Pages

12/27/2022

The Hint

Tadi aku birak2 dengan my sis after masak lunch. tapi dari segi percakapan dia macam nak hidup terus disini, sebab termakan dengan pujuk rayu suami dia and dia dah rasa duduk kt Perak ni best. yela disini semua happy go lucky, x macam di Sabah, my sis kena tahan kt ICU and my dad pun kena tahan.

So dia rasa di Sabah tu macam tempat orang2 susah, and dia terang terangan xnak terlibat dengan family kt Sabah. and dia sendiri cakap, kt sabah x banyak rumah utk dikunjungi x macam di Perak. agak terkilan dengan maksud dia, tapi dah itu kemahuannya. berjauhan dengan keluarga.

tqpi memang tak dinafikan, family kami memang banyak masalah, kakak i sakit mental sampai masuk ICU, my dad sakit lepastu degil, ego tinggi.. so aku faham kenapa my sis nak "lari" situasi ni. padahal dulu masa dorg bercuti kat Perak dia mengira hari utk balik ke Sabah, hari2 tengok kalender. tapi tadi baru je dia cakap, dia dah x excited nak balik Sabah, dia kata hati rawan nak balik Sabah. 

aku just iya2 je lah. kg laki dia. tapi satu je i nak buat, kalau dia dah tinggal kt Perak, jangan harap aku nak contact lagi, and aku akan larang my mom contact dia, sebab dia nak sangatkan perpisahan, lepastu apa2 yg terjadi di Sabah tak usah bagitahu, sebab aku nampak perangai dia kt sini, asal aku sentuh perihal family kt Sabah wajahnya terus berubah dan ubah topik ttg kelebihan hidup kat Perak ni.

Dia ingat akan hidup sentiasa senang kot hingga akhir hayat, dia belum diuji, so jangan happy sgt, terutama sekali laki dia tu, yang xda pendirian asyik tahu berfoya2.. 

yup memang aku sakit hati, sebab bila aku meluah kt my sis dia macam malas dengar lepas tu buat muka. 😢 

and yang paling kesian is my mom, dia kalau boleh taknak berpisah dengan cucu2 nya, tapi apa boleh buat, cucu2 dia pun macam tak ambil kisah sangat pun ttg family kt Sabah, so i think its really wasting,  sebab my mom sorang je beria2 rindu kt dorang. even my mom belum tahu yg my sis nak pindah ke Perak 2024, my mom boleh syak dah..

tapi for me, bagus lah dari simpan orang2 x guna dalam hidup.. aku dah x kisah lagi ttg dorg, biarlah, walaupun keluarga kami nii x perfect macam disini, selalu bergaduh, selalu masuk wad, selalu susah, buruk2 keluarga sendiri, insha Allah, aku takkan tinggalkan mereka selagi my parents masih hidup. 

to my sis, kau belum diuji kot, sebab tu kau rasa nak lari sangat dr Sabah, sebab kt sini sng kau berfoya2 dengan laki kau tu.. itu aku tak kisah, tapi aku plg tak suka bila kau buat mama terkilan.. kau tak faham hati seorang ibu. tapi tak mengapalah, aku jarap Tuhan balas sebiji macam apa yg kau dah buat dengan mama selalu. 

12/25/2022

MELUAT

meluat to the max!

benci betul aku tinggal disini, memang orang2 sini suka bertandang2 ke? macam takda rumah sendiri.. ni lah kesukaan BIL aku, suka menumpang2 rumah orang. loser useless.. x beli kediaman sendiri, ops lupa pulak, orang x educated dan xda kerja tetap kan memang begitu. dia ikut kepala dia je.

kalau ikutkan hati, 17 dec lagi aku dah balik, tapi my mom pula x suruh, takut aku kena kidnap. ingat aku ni budak2 ke tak pandai jaga diri. meluat betul aku tinggal sini, xda privasi, rumah macam tin sardin. 

now my sis masuk icu. sorg2 la my mom layan diri, sapa suruh tahan aku balik 4 January.  lyn la dugaan tu sorg2. kalau x dah lama aku balik. aku sumpah ini pertama dan terakhir aku pergi sini. x kuasa aku nak berkenalan dengan dorg tu, tengok muka pun meluat. 

esok nak kena pergi Baling kedah pulak, dah la aku tiada pakaian. stress aku dibuatnya. lepas tu org disini kuat masak, aku nak masak megi pun x sempat. macam bodoh kuat makan melantak! and orang2 sini bercakap macam xda adab, lps tu my bil pula belagak macam dia org plg penting dlam rumah ni, pdhl menumpang ja. eii stressssssssssssss

12/20/2022

patut ke aku DM dia?

