Pages

3/27/2016

Cerita Seram: Minum Air Kaki .


Mariati memandang wajah Liana dengan penuh rasa meluat. Liana kelihatan riang ria melayani peminatnya. Menurunkan tandatangan hasil tulisannya sambil sesekali ramah bertegur sapa dengan peminat yang mengeremuninya seperti semut menghurungi gula.

“Liana tu... memang muka rezeki sungguh...”

“ A’ah.. ke mana saja dia pergi orang mesti serbu.  Kena pula dia tak lokek senyuman, ramah dan baik hati...”

Menyampah sungguh Mariati apabila mendengar cakap-cakap kru penerbitan di belakangnya. Sekarang ini, ke mana sahaja dia pergi, mesti nama Liana muncul juga.

-  Dah takde nama lain ke dalam dunia buku ni?  Macamlah dia seorang saja yang menulis dalam Malaysia ni! – cemuh Mariati dilaman Facebook peribadinya.

  - Rasa macam kenal aje dengan orang tu. Kau tak puas hati dengan dia ke? – sampuk seorang rakannya.


  - Tau takpe. Kau diam sudah. Jangan nak kecoh sangat! –


-  Dah kalau tak nak kecoh, kau tulis kat facebook ni kenapa? Dah sah-sah semua orang baca weh!—


 -  Ini wall aku, suka hati akulah nak cakap apa. Kalau ada orang yang terasa, maknanya memang dia yang makan cili!--


-  Dah makin merepeklah kau ni.... daripada kau meroyan macam ni, baik kau duduk diam-diam tulis buku. Kualiti buku kau dah menurunlah weh!—


 -  Kurang ajar! Aku remove kau nanti!!


 -  Removelah.... baik pula orang itu... sedia terima kritikan. Tak macam kau, sikit-sikit nak melenting, lepas tu pula sakit hati dengan orang yang lebih bagus dari kau!—



Panas membara hati Mariati apabila membaca komen-komen itu. Nampaknya mereka tahu siapa yang Mariati maksudkan. Tanpa membuang masa, dia segera mengenyahkan rakan-rakan yang dirasakan tidak menyebelahi dirinya.  

Melampau sungguh diorang ni! Sebelum si Liana tu jadi penulis, aku yang paling hebat dalam dunia buku ni. Buku akulah yang paling laris. Diorang lupa ke? Kebencian Mariati kepada Liana menjadi dendam kesumat. Walau bagaimana pun, demi menjaga nama baiknya, Mariati terpaksa berpura-pura bagus dengan Liana. Bertegur sapa dilaman social seolah-olah mereka seperjuangan yang baik.


-  Eh? Kau baik dengan Liana? Bukan ke kau dengan dia perang dingin?—

-   Siapa pula cakap macam tu? Aku okeylah... dunia buku ni, kecik, buat apalah bermasam muka sesama sendiri. Tapi tak tahulah kalau dia sebenarnya yang berpura-pura baik dengan aku...—

Orang-orang yang mengikuti perkembangan mereka, mula keliru. Mariati betul-betul berjaya menutup rasa cemburunya dari dihidu orang ramai.

“Nampaknya aku tak boleh terang-terang tunjuk rasa menyampah pada Liana. Bahaya....” Mariati tertanya tanya sendiri. Sakit hatinya apabila melihat status terbaru Liana bakal muncul dengan buku baru lagi dengan cover yang mengancam.

“Tak boleh jadi ni... kalau dibiarkan, lambat laun dia mesti dapat rampas kedudukan aku. Agaknya ada tak cara lain untuk aku hapuskan dia dari dunia buku ni?” Mariati mula terfikir cara kotor.

“Ada... Kau santau dia!” tiba-tiba terdengar bisikan itu dalam kepalanya. Mata Mariati membulat dengan senyuman bercahaya.

“Yeee.... elok santau aje orang macam Lina tu. Suka potong jalan orang lain. Kalau aku santau dia, tentu orang lain takkan tahu... hahaha!” fikiran Mariati sudah dikuasai oleh kejahatan. Apa yang dia mahu, adalah menjatuhkan Liana yang dirasakan menggugat kedudukan dan mengecilkan margin keputusan buku-buku tulisannya.

Demi melunaskan hajatnya, Mariati sanggup menjejakkan kaki ke kuil bagi mendapatkan santau bagi untuk mengenakan Liana. Gambar Liana dijampi oleh sami. Diperasapkan pada kemenyan sebelum diserahkan kepada Mariati.

“Kau simpan gambar dia ni! Setiap kali kau rasa marah pada dia, kau renung gambar ni dan seru nama dia. Lepas tu kau cucuk dengan jarum. Pasti dia sakit dan tak boleh menulis lagi. Silap hari bulan dia akan jadi gila!” pesanan sami itu membuatkan Mariati merasakan masa depannya semakin cerah. Sudah tidak sabar rasanya mahiu mengenakan Liana.

Beberapa hari kemudian, Mariati melonjakkan kegirangan apabila status Facebook Liana mengatakan yang dirinya tidak sihat. Manuskrip sepatutnya dihantar kepada editor, terpaksa ditangguhkan. Nampaknya Liana sudah mulai sakit.

Oleh kerana Liana tidak mampu lagi memenuhi permintaan editor dan sering melanggar deadline, maka penerbit terpaksa meminta Mariati memenuhi kekosongan slot penerbitan yang ada. Pucuk dita, ulam mendatang, bagai orang mmengantuk disorongkan bantal,  yang tamak, menyanggupi semunaya.

