Pages

1/16/2015

cerita tentang kucing saya #1




Hi, saya ada kucing. Banyak, tapi yang lain dah mati, x ingat dah berapa generasi kucing yang kami ada, semuanya berasal dari kucing pendatang. Xda kucing belik dari kedai. X mampu, mahal nokss. Harituh tengok kat taman binatang ada jual kucing parsi (kalau x silap aa I nih kalau tentang baka2 x reti nyaah). Dekat RM900, fuh 4-5 kali fikir tapi memang cantik gila aa kucing tuh. Tapi apakan daya duit tarak ada. Since I nih bukannya cats-lover sangat, kucing ada I sayang lah, kucing tiada I buat x tahu. Hukss *rolling eyes*


Setiap 3-4 tahun kami nih bertukar kucing x pernah kekal, now yang kucing hitam muncul tahun around 2011 dah hilang, padahal dah layan macam siblings sendiri pun. 4 kali bunting 3 kali beranak semua anaknya x kekal, yang lain orang minta (pandai ehh pilih color yang cantik2) the rest kitaorang kasi hijrah ditempat lain(tempat rumah kosong). No worry mereka boleh survive :)


Pastu 3 minggu yang lalu dia selamat melahirkan 4 babies tapi I langsung x pernah nampak anak dia since dia beranak at attic rumah kami, tempat sulit dan sempit. Gelap pulak tuh, x kuasa hendak lawat ;3. So, dalam minggu nih mungkin subuh khamis tuh 3.30 am I terjaga dari tidur dan bangun siapkan diri untuk, I dengar banyak anjing salak2 at parking kereta. X dengarpun bunyi kucing melawan balik, biasanya kucing kalau gaduh suara mengalah vokalis Linkin Park. Nyaring dan menusuk gegendang telinga. Tapi masa tuh langsung tiada kedengaran suara kucing. Serius.


Di pagi hari yang sama, sebenarnya I x perasan tapi my nenek sudah bising2 kenapa si-ibu kucing x muncul. Koz dah jadi rutin harian setiap pagy dia pergi gerai mintak diberi makan. Tapi pagy tuh dia xda. Ermmm. Mungkin dia masih menyusukan anak dia di attic lettew sebab ada hari dia memang x pergi di gerai nenek. 


Malam yang sama si-ibu kucing tidak juga kelihatan, my nenek dah mula risau, nenek I kata 'memang dah kena makan anjing, si hitam tuh' dan I pun terkejut, koz I jadi saksi time kejadian tersebut. Tapi saksi mendengar aja lah bukan melihat. kui kui kui. I mula sebak. Balik rumah dengar anak dia dah start mengiau-ngiau. Mesti their mother belum balik. Beberapa jam berlalu, seperti biasa saya terjaga subuh-subuh, tapi lewat sikit jam 4 am. Imaginekan dari malam anak2 kucing masih mengiau, my Da pun bangun sebab xlena dengan suara anak kucing tuh. Kami cari si-ibu kucing kalau2 dia ada kat dapur, cari makanan, dalam bilik mandi/tandas, bilik ke bilik, panggil dia "meow meow" pun xda datang. 

Langsung xda khabar berita. Bangkai pun x tinggal. So misteri. At the same time ia sesuatu yang menyedihkan biar pun I bukannya pencinta kucing. Sedihh woiii dah macam keluarga sendiri ;-( . So, petang tadi anak2 kucing masih nonstop mengiau, abang saya ambik keputusan untuk membuka attic dengan hammer bagi menyelamatkan anak2 kucing itu. Matikkk lah diorang kalau we all buat dunno ja, kesian, dahlah attic tuh panas oleh matahari, luckily beberapa hari nih hujan aja. Betapa rahmatnya hujan. 


Inilah dia, the kittens yang selalu mengiau tanpa nonstop start dari pagi khamis - petang jumaat. Itu pun dah maghrib. Mesti kering gila tekak diorang. For their mother, I don't know where she is, belum ada bukti dan kesan yang menunjukkan beliau sudah mati. Hopefully dia x mati, dan kalau masih hidup, pleaselah kembali ke pangkuan anak2 mu. Mereka memerlukan kasih dan susu mu wahai Hitam ;( . Dah cuba bagi minum susu guna kapas aja since tools x lengkap, mereka meronta-ronta bagai nak rak mengalahkan perangai 2 orang budak kecil dalam rumah nih hah! Luka-luka my hands nih diorang cakar. Hu hu hu 


status: sedih nak matiksss :((((

No comments:

Post a Comment