Pages

1/10/2015

Hubungan songsang

warning, ini isu sensitif, baik abaikan kalau ada yg x senang membaca. Juz imho(in my humble opinion), correct me if I wrong. ^_^


-"hoii ko tengok apa tuh" jerkah my abang -

cepat cepat I tutup tab chrome dan buat2 nyanyi lagu Good Day - IU. Cover malu. Damnn!

Situasi sebenar:

Saya ada buka blog someone dan tertarik dengan satu artikelnya, yang bertajuk 
"Saya GAY dan Saya Okay". Dan ada sekeping gambar yang menunjukkan pasangan-pasangan Gay sedang berpelukan tanpa baju [xpasti samada pakai seluar kerna yang ditayang x sampai ke kaki plus saya pun xnak tengok sangat] . Kemudian abang saya pun muncul dibelakang dan jerkah apa yang saya buat. Perasan saya sedang buat tidak tahu tanda malu dia berlalu pergi. Saya buka balik artikel tuh dan baca sampai habis.

Ok, back to point, dulu kalau tidak silap tahun 2011-2012 pernah kecoh dalam Msia nih kerna golongon GAY bertindak berani secara terbuka untuk menyokong hubungan/perkahwinan sejenis. Dari segi undang-undang Malaysia, negara kita mengharamkan hubungan/perkahwinan sejenis. Nasib baik tindakan mereka itu ditentang oleh  masyarakat yang masih berfikir secara waras, dan tidak tinggal juga para Ulama-ulama di Msia ini. Thanks to them.

Penerimaan Malaysia terhadap hubungan songsang bukan macam di luar negara, kalau di oversea siap boleh kawen2 lagy, ada club Gay sbgnya, rata-rata masyarakatnya menyokong hubungan sonsang tersebut. Tapi bukan di Msia k. 

Sometimes I wonder, bagaimana mereka menjalinkan hubungan sejenis, berpegang tangan dikhalayak ramai, bercumbu dan berhubungan nature (seks). Yes, saya tertanya2 itu. Adakah dengan berkahwin lelaki sesama lelaki boleh mendatangkan zuriat kepada mereka? Tapi lelaki kan xleyh preknen. 

Then I googled, gay nih secara automatiknya melakukan seks diluar tabii. Yalah, lelaki kan tiada organ faraj. Hanya kaum hawa sahaja ada. Then I googled lagi apa maksud "luar tabii", dan I jumpa ini. 

" Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.
Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif 'anal' memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau 'Fissure En Ano' (kerosakan daya tahanan lubang najis)."

Secara jujur, saya fikir Gay ini adalah pelik. Bukan pelik in a weirdo way, tapi pelik yang macam "nafsu diluar kebiasaan" manusia. Sebab setahu saya, Allah dah cipta manusia secara berpasangan, Adam dan Hawa, bukan Adam dengan Adam. Same goes to Hawa. 

But at the same time, I think the GAYS juga "special". Sebab mereka golongan terpilih untuk menghadapi ujian nafsu yang sangat berat ini. Jika difikirkan balik, ingat senangkah lawan nafsu-nafsu nih? Even me yang straight ini selalu tewas dengan nafsu (in many ways ok) . The Gays juga manusia so, I rasa kita tak patut terus hukum mereka, keji dan hina mereka. Please, bimbing mereka. Islam is beatiful, kalau tak mampu bimbing secara face to face pun, please doa kan mereka, kan doa adalah senjata utama umat Islam.

So, saya sokong hubungan sejenis? Sudah pasti tidak. Mana mungkin saya menyokong hubungan yang tidak sihat itu :)

No comments:

Post a Comment