Sementara itu, Liana mula merasakan keanehan pada dirinya. Badannya selalu rasa sakit dan ngilu sendiri. Setiap kali menghadap komputer, fikirannya terasa kosong, selalu sakit kepala dan mengantuk. Bahkan Liana kini sering dimarahi oleh editor kerana kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Bukan itu sahaja, setiap kali turun mempromosikan buku, pembaca-pembaca tidak lagi menyerbunya. Mukanya kelihatan semakin suram dan tidak berseri seperti biasa.

“Ada yang tak kenan dengan awak ni, pergilah berubat...” tegur seorang ustaz yang juga merupakan penulis buku-buku agama. “Dah... saya dah ke hospital...tapi doctor kata cakap tak ada apa-apa. Cuma letih aje....” Ustaz itu menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

“Ada sakit lain yang awak tak nampak tu.... kalau awak tak mahu berubat cara ruqyah, takut nanti akan memudaratkan diri sendiri....”

Liana tercengang mendengarnya.

 “Ruqyah ? Apa tu?”  Tanya Liana agak naïf.

“Merawat diri dengan ayat-ayat al-Quran. Sama ada mintak orang yang lebih pandai atau kita usaha dengan tenaga sendiri. Cuba, awak buat bacaan Yassin tujuh ‘mubin’, berhenti dan berdoa, mintak pulangkan sihir pada orang yang hantar. Ulang baca sampai jumpa ‘mubin’ yang ketujuh. Biar Tuhan bagi pengajaran kepadanya. Insya ALLAH, Tuhan akan bantu orang-orang yang teraniaya...”

Sejak diterhur oleh ustaz itu, bukan seorang dua yang lain turut menegur kelainan pada diri Liana yang muka dan tubuhnya kelihatan membengkak. Barulah Liana mahu mempercayai yang dirinya telah terkena sihir.

“Rasanya orang tu tak jauh. Dekat aje... berdoalah... kalau rasa syak sesiapaia, jauhkan diri darinya. Bukan mahu bermusuh tetapi orang-orang begini elok dielakkan dari bertembung.”

Tetapi, oleh kerana tidak mahu menemui pakar alternative, Liana nekad untuk mlakukan Yassin tujuh mubin tiga malam berturut-turut selepas melakukan solat taubat. Pada mulanya memang terasa berat untuk melaksankannya. Tetapi apabila Liana mula merasakan kesakitan yang dialami semakin berkurangan, dia terus bersungguh-sungguh memohon doa meminta Tuhan memulangkan sihir yang dikenakan ke atas dirinya. Bagi memastikan dia tidak tersalah orang Liana berusaha menemui ustaz yang pandai dalam ilmu perubatan berkait sihir.

Sumpah, Liana terkejut apabila mengetahui bayangan yang diberikan. Nampaknya dia memag ada musuh dalam selimut. Dalam pada itu, Mariati mula gelisah apabila membaca satatus Facebook Liaa yang kelihatan ceria. Kalau beritahu demama pun cuma demam biasa. Sebaliknya Mariati yang demam teruk. Bingung dan tidak dapat menaip.



_ sudah tiga hari demam dan batukteruk. Doakan saya cepat sembuh ya. –

Liana tersenyum panjang sambil menggeleng kepala membaca status Mariati. Dalam hatinya berdoa, biarlah ALLAH sahaja yang membalas perbuatan Mariati dan terus melakukan Yassin tujuh Mubin selagi ada daya. Lama-kelamaan, keadaan Mariati semakin teruk. Mariati mula cemas apabila merasakan seperti Liana mengetahui siapa yang menyihirnya.

Maka, Mariati pun mula membuat status mmengatakan dirinya sedang sakit teruk akibat perbuatan dengki sesetengah pihak terhadap dirinya, dalam masa yang sama, Mariati meminta doa dari para pembacanya supaya di berjaya menyiapkan manuskrip.

Semakin hari Mariati mula rasa panas membahang. Dia tidak betah duduk dalam rumah sendiri. Kerjanya banyak yang teregendala. Badannya pula yang terasa sakit seperti dicucuk jarum. Tidak tahan dengan keadaan itu, Mariati kembali menemui sami tersebut. Malang sekali,bukannya mahu membantu, sami itu bahkan mengejek Mariati dengan mengatakan semua sihir yang dihantar kepada Liana telah dikembalikan.

“Sepatutnya, tok yang kena balij sebab tik yang hanar sihir itu!” marah Mariati sambil menggaru-garu tangannya yang terasa gatl. Terkekeh-kekeh sami itu tertawa.

“Kau salah.aku tukang hantar aje. Tapi kau suruh. Orang yang suruhlah kena balik. Kalau kau nak baik, senang aje.  Kau pergi jumpa dia, minum air kaki dia. Sembuhlah kau!”

Saat mendengar penjelasan sami itu, Mariati terkedu. Minum air kaki Liana? Arghhhhh! Mati hidup balik pun, aku tak sanggup! Jatuhlah maruah aku! kalau macam tu, pecahlah tembekang aku! Mariati enggan mengalah. Dasar manusia degil dan angkuh, sangguplah dia menahan segala kesakitan akibat sihir yang dihantar kepada Liana kembali kepadanya. Daripada minum air kaki Liana, Mariati terpaksa terus berpura-pura dan mengaburi mata orang lain.


p/s: all credit to MAJALAH APO? dan Kak Nora.

No comments:

Post a Comment