Pages

12/14/2015

Kisah Kota Kumbahan...

Hi.. 
(Just say biarpun tada orang kat sini. hihi)

Ini kisah semalam, sedang I menelaah facebook.. I ada terbaca sejarah tentang Kota London, panjang lebar dia share tapi sangat menarik untuk dibaca. I don't know lah kalau kisah ni real atau tidak sebab I was born in 1992 not 1400-1500 . aha~~ Saya nak sangat share post ni kat sini, so siapa2 yang singgah silakan baca and komen!



FAKTA MENGGELIKAN MENGENAI TAMADUN BARAT YANG KITA WAJIB TAHU!!!

Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama( Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yg dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu... kasut bertumit tinggi dan sebagainya. lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London...

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam Tamadun Melayu. Gambaran anda tentang Tamadun Melayu hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yg becak serta berlopak...serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yg berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yg hampir sama bagi semua org yakni earth tone, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong! Minda anda telah terprogram dgn filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan London pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yangg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun... pepatah inggeris ada menyebut 'from breast to the beer bottle' yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum. Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu... keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa 'Paris was the foulest and smelliest cities in Europe'. Jadi, anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata... mungkin kedengaran silly bukan... tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dgn pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nak tutup bau taik yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yg lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa... istana ini memang penuh dgn perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai 'kubang tahi' atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yg bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa 'melepaskan pelaburan mereka' di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nakk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil' di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar'.

Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette shj yg mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebb banyk makan gula dan tak gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan...keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?

Sistem peparitan konon...sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa 'eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun'.

-ASJ-

Nah?! Amacam? Hahaha... Seriau baca.. 

sumber: Sini^^

11/28/2015

cuteness overload.

Hi...

Ya ampun, korang, cuba korang tengok video ni, ha ha ha, cuteness melampau bila awek Jepun cuba speaking English.


slow se~pekkk...preesse! xD 

comel hokay!

ada banyak lagi kat Youtube video camni, jom layan meh.

can't believe this video was a long time~time ago.. T_T

11/20/2015

International breaking news!

Hi...

Tak tahulah ini rumour ke real tapi rasa bimbang sangat dengan negara kita. Basic dah our country ni di banjiri oleh PTI yg x berdaftar dari negara spt Africa, Indonesia, Filipina dan Bangladesh. ( aku ada story ttg awang hitam ni, update later)

Nampaknya 1.5 juta rakyat Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia tak lama lagi (lupa tahun berapa). Scary gilakan?!!

Taktaw lah apa yang sedang bermain difikiran pemimpin negara sekaran ni, memula GST, diusuli kenaikan harga minyak RON95.. tapi I rasa kes tu I can endure la juga, sbb we used to it kan. kes minyak naik tu mungkin setiap tahun dah. mcm  dah lali.

So kalau benarlah perkara ni akan berlaku, say goodbye to our exotic look, our traditional food, our peace of mind, kebersihan setempat, our culture *konon* .. lps tu berkumandang lah lagu2 dari Bangladesh, jangan hairan jika kadar jenayah dalam negara kita meningkat naik, and yang paling penting, I Love Malaysia.

oh jgn lupa, negara kita bakal diketuai oleh orang Bangladesh hahaha.. 


Bila PRU akan datang nanti, think it wisely. Setakat kenaikan BRIM RM1500++ next year jangan putih mata. Ingat, nak kesenangan berpanjangan atau kesenangan sementara? Cukup2 lah. Baca pic diatas ni, mungkin berbaur sarkastik tapi tak mustahil. Huhuhu..

note: pekerja Bangla setia? Hah! U gotta be kidding me.

Last Quarter of the Moon- Manga

Not so book lah sangat sebab I baca dalam internet, rasanya takda jual in Malaysia plus no copyright untuk diterjemah kan. Tapi selepas membaca komik ini, I felt something different from my feeling. I rasa seram, tak masuk akal dan ... entah. I pun tak tahu nak explain this feeling, hebat sungguh Yazawa Sensei ni. Cewahh. Skema nya.

eh, ter-edit pula! he he


Tapi serius, sememangnya karya Ai Yazawa ini memang tak pernah mengecewakan saya, coz her storyline, artwork and character sedikit berbeza dari manga2 yang I pernah baca. Shud I call masterpiece? he he! Mungkin x sampai lah Masterpiece macam FMA, tapi storyline camni lah saya suka. Not really typical macam budaya "notice me senpai" (mungkin ada sedikit la).

mansion ni jadi trademark!


Dari series manga Paradise Kiss, Gokinjo Monotgori dan NaNa, Last Quarter ni buat I terpesona sebab dalam storyline(banyakaliulang) dia yang bergenrekan slice of life, dia juga menyelitkan genre berunsur supernatural. Kalau baca one-kick (sekali imbas) memang tak faham sebab dia ada unsur flashback and kronologi yang berbeza. Seperti biasa, macam mangaka yang lain Aizawa sensei selalu menampilkan banyak karekter sehingga I konfius mana satu heroin mana satu hero nya. he he he!

So, I'm not recomend but I just introduce to y'all, terpulang pda kamu kalau hendak baca, sebab manga ni unik, dan beautiful. Sekarang I repeat baca manga ni nak fahami jalan ceritanya. My rating, 9/10.

b.log pilihan?

Hi...

as usually kita semua ada taste in everything even dalam dunia blogging, ada certain blog kita suka, ada certain blog yang kita 'pangkah'. For me, saya mudah tertarik pada blog yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

1. Kemas
Blog x semak dengan widget2 berat dan bersepah dalam blog. Serius, I secara peribadi amat menitik beratkan kekemasan pada blog, thats okay kalau semak sikit, tapi kalau semak banyak widget dan entri bercampur aduk, boleh mengganggu ketenteraman blog. Serius!