Ok.

lets forget about my worst moment in my life. lets talk about him. Him who?

Ez. My ex dulu. kalau korang baca entri aku dari dulu korang akan pernah terbaca la sekali dua ttg ez ni. 

yeah. aku dumped him like a trash thru DM. dalam hal ni aku mengaku, aku yang bersalah sebab out of nowhere aku putuskan hubungan dengan dia. sampai dia menangis merayu2 supaya aku tak putuskan our relationship yang nak dah masuk 2 tahun.

aku putus dengan dia diawal 2018 kot, now dah pengakhiran 2022.. i still remember that, lepas tu aku lowkey meroyan kt sini yang dia dapat replace aku kalau x silap awek siam kot, siap dah ambik pic 1 keluarga dengan family ez. i was like "wow, cepatnya dah ada pengganti". padan dengan muka aku🤣

tapi ended up, their relationship tak menjadi, dan sampai sekarang dia masih S I N G L E mengikut pemerhatian aku lah, tapi yang hairannya, dia banyak dikelilingi oleh awek2 cantik, tapi kenapa xda sorang yang sangkut eh? aku macam pelik disitu.. dia tu cukup syarat kot.. meh aku list kan

1. Dari family yg berada
2. Educated 
3. Berkerjaya
4. Sedap mata memandang
5. Husband material
6. Boleh dikatakan baik

tapi tulah, dia still single sampai sekarang.. macam aku gak, dia la last lelaki aku dated since 2018 lepastu aku dah xda BF. aku dok mencari gak, sampai aku kelihatan desperate, signup dating apps sana sini. ada yang berkenan tapi tak kekal. macam.. aku pelik disitu..

lama aku fikir2, mungkin Tuhan saja kot tak bagi kami berpasangan dengan orang lain, sebab kami ni are meant to each other? sana sini cari jodoh padahal kami ni dah tertulis akan berjodohan? tak gitteww?? 

Oh no! ye lah, macam yang I nyatakan kt atas tu, boleh dikatakan dia "perfect", tapi still single, mustahil xda awek2 cantik tak terpikat dengan dia kan? itu dari asas pengetahuan ku la, samada dia dah berpunya or belum. tapi mengikut kajian i dia macam masih single..🤣 

and still aku masih tak leh move on dengan dia, sebab dia antara lelaki yg plg baik aku pnh jumpa(online je) ahahaha..

sebab tu, tiba2 terlintas hati ni nak DM dia, xkanlah aku nak dm saja2, aku dm tanya khabar dan aku nak bayar hutang kt dia, sebab aku pernah pinjam duit kat dia, rm200, tapi dia bagi rm250.. aku janji akan bayar balik, tapi dia langsung x nak, no acc yang aku minta pun sampai skg dia tak pernah bagi, tapi aku memang niat nak bayar.

jadi sambil2 tu boleh aku jadikan bayar hutang tu sebagai pemula untuk bina hubungan kami semula.. tapi itu mengikut perspektif aku lah, sebab i hurt him so much.. kalau dia reply, aku happy, tapi kalau dia tak reply, aku redha , aku anggap je yang kami ni memang tak berjodoh.

cuma aku takkan berhenti kepada Allah, supaya aku dikurniakan pasangan yang baik untuk akhirat kami sekeluarga. Aamiin Ya Rabb❤..

