Pages

1/14/2016

cerita tentang kucing #2

Pernah tengok anime Secret of Akko Chan yang bersiaran di TV 1 around tahun 2005 kalau tak silap, dah lama. Ada satu siri episode dimana dia menyamar sebagai seekor kucing, kerna untuk menggembirakan hati seorang nenek yang tinggal bersendirian menghabiskan sisa hidupnya dengan mengait baju. 



Nenek nih dahulunya pernah memelihara seekor kucing yang gemuk bersih, in short macam kucing yang memang bertuan aah. Tapi, kucing tersebut tetiba hilang tanpa khabar berita [eh kalau dah hilang mmg xda news la kan heuhue]. Si nenek pun sedih tahap maksimum, sebab kucing itulah saja teman since dia tinggal sebatang kara dalam rumah. 

Pastuh dia berkenalan dengan Akko-Chan. Si nenek pun bercerita ttg kisahnya termasuk kisah kucing dia yang hilang. Selepas itu, Akko-Chan pun menyamar sebagai kucing peliharaan nenek itu memang sebijik 98% [refer gambar kucing tuh], konon kucing nenek tuh dah balik aah gamaknya. Si nenek tuh macam x percayai lalu dia bela balik dan sayang kucing[penyamaran Akko-Chan] itu. Dia gembira sebab dah ada teman kembali so dia rasa x sunyi dah.

So, bermula konflik antara Akko-Chan dengan nenek tuh, mana lagi nak pergi sekolah, mana lagy nak jadi 'kucing'. [x berapa ingat dah storyline tapi lebih kurang cenggini ah] . Akhirnya si Akko-Chan nih pun berterus terang dengan nenek tuh sebenarnya, kucing yang dia pelihara selama ini adalah hasil penyamarannya. Akko-Chan mintak maaf sangat-sangat dengan nenek tuh. 

Tapi nenek tuh x terkejut pun. Dia dah tahu sejak dia membelaiï 'kucing' itu dipangkuannya. Si nenek perasan, kucing memang sama dengan kucing yang dulu, dari segi mata, bulu, ekor, saiz dan suara. Tapi, satu saja, 'kucing' tersebut tidak punya 'tanda' tompok hitam dibahagian leher, so si nenek tahulah kucing yang mengaku sebagai 'kucingnya' bukan kucingnya yang sebenar. Tapi dia tetap menyayangi kucing itu seperti mana dia menyayangi kucing yang dulu.

So, the point is,

kucing ada satu habit or instinct yang mereka akan tahu bila ajal mereka datang. si kucing yang bertuan ini akan pergi meninggalkan tuannya, kerana mereka(si kucing) tidak mahu tuan mereka melihat kematian mereka melainkan mereka diserang haiwan ganas atau mendapat kecelakaan spt dilanggar kereta. Pendek kata, kucing tidak mahu tuan mereka bersedih atas kematian mereka. Lebih baik mereka hilang begitu saja dan membiarkan si tuan tertanya-tanya adakah kucing mereka dah mati or masih hidup.
[mannn, I suck at explanation. soryy]


Itu lah penerangan si Nenek tua kepada Akko-Chan.. Ekceli saya tak tahu samada ia benar atau tak, tapi masih terasa sedih man. Patut la my kucing kesayangan yang lelama tuh tetiba hilang...hilang... ingatkan orang curi. but IDK ... And satu lagi I hampir terlupa, kucing nenek yang hilang tuh, dah hampir 7-8 tahun hilang so dia lepak2 diluar rumah tu mungkin nak imbas kembali memori dia dengan kucing kesayangan dia kot. Ya Allah, sedihnyaaaaaa :(


love this episode, sebab saya dan Da(ayah)sama2 tengok anime ni masa tuh :)

No comments:

Post a Comment