2. Ringan
Since my lappy nih selalu hang dan berat, almaklum lappy murrrahhh. Blog yang ringan adalah terbaik so far and foreberrr untuk saya layari. Smooth jerrr he he he


pic out of topic ihihihi

3. Otaku[anime&manga review]
Saya suka dengan anime review, dan manga juga, tapi now nih saya lebih suka menonton anime instead of reading. So siapa2 rasa diri dia Otaku, jom follow I. Tapi I jarang post tentang anime sebab x pandai buat review. T.T

5. Informasi
Entri yang memaparkan info-info menarik. 

7. Penulisan blog
I knew it, setiap orang punya gaya penulisan tersendiri, tapi saya pun tengok orang juga, IDC kalian guna bahasa marang krapuh or watever, please guna lah punction word spt koma, noktah, tanda seru. Jangan straight dan tiada perenggan hingga ke akhir cerita. I yang baca nih pun semput-sempt jadinya, macam orang ikut marathon. LoL. hamboihh2 macam guru BM pula daku ini. keh!

8. Selalu update
Secara personally, saya suka blog yang sentiasa update, xkesah lah kalian update apapun, kalau free saya tetap akan buka dan baca sampai habis(online guna hp mmg senang). Cuma ada yang sempat komen dan tidak. Masa terhad -_-

9. Blog yang terjaga
no haters, anonymous. Bahasa carut mencarut dalam ruang komen, siap sambung lagi "orang bawah anak *****" . Ruang komen too public, thats why I faham kenapa ramai skg blogger memasang komen moderation. Bukan takut kena bash tapi some people suka sangat membuat onar dalam blog orang lain. So blog yang terjaga ni, baru orang berani nak komen, sebab ruang komen terjaga dari ayat2 kejam dan kotor. Tak gittew?!! Heu heu heu

So, itu saja. Kamu pula ?hehehe

ps: teringin blog ni cantik2 tapi malas nak edit

11/15/2015

Blogging alone.

Hi..


"alone" is my style?

Sebab apa I jarang active blog dah macam dulu, sebab ni lah, blogging sendirian. Mungkin dalam circles kehidupan saya hanya saya ja kot yang gigih/ada blog, coz bila I tanya circles saya semua cakap "xda blog". Pernah ajak orang terdekat berblogging tapi takut pula segala hal peribadi habis dierceritakan dalam blog. Cukup2 la kat facebook ya 😅. Ajak kawan pun mesti cakap "buang masa la blog2 tuh" padahal diorang tak tahu benefit blogging tu, boleh dapat side income daripada updated status kecewa oleh pakwe kat facebook. Itu lagi buang masa kan?

Lagipun rakan blogger yang I rapat kat sini dah jarang aktif macam dulu sebab masing2 ada life sendiri. Eh eh kejap, ini tak bermaksud I takda life tapi, blogging dah jadi hobi. A part of my life, busy camna pun mesti check blog ni. Hehehe.. Sekarang ja I rajin online sebab dah nak dekat cuti sekolah “ψ(`∇´)ψ hoorayy!

So, yeah.. Saya blogging alone. Nak blogwalking tapi keyboard lappy rosak, ada certain key tak berfungsi. Sekarang pun online kat hp, tu pun bateri dah nak habis. Aihhhh.. too many problems I had... ok lah. See ya again~

Miranda Kerr vers. Korean

Hi....


Mirandaa.. Nama se~gah orangnya. Wajah ala babyface, senyuman menawan dan berlesung pipit. Malah mempunyai ketinggian badan sepanjang 175cm. Siapa x tertawan? Memang layak berjalan megah di pentas Victoria Secret. Bekas isteri kepada aktor Orlando Bloom ini memang digilai ramai lelaki termasuklah Exo Oh SeHun T,T. Untung gila. Dah lah Miranda skg nih single mother (´∀`) heu heu. (Sehun aiap bagi album Exodus hoi!)

Stop mencarut. Sebenarnya ini berita lama, tapi saja nak post balik disini since saya sendiri minat dengan Miranda Kerr. She is extremely gorgeous and cute ya. Tapi x seobses minah korea nih. Dia punya obses, sampai sanggup tukar wajah dia dari asal ke wajah Miranda Kerr. Ingatkan trick mekap, but I was wrong. Dia memilih untuk menjadi 'Miranda K' dengan menjalankan operasi pembedahan plastik . WOW ! ⊙︿⊙

Gilaa wahh. Berani betul. Jom kita tengok gambar si Miranda Korean nih. 










 Memang cantiklah. Even her body pun persis Miranda Kerr. 




Tapi, kalau saya adalah dia, I saman pihak klinik PS tuh. She really think that she look like Miranda Kerr?? LOL! IDTS... coz to me she look more like DeVOn Aoki.



P/S: tapi Devon cantik apa ^,^

11/13/2015

Elak movie ini.

Hi..

Okay la, today aku nk bagi tips dan advice serta cerita kat korang dalam entri ni, sebelum tuh.. Google dulu sinopsis filem yang hendak ditonton dan tengok trailer at Youtube. Jadi bila dah siap download takdalah nanti kecewa habis-habisan.

Coz  my cara dulukan, I just randomly memuat turun movie dari internet tanpa mengkaji dari mana asal usul movie tuh. Bila sudah play, sekali bahasa movie sound Swedish daah. Rupanya movie tersebut dari negara lain. Taste I movie dari Hollywood ja.

One time, I accidently termuat turun cerita paling gila yang boleh buat saya trauma. Memang gila!!! So sejak dari kejadian tu, I need to be careful sebab bukan sahaja membuang masa, malah membunuh "jiwa".  Serious ni!!

Kalau ramai yang komplain tentang drama2 tempatan teruk dan xda faedah, now I'm telling you, cerita yang I download lagi gila, its beyond our imagination.

Tapi, I tak suruh korang tengok kay, demi keselamatan mental dan psikologi, I juz bagi klue. tak mahu bagi tajuk bulat-bulat nanti ada yang gatal pergi cari these creeepy movie :/

1. Manusia sambung-sambung
PerangFilem ada buat review tentang filem ni, terkejut juga admin blog tuh boleh tonton sampai habis, coz kalau I memang x lalu ahh, baca sinopsis pun saya dah rasa jijik, inikan pula menonton. Bayangkan survive dengan kaedah "mouth to anus"?? Kimsalam je kay!! nasib baik lah filem ni underrated. tapi pengarah dia x pernah putus asa sebab filem ni ada trilogi, bila dah ada trilogi makin panjang pula "manusia sambung2". Gila doe!!

