Pages

10/25/2024

i'm shakinggggggggggggggg !

 yes, aku dah sent my pic kt dia tadi hahahahahahaha.. sebab aku xnak kehilangan ez dah, amboiiiii kemain ayat.. hahahah tengah shaking ni, ko pegang aku skg ! now we dah exchange our pics sebab lama x tengok..

sometimes macam tak percaya juga yang aku dah contact balik dengan dia, padahal kalau korang baca entri meroyan aku nak get back dengan dia, sampai nangis2 masa i taip, hahahaha pathetic gila aku masa tu..

kan aku dah gemuk masa ni, memang gemuk tak boleh bawa bincang, but im on diet rn.. he kinda like me even more selepas bagi my pic tu.. 

lepas aku end kan our conversation..aku cuba nak try tido, tapi bila aku kenangkan balik, aku tetiba anxiety weyh.. sebab aku takut kalau kami memang berjodoh, and kawen, aku terpaksa tinggalkan my siblings and my biggest nightmare is my parent. 


aku siap menangis..terbayang wajah mama ku yang sayu, selama ni aku dengan dia jak, tak pernah berpisah, aku tak pernah imagine hidup berpisah dengannya.. walaupun kami selalu bergaduh manja, tapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku menyayangi mamaku (including my dad juga) . dunia akhirat merekalah orang tua ku yang aku sayangi. aku tetap memilih mereka sbg ibu bapa ku yang terbaik.


punca aku tak sambung belajar pun sebenarnya aku tak boleh berpisah dengan my mom. susah senang kami mesti sentiasa bersama.


tapi tu lah, aku rasa anxiety, tapi aku belum putuskan utk kapel balik dengan si ez tu, walaupun dia ada hint semalam nak get back balik, aku masih unsure.. sebaikmya, selepas jumpa baru aku boleh decide kan samada utk get back or tak.. yelah pic dengan real life aku rasa tak sama kot.. mungkin dia kata suka sangat tengok pic aku kan, tapi dia tak pernah tengok aku in real life (IRL) lagi, video sekali pun x pernah..


so,itulah cadangan yang aku pegang sekarang.. if kami jumpa, and hati dia berubah pula tak suka aku, sebab aku rasa aku tak lawa.. aku pasrah dan redha pada ketentuan Allah swt.. malah lagi bagus sebab aku tak payah berpisah dengan keluarga ku yang tersayang especially my mom yang dikasihi Allah swt.. 


ya Allah, berilah aku pilihan yang tepat dan kurniakan lah rezeki dan kesihatan kepada orang tua ku ya Allah. Aamiin ! 


ok lah nak blaaaah dulu sebab aku rasa sebab kalau taip panjang2 t.t

10/21/2024

The lowest point of my life~

 well.. spt biasa.. aku akan pergi ke sini bila aku nak luahkan sesuatu perkara, but i macam takda tempat meluah, meluahkan ini kt my mom she is too old to understand my problem. so yeah.. luah kt sini je lah..


aku rasa macam tiada purpose nak hiduplah.. aku dah macam tiada apa-apa dah dalam dunia ni.. aku tiada pelajaran, coz aku x sambung belajar sampai habis, takat spm je, tu pun math aku gagal, the rest cukup2 makan je.. aku tiada kerja, aku tiada gaji bulanan yang nak ditunggu setiap bulan. nak beli makanan pun aku terpaksa minta kt my mom.. imagine umur 32 tahun ni, aku makin loser. 


hanya Allah je yang tahu apa aku rasa selama ini. aku rasa aku betul2 kecundang didalam hidup ini. duit yang aku ada sekarang ini pun tak sampai rm100. yup, since aku dah tak menjualkan, aku bagi laluan untuk my mom tapau segala perniagaan untuk kumpul duit bagi melangsaikan hutang arwah sis ku. so aku kena korbankan rezeki utamaku dulu. 


walaubagaimana pun, aku tak boleh macam ni untuk jangka masa yang panjang, bcs i need a money! sampai aku rasa nak berhijrah ke KL untuk cari kerja, sebab tempat aku tinggal ni memang tiada kerja kosong yang available, since i live in pedalaman sabah. Pedalaman sangat2. dah lah my youtube channel tak berjalan dengan lancar, payah gila nak monetize, even dah buat macam2 kontent pun. i pun macam dah giveup. 

