodoh.. ya Allah, aku tak sangka yang aku desperate sampai ke tahap ini.. sesungguh nya aku malu T,T .. ptg tadi, ada seorang mamat yang aku berkenan, aku just sent sticker "hi" kat dia... tanda nya aku nak dia pm aku, sebab aku segan dowh... tapi krik..krikk.. dia just like my komen.. haha, sekali lagi aku terpukul.. dulu aku selalu jual mahal dengan lelaki (tapi yg ini harus lorh) , sekarang aku seperti terkejar2 kan diorang ni.. yelaa, lelaki yg pernah syok kt aku, semua dah kahwin.. jd aku rasa sunyi, bila semua orang dah kawin..

bukan sunyi maksud jahat, i mean... seriously,1 pun tkda menyangkut sbg jodoh? bila dah jadi macam ini, baru aku terngadah! seperti, ada yang mengejar aku... and pertanyaan kenapa tak kahwin lagi? aku sedih taw.. kadang2, aku rindu pada ex bf aku, serius talk, dia sangat2 baik... lembut, dan beragama.. owh yah!

sebut pasal beragama ini, yaa... faktor ni pun buat aku sedih... ex bf aku ni baik orangnya, latar belakang pun ok, berkerjaya, rupa pun boleh tahan.. tapi i dump him! aku masih ingat lagi text dia

"dah 2 tahun syg, x kan tamatkan shj"

"kita kahwin syg" <-- ya Allah, bila aku baca balik text ni , aku rasa nak meraung taw!

actually dia plan nak datang merisik bila kewangan dah stabil, sebab dia nak kumpul duit kawen masa itu..


....................................................................................................................

ok after dots atas tu aku berhenti jap, sebab aku nak screenshot dm aku dgn my ex, ya Allah, aku terkedu balik baca dm2 kami yang dulu.. Ya Allah, aku baru sedar... ok, aku tamat kan entri ni disini dulu.. aku rasa macam nak datang migrain pula kerana perasaan serba salah yang menebal dalam diri ini. hatiku kembali sedah T_T

3/22/2019

luke

selamat pengantin baru untuk si dia.. walaupun dia belum lagi bernikah haha
cuma malam ini adalah malam terakhir di bergelar bujang, esok sudah bergelar suami... gosh, aku nak move on cepat2 lah.. malas nak memikirkan tentang al ini. serius sakit dowh!

semalam aku whatsapp dia, tanya perkembangan majlis dia, and disamping itu aku nak calls dia , but he was busy lah.. siap ngadu lagi dia dia bt accident kecil. but nvm, and he screenshot his conversation with his brother yg lawa tu haha.. nak tahu tak semalam aku macam orang gila sebab sedih yang dia bukan jodoh aku..

sampai termimpi2 pula yg adik dia nak berkenalan dengan aku.. tp malangnya hanya dalam mimpi dowh~

its hurt for me, dah lah tahun lalu aku brokeup dengan my ex, then hati aku ok sikit... lepas ni aku kena lalui fasa ini sekali lagi.. ya Allah, its hurt for me. but i trust Allah swt.. dalam soal jodoh ini, aku tak minta yang demand.. yang penting agama terjaga, yang boleh bimbing keluarga ke jalan Allah..

sebab sejak aku kenal Luke ni, aku macam terinspirasi juga untuk berubah, nak mendekatkan diri pada Allah, tapi bukan berubah sebab Luke..

andai jodoh dia adalah wanita itu, maka aku doakan perkahwinan mereka hingga ke Jannah...

selamat pengantin baru, Luke. you will be my friend, forever <3

ps: bertuahnya kau wahai perempuan... T_T

3/15/2019

lelaki

haha seram sejuk pula aku malam ini..

sangat2 tak disangka... boys, bagi aku kamu makhluk yang menakutkan, tapi, kamu juga makhluk yg menjadi rebutan kaum hawa...

anggaplah, sebaik mana pun dia.. dah namanya lelaki, jangan sesekali kau jolok sarang tebuan... kang meletus. scary weiii ! hahaha~

tapi aku takleh salah kan dia 100% , mungkin dia tersalah faham padahal aku hanya mengusik cara sweet tapi fikiran nya melencong habis ke lautan nafsu.. nasib aku seorang wanita yang baik beriman malah cantik ( amiin ya rabbi , insyaallah suatu hari nanti ) haha , aku cuba tolak cara baik, suh dia tidor awal2 n say gudnite too him... dah lah seminggu lagi getting married, sabar doh! lol

9 tahun kenal, 1st time dia nak noty2, kimsalam jer lah,.. kalau nak noty2, pinang terus aku ni, we shud get married, but he ignored me..

alhamdulillah, aku berjaya elak. semua nya demi Allah swt, aku juga nak jodoh yang baik2 dari Allah, jadi aku kena jaga diri, batas supaya tidak terjebak dengan maksiat.. Ya Allah, terima kasih ya Allah, Engkau selamat kan aku dari dosa2 kecil dan besar, semoga esok, atau bila2 nanti, Kau beri kanlah aku kekuatan untuk berubah, dan mencintai Mu ya Allah, tiada siapa lagi yang aku boleh percaya dalam dunia ini melainkan Engkau, Ya Allah.. aku mahu kan hidayah Mu ya Allah..

moga bila2 nanti, Kau beri aku peluang untuk memperbaiki diri ini. Aamin yarabbi ~

to the girls yang tgh kapel tu, jaga la diri, mmg sweet bercinta ni, tapi jangan keluar dari landasan Islam. jauhi maksiat, jangan sekali2 beri peluang pada Boyfriend/tunang anda nak ber noty2 dengan kau orang... walau siapa pun lelaki itu, alim ke,warak ke, pegawai ke, suami orang ke, miskin kaya ke, jangan pernah bg peluang, sebab lelaki is lelaki.. nafsu dorg cepat naik.. percaya lah..

jaga diri girsl out there!

semoga Allah jaga kita, mahupun lelaki or perempuan..

3/02/2019

planning.

dalam tengah menaip ni, hati aku rawan semacam. yelah, bila dah tahu yang my crush akan berkahwin pada 23 hrbln 3 nie.. sedih sangat pula, bila dah kawen nanti, tak boleh dah mesej2 macam selalu.. sekarang ni, tinggal dia seorang yang rajin layan aku, almaklum lah, boleh dikatakan hampir semua kawan2 aku dah kawen.

aku seorang je lagi yang membujang. sedihnya... bukan aku desperate nak kawen, tapi entahlah, macam aku tetiba sedih... mungkin sebab diatas kot. huhu... but nvm lah...

ok, planning aku tahun ini... just planning lahh.. doa2 kan Allah swt permudahkan ya..

kalau dapat kerja, aku plan akan kerja dahulu untuk setahun lebih, then ambil pjj, kalau tak, aku akan meniaga kuih, dan still belajar.. skg susah, semua nak ijazah... nyesal juga sebab tak ambil p.a.k2 .. yang ni, hanya satu2 nya saja untuk aku menaik taraf kan diri.

so, aku memohon pada Allah, supaya Engkau kabulkan segala doa2 ku. Aamin ya rabb.