2. Daging Kisar manusia.
Ok, ini dari Thailand. Dan I kenal dengan main character ni, wanita tuh pernah pegang watak Epring dalam drama Thai yang dulu2. Tapi I rasa filem nih mungkin ramai dah tengok kot, saya admit dah tonton movie ini hinggalah habis, and I regretted! Sebab, filem yang bergenre gore, blood ni memang x berapa tahan mental I nak nengok. Especially lelaki yang kena tangkap wanita psiko ni, pastu dia paku jari jemari that guy. Scari gila yang amat!! 

3. Serbs dot dot..
Ini lagilah psiko habisan!!! Saya tak pernah tengok lagi, sebab ramai yang syor jangan tengok filem nih. So, I pun ragu2 lah kan, kalau orang nasihat jangan tengok, I pun takut seh. Tapi, biasalah manusia, curiosity tuh memang tak lari, kalau orang letak "JANGAN", perkara itu juga yang kita mahu. So demi, mengubati "rasa ingin tahu", saya baca sinopsis kt Wiki, well.. I baca memang pelik, jijik, dan taboo gila plotnya.
luckily, Malaysia dah banned awal2.. Gila apa nak tayang filem ni kat sini. kehkeh!

So, saya list 3 movie saja, coz ini yang paling "rare" I rasa. Mungkin ada banyak tapi belum berani nak usha. ngeh3x...

ps: doncha think I'm weird?? ngehngeh

Halau cicak

Hi.

Lately ni I hidup dalam ketakutan.. nak tidur kena pandang atas siling, dinding kanan kiri.. takut doe ada cicak merangkak. Saya tahu cicak pun takut manusia, tapi paling tak tahan gila bila musim mengawan pastu gaduh bising then "pak" jatuh kt badan I. Siapa x geli woii?! Aku lipas x geli tapi jangan cicak. Euwww, sebut nama pun meremang dah badan...

 So, tadi sedang syok menalaah facebook, ada terdengar bunyi cicak berbunyi.. Dalam hati berbicara 'gimana harusku hapuskan cicak jahanam ni'. Then I googled..terjumpa tips dari blog penpatah so saya nak copy jugalah. and kena paste kt sini.. all credit to penpatah.blogspot.com

Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya

Makanan Cicak ialah serangga.
Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas. (saya tambah k, lampu yang terang pun boleh attracts cicak sebab burung kecil suka cahaya so diorang kumpul dekat lampu, then cicak pun coming nak makan diorang. So better kalau makan, elakkan makan dibawah cahaya lampu :P )

Jaga Kebersihan Rumah
Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.
(patutlah, tong sampah dalam bilik lupa nak buang, penuh dengan plastik junk food,snack, kehkeh..tak senonoh. ok ok noted!)

Cicak Tidak SUka Campuran Air Dan Lada Merah
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..

Cicak tak suka dengan kulit telur ayam
Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.

Cicak takut dengan kucing
Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan. (betul...betul.. saya biasa nya x suka kucing lepak atas tilam, tapi lately ni baik hati bagi kucing guling2 atas tilam kehkehkeh)

Rapat Dalam Kejauhan

Hi. Sebenarnya dah lama I ada komik ni, dan pernah updated pun tentang komik ni tapi in my other blog lah. So, I rasa hendak kongsi dengan kamu yang juga rajin baca komik. Hehehe... Tapi ini bukan Manga ya, ia Manhua ,iaitu komik versi Cina. 


Bagi I, plot dia agak menarik dan special. Cerita dia tidak klise sangat dan mudah difahami. Cuma ada sedikit unsur Supernatural dan tahyul. Tapi I suka (^v^)



kalau kita kehilangan harta kesayangan...
apakah kebarangkalian ia akan kembali?
Jika keajaiban itu ada...
Maka berapa lama aku kena tunggu hingga ia berlaku?

Masih ingat lagi. Saya baca komik ni dalam kereta for the first time... ~~


-No Spoiler-

11/12/2015

Before get married

Hi.

Bila ada orang share pic graduan melamar kekasihnya untuk dijadikan wife to-soon.. I macam "woahhh.. woahh.. untungnya, kena lamar time graduated" setelah  lah I terbaca komen ini ...


Ini pesanan yang belum kahwin..

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Realiti siapa yang tahu?

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Bersediakah anda untuk berkahwin?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Kahwin itu bukan mudah..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Cinta saja tak cukup..

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata… “cinta saja tidak cukup….”

I'm not being prejudices, but this is quite TRUE. T.T . For me, terpulang pada individu itu sendiri.. Tidak semua jalan life kita sama, lain orang lain rezeki, apa yang penting lets pray semoga hidup kita lebih bahagia dan senang. 

ps: oh no ! tetiba jadi mature pula 😂

11/10/2015

I Love Pasta - Game

Hi...

credit to owner


Kebelakangan ni I ketagihan sangat main game ini. Like a drug! X silap dari bulan 9 kot I mula cuma bebaru ni baru perasan game ni best. Feels like you really have your own restaurant, and buying expensive pretty+cute furniture and accesesories. Heuheuheu. I dah level 26 x lama lagi nak cecah level 27. Jangan Jeles! (^ω^)

Ok lah, I just review a lil bit about this game ye, coz I'm still learning, game ni ada banyak misi and for beginner mesti rasa confuse sikit.. Tapi trust me kalau yoll rajin survey, mesti cepat faham. Macam saya! ahaha..

So, this game have 3 source to get your items(furnitures, accesesories, etc)

1. Gold




2. Puzzle


3. Cash


Gold ni senang nak dapat dimana-mana, antaranya dengan menjual menu pasta, rung tips, street fair, play bingo dan banyak cara lagi. Dengan gold juga I boleh beli item yang I nak, cuma kena limit lah sebab item dia sangat mahal. Imagine 1 table can be price 100,000 gold. Selainnya rare item.

Puzzle pun sama dengan gold. Senang dapat, malah boleh minta dengan kawan lagi, kegunaan boleh recover your HP untuk beli dishes di Market Town. Dan Wine k. heuheu.

Cash ada susah sikit. Jangan sewenang wenang menggunakan Cash kamu, sebab Cash ni dah lah susah nak dapat, quest dia ada payah sikit, malah item yang dijual menggunakan cash memang mahal. Tak semua, tapi... Bagi saya mahal k. Saya terpaksa langgan Daily Cash sebab nak kumpul bebanyak motif untuk membesarkan tapak restaurant I.