and the worse... aku tak solat. mungkin ini antara punca kenapa life aku teruk benar macam ni. aku lupakan Tuhan..adakah ini teguran dariNya? aku nak patah balik tapi rasa macam payah sangat, and i feel digusting about myself yang tinggalkan solat ni, aku rasa malu, but at the same time susah utk i nak come back balik ke jalan lurus. tbh, aku nak solat balik macam dulu, nak ada Allah dalam hati ini, i never forget Him but i x solat.. macam mana tu?? seriously, i dah lupa bacaan solat and i feel ashamed of myself. 


and now i complain why i cant move forward for a better life.. sebab aku tinggalkan Tuhan. dah tahu jawapan nya but i tried to ignore it. but serius ni aku nak kembali solat dan taat pada Allah walaupun ia mengambil masa yang lama. I nak hidup senang but i forgot i kt dunia yang penuh dengan onak duri, aku nak bina kehidupan aku semula.


aku nak ada duit, aku nak travel, aku nak kehidupan aku macam dalam movie, that everything was perfect sambil diiringi lagu2 yang mendayu2..but i know it wasnt tht easy to get it. cuma now, if i xda rezki untuk berkahwin, if i ada kerja nanti, aku nak sambung study bermula dengan diploma, maybe its gonna take 2 or 3 years to complete, after tht i nak sambung ke ijazah pulak.. selama ni aku dah banyak buang masa, hampir 15 tahun kot, but i kept disown my chance. menyesal tu tak payah cakap! 


i tahu i semakin menua since im 32 this year, but keep on trying tanpa menoleh ke belakang. you know what, Koo Hyesun inspired me to further my study, she was a divorced woman, she hit the lowest point in her life and got severals hates comment from her ex husband fan's.. she aint looking back and start a new journey in her life. now dia dah graduated and dia dah kata nak aim PhD!! 




her at graduation days!

she's the real Geum Jan Di !  but at least shes an actress and duit kepuk2 dalam bank. so lucky of her.. but i takkan menyerah.. i ada Tuhan yang Maha Kaya akan bagi aku kaya nanti, aku akan solat dan kembali pada Nya if my period dah tamat bulan ni. cant wait to pray to Him <3

10/10/2024

he wants my numberrrrrrr nauuuuuurrrrrrrrrr

well guess what?

aku baru je bagi no tipon aku dengan dia tadi.. sebab dia yang mintak, aku sebenarnya nak mengelak aku malas dia ada simpan anything yg privates to me ada kt dia. tapi i cant say no since i wanna keep him for a backup too! 

ASTAGHFIRULLAHHHHHHH~

yup, macam ada aura2 kami akan get back balik since dia insist nak stay contact dengan aku, aku macam dah malas tapi layan je lah.. aku taknak berangan dah macam aku mmula2 kapel dengan dia. tireeeeeed~

actually lepas aku bagitahu dia my answers yang cold tu, dia macam sentap juga kot even he played it cool but i can read the room.. and ada satu masa chat dia tu aku just seen je, dia tak leh diam and he even say back ''fieeeeeeeee'' but bila i reply balik, dia ignore pulak..dia macam main tarik tali.. aku tunggu2 juga dia reply but he dont. i was laikee okayy, then i signed out for almost a months and never looked back, and if x silap, dia ada sent lagi ''fiiieeeeeee'' at 28 aug but i biarkan duluu muhahahahahhaha.. sebab aku dah in mode 'idgaf'''.. syukur la kau tak reply so aku xda pening kepala nak back to kapel2 ni..

so baru sabtu lalu i reply lepas tu i off balik nak dekat seminggu, baru malam kemarin dia nak mintak number fon, i macam berat hati lah nak bagi sebab malas nak ada komitmen.. but he insist then yea, i rasa kesian and rude and at the same time i pun nak stay contact ngan dia as my backup husband (kalau ada jodoh) and yeahh..



