Pages

7/23/2024

So how its going on so far??

 hola eskomolo pintan semua!


hehehe.. macam happy pulak aku ni kan.. and yes i datang balik untuk update our perkembangan. like my prev entri or jumaat minggu lalu, aku dah reply mesej ex i kan.. so it was went well untill semalam.


kami bertanya tentang perkembangan masing-masing. and dari situlah aku mula faham my real feeling towards him. I feel NOTHING~. LIKE aku macam geli and blame my stupid heart why la aku balas mesej dia tu.


sebenarnya kami tiada lah mesej memanjang macam jejak kasih baru berjumpa, aku jarak kan mesej kami, misalnya dia balas pm aku jam 10pm Jumaat, malam Ahad baru aku reply muahahahhahahaha.. so tak sampai berpuluh2 kali pun aku reply, lagi pun aku guna fb aku yang satu lagi tu, yang langsung dia tak tahu. hahahaha.. aku selang kan 2 3 hari.


So.. semalam kami chat, adalah dalam 30 minit, tapi just pendek2 je tapi aku dapat rasakan dia nak get back dengan aku, ini list yang dia tanya kt aku..


1. dia tanya lah kalau aku masih ada simpan gifts yang dia bagi

2. aku dah kawen ke belum

3. kalau aku masih sayang kt dia

4. dia minta 1 foto sebab dah lama x nampak aku

5. dia tanya kalau aku masih kerja

6 he didnt reply anything...


hahahaha... agak brutal and jujur jugalah jawapan2 yang aku bagi kt dia, rasa kesian pulak.. tapi thats it. aku hanya jawap dengan jujur..


nak tahu apa jawapan aku, ok ini dia: 

1. yup aku masih ingat dan masih simpan = tapi hakikatnya aku dah jual komik2 yang dia belikan utk aku

2. so true! aku memang belum kawen pun sebab aku nak stay single and fokus abt my content je

3. hmm.. sejujurnya, aku tak pernah cinta pun dengan dia, but out of desperation lah kami ter-couple..

4. kalini aku dah tak berdolak dalih lagi, aku just bagi tahu yang aku takkan bagi my photos pada siapa2 termasuk dia pun(especially LOL)

5. aku tipu yang aku dah resigned tahun lalu sebab aku mana pernah kerja. i only kerja sendiri je.. ( tapi kalau ikut situasi sebenar aku mmg tak tipu mmg aku stop menjual dr tahun lalu cuma konteks je berbeza )

6. he just seen my mesej.. mungkin dia ingat dah tiada harapan dengan aku, sebab kalau korang baca the way i reply to him, amat COLD.. kot2 dia terasa muahahahahaha.. 


dan itu membuatkan aku lega.. baguslah kalau move on sebab aku memang tiada hati pun kat dia. tapi agak pelik lah selalunya aku rasa sedih, but now i macam strong2 gittew.. sebab aku dah tekad nak hidup single sampai akhir hayat kot..ik ive been whining abt being single, nampak orang kawen aku macam triggered gak nak kawen, macam terikut2.. tapi sekarang aku dah faham dengan diri sendiri. plus aku dah simpan gol untuk my kontent kt yt.. nak monetized.


so i dont have time to fool around, cari masalah.. Hidup single ni 1 kurniaan dari Allah swt taw.. Alhamdulillah. aku lebih tenang kalini. Tapi, jika kalau kami ada jodoh, dan if Allah dah tentu kan kami jadi suami isteri aku redha. lagi baguslah kalau mcm tu.. dan juga sebaliknya..


So that's it. update terkini. kalau ada update aku drop kt sini ok.. 


TATA

7/18/2024

Y.E.S

 sepatutnya aku dah tidur tapi aku baru je siap shooting content, so masa dah wrap up tiba-tiba teringat pula perbuatan aku petang tadi.

nak tahu apa aku buat petang tadi? YES. aku dah reply mesej ex aku. hahahaha... berdegup2 seh aku nak reply, padahal member tu dah sent dari tahun 2022, tahun lalu aku langsung tak bukak fb yang dia sent mesej tu. actually aku checked mesej tu sebelum puasa tahun ni lagi.. maybe seminggu or 2 minggu sebelum puasa tahun ni.. hahaha


sebab aku masih tak sure tapi aku just reply je lah.. tapi untuk kali ni aku dah taknak lebih2 macam pertama kami decided untuk jadi couple. i dah belajar dari kesilapan, and maybe this time i matang sikit. Hopefully lah.


maybe dia mesej pun just nak tanya kabar je kot, or maybe nak tagih hutang ke.. or nak bagitahu dia dah nak kawen ke, or dah kahwin ke.. lol. IDC! 


tapi selepas aku reply mesej dia kan, adreline aku naik woi.. aku terbayang2 yang aku jadi housewife dia, ditanggung oleh dia and dapat nafkah bulan2.. and worse kami kawen just intimate wedding BHAHAHAHA! rosak dah aku nih~


kemain kan?? padahal orang tu baru tanya kabar aku dah perasan lebih, tapi itu just my feeling lah, tapi aku dah tekad andainya dia nak get back, i might accept tapi not in rushing..  i need my time and kalini i akan jadi lebih ''reserve''. 


babe.. ofkoz i remember you.. you were my
1st love till now (yet).


aku reply acah2 teruja tapi sebenarnya aku nak dia hook hahahaha.. harap dia masih tak marah lagi lah kat aku sebab the awkwardness is so loud. huhuhu. tbh aku macam a bit x keruan sebab aku rasa macam mimpi lah yang aku dah reply mesej dia, almost 7years kot that was the last time we've spoke. (uii ok ka speking ku??) hahahaha 


so itu je lah untuk kalini, mengantuk ni dah nak masuk jam 3 am. sepatutnya i dah sleep sebab nak bangun awal.. bye..


SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SITUASI KAMI. AAMIIINN~





7/03/2024

ADAKAH AKU DAH REPLY??

 kes tu sebelum puasa I dah tahu. tapi sampailah dah berlalu raya aku masih tak reply. why? 

sebab aku dah macam tak berminat. but at the same time i still fikir nak balas. tapi bila teringat balik wajah dia tu, hmmm... sakit hati pulak aku dibuatnya. so sehinggalah sekaran aku masih tak reply.


korang rasa, patutke aku reply?? *bertanya kepada my unexisted readers* sob sob sob...

maybe aku akan reply, but not now.. tapi aku akan bakal berputih mata kalau aku lambat2 reply. but jodohkan rahsia Allah. yang aku risau kan sekarang ini hanyalah income yang aku nak jana di youtube.


btw lain topik kejap. aku dah berjaya dapat 2k subscribers, phewwwwwwwwwww.... mengambil masa setahun lebih juga untuk i capai.. cuma nak capai syarat tayangan sehingga 4ribu jam tayang tersangat2 lah susah.. tapi i wont give up. sikit je lagi nak monetize.. Insya Allah, semoga tahun ini aku dapat monetize t.t


so sekarang i tengah taip2 ni actually aku tengah rakam my sound menaip, so jangan pelik and judge as bodoh kalau macam topik ni lari2 hahahaha... rasa macam sedap je typing keyboard laptop ni sambil pasang microfon kat tepi.. 


so itu jelah my bebel untuk kali ni. and yeah i still hidup walaupun tengah stress yang x berapa dangerous. so bye now.


see yall again~