Lihat saya punya restaurant... level 27.

Menu Dishes.


Semua berasaskan pasta (⌒▽⌒). Menu semua nampak lazat, ni kalau orang jaga diet I x galak kan yoll main game ni. Serius meleleh. Ok, as u can see ada *stars* disetiap menu kan?


 Itu menunjukkan setiap menu pun ada levelnya. Misalnya, 3 stars menunjukkan awak dah capai level 3. Bila dah sampai 5 stars, congratz awak dah Mastered menu anda. And jangan lupa click CASH ya. Same goes to all menus.

level Master.



ILP ni ada Patron/vip.(guest) Antaranya:

tgk tu siap marah I pulak. Demand tul (个_个)

Princess Complex
VIP
Cranky Boy
Litery Girl
D. Fiction Writers
Pinnochio
Classic Actress
British Gentlemen
Uni Girl
Charles
Career Woman
Power Blogger

Patron ni ada karenah masing masing. Aku selalu gaduh dengan Princess Complex tuh (bimbo gila haha). Kena street fair dorang untuk dapatkan reward, reward is random k. Tapi oklah ada juga dapat Cash (^v^). Lupa nak bagitahu, each of the patrons boleh upgrade kalau awak berjaya ke level seterusnya. level 6.

Itupun I banyak tengok kat internet, coz game ni best tapi rumit. But trust me once you play you will stuck in there forever. So, boleh rujuk yng lebih otai kat sini..

 dan Kelab ILP, penting ni kalau yoll serious main coz member kelab ni rajin share coupon untuk dapatkan 3 cash. (*^▽^*)

ps: untuk sensitiviti masyarakat, game ni ada serves wine, x galakkan kamu main. but since it virtual I just play utk suka2 ^,^. jgn jadikan isu ya. Lets play happily~

11/09/2015

Cerita Seram: Kau Berani , Aku Takut

"Malam ni, abang nak masuk hutan lagi. Ramzi dengan Latip ajak abang jerat ayam," Zamri memberitahu isterinya, Fauziah.

Muka Fauziah mula berubah, separuh masam. "Abang ni asyik masuk hutan je. Suka sangat tinggalkan Ziah kat rumah sorang-sorang. Ziah takutlah...."

"Alaa.. buat apa Ziah nak takut? Kalau Ziah takut sangat, Ziah pergilah tidur kat rumah Kak Mun. Lagipun Ziah kan suka makan ayam hutan...." Zamri berusaha memujuk Fauziah.

Mendengar ayam hutan, Fauziah terdiam. Dia memang suka makan ayam hutan golek. Mahu tidak mahu, Fauziah terpaksa juga melepaskan Zamir pergi. Sepeninggalan Zamir, Fauziah menyalakan lampu dalam rumah. Kemudian dia duduk mengunci diri dalam bilik tidur. Demi memastikan diri cepat rasa mengantuk, Fauziah memaksa diri membaca sebuah buku yang paling membosankan. Baru setengah jam membaca, Fauziah pun terlelap.

Dum! Dum! Dum! Fauziah tersentap dari tidur akibat dari ketukan yang kuat itu. Dia terpisat-pisat di atas katil. Apabila memandang jam di dinding, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Jangan-jangan Zamir yang pulang.

Dum! Dum! Dum!

"Sekejap bang!" sahut Fauziah menyanggul rambut. Kemudian dia bergegas ke ruang dapur untuk membuka pintu. Apabila pintu dibuka, Fauziah kehairanan apabila mendapati tidak ada orang diluar sana. "Abang?" panggil Fauziah sambil mata meliar ke dalam gelap di luar rumah.
"Auuuuuuu.. auuuuuuuuuuu" sebaliknya lolongan anjing yang menyahut panggilan Fauziah. Meremang bulu romanya. Cepat-cepat Fauziah menghempas pintu lalu menguncinya. Dia bersandar di pintu.

Ktangggg! Fauziah tersentak. Sebuah periuk tiba-tiba terjatuh dari gantungan. Fauziah terkaku memandang periuk yang tergolek diatas lantai itu. Tiba-tiba, tidak semena-mena periuk itu meluncur laju ke arahnya.

"Aaaaaaa" Fauziah terpekik ketakutan. Spontan meluru masuk ke dalam bilik.

Ktanggg... tang..tang... kedengaran bunyi periuk berlaga dengan daun pintu. Fauziah menggigil ketakutan.

"Allah....ya Allah... tolong lindungi hamba-Mu ini..." Fauziah terketar menyebut nama Allah dan kemudian bersungguh-sungguh membaca surah-surah pendek. Akhirnya Fauziah tertidur dalam ketakutan menunggu Zamir pulang.





*******************************************************************************************************

"MANA ada hantu dalam rumah ni..." sangkal Zamir apabila mendengar cerita Fauziah. Walaupun kasihan melihat muka Fauziah pucat lesi, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu isterinya terlalu takut dengan gangguan aneh itu.

"Betul bang... Ziah takut sangat semalam. Memang ada hantu!" Fauziah beria-ia meyakinkan Zamir. Mudah-mudahan Zamir tidak akan meninggalkan dia sendirian lagi malam ini.

"Hishh... jangan ikutkan perasaan Ziah tu. Ziah tau tak, kalau Ziah takut, benda tu lagi berani kacau Ziah. Ha, kalau Ziah berani, benda tu pulak yang takut nak kacau Ziah." ujar Zamir sambil tersenyum.

Dari kata-kata Zamir itu, Fauziah tahu, pasti Zamir mahu keluar lagi malam ini. " Ni mesti abang dah janji dengan kawan-kawan nak keluar lagikan?" . Zamir tersengih. ' Ha ah. Kami nak pergi memancing." (gilaa aah, sampai hati suami dia)

Fauziah tarik muka tanda merajuk. Tetapi Zamir pandai memujuk. Sebelum keluar dari rumah, Zamir berpesan supaya Fauziah memberanikan diri.
Baru sejam Zamir pergi, Fauziah sudah diganggu. Pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Fauziah membiarkan sahaja.Dia sudah takut mahu membukanya.

