Pages

8/15/2019

KISAH NABI MUSA AS DENGAN NABI KHIDIR AS


keterangan ayat 60 - 82

Menurut riwayatnya, bahawa ketika Nabi Musa as telah menjadi khalifah di muka bumi, sesudah mendapat kemenangan di Mesir, maka Allah swt menyuruh mengingatkan kepada kaumnya akan nikmat Allah swt itu.

Lalu Nabi Musa as berdiri berpidato kpd mereka: Allah swt telah menganugerahi kita nikmat yang maha besar, oleh itu marilah kita bersyukur kepadaNya. Allah swt telah memilih Nabi kamu (Nabi Musa as) utk bercakap2 denganNya.

Sahut mereka: Kami telah tahu ttg ini, sekarang kami bertanya, siapakah manusia yang paling alim?

*Jawab Nabi Musa as*: Saya.

Lalu Allah swt menempelaknya (menegur), kerana baginda tidak mengatakan: Allahu 'alam (Allah lebih mengetahui).

Kemudian *Allah swt mewahyukan kepadanya Nabi Musa as:* Ada seorang hambaKu yang lebih alim daripada kamu, iaitu Nabi Khidir as, kamu boleh berjumpa dengannya di pertemuan dua laut, iaitu laut Rom dan laut Parsi, di tepi pantainya dekat batu besar.

*Berkata Nabi Musa as:* Ya Rabbi! Bagaimanakah jalannya supaya aku dapat berjumpa dengannya?

*Firman Allah swt:* Hendaklah kamu ambil seekor ikan dan masukkan ke dalam gantang, apabila ikan itu telah hilang, maka di sanalah tempatnya Nabi Khidir as.

Kemudian pergilah Nabi Musa as bersama pengikutnya(pemuda) menuju ke tempat itu. Setelah sampai di sana, Nabi Musa as tidur, lalu ikan itu bergerak sehingga jatuh ke dalam laut. Kemudian keduanya meneruskan perjalanan. Setelah esok harinya, ketika makan tengahari, Nabi Musa as memeriksa ikan itu, tetapi tidak ditemui lagi, lalu ditanyakan kepada pengikutnya.

Sahutnya: Ikan itu telah jatuh ke dalam laut.

Mendengar demikian, keduanya kembali menuju batu besar itu. Di sana Nabi Musa as bertemu dengan Nabi Khidir as, iaitu seorang hamba Allah Taala yang mendapat rahmat dan ilmu dari sisi Allah swt.

*Berkata Nabi Musa as kepada Nabi Khidir as:* Bolehkah aku mengikut kamu, supaya kamu ajarkan ilmu / petunjuk kepadaku?

*Nabi Khidir:* Kamu tidak sanggup bersabar bersamaku.

*Nabi Musa as:* Kamu akan mendapatiku sabar, InsyaAllah dan aku tidak akan menderhakai perintahmu.

*Nabi Khidir as:* Jika kamu mengikutiku, jangan kamu tanyakan sesuatu apapun, nanti akan kuterangkan kepadamu sebab-sebabnya.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga keduanya menaiki sebuah perahu, lalu Nabi Khidir mengorek lantai perahu itu.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu korek lantai perahu ini, nanti tenggelam penumpangnya. Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Maafkan aku dan jangan kamu seksa aku kerana kelupaanku. 

Setelah turun dari perahu itu, keduanya berjalan sehingga keduanya bertemu dengan seorang kanak-kanak, lalu Nabi Khidir as membunuhnya.

*Nabi Musa as:* Mengapa kamu bunuh seorang kanak-kanak yang suci jiwanya , tanpa ada kesalahan? Sesungguh kamu melakukan sesuatu yang mungkar.

*Nabi Khidir as:* Tidakkah kukatakan kepadamu, bahawa kamu tidak sanggup bersabar bersamaku?

*Nabi Musa as:* Jika aku bertanya juga sesuatu selepas ini, maka janganlah kamu menemaniku. Sesungguhnya kamu cukup memberi uzur kepadaku.

Kemudian keduanya berjalan, sehingga sampai ke satu negeri. Lalu keduanya meminta makanan kepada penduduk negeri itu, tetapi tiada seorang pun yang mahu menjamu (memberi makan).

Kemudian keduanya mendapati sebuah rumah yang hampir roboh dindingnya. Lalu Nabi Khidir as membetulkannya.

*Nabi Musa as:* Jika kamu mahu, baik kamu ambil upahnya.

*Nabi Khidir as:* Sekarang adalah perpisahan antara kamu dan aku. Nanti kuterangkan kepada kamu sebab2 yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya:

1. Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang2 miskin yang berusaha di laut. Aku rosakkan perahunya, supaya tidak dirampas oleh raja yang merampas setiap perahu yang masih elok. Jika telah rosak, tidak akan dirampas. Dengan demikian, terpelihara perahu mereka.

2. Adapun kanak-kanak itu, adalah ibubapanya orang mukmin. Kami khuatir jika dia dewasa, nanti dia akan memaksa ibu bapanya menjadi derhaka dan kafir. Sebab itu kami kehendaki, supaya Allah swt menggantikan dengan anak yg lebih baik daripadanya.

3. Adapun rumah itu adalah kepunyaan 2 orang anak yatim dalam kota. Di bawah rumah itu ada tersimpan harta benda peninggalan bapa mereka, sedang bapa mereka seorang yang saleh. Allah swt menghendaki, ketika keduanya telah dewasa, mereka mengeluarkan harta benda itu sbg rahmat dari Allah swt. 

*Nabi Khidir as:* Semua yang aku buat bukanlah mengikut kemahuanku, tetapi ilham dari Allah swt. Itulah sebab musabab apa yang tidak sanggup kamu bersabar terhadapnya.

No comments:

Post a Comment