9/14/2024

I'm tired 😔 [about my youtube journey]

Masih belum masa nya lagi Tuhan bagi aku i rezki untuk monetize tahun ini. I did a lot of contents for my channel youtube. But i barely get views. Ya Allah sakit nya aku rasa skg ni.

Aku rasa aku dah buat kontent yang kreatif dengan sound effect yang menarik. I shooting for almost 4 hours, dari jam 11 malam sehingga jam 4 am, dengan kacauan2 yang terpaksa aku tunggu supaya kontent yg aku buat tu berjalan dengan baik. I sabar.

Lepas tu masuk fasa editing pula.. Fuhh.. Took me almost 3 or 4 days to finished yee.. Dengan mencari sound effect + asmr lagi.. Ada bunyi2 yang aku buat sendiri if aku x jumpa bunyi yg sesuai. Video ni panjang tau, tutorial je 66gb , belum masuk results lagi. But alhamdulillah i made it. 

Walaupun almost burnt out.. Penat, org tengok aku dok asyik tenung fon macam nak gila, tenang x berjalan sana sini, tapi sebenarnya otak emosi anything inside yg bekerja.

Bayangkan 66gb tu kalau kira2 mahu 3 4 jam juga durasinya, so itulah aku kena hadap nak potong tiap scene, final results biasanya akan jadi 30 minit or 45 minit.. 

Tapi aku akan pasti viewers aku x rasa bosan tengok my kontents. Mungkin adalah beberapa unnecessary scenes yg terlepas pandang. 

See betapa susahnya jadi full timer content creator. Aku sorang2 je, aku tiada team, kalau aku ada masa, adalah, kalau tiada memang tak adalah.. Tapi bila dah ada, views pulak sikit. Ya Allah, sampai aku rasa macam tak berbaloi dengan penat lelah yang aku luangkan😭.

Tapi.. Aku rasa ini berpunca dari shorts video yang aku upload. Masa aku tak fokus shorts, video long aku ok je dapat views, dapat lah 1-2k views , long form video yang aku pernah dapat views tinggi adalah 14k views. Tapi masa tu terujakan.. Punya kalut nak dapat subs ratus ribu aku terikut2 post shorts. Ended up dpt 1k 2k views je.. Tu kira rendah taw.

But ada 1 shorts aku dapat hampir 420k views, mostly aku dapat subs dari situ dengan Jumlah 2400 subscribers. Total subs yang aku ada sekarang ini 3060 subs. ALHAMDULILLAH.

Tapi aku masih tak puas hati. Subs dari shorts ni dangerous taw. Most of em ada span attention dari tiktok, hampir 98% takkan tengok kau punya long form videos taw, dorang ni jenis tengok then scroll2 je, tu kira baik dorg tekan subscribe.. Or itupun mungkin tertekan secara x sengaja😆.. Alahaii~

Tapi x semualah, ini apa yang aku study ttg analytics dan mostly channels yang aku stalk (same niche mcm i), memang begitu, melainkan contents kau memang betul2 padu punya.

Tapi kalau macam aku punya kontent.. Hahaha.. Hidup segan mati tak nak pula.. Sedihh bah. 

Sedih yang teramat sangat. Tapi aku pujuk lah hati ni juga.. Setiap apa yamg berlaku itu atas dengan izin Allah juga, Dia kan pemberi rezki yang Maha Kaya.. Mungkin belum tiba masanya. Sob sob sob. *menangis tak berair mata tetapi tetap sedih*

Aku anggap ini ujian hidup ku. Tipulah kalai aku xjelas dengan cc lain (*content creator)

Ada sorang cc tu, kami 1 niche, dia upload shorts, nak kata kontent dia padu tapi x jugalah, tapi attractive untuk pancing mata viewers, views yg dia puluh2 juta taw ! Dulu masa mula2 kami upload video, dia ada 2k subs ja, tapi since her videos went viral, dalam masa beberapa bulan she got 1.98m subscribers.. And i saw her recent videos abt her been unboxing iMac and bought some flowers knows brand make up taw. She really hit a jackpot (ofkoz la Allah yang izinkan)

Berbuluh mata i tgk😫 but in a gud way la.. And theres so many wannabes trying to copies her lol.. And you what? I langsung tak ikut dia punya kontent semata2 nak subs.. Kalau i buat pun dengan kreativiti yang lain..konon la i taknak jadi peniru dan selalu berasa ingin menjadi lain drpd yg lain🙄 meluat to myself 😏

And here I am. Still a sendu person, kemain awal January haritu konon i was so confident been saying "2024 is gonna be my year" now i rasa nak 🤮

And i feel shame abt my self. 