Apabila Fauziah tidak melayan , ketukan menjadi semakin kuat sehingga terdengar daun pintu ditendang-tendang. Pun, Fauziah cuba buat tidak tahu.
Namun sekejap kemudian hampir semua tingkap dan pintu rumah diketuk bertalu-talu. Keadaan itu hampir saja membuat Fauziah menjerit sekuat hati kerana tidak tertahan ketakutan.

Bunyi ketukan itu berhenti. Tetapi diganti pula dengan bunyi orang berlari mengelilingi rumah sambil mendengus kuat seperti lembu jantan(redbull). Fauziah memekup telinga, Dia sudah berpeluh seram. Mana mungkin dia berani menghadapi gangguan sebegini sendirian.

"Tolonglah hentikan semua ini!" jerit Fauziah dalam keadaan memekup telinga.

Bukannya berhenti, bunyi orang berlari itu malah semakin kuat. Bahkan diikuti pula dengan tepukan-tepukan pada dinding. Bunyi orang berlari itu berhenti di pintu dapur. Suasana sepi seketika. Fauziah menajamkan telinga.


Kreeekkk.... Fauziah tergamam apabila mendengar bunyi pintu dapur dikuak perlahan-lahan. Kemudian mendengar pula bunyi  pinggan dan sudu berlaga sesama sendiri. Fauziah sudah panik separuh mati. Tangannya pantas mencapai batang penyapu lalu berjalan berjengket-jengket menuju ke dapur.

Namun apabila sampai di ambang dapur, Fauziah terkejut bukan kepalang. Bukannya ada orang, tetapi kerusi, pinggan-mangkuk bergerak sendiri. Sah! Ada hantu dalam rumahnya. Batang penyapu yang dipegang, terlepas dari tangan. Tidak semena-mena lampu dalam rumah terpadam!

"Hoi! Siapa kau hah? Kenapa ganggu aku?"

Tidak ada yang menyahut, cuma terdengar suara angin berhembus kuat. Dan tiba-tiba terdengar bunyi periuk jatuh ke lantai. Seperti ada seseorang yang melemparkannya ke lantai. Fauziah menggeletar. Ketika itulah dia teringatkan pesanan suaminya.

'Kalau Ziah takut, benda tu lagi berani kacau Ziah. Ha, kalau Ziah berani, benda tu pulak yang takut nak kacau Ziah.'

Tidak semena-mena timbul kekuatan dalam diri Fauziah. Dia sudah tidak tertahan lagi menanggung ketakutan. Sedangkan ketika Zamir ada di rumah, tidak pula 'benda' it datang mengganggu. Nampak sangat 'benda' itu hanya suka mengacau dan menakut-nakutkan Fauziah seorang.

"Hoi! Ini rumah aku! Lebih baik kau berambus! Jangan ganggu aku!" jerit Fauziah sekuat hati.

Bunyi-bunyi aneh tadi sudah tidak kedengaran lagi. Ke semua lampu tiba-tiba menyala kembali. Sepantas kilat, Fauziah  berlari masuk ke dalam bilik air. Dia segera mengabil wuduk dan kemudiannya masuk ke dalam bilik. Selepas menyarungkan tudung ke kepala, Fauziah mencapai naskah surah Yassin. Baru sahaja Fauziah  duduk di atas katil, pintu biliknya ditendang dengan kuat dari luar. Fauziah merengus.

"Kau tendanglah pintu sampai roboh sekalipun, aku malas nak layan kau!" jerit Fauziah  sebelum memulakan bacaan Yassin.

Ketika itulah kedengaran bermacam-macam bunyi aneh kedengaran di luar bilik. Bunyi orang melompat-lompat. Bunyi benda besar berat jatuh dari siling dan bergolek laju melanggar pintu bilik. Malah rumah terasa bergegar seperti dilanggar sesuatu yang besar.

Fauziah berusaha memekakkan telinga. Bacaannya diperkuatkan. Semakin kuat Fauziah  membaca, semakin galak pula 'benda-benda' itu berbunyi. Tetapi, lama-kelamaan ia menghilang sendiri. Suasan jadi tenang sediakala. Fauziah  mengeluh kelegaan sesudah selesai membaca. Naskah Yassin dijunjung lalu dicium. Fauziah dapat tidur dengan tenang.

Esoknya Zamir pulang, Fauziah segera menceritakan kejadian yang berlaku. Zamir tersenyum bangga mendengar keberanian Fauziah. Dan sejak itu, Fauziah tidak merungut lagi jika Zamir mahu melakukan aktiviti bersama-sama teman2nya pada waktu malam. Masih ada gangguan halus itu. Tetapi Fauziah menghabiskan masa membaca surag Yassin sebelum tidur dalam keadaan berwudhuk.

Hasilnya, Fauziah  tidak lagi diganggu oleh benda-benda halus.

Cerita Seram: Detik Jam 12 Malam



Kes bunuh diri itu berlaku lagi. Di lokasi yang sama, detik yang sama seperti kes-kes sebelumnya. Seorang lelaki, salah seorang kakitangan bangunan pejabat setinggi sepuluh tingkat itu didapati telah naik ke bumbung bangunan pada sebelah malam ketika sedang stayback di ofis. Esoknya ditemui mati terhempas ke jalan raya. Kepalanya berkecai seperti buah tembikai!


Setelah disiasat, polis mendapati waktu kematiannya adalah jam 12 malam. Tetapi tidak diketahui kenapa dia berada di atas bumbung bangunan pada waktu tengah malam begitu. Hanya satu spekulasi yang dapat dibuat, dia mengalami tekanan perasaan. Mungkin dek bebanan kerja.  Walaupun ia agak tidak kukuh bunyinya.

"Aku tak percaya semua mangsa tu mati bunuh diri!" Tiba-tiba Amirul membuat ulasan setelah seisi ofis sibuk membincangkan tentang kes ngeri itu.

"Eh? Kenapa pulak kau cakap macam tu?" Samrin bertanya kehairanan. Amirul itu sentiasa ada telahan sendiri apabila membuat kesimpulan tentang satu-satu kejadian.

"Yelah, semua yang mati tu ketika hidupnya tak nampak pun macam orang sakit jiwa. Ni mesti penunggu bangunan ni buat hal." Tegas Amirul.

