Pages

3/11/2016

Cerita Seram: Anak Isteri Diganggu syaitan.

Arina sudah hamil 5 bulan. Dan sepanjang kehamilan itu, dia merasakan hidupnya terlalu bahagia. Apatah lagi dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti Hatta. Sejak disahkan hamil, Hatta meminta Arina berhenti kerja dan duduk sahaja di rumah. Arina dilayan macam puteri raja.

Semua pantang larang ketika hamil, diikuti oleh Arina sebaik mungkin. Pisau pun Hatta tidak benarkan dia pegang. Semuanya berjalan dengan baik, sehinggalah suatu malam, Arina terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi ketukan pintu dari tingkat bawah.

Tanpa mengejutkan Hatta, Arina bangun. Bunyi ketukan itu lembut dan perlahan tetapi bertalu-talu. Pelik juga Arina memikirkan siapa yang datang ke rumah waktu malam begini. Namun apabila Arina mengintai ke luar rumah, tidak pula terlihat sesiapa.

Tidak puas hati, Arina bertindak membuka pintu. Angin menerpa ke mukanya tetapi pokok-pokok di sekitar tidak bergoyang. Cepat-cepat Arina menutup pintu. Ketika berpaling mahu menaiki tangga, dia terdengar bunyi sesuatu menggaru-garu lantai dari arah dapur.

Bunyinya macam kucing sedang mengasah kuku. Arina menyangka ada kucing liar sudah berjaya masuk ke dalam rumah. Tangan Arina menyalakan lampu dapur. Namun dia terperanjat melihat apa yang menyebakan bunyi itu. lembaga seorang wanita sedang membongkok mengais-ngais lantai. Separuh rambutnya menutupi muka namun masih dapat dilihat bola matanya bergerak-gerak liar.

Arina terkaku, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya apabila lembaga wanita itu menyeringai menampakkan gigi tajam, barulah Arina terjerit ketakutan sebelum rebah ke lantai. Hatta tersentak dari tidur. Apabila melihat Arina tiada di atas katil, Hatta bergegas turun ke dapur dan mendapati Arina sudah terbaring tidak sedarkan diri di dapur.

Dengan perasaan cemas, Hatta mengambil sedikit air lalu direnjiskan ke muka Arina. Mendadak Arina tersedak dan apbila melihat Hatta di depan mata, Arina segera memeluk erat sambil menangis ketakutan.

“Ada hantu bang... saya nampak hantu kat sini tadi...”
Berkerut dahi Hatta mendengar aduan Arina. “Isskkk... mana ada hantu, yang.  Abang adalah ni....” Hatta cuba bergurau.

“ Betul... memang ada hantu.... saya takut bang...” Arina terus merengek-rengek. Puas juga Hatta memujuk dan menenangkannya. Hatta menganggap Arina berhalusinasi sahaja.

Sangka Hatta, selepas kejadian itu, Arina akan baik-baik sahaja. Tetapi lain pula jadinya. Arina dilihat banyak termenung, tidak lalu makan dan wajahnya semakin pucat. Kalau dipanggil, Arina seperti tidak dengar. Kalau disentuh pula dia tersentak-sentak dan kemudian menangis ketakutan. Hal itu membuatkan Hatta runsing. Bimbang kesihatan Arina dan bayi dalam kandungan akan terjejas.

Hatta mula mengambil langkah berjaga-jaga. Setiap malam, dia akan memastikan Arina tidur senyenyaknya sebelum dia sendiri tidur. Arina sendiri nampak selesa setiap kali Hatta menemaninya. Tangan Hatta dipegangnya sepanjang tidur.

Suatu malam, Hatta tiba-tiba terdengar suara perempuan menyanyi. Hatta memandang Arina, tetapi isterinya itu tidur tanpa berkutik walau sedikit pun. Hatta mengamati dan mendapati suara nyanyian itu datangnya dari laman rumah. Perlahan-lahan, Hatta bangun mendekati tingkap. Dia menyingkap langsir dan melihat ke bawah.

Alangkah terkejutnya Hatta apabila mendapati lembaga seorang wanita sedang berdiri tegak di tengah laman, mendongak dan sedang merenung tajam ke arahnya. Matanya kelihatan bercahaya.

