Pages

12/06/2020

kisah vlog dan channel : yuressa yubaba dan blog joji

ASSALAMUALAIKUM


sebelum aku mulakan, meh follow my 2 channel ni hah...:


1. yuressa yubaba (

ini channel khas untuk aku buat cerita tentang my work, basically i post my work disini lah even ada karya orang lain disini, cuma aku akan claim awal2 bahawa x semua work disini hasil idea aku 100%.. cuma aku post sbg memori sebab karya2 hebat dari kak nora dan cerita seram yg pernah aku baca dulu dah hilang without a trace.. banyak weyh cerita best, tapi sayang nya source(majalah dan sites hilang) so aku guna memori je untuk taip balik so korang pun boleh baca sekali. and ada juga work aku yang 100% dari idea aku sendiri, especially cerita seram "Peristiwa di Instagram" .. so harap korang subscribe okay..nanti sambutan baik aku nak buat giveaway <3 ( ada page fb dan ig, korang search je name 'yuressa yubaba' , aku tak tukar pun namanya supaya korang senang cari ok .





ini channel I : yuressa yubaba

dalam ini i post genre cerita yang campur2 lah macam romance, seram, misteri, thriller dan unsur kryptic sikit. nanti ada idea lain i cuba olah.. jangan lupa subscribe yeeeee


2. blog joji 

ini channel random, especially untuk vlog, masakan, art, song cover dan banyak lagi.. so harap korang sudi subscribe nooh.. 

 

aku dah jarang jenguk2 blog ni sebab aku nak fokus kan pada channel youtube je.. tapi rasa rindu juga nak menaipkan.. so kali ni ai nak menaip pula.


actually aku tengah tunggu my order ni hahaha... baru2 ni aku ada beli banyak barang kt shopee, kebanyakkan berkaitan item utk vlogging.. geram je tengok rasa nak beli semua .. tapi kita ni jenis sedar kan so ukur baju dibadan sendiri ek!








baru2 ni pun aku cuba2 nak buat video mekap, masa shooting tu memang lama , and bukan senang , sebab banyak nak kena setup.. tapi bt masa skg ni aku takda tools lagi, so kena jadi kreatif lah guna apa yang ada.. 


and lepas dah siap shooting, kena edit lagi.. yang ini pun banyak proses ok.. kena kental weyh.. bila kau sorang2 buat kerja editing ni pun kena detail, or you will spoil everything! hah baru kau tahu betapa susahnya edit video nie...but for me lah , sebab aku ni basic knowledge je haha..takda la power sangat.. biasa2 je..lighting pun kelaut.. hahaha..tapi x mengapa lah kan aku baru nak belajar.. hehe. owh, sebelum lupa, software video editing pun main peranan yang besar juga.. setakat aku ni just guna apps telefon je...so kau jgn expect kualiti terbaik.. 


dan part yg ditunggu2... bila dah siap edit apa semua.. tengok hasilnya.. eiii... feeling dia lain amcam ok! hahaha.. bila tengok hasil kerja sendiri, even la tak power macam editing skill orang lain , tapi masih boleh dipuji.. rasa syok tengok sendiri hakhahak.. yalah, shooting je guna masa hampir 1 jam, lepas edit itu ini, durasi tinggal 15 minit or 10 minit dari 60 minit semasa shooting.. bestlah tengok dari muka takda apa2 transformed ke mekap yang kita buat tu.. macam magik gitu hahahah ( jakun level longkang)


actually aku nak upload hasil i buat video haritu, tapi im scared la.. haha .. and yg paling penting i shooting and free hair, so i tak berani nak expose macam tu lah, kan aku sekarang acah2 taubat dah.. so tunggu lah next video aku pakai tudung, baru aku berani upload.. 


and kepda guru yang kata nak mulakan vlogging kata kan tak perlu modal pun untuk mulakan vlogging ni.. kaurang ketuk kepala dia, first time aku cuba juga lah untuk guna kamera , dia kata dengan kamera phone je dah boleh start kan vlog/channel youtube.. 


ok lets be real ya... memang betul kau boleh mulakan vlog/channel youtube dengan menggunakan kamera phone je, tapi kau kena berhadapan masalah dengan footage yang shaking , low kualiti shoot, dan susah nak adjust.. misalnya kau nak buat video masak.. takkan tangan kanan potong bawang n tangan kiri pegang kamera.. aku dah cuba gaisss.. dan tips and advice dorang yg so called guru tu mmg tak membantu pun...


so my advice, kalau nak mulakan vlog/channel youtube pastikan lah sedia 3 benda ni..


1. camera video ( phone pun boleh ) utk permulaan/sekadar suka2 je

2. tripod / monopod... bagi aku benda ni penting.. sbb kita blh jd multitasking ketika shoot dan footage stabilizer.. 

3. software.. penting weyh, tapi aku selalu guna apps telefon je sebab aku kan belum laptop, so buat masa ini aku guna apps je.. nanti aku listkan dibawah k..


sebab aku sebagai penonton pun mesti pilih video yang cantik, stabilizing footage yg ok, dan color grading yang lawa... kau jgn main2. viewer sekarang ni bukan cikai2.. hahaha... tapi aku sendri pun kelaut. sebab tu kena juga labur sikit2.. untuk yg permulaan or yg suka2 je kalau guna tripod dan apps pun dah memadai..


and sekali lagi, kalau ada mana2 advice yang kata "just guna camera phone je" jangan lupa jentik hidung dia.. senang je cakap macam tu, memang ada yang mula2 guna phone je tapi views dan subscribers mendadak naik, tapi tengok lah nasib macam mana, rezki yang Tuhan bagi, tak semua orang dapat macam tu, kena usaha dan tawakal juga..


apps yang i guna untuk phone:

1. kinemaster (untuk text for my work)

2. vllo ( sesuai untuk vlogging, senang guna dan tak rumit)


hehehe.. so thats it my bebel kali ini. sbb macam addicted lah buat video nie, hahaha...

No comments:

Post a Comment