Samrin dan Hamsani terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Dari mana pulak Amirul dapat cerita mengarut macam tu?

"Korang jangan pandang aku pelik macam tuh. Apa yang aku cakap ni betul. Aku dengar cerita ni dah lama. Orang kata bangunan ini berhantu." Semakinlah Samrin dan Hamsani ternganga mendengarnya. Kemudian sama-sama memandang Amirul dengan muka berkerut.

"Macam mana pulak boleh timbul cerita bangunan ni berhantu? Sepanjang aku kerja dan stayback kat sini, tak pernah pulak aku kena ganggu..." Samrin cuba menyangkal.

"Hantu tu pilih orang tertentu saja kut?" sampuk Hamsani cuba bergurau.

Amirul mula berasa tidak senang melihat tingkah dua rakannya. Nampaknya mereka berdua tidak mempercayai ceritanya. Biarlah mereka! Amirul segera berlalu tidak mahu mempedulikan mereka lagi.



***********************************************************************************************************


Sedar tidak sedar, waktu pejabat sudah habis berlalu. Para pekerja di bangunan pejabat itu semakin berkurangan. Tetapi Amirul masih tetap di meja kerjanya. Tekun menyiapkan laporan yang diminta oleh ketua jabatannya. Oleh kerana laporan itu diminta diletakkan di atas meja ketua jabatan pukul 9.00 pagi esok, Amirul mengambil keputusan untuk stayback.

Sehingga jam 10.00 malam, Amirul masih lagi di mejanya. Namun sekejap kemudian, ketekunannya terganggu apabila merasakan kedinginan yang amat sangat. Amirul menggigil kerana terlalu sejuk. Sambil menyarungkan jaket ke tubuhnya, Amirul berjalan menuju ke suis aircond yang terletak berhampiran dengan pintu masuk pejabat.

Baru sahaja tangan Amirul mahu menyentuh suis, telinganya mendengar bunyi bergema dari atas siling. Amirul mendongak sambil mengamati bunyi itu. Sekejap kemudian ia hilang.

"Agaknya aircond ni dah rosak..." bisik hati Amirul. Selepas menaikkan suhu aircond, Amirul kembali ke mejanya untuk menyambung kerja. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan jauh di belakangnya. Amirul berpaling. Tiada sesiapa. Amirul kembali tekun dengan kerjanya.

Beberapa ketika kemudian, Amirul tersandar. Matanya sudah terasa pedih kerana menghadap skrin komputer terlalu lama. Lalu mengalihkan pandangan ke luar dinding cermin, memerhatikan bangunan-bangunan yang bercahaya di luar sana.

Tiba-tiba Amirul tersentap apabila terlihat bayangan seorang perempuan di dalam cermin. Sepantas kilat Amirul berpaling. Kelihatan seorang perempuan berdiri tegak tidak jauh dari belakannya. Amirul kaget.

"Cik! Cari siapa kat sini?" tanya Amirul kehairanan kerana dia tidak mengenali perempuan itu.

"Tolong saya!" ucap perempuan itu dengan dahi berkerut-kerut. Amirul semakin berasa hairan.

"Kenapa dengan cik ni?" 

"Saya takut! Saya tengah buat kerja dekat ofis saya. Tiba-tiba ada benda ganggu. Sebab tu saya turun, manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang stayback kat bangunan ni," beritahu perempuan itu dengan muka yang pucat. Mungkin benar kerana dia benar-benar ketakutan.

Amirul mengangguk tanda faham. "Itulah.... Cik tu orang perempuan. Tak sepatutnya cik stayback seorang diri kat ofis. Bahaya. Lagipun, takkanlah cik tak dengar kisah-kisah hantu kat sini...."

Perempuan itu terdiam memandang Amirul sebelum tunduk sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Marilah saya temankan cik naik ke ofis cik. Tingkat berapa?" Amirul menawarkan pertolongan.

"Tingkat 10." Balas perempuan itu dengan nada agak perlahan dan masih tertunduk memandang lantai.

Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Perempuan itu diam. Amirul juga ikut diam. Tidak tahu apa yang mahu dibicarakan dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu. Perempuan itu berganjak ke belakang Amirul. Amirul membiarkan sahaja. Berpendapat perempuan itu segan dengannya."

"Dah sampai cik...." kata Amirul sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat sepuluh. Tapi tiada sahutan. Amirul berpaling.

Darahnya menyirap dan muka pucat lesi serta merta. Tiada sesiapa pun di belakangnya! Amirul panik. Mana perginya perempuan tadi?! Dalam keadaan keliru dan panik itu, tiba-tiba Amirul terdengar bunyi bergema. Perlahan-lahan Amirul berpaling ke luar lif. Nun di jauh hujung lorong kelihatan lembaga seorang perempuan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah lif. Lebih mengejutkan Amirul, kaki perempuan berkenaan tidak jejak ke lantai!

Amirul mula dilanda ketakutan. Tangannya menggigil menekan butang 'G'. Dia tidak mahu kembali lagi ke pejabatnya. Sebaliknya mahu terus keluar dari bangunan ini. Tetapi pintu lif tertutup dengan begitu perlahan sekali. Sehinggalah perempuan itu hampir sekaki. Barulah lif tertutup rapat. Amirul tersandar kelegaan.

Namun begitu dia dilanda kejutan kuat apabila wajah pucat perempuan tadi, terpacul di muka pintu lif. Sepantas kilat Amirul menekan kembali butang untuk menutup pintu. Aneh, walaupun Amirnul tidak menekan butang tingkat, tiba-tiba sahaja butang nombor 10 menyala sendiri.

Tidak semena-mena, Amirul mendengar rengusan nafas di belakannya. Perlahan-lahan Amirul berpaling. Perempuan tadi muncul kembali di belakang Amirul! Tetapi wajahnya teramat pucat. Amirul terpekik terlolong sambil menepuk-nepuk pintu lif. Dia mahu keluar dari situ.

Pintu terbuka tetapi masih di tingkat terakhir menuju ke bumbung bangunan. Amirul tidak mahu menunggu lagi. Lalu dia segera berlari keluar kerana lembaga perempuan itu mengekorinya.