Tapi bukan sekarang lah aku DM dia, next year or kalau dah balik Sabah. Insya-Allah aku akan kembali disini untuk cari kerja, dan tak mahu menumpang2 kat rumah orang. walau apa pun, aku serahkan segalanya kepada Allah swt. biar Allah sahaja yang tentukan❤ ..

like a thief

mann...

hati aku meronta ronta nak balik, sebab aku x expect sotuasi jadi macam ini. serius the worst moment in my life. aku tak biasa hidup menumpang ni, melainkan menyewa, i mean as stranger disini yg xda kena mengena melainkan related to your sis je, aku hidup disini macam parasit taw. 

tinggal free, guna air free, cuci pakaian sabun free, kerja rumah x pernah buat, masak lagila tak pernah melainkan masak megi sendiri. aku tinggal makan je, sebab owner disini masak awal giler, jam 7 am lagi dah masak lauk.. lagipun aku tak taw nak buat, aku macam kera sumbang kau taw.. jarang gila aku keluar dari bilik, balik2 hadap fon sampai aku dah naik bosan dah.. even PKP tak bosan macam ni.

nak pergi tandas pun aku macam pencuri dah, terjenguk2 takut terserampak dengan penguni asal kt sini. sebab aku memang x biasa, susah nak masuk😰.. humour x sama, bahasa pun x sama. so aku dengan dunia aku je, tapi pagi tadi aku cuba beranikan diri tolong2 kt dapur, siang ikan.. kesian budak tu asyik incharge kt dapur. begegar2 tangan aku siang tadi, sebab  A W K A R D !🤣

Aku baru tahu aku jenis introvert, aku x mudah mesra alam, kena ambil masa yang lama bertahun2 utk biasa, depends dengan personality orang lah.. kalau yg kenal jenis macam aku memang x lah kot..

and setiap malam aku menghitung hari utk nak sgt 4 Jan tu sampai, bila tghmlm aku rasa seronok bila dah masuk jam 12AM, sebab tarikh semakin kehadapan, ya Allah terasa hidup dalam penjara, dah lah xda teman bercerita or satu kepala kan?!

sorry lah kalau aku kedengaran seperti seorang yg demand, tapi thats how i am. cannot be other else. kena tunggu 14 hari lagi untuk balik ke Sabah. maybe sebab terasa lama sebab MENUMPANG kot, serious aku rasa terkongkong, memang lah aku tinggal makan je kt rumah ni tapi aku akan pastikan yg kt meja makan tu kosong.. kalau ada yg lain aku sanggup berlaparrrrr😭😭😭 penyegan tak ingat dunia🥴

sebab tu aku berbekalkan megi, atleast yang aku makan tu dari duit aku sendiri bukan dari hasil owner, segan woii hidup macam parasit. harap2 owner ni bertahanlah kot , sebab aku memang TAK SABARRRR sgt2 nak BLAHH dari sini, kesian gak dengan owner ni terpaksa tanggung aku yang dah macam parasit ni😭 (i feel guilty tbh)

and about my previous entry about my Sis and BIL, mungkin keterlaluan ayat aku, tapi aku betul2 sakit hati kena game.. dorang ada je beli lauk2 kt sini, tp i still dont feel right.. especially to BIL, yang nak ikut kepala dia je, kerja tak pernah tetap, dapat kerja lepastu berhenti, begitulah kitaran life dia dari bujang, x da pendirian.. lepas tu menumpang kt rumah kakak ipar dia (bini pertama abang kepada BIL).

tapi takpa, mungkin rezeki belum sampai, sebab my BIL ni xda la bad sangat, dia rajin tapi tu lah, dia ikut kepala dia je.. kalau kenang2 balik menyakitkan hati gak. dengan aku2 sekali ikut susah😓..

ini first and last aku ikut my sis, lepas ni memang taklah, kalau aku pergi pun, aku sendiri2 je, takdalah aku menumpang2 rumah orang, lainlah kalau menyewa.. 

aaahh Ya Allah, cepatkanlah masa ni berlalu.. x sabarrrr nak balikkk😭😭😭😭

pssstt: nanti aku boleh baca entri ni balik kalau aku dah balik Sabah, betapa meronta nya aku kt tempat orang🥴🥴🥴