Eh korang masih x tahu kan, aku dah x meniaga lagi konon nak fokus buat kontent.. Yes. Aku sekarang x menjana apa2 income pun, duit rm500 yang aku save tu kian lama makin mengurang. X pernah bertambah. Sekarang aku 100% bergantung income pada youtube tapi tu lah.. Still x monetize lagi. Tunggu muflis je ni😞

(berharap Allah mengasihani diriku yang pendosa tegar ini untuk dimurahkan rezki kekayaan dan kesihatan akan datang)

Yes. That's me. Ingatkan jadi better tapi makin worse😆 sometimes my life is funny tho eventho it hurts😭

Dah lah esok doa selamat utk my late sis. May she rest in peace♥️ nak tido awal (padahal dah nak 1230am)

baii nanti i update lagi kalau ada keajaiban terjadi😊

8/19/2024

see you again Tutu. alway love you❤️

Ini kucing yang i bela dari kecil. 3/11/2023 i adopt. Akhirnya harini around jam 12pm dia dah pergi. Tak sampai setahun pun Allah swt bagi pinjam, tapi rasa mcm lama dah bela fia, mcm bela bertahun2..

Sedihnya aku menangis teresak2, yela.. Dari kecil aku jaga, sampaila dia adult.. Dia masa kecil tu kesian taw, dahlah jatuh dr bangunan sekolah, peha kanan patah, so dia jalan terkedek2 and plg x blh blah my dad siap gelar dia "oku" 😞.. Sampai hati.

Bila dia besar2 sikit, dia got infected flu dari kucing lain.. So sampai la dia mati pin x pernah sembuh, asyik sneezing je.. Bawa ke klinik haiwan pun tu je pattern nya. Lepas tu dia dah pandai merayau, aku ni dah macam mak mak gelisah cari dia, alhamdulillah dia pandai pulang ke rumah..

Tapi semuanya dah berakhir, Allah dah ambil dia balik.. Again kami seperti kehilangan family members , and my mom pun menangis tadi, pdhl dia plg geli dgn kucing.. Tutu hit different yknow😭..

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat2 berasa kehilangan, semoga Engkau menggantikan sesuatu yg lebih indah selepas ini. 

(typing this while sobbing) 😭😔



8/18/2024

gemuk

Aku rasa empty. Kucing kesayangan kami dah mati malam befday aku. So sad 

8/17/2024

officially 32 today

Baru lepas makan kek tadi.. We all celebrated our lil befday.. Me and abri❤️

Yes, I'm officially 32 years old this year. 

My mom gave this as my gift❤️ love it❤️❤️

7/23/2024

So how its going on so far??

 hola eskomolo pintan semua!


hehehe.. macam happy pulak aku ni kan.. and yes i datang balik untuk update our perkembangan. like my prev entri or jumaat minggu lalu, aku dah reply mesej ex i kan.. so it was went well untill semalam.


kami bertanya tentang perkembangan masing-masing. and dari situlah aku mula faham my real feeling towards him. I feel NOTHING~. LIKE aku macam geli and blame my stupid heart why la aku balas mesej dia tu.


sebenarnya kami tiada lah mesej memanjang macam jejak kasih baru berjumpa, aku jarak kan mesej kami, misalnya dia balas pm aku jam 10pm Jumaat, malam Ahad baru aku reply muahahahhahahaha.. so tak sampai berpuluh2 kali pun aku reply, lagi pun aku guna fb aku yang satu lagi tu, yang langsung dia tak tahu. hahahaha.. aku selang kan 2 3 hari.