Sampai di bumbung, Amirul menemui jalan buntu. Dia tidak tahu ke mana lagi mahu melarikan diri.

"Siapa kau?!" pekik Amirul sambil memandang takut-takut ke arah lembaga perempuan itu menyengir.

"Akulah hantu bangunan ini! Hehehehe!" Serentak dengan itu, lembaga perempuan tersebut melayang laju ke arah Amirul. Tanpa dapat mengelak, tubuh Amirul tertolak ke belakang. Dia hilang imbangan. Terus melayang jatuh ke bawah.

Buk! Kepala Amirul terhempas dahulu lalu berkecai! Lembaga perempuan itu terawang-awang di atas tubuh Amirul yang sudah kaku sebelum lesap ditiup angin.

Esoknya, bangunan itu kecoh lagi dengan kes bunuh diri tanpa mereka tahu, Amirul dan mangsa-mangsa lain terbunuh pleh lembaga yang menghantui bangunan itu tepat detik 12 malam!

Cerita Seram: Dari kerana mata

Kejadian lalu lintas sedang sesak. Lebih memburukkan keadaan, hujan pula sedang turun dengan lebatnya. Alyn yang turut terperangkap dalam kesesakan itu mengeluh kesal. Kalau dia tahu jadi begini, pastilah dia lebih sanggup bertahan di pejabat, menyiapkan kerja yang ada.


credit to owner

Bunyi-bunyi hon semakin kerap kedengaran, memekakkan telinga. Lagu-lagu yang berkumandang di radio pula membuatkan telinga Alyn semakin bingit dan fikirannya tambah serabut. Sudahnya dia mematikan sahaja suis radio itu.
  Sedang Alyn menanti peluang untuk mencuri jalan di hadapan, tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk dari luar. Alyn segera menoleh ke kanan. Dia terperenjat melihat seorang wanita berkelubung kain batik sedang menengok kepadanya. Alyn juga terkejut melihat wanita itu sedang mengelek seorang bayi di dadanya. Tahulah Alyn bahawa wanita itu adalah peminta sedekah.
  Alyn pun berusaha tidak mengendahkan. Tetapi wanita itu berterusan mengetuk tingkap cermin kereta Alyn. Merasa tidak nyaman kerana wanita itu seperti enggan berganjak dari keretanya, selagi tidak diberikan duit, Alyn segera menarik sekeping not lima ringgit dari begnya. Cermin tingkap diturunkan tidak sampai seinci, dan duit itu dihulurkan melalui celahnya.

"Terima kasih... terima kasih..."

 Barulah wanita itu berlalu dari kereta Alyn. Tetapi Alyn masih memerhatikan gerak-geri wanita itu dari cermin pandang belakang.

  "Iskkk... sanggup dia bawak anak macam tu redah hujan, semata-mata nak minta sedekah?"

   Wanita itu kelihatannya gigih mengetuk setiap cermin kenderaan. Anehnya, dia segera pergi apabila ada pemandu tidak mengendahkannya.

 "Tapi kenapa bila turn aku tadi, dia berdegil, macam nak jugak duit dari aku? Agaknya, dia tengok aku ni perempuan, jadi aku akan bersimpati dengan dia? Huh!" gumam Alyn. agak tidak puas hati.

  Tiba-tiba wanita itu berpaling, seolah-olah tahu Alyn sedang mengatanya. Terperanjat, Alyn segera melarikan pandangan dari cermin. Beberapa ketika kemudian, barulah Alyn curi pandang lagi. Namun wanita itu sudah pun hilang dari pandangan.
   Alyn berkeluh lega. Sambil meneruskan pemanduan, Alyn berkata sendiri, " Pengemis bersepah kat mana-mana!"
  Tetapi Alyn tidak pernah menyangka, cemuhannya itu bagaikan sumpahan kepada diri sendiri. Esoknya, melalui jalan yang sama, ketika pulang dari kerja, Alyn melalui kesesakan lalu lintas seperti biasa.
  Ketika berhenti di hadapan lampu isyarat, tiba-tiba cermin kereta Alyn diketuk. Alyn terperenjat apabila melihat pengemis wanita yang sama berdiri di sisi keretanya. Pengemis itu mungkin tidak ingat tetapi Alyn masih tidak dapat melupakan wajah comot wanita itu, berkelubung kain batik yang sama dan masih mengendong bayi.
   Tidak semena-mena Alyn menggosok hidung, seolah-olah dapat mencium bau hamis dari tubuh pengemis itu. Dan kali ini, Alyn berusaha tidak menghiraukan walaupun pengemis itu mengetuk cermin tingkap Alyn berkali-kali.


  "Hey! Pergilah! Kan semalam aku dah bagi kau duit!!" jerit Alyn dari dalam kereta apabila pengemis itu masih tidak pergi-pergi.

  Pengemis itu tetap menadah tangan tetapi matanya tajam merenung Alyn. Tiba-tiba Alyn merasakan bulu romanya meremang. Cepat-cepat Alyn mengalihkan pandangan ke hadapan dan berdoa agar lampu isyarat segera bertukar hijau.
  Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, Alyn segera memecut dari situ. Tanpa menyedari, tayar keretanya telah melenyek hujung kaki pengemis tersebut. Jatuhlah wanita itu di tepi jalan, tetapi tidak dihiraukan oleh pemandu lain. Wanita itu memandang dengan penuh dendam ke arah kereta yang dipandu oleh Alyn sampai ia hilang dari pandangannya.
  Esoknya, Alyn mengambil keputusan tidak mahu pulang pada waktu biasa. Dia bertahan di pejabat sehingga jam melewati pukul 8.00 malam. Keadaan jalan raya pasti sudah tidak begitu sesak, Alyn bersiap untuk pulang.
  Sewaktu berhenti di lampu isyarat yang sama, Alyn berasa lega apabila tidak lagi melihat kelibat pengemis wanita itu. Mungkin dia hanya mengemis pada waktu siang sahaja.
  Sambil memandu kereta, Alyn berlagu riang mengikut alunan muzik yang berkundang di radio. Tiba-tiba, telefon bimbit Alyn berbunyi. Tangan Alyn teraba-raba mencari telefon bimbit dalam beg tangan yang diletakkan di kerusi penumpang sebelah.
  Ketika mengalihkan pandangan seketika dari pemanduan, Alyn tidak sedar, ada seorang wanita melintas jalan. Apabila Alyn kembali memandang ke hadapan, dia mengalami kejutan apabila melihat wanita itu sedang memandang kepadanya. Tetapi sudah terlambat untuk Alyn menekan brek.
  Tanpa ampun, kereta Alyn merempuh wanita itu. Setelah itu, kereta Alyn terbabas dan menghimpit  prnghadang jalan sebelum melanggar tiang lampu. Serpihan cermin berterbangan. Ada yang menghiris muka dan kepala Alyn. Asap keluar berkepul-kepul dari enjin kereta.
  Alyn berteriak kesakitan sambil berusaha melepaskan diri daripada tali pinggang keledar. Setelah bersusah payah, akhirnya Alyn berjaya keluar dari kereta. Dia merangkah di atas rumput sambil meminta pertolongan.
  Tiba-tiba ada satu tangan menarik rambut Alyn dari belakamg, Alyn menjerit kesakitan. Alyn apabila berpaling, melihat seorang wanita dengan muka berdarah, cuba menumbuknya. Lebih memeranjatkan apabila baru Alyn menyedari bahwa wanita itu adalah pengemis yang selalu mengetuk cermin keretanya.