(kau yang dimasa hadapan tengah baca ni kt rumah buruk kau, AMACAM? Mau lagi pergi bercuti di Perak??🤣🤣🤣)

12/19/2022

Boring nak mampuss

Eh, aku ada ke beritahu disini yang aku sekarang sedang berada di Semanjung? ya I'm here for real!

tapi ikut kakak aku balik kampung laki dia laa.. i was her since 7 hrbln till 4 jan.. sumpah boring gila!🤬 actually aku taknak ikut, tp oleh sebab kebodohan abang ipar aku yg takda otak ni, dia suruh bini dia pergi Perak sorang2, lepas tu boleh dia update kt status watsap seolah2 kakak aku ni terhegeh2 kejar dia kt perak sebab rindu? tapi pdn muka akak aku lah sbb bodoh dua2..

aku ikut sebab temankan saja, lagipn, si bodoh(abang ipar aku) tu cakap, kalau kt sini, kami tinggal dirumah yg berasingan, tapi sebenarnya aku KENA TIPU SIAL! korg nak tahu, BIL(brother in law) aku ni macam parasit, hidup menumpang sana sini kt rumah sedara dia, xda rumah sendiri, rupanya kami tetap stay kt rumah kakak ipar dia.. tambah tanggungan kakak ipar dia, dahlah abang kepada BIL aku tu ada 3 bini.. buat malu je!

dengan aku2 sekali jadi parasit! yela aku ingat nak cari kerja terus tapi aku x bawa documents, cuma slip je. so nampaknya aku tiada persediaan so aku decided bukan sekarang. cuma yang aku sakit hati sekarang ni both of these mf tricked me..
BIL aku ingat aku kemaruk sgt nak tengok kampung dia yang 4/10 dr kampung aku yg 8/10..  my sis pun sama bodoh mcm laki dia, dah taw aku ni jenis introvert aku selalu jd ekor dia kt rumah ni, rimas pulak, pdhl beria2 nak aku ikut.. x pasal2 aku buang masa hidup kt sini selama sebulan. 

buruk2 tempat sendiri ada gak privasi.. and my mom pun rindukn cucunya, tp cucu2 yg dirindui ni pun mcm x layak disayangi je, bila kena calls semua malas nak angkat, pakat2 passing fon to each other pdhl nenek calls sebab nak dgr suara dorg, rindu. their mom pun sama(my sis)..


dan aku tiap2 malam asyik tengok calender, nak sangat masa berlalu cepat agar aku dpt berambus dari sini, secepat mungkin. orang rumah kt sini okay cuma aku tak biasa tinggal dengan strangers, awkward nak mampus, lepas tu tinggal lama pulak, aku tak tahu nak buat apa kt sini, aku asyik terperam je la dalam bilik, adalah 3 kali keluar, tu pun p mydin, macam aku heran sangat, tempat aku pun ada mydin woii🤣..

ingatkan aku kt sini dapat jalan2, tp takpun, sebab tinggal kt sini pun pedalaman tpt perkampungan, dekat dgn bendang sawah.. my BIL expect nak suruh aku tgk org menuai padi hujung tahun ni, i was like " who the f cares?" kan.. dah la tipu aku tinggal rumah berasingan konon..😒 

kalau aku tahu dari mula, xdanya aku nak ikut p sni, baik aku stay kt rumah aku sendiri, ada privasi, boleh main game hidden object kt laptop, kt sini sumpah boring.. lepas tu hr Jumaat ni ada pulak majlis nikah, huh jangan harap aku nk turun padang , tolong sikit2 je.. x pasal2 aku terlibat.

btw lagi 2 minggu aku kat sini(which is rasa spt 2 bulan pula), lepas ni aku taknak ikut dah, peduli dengan my sis and her childrens.. btw BIL aku kerja kt semenanjung dr bln 6, jd dia suruh wife dia balik perak cuti sekolah, lps tu blk sama2 kt sabah, which is stupid, wife dgn anak2 je jalan, kalau ada apa2? tu yg aku terpaksa ikut gak walaupn x kena tricked oleh malaun dua ekor ni..

x pasal2 aku jd kera sumbang kt sni😒