So.. semalam kami chat, adalah dalam 30 minit, tapi just pendek2 je tapi aku dapat rasakan dia nak get back dengan aku, ini list yang dia tanya kt aku..


1. dia tanya lah kalau aku masih ada simpan gifts yang dia bagi

2. aku dah kawen ke belum

3. kalau aku masih sayang kt dia

4. dia minta 1 foto sebab dah lama x nampak aku

5. dia tanya kalau aku masih kerja

6 he didnt reply anything...


hahahaha... agak brutal and jujur jugalah jawapan2 yang aku bagi kt dia, rasa kesian pulak.. tapi thats it. aku hanya jawap dengan jujur..


nak tahu apa jawapan aku, ok ini dia: 

1. yup aku masih ingat dan masih simpan = tapi hakikatnya aku dah jual komik2 yang dia belikan utk aku

2. so true! aku memang belum kawen pun sebab aku nak stay single and fokus abt my content je

3. hmm.. sejujurnya, aku tak pernah cinta pun dengan dia, but out of desperation lah kami ter-couple..

4. kalini aku dah tak berdolak dalih lagi, aku just bagi tahu yang aku takkan bagi my photos pada siapa2 termasuk dia pun(especially LOL)

5. aku tipu yang aku dah resigned tahun lalu sebab aku mana pernah kerja. i only kerja sendiri je.. ( tapi kalau ikut situasi sebenar aku mmg tak tipu mmg aku stop menjual dr tahun lalu cuma konteks je berbeza )

6. he just seen my mesej.. mungkin dia ingat dah tiada harapan dengan aku, sebab kalau korang baca the way i reply to him, amat COLD.. kot2 dia terasa muahahahahaha.. 


dan itu membuatkan aku lega.. baguslah kalau move on sebab aku memang tiada hati pun kat dia. tapi agak pelik lah selalunya aku rasa sedih, but now i macam strong2 gittew.. sebab aku dah tekad nak hidup single sampai akhir hayat kot..ik ive been whining abt being single, nampak orang kawen aku macam triggered gak nak kawen, macam terikut2.. tapi sekarang aku dah faham dengan diri sendiri. plus aku dah simpan gol untuk my kontent kt yt.. nak monetized.


so i dont have time to fool around, cari masalah.. Hidup single ni 1 kurniaan dari Allah swt taw.. Alhamdulillah. aku lebih tenang kalini. Tapi, jika kalau kami ada jodoh, dan if Allah dah tentu kan kami jadi suami isteri aku redha. lagi baguslah kalau mcm tu.. dan juga sebaliknya..


So that's it. update terkini. kalau ada update aku drop kt sini ok.. 


TATA

7/18/2024

Y.E.S

 sepatutnya aku dah tidur tapi aku baru je siap shooting content, so masa dah wrap up tiba-tiba teringat pula perbuatan aku petang tadi.

nak tahu apa aku buat petang tadi? YES. aku dah reply mesej ex aku. hahahaha... berdegup2 seh aku nak reply, padahal member tu dah sent dari tahun 2022, tahun lalu aku langsung tak bukak fb yang dia sent mesej tu. actually aku checked mesej tu sebelum puasa tahun ni lagi.. maybe seminggu or 2 minggu sebelum puasa tahun ni.. hahaha


sebab aku masih tak sure tapi aku just reply je lah.. tapi untuk kali ni aku dah taknak lebih2 macam pertama kami decided untuk jadi couple. i dah belajar dari kesilapan, and maybe this time i matang sikit. Hopefully lah.


maybe dia mesej pun just nak tanya kabar je kot, or maybe nak tagih hutang ke.. or nak bagitahu dia dah nak kawen ke, or dah kahwin ke.. lol. IDC! 


tapi selepas aku reply mesej dia kan, adreline aku naik woi.. aku terbayang2 yang aku jadi housewife dia, ditanggung oleh dia and dapat nafkah bulan2.. and worse kami kawen just intimate wedding BHAHAHAHA! rosak dah aku nih~


kemain kan?? padahal orang tu baru tanya kabar aku dah perasan lebih, tapi itu just my feeling lah, tapi aku dah tekad andainya dia nak get back, i might accept tapi not in rushing..  i need my time and kalini i akan jadi lebih ''reserve''. 