  "Perempuan laknat!! Kau bunuh anak aku! Aku bunuh kau2x !" Wanita itu berteriak macam orang gila.

Waktu itu, Alyn melihat mayat seorang bayi tergeletak di bahu jalan. Alyn terngadah lalu berusaha menjauhkan diri dari wanita itu.

  "Kau yang salah! Siapa suruh kau melintas jalan macam tu aje!" Alyn membela diri biarpun dia sudah ketakutan setengah mati.

  "Aku dendam kau! Kau akan terima balasannya! Aku sumpah,  hidup kau akan tersiksa! Haaaaaaaaaaa!" wanita itu mencekak leher Alyn.

Alyn meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dia berharap akan ada orang membantunya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Cik... sabar cik... sekejap lagi kita akan sampai ke hospital. Bertahan cik..."

Alyn yakin dia mendengar suara itu. Tetapi matanya sudah tidak mampu dibuka lagi. Alyn hanya tersedar beberapa hari kemudian dan mendapati dirinya berada di katil hospital, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

"Syukurlah kau dah sedar nak..." emak memeluk Alyn. Ayah dan saudara-mara hanya memerhati.

Namun, perkara pertama yang menerjah difikiran Alyn adalah wajah menakutkan pengemis wanita yang dilanggarnya.

"Mak! Macam mana dengan orang yang Alyn langgar malam tu? Dia masuh hidup tak? Dia dah buat report polis ke?

Semua yang ada disitu memandang Alyn dengan dahi berkerut.

"Alyn... mana ada orang lain, kamu yang bawa kereta sampai terbabas," ayah menyampuk.

Alyn kehairanan. "Tak! Alyn terbabas sebab terlanggarkan pengemis wanita. Dia kata bayi dia mati! Dia kata nak bunuh Alyn sebab dah bunuh anak dia! Alyn takut!"

"Alyn... memang tak ada sesiapa di tempat kejadian, hanya kamu seorang saja. Mana ada mayat bayi, kalau betul kamu langgar pengemis, tentu dia pun cedera dan dibawa sama ke hospital," abang menerangkan.

Alyn ternganga. Tidak habis fikir. Mustahil tak ada orang yang nampak pengemis itu. Mustahil pengemis itu berlalu pergi sahaja. Alyn tidak habis fikir. Sejak hari itu, Alyn sentiasa meracau keran terbayangkan wajah pengemis itu. Alyn benar-benar tidak dapat melupakan wajah menakutkan pengemis itu. Alyn bahkan dapat merasakan aura dendam dari pengemis itu . Tidak cukup dengan meracau, Alyn mencakar-cakar muka sendiri yang memang sudah cedera akibat kecelakaan itu.

Natijahnya, luka diwajah Alyn bertambah parah. Ia bahkan dijangkiti kuman dan doktor tidak mampu merawatnya lagi. Alyn menderita akibat luka yang semakin membusuk dan berulat pada wajahnya. Kuman menyebar ke serata tubuhnya membuatkan Alyn tidak lagi mampu bangun dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir dengan penuh penderitaan. Sumpahan pengemis itu benar-benar mencelakai Alyn.

Beberapa hari selepas kematian Alyn.....

Jalan raya sesak akibat satu kemalangan kecil. Di celah-celah kesesakan itu, kelihatan seorang pengemis wanita, berkelubung kain batik, berjalan sambil mengendong seorang bayi, mengetuk tingkap kereta meminta sedekah.
Pada setiap orang yang menghulurkan wang, dia mengucapkan terima kasih tidak putus-putus. Tetapi kepada yang mencemuhnya, dia akan memandang dengan penuh dendam....

11/06/2015

Avril Lavigne

See? Betapa pentingnya Avril ni dalam hidup I sampaikan label perihal dia pun I tag "personal". Kehkehkeh.

Tadi sedang aku menalaah fb, terpapar kat Timeline dia up picture. I was like "awwwww" coz she doesnt seem.. old. Makin senja ni lah dia nampak makin muda. Pssstt... Apa rahasiah? *sungguh2 bertanya* hueheuheu.


Bila baca komen pertama tu I felt touching and feel old. Avril ni I dah kenal sejak dia umur 17 tahun lagi ya, tahun 2001 top lagu Complicated / Sk8er Boi, disusuli pula dengan single I'm With You. Kalaulah YOUTUBE dah ada era Avril Lavigne mesti melatuuup keh. Taylor Swift tu nothing compared to Avril. Masa memula muncul, penampilan dia agak menarik, no dressing apa semua like a bimbo. Dia ada trend tersendiri...

Tie, Singlet, jeans, kasut converse trademark dia oke. Sesuai babenkk! Then disusuli pula dengan Hilary Duff yang sedikit sebanyak nak copy Avril. Try tengok mv "So Yesterday". Ahakz! *pernah baca gosip mereka berdua x bertegur sapa nokss*



My my... Isn't she look lovely?

Semoga cepat sembuh sayang. *jangan muntah pula*