Sepantas kilat Hatta melepaskan langsir samba beristigfar panjang. Tangannya mengurut-urut dada bagi meredakan debaran kencang. Htatta berusahah menenangkan diri dan menganggap dia tersalah lihat. Setelah merasa sedikit reda, Hatta mengintai sedikit dari balik langsir. Tiada sesiapa di laman. Namun saat itu juga, Hatta mendengar bunyi kuku diasah di lantai. Mula-mula bunyinya sayup-sayup sahaja tetapi lama-kelamaan semakin jelas di telinga.

Kerana menyangka ada kucing yang mencuri masuk, Hatta berlari turun ke tingkat bawah. Dia menyalakan lampu ruang tamu. Kemudian berlari menyalakan lampu di dapur. Namun tiada apa-apa yang aneh di situ. Sekejap kemudian, Hatta terkejut spsbils mendengar bunyi itu kembali kedengaran. Hatta tercari-cari arah datangnya. Tiba-tiba dia tertegak apabila menyedari bunyi itu datang dari tingka atas!

Dengan langkah terjengket-jengket, Hatta memijak anak tangga. Bunyi cakaran itu semakin perlahan. Diganti dengan suara wanita menggumam lagu. Dara Hatta berderau kerana dia teringatkan bayangan lembaga  wanita yang dilihatnya di laman sebnetar tadi. Semakin mendekati bilik tidurnya, jantung Hatta semakin berdegup kencang kerana suara nyayian itu semakin jelas.  Hatta menekapkan telinga ke daun pintu. Sah! Suara itu datang dari dalam bilik di mana Arina sedang tidur! Bimbang akan kehadiran penceroboh, Hatta dengan pantas membuka pintu. Hatta terplenagah melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Nun di atas katil, kelihatan seorang wanita dengan rambut mengurai menutupi mata sedangmengusap perlahan perut Arina.

Hatta berasa cemas apabila melihat kukunya yang meruncing. Lembaga itu kemudian itu berpaling, memandang Hatta. Jelas terlihat matanya bersinar kemerahan dan ia menyeringai marah terhadap Hatta. Walaupun berada dalam ketakutan, tetapi Hatta menguatkan semangat membaca ayat Kursi sekuat hati. Lembaga itu cuba bangun menerkam namun ia hilang begitu sahaja saat Hatta berteriak melaungkan nama Allah.

Hatta menerpa kearah Arina. Mujurlah isterinya itu berada dalam keadaan baik-baik saja. Barulah Hatta menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Arina sebelumnya. Lantaran itu, Hatta mengambil keputusan untuk menyelamatkan keadaan sebelum gangguan itu semakin memudaratkan Arina dan bayi dalam kandungannya.

Atas seorang bantuan rakan, Hatta berjaya menemui seorang lelaki yang pandai berurusan dalam perkara ghaib. Setelah mendengar cerita Hatta,dia membuat kesimpulan, lembaga itu menyukai Arina dan bayi yang dikandung oleh Arina. Hal itu terjadi setelah Arina dikatakan mungkin terlangkah buluh yang tumbang dari pokok. Akibat perbuatan itu, memungkinkan Arina menarik minat penghuni pokok buluh itu.

Barulah Hatta teringat yang dia ada menebang pokok bukuh di belakang rumahnya. Atas nasihat lelaki itu, Hatta diminta membaca Yaassin setiap malam, dan membiarkan bacaan ayat Al-Quran berkumandang agar makhluk itu tidak lagi kembali mengganggu. Kerana, jika tidak dihalang, lembaga itu mampu membahayakan bayi dalam kandungan, yang mana boleh menyebabkan keguguran dan janin itu akan menjadi makanannya.

Sejak Hatta melakukan perkara-perkara yang dianjurkan oleh lelaki itu, lembaga tersebut tidak lagi menampakkan diri. Akhirnya anak yang dikandung Arina selamat dilahirkan oleh Arina.


Ps: hai, dah habis baca? Seram tak? He he.. sebenarnya cerita ni saya taip semula dari Majalah APO? , coz nak kongsi dengan you all. Tak syok lah I seram sendiri-sendiri. Hah! So, cerita ni I credit kan pada Majalah AAPO? Dan kak Nora kerna dia yang buat cerita ni. I just re-type jer.. selamat ketakutan J

No comments:

Post a Comment