babe.. ofkoz i remember you.. you were my
1st love till now (yet).


aku reply acah2 teruja tapi sebenarnya aku nak dia hook hahahaha.. harap dia masih tak marah lagi lah kat aku sebab the awkwardness is so loud. huhuhu. tbh aku macam a bit x keruan sebab aku rasa macam mimpi lah yang aku dah reply mesej dia, almost 7years kot that was the last time we've spoke. (uii ok ka speking ku??) hahahaha 


so itu je lah untuk kalini, mengantuk ni dah nak masuk jam 3 am. sepatutnya i dah sleep sebab nak bangun awal.. bye..


SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SITUASI KAMI. AAMIIINN~





7/03/2024

ADAKAH AKU DAH REPLY??

 kes tu sebelum puasa I dah tahu. tapi sampailah dah berlalu raya aku masih tak reply. why? 

sebab aku dah macam tak berminat. but at the same time i still fikir nak balas. tapi bila teringat balik wajah dia tu, hmmm... sakit hati pulak aku dibuatnya. so sehinggalah sekaran aku masih tak reply.


korang rasa, patutke aku reply?? *bertanya kepada my unexisted readers* sob sob sob...

maybe aku akan reply, but not now.. tapi aku akan bakal berputih mata kalau aku lambat2 reply. but jodohkan rahsia Allah. yang aku risau kan sekarang ini hanyalah income yang aku nak jana di youtube.


btw lain topik kejap. aku dah berjaya dapat 2k subscribers, phewwwwwwwwwww.... mengambil masa setahun lebih juga untuk i capai.. cuma nak capai syarat tayangan sehingga 4ribu jam tayang tersangat2 lah susah.. tapi i wont give up. sikit je lagi nak monetize.. Insya Allah, semoga tahun ini aku dapat monetize t.t


so sekarang i tengah taip2 ni actually aku tengah rakam my sound menaip, so jangan pelik and judge as bodoh kalau macam topik ni lari2 hahahaha... rasa macam sedap je typing keyboard laptop ni sambil pasang microfon kat tepi.. 


so itu jelah my bebel untuk kali ni. and yeah i still hidup walaupun tengah stress yang x berapa dangerous. so bye now.


see yall again~

3/03/2024

O M G !

You guys takkan percaya kalau aku cerita!

benda ni aku baru je dapat tahu kemarin pagi lepas i siap mandi.. dok sibuk belek2 fb teringat nak buka my old fb account, lepas tu aku ada terima 1 unread mesej kat messengger.. guess what darisiapa???

It was from EZ!!!

Ya Allah, aku betul2 x percaya yang dia akan mesej aku. kalau korang ada baca entri2 aku yang terdahulu. ingat tak yang aku pernah meroyan nak get back balik dengan dia? masa tu aku post pada tarikh 20 December 2022, aku post entri masa aku kat Semenanjung lagi..

ini proof nya..


tengok baik2 tarikh tu, or korang bole baca kat sini 

https://uyscuti1997-17.blogspot.com/2022/12/patut-ke-aku-dm-dia.html

nampak tak betapa desperate nya aku nak get back kt dia, siap fikir lagi mugnkin jodoh kami masih kuat.. huahuahua

tapi aku still belum balas lagi, memanglah masa mula2 aku tengok dia mesej aku tu aku excited gila! tapi lama kelamaan aku macam... hmm.. biarlaaa.. aku masih belum bersedia nak reply lagi.. nak borak apakan? kalau aku reply pun mungkin aku tagih pasal hutang yang dia TAK SURUH AKU BAYAR PUN..

aku still berbelah bagi, reply or not, tapi i still nak kahwin juga, tapi macam dah terbiasa hidup single ni, best gilerrrrr even ada masanya i akan rasa lonely, but idk maybe i need to get out from my comfort zone, am i rite? lol

tu je nak habaq.. nanti i akan update kalau i dah reply mesej dia.. or maybe never.. idk nad still decidinggggg

btw SELAMAT HARI RAYA ;)